Alhamdulillah,syukur! Hari ini PPIM dengan kerjasama JPJ Malaysia berjaya menyalurkan sumbangan 300 kotak Infaq Rezeki di kawasan Keramat Hujung. Program Infaq Rezeki hari ini dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, YBhg. Datuk Nadzim Johan @ TOQQI, Pengarah JPJ WPKL, YBrs. Tuan Muhd Zaki Ismail dan Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia, YBhg. Datuk Lokman bin Jamaan.
Thursday, July 15, 2021
5793) SUMBANGAN 300 KOTAK INFAQ REZEKI DI KAWASAN KERAMAT HUJUNG BERSAMA JPJ MALAYSIA - PPIM - 15/07/2021
Thursday, July 8, 2021
5775) SUMBANGAN, SOKONGAN NGO TANDA KASIH SAYANG SESAMA RAKYAT MALAYSIA - HARIAN METRO - 07/07/2021
Kuala Lumpur: Wujudnya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bukan sekadar membantu kerajaan, tetapi lebih utamanya adalah menjadi tulang belakang golongan memerlukan dan menyokong mereka khususnya ketika tempoh sukar pandemik Covid-19.
Sejak wabak itu melanda negara setahun lalu, sekurang-kurangnya RM10 juta sudah dibelanjakan beberapa NGO dalam bentuk barang keperluan dan pek makanan, untuk menolong rakyat kesusahan yang sehingga kini memanfaatkan ribuan isi rumah di seluruh negara.
Bahkan, rakyat melihat usaha itu sebagai bukti kasih sayang antara rakyat Malaysia yang sangat utuh ketika negara menghadapi musibah.
Ketua Aktivis Kemanusiaan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr Ahmad Sani Araby Alkahery berkata, kira-kira RM6 juta sudah dibelanjakan dan pihaknya menggunakan sistem i-Ummah untuk mengesan keluarga memerlukan serta melakukan penghantaran.
"Kita ada pusat pengumpulan data asnaf yang merekodkan maklumat terkini rakyat memerlukan daripada kategori T20, M40 tetapi menjadi B40 ketika tempoh pandemik ini.
"Seperti NGO lain, kita juga bekerjasama dengan pihak Zakat, Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta masjid dan jawatankuasa kampung," katanya di sini.
Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerusi platform Sumbangan.com sudah membantu lebih 100,000 keluarga dengan jumlah bantuan bernilai RM2 juta.
![]() |
| Antara kotak mengandungi barangan bantuan kepada orang ramai yang dikendalikan MAPIM. |
Katanya, inisiatif dilakukan dengan kerjasama masyarakat dan syarikat korporat yang mahu membantu.
"Platform ini kita jayakan semata-mata untuk membantu rakyat yang terjejas sejak PKP 1.0 lagi. Alhamdulillah, ia menampakkan hasil," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK), Mohammad Hisham Shafie berkata, pihaknya aktif menyampaikan pek makanan yang hingga kini sudah mencapai lebih RM300,000.
Menurutnya, bantuan itu disediakan dengan kerjasama syarikat korporat dan dermawan.
Bagi Presiden Amal Ehsan Care (AEC) Kelana, Putra Muhamad, kesusahan dialami rakyat mendorong pihaknya mengaktifkan bantuan keperluan asas yang bernilai lebih RM230,000 setakat ini.
Turut sama adalah NGO, Laskar Siber Malaysia yang menggerakkan 50 sukarelawannya untuk menyantuni keluarga miskin bagi menyerahkan bantuan bernilai keseluruhan RM70,000.
Dalam pada itu pemerhatian wartawan di beberapa platform media sosial mendapati, usaha membantu rakyat oleh NGO menerima pujian warganet malah, ada antaranya terdorong untuk menghulur bantuan meskipun sekadar menjadi tempat meluah nasib.
Rata-rata mereka yang terkesan pula mengucap kesyukuran atas pertolongan itu yang hadir ketika mereka bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Artikel oleh: Harian Metro
SUMBANGAN, SOKONGAN NGO TANDA KASIH SAYANG SESAMA RAKYAT MALAYSIA
Monday, July 5, 2021
5768) PPIM TERIMA PERMOHONAN 50,000 BANTUAN MAKANAN SEPANJANG PKP - ONE NEWS - 04/07/2021
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan memaklumkan, sejak PKP dilaksanakan, lebih 50,000 permohonan bantuan makanan diterima PPIM daripada orang ramai di seluruh negara.
25,000 bantuan kotak makanan Infaq Rezeki telah disalurkan kepada golongan memerlukan di seluruh negara. Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan kotak makanan Infaq Rezeki PPIM kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kapar, Klang.
Artikel oleh: One News
PPIM TERIMA PERMOHONAN 50,000 BANTUAN MAKANAN SEPANJANG PKP
http://www.onenews.my/ppim-terima-permohonan-50000-bantuan-sepanjang-pkp/
Monday, June 28, 2021
Friday, April 24, 2020
5892) PPIM TERIMA ADUAN PENIPUAN PENIAGA KETIKA PKP - ASTRO AWANI - 23/04/2020
Thursday, April 23, 2020
5888) TIDAK ADA SIAPA YANG LAYAK KELAPARAN DI MUKA BUMI INI - TV.PPIM - 23/04/2020
Thursday, March 19, 2020
5813) [PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN] PPIM MASIH BERSAMA ANDA BAGI KES KECEMASAN & KESELAMATAN - TV.PPIM - 18/03/2020
Artikel oleh: TV.PPIM
[PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN] PPIM MASIH BERSAMA ANDA BAGI KES KECEMASAN & KESELAMATAN
https://www.youtube.com/watch?v=boUNFH6FgAA
5812) [PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN] PPIM MASIH BERSAMA ANDA BAGI KES KECEMASAN & KESELAMATAN - TV.PPIM - 18/03/2020
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(459)
-
▼
November
(17)
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(17)


















