Showing posts with label RINTIS. Show all posts
Showing posts with label RINTIS. Show all posts

Tuesday, February 2, 2021

5355) PELANCARAN RINTIS, MISI BANTUAN KEMANUSIAN KE PAHANG - KACA TV - 31/01/2021

 


#KACATV​
Sukacitanya menjayakan Majlis Pelancaran Rintis oleh NGO-NGO dan pihak Persatuan Masjid, pelancaran dilepaskan di Masjid Abu Ubaidah Aljarrah,  Setapak, Kuala Lumpur.

#BERITA​
11, January, 2021 (Isnin) ada acara Pelancaran Rintis misi bantuan kemanusiaan untuk bencana banjir di Pahang @ Chini, Pekan dengan penglibatan sukarelawan ahli NGO-NGO dan sukarelawan ahli masjid untuk sumbangan makanan, pakaian, perubatan dan keperluan seadanya.

Artikel oleh: Kaca TV

PELANCARAN RINTIS, MISI BANTUAN KEMANUSIAN KE PAHANG


Tuesday, January 12, 2021

5283) JAWI LANCAR MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE KAWASAN TERJEJAS BANJIR - ONE NEWS - 11/01/2021

 


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini melancarkan Misi Bantuan Kemanusian ke kawasan terjejas banjir di negeri Pahang. Kawasan Chini dipilih sebagai lokasi pertama bantuan tersebut yang akan digerakkan oleh pasukan 'Rescue in Team Insan Sejahtera' (RINTIS). Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail berkata, hampir RM150,000 sumbangan berjaya dikumpul untuk misi bantuan kemanusian kali pertama itu. Sumbangan kepada penduduk terjejas banjir akan disampaikan dalam bentuk barangan keperluan harian, pakaian dan makanan selain khidmat kaunseling kepada yang memerlukan.


Artikel oleh: One News

JAWI LANCAR MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE KAWASAN TERJEJAS BANJIR

5282) MISI BANTUAN RESCUE IN TEAM INSAN SEJAHTERA | BUKTI KEPRIHATINAN INSTITUSI MASJID - BERITA ALHIJRAH - 11/01/2021

 




5279) TVPPIM | JAWI PROGRAM RINTIS KE PAHANG - TVPPIM - 11/01/2021





5278) RINTIS BANTU MANGSA BANJIR - HARIAN METRO - 12/01/2021

 


Kuala Lumpur: Seramai 50 sukarelawan Rescue In Team Insan Sejahtera (Rintis) dari pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan serta masjid berlepas ke Chini membantu mangsa banjir hari ini.

Dikelolakan Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, misi kemanusiaan itu menyasar mangsa banjir di sekitar kawasan itu yang terjejas teruk.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd Ajib berkata, pihaknya menggalakkan pengurusan masjid yang berkemampuan untuk membantu mana-mana misi bantuan.

"Jawi menerusi Jawi Food Bank akan memberikan kerjasama penuh kepada negeri-negeri terbabit dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri masing-masing," katanya selepas melepaskan konvoi berkenaan hari ini.

Hadir sama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan.

Misi itu bertujuan memberikan bantuan awal kepada mangsa banjir serta bersolidariti bersama kesusahan dan beban yang menimpa mangsa.

"Ia juga adalah aktiviti tanggungjawab sosial korporat masjid kepada penduduk yang terkesan dengan musibah itu.

"Kita akan teruskan dengan menghantar dua pasukan ke negeri terjejas Sabtu ini untuk membantu, Insya-Allah," katanya.

Sementara itu Nadzim berkata, penyertaan badan bukan kerajaan dalam program seperti itu bukti keprihatinan semua pihak dalam membantu terutama mereka yang diberikan ujian.

Katanya, PPIM bersama rakan strategik juga tampil dengan inisiatif sendiri untuk bersama-sama agensi kerajaan mengumpulkan dana serta barangan untuk disumbangkan.

"Bila terjadinya musibah seperti ini, kita akan nampak di mana peranan yang boleh dimainkan. Dari situ, kita susun dan gerakkan," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

RINTIS BANTU MANGSA BANJIR

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/662760/rintis-bantu-mangsa-banjir

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL