Showing posts with label ONE NEWS. Show all posts
Showing posts with label ONE NEWS. Show all posts

Thursday, June 23, 2022

PPIM BANGUNKAN APLIKASI YAKIN, BANTU KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN - ONE NEWS - 16/06/2022

 

Aplikasi YAKIN, sebuah platform gaya hidup Muslim yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dilihat mampu membantu pengguna mengenal pasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat penipuan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata aplikasi itu akan membantu pengguna untuk lebih berwaspada sebelum menjalankan sebarang urusan, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Aplikasi YAKIN turut menyediakan ciri-ciri lain antaranya tasbih digital, waktu solat, arah kiblat, doa harian dan kalkulator zakat. Beliau berkata demikian pada sidang media majlis pelancaran Aplikasi ‘Yakin’ di Petaling Jaya.


Artikel oleh: One News

PPIM BANGUNKAN APLIKASI YAKIN, BANTU KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN

http://www.onenews.my/ppim-bangunkan-aplikasi-yakin-bantu-kenal-pasti-perkhidmatan-mengelirukan/

Monday, September 6, 2021

5920) 100 PEMANDU TEKSI LIMOSIN DI LTAPP BAYAN LEPAS TERIMA SUMBANGAN KOTAK MAKANAN - ONE NEWS - 01/09/2021

100 pemandu teksi limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas menerima sumbangan kotak makanan di bawah program Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso. Kotak makanan itu merupakan inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban golongan itu yang terkesan dengan pandemik ketika ini.

Ketua Unit Cawangan Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat Perkeso, Mohd Razmi Khalid berkata, pihaknya tetap memberi sumbangan kepada pemandu teksi yang terkesan meskipun ada dari mereka yang tidak lagi mencarum dengan PERKESO.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemandu Limosin LTAPP, Hafizi Ahmad yang mewakili golongan itu berkata sumbangan berkenaan amat bernilai kepada mereka. Sumbangan berkenaan melibatkan kerjasama beberapa agensi antaranya PPIM, APM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Artikel oleh: One News 

100 PEMANDU TEKSI LIMOSIN DI LTAPP BAYAN LEPAS TERIMA SUMBANGAN KOTAK MAKANAN

http://www.onenews.my/100-pemandu-teksi-limosin-di-ltapp-bayan-lepas-terima-sumbangan-kotak-makanan/

Monday, July 5, 2021

5768) PPIM TERIMA PERMOHONAN 50,000 BANTUAN MAKANAN SEPANJANG PKP - ONE NEWS - 04/07/2021

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan memaklumkan, sejak PKP dilaksanakan, lebih 50,000 permohonan bantuan makanan diterima PPIM daripada orang ramai di seluruh negara.

25,000 bantuan kotak makanan Infaq Rezeki telah disalurkan kepada golongan memerlukan di seluruh negara. Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan kotak makanan Infaq Rezeki PPIM kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kapar, Klang.


Artikel oleh: One News

PPIM TERIMA PERMOHONAN 50,000 BANTUAN MAKANAN SEPANJANG PKP

http://www.onenews.my/ppim-terima-permohonan-50000-bantuan-sepanjang-pkp/

Monday, April 26, 2021

5608) PPIM LANCAR PORTAL 'MYBELI.COM.MY' SATUKAN USAHAWAN MUSLIM BAGI PASARKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK - ONE NEWS - 25/04/2021

 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM, melancarkan portal khas ‘Mybeli.com.my’, dengan objektif menyatukan seluruh usahawan muslim dalam satu platform bagi memasarkan produk serta perkhidmatan masing-masing.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Mybeli patuh syariah, dan mengutamakan barangan tempatan yang kualitinya lebih atau sama hebatnya dengan barangan antarabangsa.

Mybeli hasil kerjasama PPIM dengan rakan strategiknya iaitu Fusionex dan Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ), selain mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Tiada yuran pendaftaran dikenakan terhadap usahawan bagi menyertai platform Mybeli.

Justeru, PPIM berharap ramai usahawan muslim mendaftar, ke arah mengukuhkan perniagaan dan ekonomi menerusi platform e-dagang.


Artikel oleh: One News

PPIM LANCAR PORTAL 'MYBELI.COM.MY' SATUKAN USAHAWAN MUSLIM BAGI PASARKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK

Friday, April 23, 2021

5596) 20 NGO SERAH MEMORANDUM BANTAH IKLAN JUDI RAYA KEPADA ZAHIDI - ONE NEWS - 22/04/2021

 


20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), menyerahkan memorandum bantahan iklan judi raya dalam talian, kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Memorandum itu meminta kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap operator judi haram terbabit.

Ia diserahkan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan kepada Datuk Zahidi di Angkasapuri.

Bagi mengelak isu sama berulang, Datuk Zahidi meminta semua penggiat seni, supaya meneliti dahulu, kandungan dan tujuan sesuatu program, agar tidak menyinggung sensitiviti mana-mana pihak di kemudian hari.


Artikel oleh: One News

20 NGO SERAH MEMORANDUM BANTAH IKLAN JUDI RAYA KEPADA ZAHIDI


Monday, March 29, 2021

5516) PPIM SOKONG USAHAWAN MUDA BERJINAK DUNIA PERNIAGAAN - ONE NEWS - 27/03/2021

 


Ramai usahawan bumiputera muda berjaya, mampu dilahirkan, jika mereka diberikan sokongan sewajarnya.

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yakin, hasrat itu juga boleh direalisasikan, dengan wujudnya ekosistem lebih kondusif dan tidak prejudis, terhadap kebolehan mereka.

Datuk Nadzim berkata demikian ketika merasmikan cawangan ketiga Kafe ‘Rush Roastery’ yang diusahakan tiga anak muda di Kota Damansara.


Artikel oleh: One News

PPIM SOKONG USAHAWAN MUDA BERJINAK DUNIA PERNIAGAAN

Wednesday, March 24, 2021

5507) PPIM HULUR BANTUAN PENIAGA TERJEJAS AKIBAT KEBAKARAN PASAR DATO KERAMAT - ONE NEWS - 23/03/2021



Nasib peniaga yang terjejas akibat kebakaran di Pasar Dato Keramat, Kuala Lumpur, pada 17 Mac lepas, mendapat perhatian.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM menyerahkan 50 kotak ‘Infaq Rezeki’ berupa sumbangan barangan keperluan asas.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan turut berharap bantuan pembangunan semula kedai yang terbakar itu dapat disegerakan.

Semalam, satu perbincangan antara Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, berhubung tindakan susulan yang akan diambil berhubung isu itu.

Tragedi kebakaran yang berlaku menyebabkan lebih 40 kedai di Pasar Datuk Keramat terbakar, dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.


Artikel oleh: One News

PPIM HULUR BANTUAN PENIAGA TERJEJAS AKIBAT KEBAKARAN PASAR DATO KERAMAT

Monday, January 18, 2021

5299) PROGRAM PUKAT CARE, ANJUR JUALAN MURAH HASIL LAUT DENGAN POTONGAN 70 PERATUS - ONE NEWS - 16/01/2021

 


102 jenis hasil laut dijual dengan potongan harga sehingga 70 peratus sepanjang perlaksanaan PKP, bertujuan meringan beban golongan terjejas.

Pengasas program PUKAT Care, Azmi Mohd Ali berkata, hasil jualan akan turut disumbangkan kepada golongan asnaf dan ibu tunggal yang telah dikenalpasti sekitar Lembah Klang.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif seumpama wajar diteruskan bagi membantu masyarakat yang kini terkesan COVID-19.

Jualan PUKAT CARE bermula 7 pagi hingga 8 malam setiap hari dan bakal diperluas ke lokasi-lokasi berbeza di seluruh negara.


Artikel oleh: One News

PROGRAM PUKAT CARE, ANJUR JUALAN MURAH HASIL LAUT DENGAN POTONGAN 70 PERATUS

Tuesday, January 12, 2021

5283) JAWI LANCAR MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE KAWASAN TERJEJAS BANJIR - ONE NEWS - 11/01/2021

 


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini melancarkan Misi Bantuan Kemanusian ke kawasan terjejas banjir di negeri Pahang. Kawasan Chini dipilih sebagai lokasi pertama bantuan tersebut yang akan digerakkan oleh pasukan 'Rescue in Team Insan Sejahtera' (RINTIS). Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail berkata, hampir RM150,000 sumbangan berjaya dikumpul untuk misi bantuan kemanusian kali pertama itu. Sumbangan kepada penduduk terjejas banjir akan disampaikan dalam bentuk barangan keperluan harian, pakaian dan makanan selain khidmat kaunseling kepada yang memerlukan.


Artikel oleh: One News

JAWI LANCAR MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE KAWASAN TERJEJAS BANJIR

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL