Showing posts with label PASAR BORONG PUKAT. Show all posts
Showing posts with label PASAR BORONG PUKAT. Show all posts

Monday, January 18, 2021

5299) PROGRAM PUKAT CARE, ANJUR JUALAN MURAH HASIL LAUT DENGAN POTONGAN 70 PERATUS - ONE NEWS - 16/01/2021

 


102 jenis hasil laut dijual dengan potongan harga sehingga 70 peratus sepanjang perlaksanaan PKP, bertujuan meringan beban golongan terjejas.

Pengasas program PUKAT Care, Azmi Mohd Ali berkata, hasil jualan akan turut disumbangkan kepada golongan asnaf dan ibu tunggal yang telah dikenalpasti sekitar Lembah Klang.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif seumpama wajar diteruskan bagi membantu masyarakat yang kini terkesan COVID-19.

Jualan PUKAT CARE bermula 7 pagi hingga 8 malam setiap hari dan bakal diperluas ke lokasi-lokasi berbeza di seluruh negara.


Artikel oleh: One News

PROGRAM PUKAT CARE, ANJUR JUALAN MURAH HASIL LAUT DENGAN POTONGAN 70 PERATUS

5297) PASAR PUKAT | POTONG HARGA HASIL LAUT SEHINGGA 50 PERATUS - ASTRO AWANI - 17/01/2021

 


Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan ketika ini ternyata terus memberi kesan kepada sektor ekonomi rakyat. Saban hari, keluh kesah peniaga kami sampaikan.

Tetapi lain pula ceritanya di Sungai Buloh ini, apabila Pasar Borong Pukat menurunkan harga hasil laut sehingga 50 peratus sempena PKP.

Fareez Azman ada membuat tinjauan petang Sabtu.


Artikel oleh: Astro Awani

PASAR PUKAT | POTONG HARGA HASIL LAUT SEHINGGA 50 PERATUS

5296) MEMBELI SAMBIL BERAMAL - BERITA ALHIJRAH - 16/01/2021

 


5295) 16 JAN 2021-BERITA WILAYAH–PUKAT CARE BERI DISKAUN HINGGA 70 PERATUS PEMBELIAN 120 JENIS HASIL LAUT - BERITA RTM - 16/01/2021

 


5294) TVPPIM | PUKAT CARE JUAL HASIL LAUT MURAH GILA... - TVPPIM - 16/01/2021

 


Saturday, January 16, 2021

5292) AKTIVITI | PROGRAM SERAHAN BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN OLEH PASAR BORONG PUKAT - PPIM - 16/01/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri program serahan bantuan barangan keperluan asas kepada asnaf yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 anjuran Pasar Borong Pukat, Saujana Utama Sg Buloh.

Turut serta, Pemilik Pasar Borong Pukat, En Azmi Mohd Ali.

Tuesday, January 5, 2021

5254) 3 JAN 2021-BERITA TGH MLM-IKAN MURAH DI PASAR BORONG PUKAT - BERITA RTM - 03/01/2021

 



5253) MGNEWS : HARGA IKAN BERPATUTAN BAGI MENGGANTIKAN DAGING - PPIM - MALAYSIA GAZETTE TV - 01/01/2021

 


Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (tengah) bersama Pemilik Pasar Borong Pukat, Azmi Mohd Ali (kanan) melihat ikan segar yang dijual pada Program Kongsi Rezeki di Pasar Borong Pukat, Saujana Impian, Selangor.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

MGNEWS : HARGA IKAN BERPATUTAN BAGI MENGGANTIKAN DAGING - PPIM

https://www.youtube.com/watch?v=EKrk0NdEnkA&feature=youtu.be

5252) KETUA AKTIVIS PPIM HADIR PROGRAM KONGSI REZEKI - MALAYSIA GAZETTE - 02/01/2021



Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (tengah) bersama Pemilik Pasar Borong Pukat, Azmi Mohd Ali (kanan) melihat ikan segar yang dijual pada Program Kongsi Rezeki di Pasar Borong Pukat, Saujana Impian, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 02 JANUARI 2021.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bersama Pemilik Pasar Borong Pukat, Azmi Mohd Ali (kiri) melihat ikan sejuk beku yang dijual pada Program Kongsi Rezeki di Pasar Borong Pukat, Saujana Impian, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 02 JANUARI 2021.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (tengah) bersama Pemilik Pasar Borong Pukat, Azmi Mohd Ali (kiri) melihat ikan segar yang dijual pada Program Kongsi Rezeki di Pasar Borong Pukat, Saujana Impian, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 02 JANUARI 2021.
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli ikan dengan harga murah pada Program Kongsi Rezeki di Pasar Borong Pukat, Saujana Impian, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 02 JANUARI 2021.
Ikan segar yang dijual sempena Program Kongsi Rezeki di Pasar Borong Pukat, Saujana Impian, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 02 JANUARI 2021.
Udang segar yang dijual sempena Program Kongsi Rezeki di Pasar Borong Pukat, Saujana Impian, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 02 JANUARI 2021.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

KETUA AKTIVIS PPIM HADIR PROGRAM KONGSI REZEKI

https://malaysiagazette.com/2021/01/02/ketua-aktivis-ppim-hadir-program-kongsi-rezeki/


5251) IKAN MURAH BOLEH JADI PENYELESAIAN ISU KARTEL DAGING HARAM - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 02/01/2021


SUNGAI BULOH – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak menolak kemungkinan masalah kartel daging haram boleh diatasi dengan memastikan harga ikan di pasaran pada harga mampu milik.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, ketika umat Islam sedang keliru dan bimbang dengan status halal daging import, orang ramai boleh menjadi sumber laut sebagai pilihan makanan yang tidak diragui kehalalannya.

Ikan segar yang dijual sempena Program Kongsi Rezeki di Pasar Borong Pukat, Saujana Impian, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 02 JANUARI 2021.

“Paling dahsyat ini kita sudah ada masalah, nak makan daging pun serba salah, mungkin ini (ikan murah) jawapan kepada masalah daging yang kita hadapi.

“Saya harap usaha ini disambut, di sini pun ikan tidak terlalu mahal. Kalau ikan merah RM30 lebih tapi di sini RM20 lebih.

“Saya rasa perkara ini harus disambut dan dibantu oleh semua pihak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program kongsi rezeki anjuran Pasar Borong Pukat di Saujana Utama, hari ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bercakap kepada media selepas Program Kongsi Rezeki di Pasar Borong Pukat, Saujana Impian, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 02 JANUARI 2021.

Dalam pada itu, PPIM katanya akan cuba mengetengahkan usaha jualan ikan murah ini kepada Kementerian Wilayah Persekutuan bagi memberi peluang kepada warga kota mendapatkan bekalan ikan murah.

“Ikan bagi kucing pun sekilo RM4 dan usahawan ini boleh membawa produk ke Kuala Lumpur. Mungkin boleh bawa kepada Tan Sri Annuar Musa bagaimana usaha seperti ini dapat memberi kemudahan kepada orang yang tinggal di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, dengan usaha jualan ikan murah dapat membuang stigma masyarakat bahawa sumber laut kekal menjadi makanan premium dalam kawasan bandar.

“Kena bagi orang Kuala Lumpur sama, takkan orang Kuala Lumpur nak makan daging sahaja. Bagi peluang. Saya rasa kalau gaji di Kuala Lumpur biasanya RM3,000 hingga RM4,000 tak boleh makan ikan.

“Sekarang ini orang nak makan daging pun kena tanya itu tanya ini, tak ada jawapan.

“Jadi Alhamdulillah usaha ini dapat dibantu bagi membantu golongan yang terjejas akibat isu daging,” katanya.

Sementara itu, Pemilik Pasar Borong PUKAT, Azmi Mohd Ali berkata, harga berkala ikan dapat dijual pada harga lebih murah dari pasaran kerana tidak melibatkan orang tengah.

Pemilik Pasar Borong Pukat, Azmi Mohd Ali bercakap kepada media selepas Program Kongsi Rezeki di Pasar Borong Pukat, Saujana Impian, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 02 JANUARI 2021.

“Harga ikan daripada nelayan sebenarnya memang murah, cuma ada beberapa lapisan sampai kepada nelayan. Kami pakai lori sendiri, kita pakai orang sendiri dan kita ada bot kita sendiri yang terletak di Kuala Kedah dan Tok Bali.

“Kita cuba berpakat dengan nelayan-nelayan supaya ikan-ikan itu tolak dengan kita dengan harga yang murah.

“Tak patutlah harga yang ada di pasaran ini melampau-lampau, dengan pandemik Covid-19 ini ramai yang masih susah,” katanya lagi.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

IKAN MURAH BOLEH JADI PENYELESAIAN ISU KARTEL DAGING HARAM - PPIM


5250) JUAL 109 JENIS HASIL LAUT DENGAN HARGA RUNTUH - ASTRO AWANI - 02/01/2021

 


Dalam tempoh satu jam, pelanggan boleh menikmati pembelian hasil laut dengan harga runtuh. Itu inisiatif dianjurkan Pasar Borong Pukat di Sungai Buloh setiap minggu. Menurut Pemiliknya, Azmi Mohd Ali, ia sebahagian daripada usaha membantu penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk menikmati hasil laut dengan harga runtuh.


Artikel oleh: Astro Awani 

JUAL 109 JENIS HASIL LAUT DENGAN HARGA RUNTUH


5249) TVPPIM | TOQQI SOKONG USAHA PUKAT - TVPPIM - 02/01/2021

 

Ikan kembung hanya 14 ringgit sekilogram berbanding lebih 18 ringgit sekilogram jika dibeli di pasar biasa .

Itu tawaran kepada pengunjung Pasar Borong Pukat di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

Tawaran itu boleh dinikmati pada setiap hujung minggu.

Menerusi Program Kongsi Rezeki Pukat yang diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad....

Pengunjung di pasar ini boleh menikmati pelbagai jenis ikan dan hidupan laut lain yang dijamin murah dan segar setiap hari.

Selain memastikan pengguna mendapat bekalan ikan serta laut yang lain dengan harga istimewa...

..program dianjurkan Pasar Borong ini juga bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 terutama yang terjejas sumber pendapatan.


Artikel oleh: TVPPIM

TVPPIM | TOQQI SOKONG USAHA PUKAT

5246) AKTIVITI | LAWATAN TOQQI KE PROGRAM KONGSI REZEKI PASAR BORONG PUKAT - PPIM - 05/01/2021

2 Jan 2020 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri Program Kongsi Rezeki anjuran Pasar Borong PUKAT di Sungai Buloh, Selangor.

Turut serta, Pemilik Pasar Borong PUKAT, En Azmi Mohd Ali.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL