Tuesday, December 28, 2021
6142) AH LONG SASAR MANGSA BANJIR - KOSMO - 27/12/2021
SHAH ALAM – Kesengsaraan mangsa banjir di sekitar Lembah Klang yang kehilangan harta benda membuatkan golongan tersebut kini menjadi sasaran sindiket ah long yang memasang jerat memberikan pinjaman.
Walaupun masih belum ada laporan rasmi dibuat, beberapa persatuan pengguna ada menerima maklumat daripada mangsa banjir bahawa mereka didekati konco-konco lintah darat tersebut yang turut turun padang kononnya mahu memberi bantuan.
Jika tersilap langkah, jerat yang dipasang pasti akan mengena lebih-lebih lagi proses penyaluran bantuan kewangan dan barangan lambat tiba kepada kumpulan sasar.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr. Jacob George berkata, dakwaan itu berasas apabila ada mangsa banjir mendakwa mula didekati ah long ketika memberi bantuan di Klang, Taman Sri Muda, Shah Alam dan TTDI Jaya baru-baru ini.
Katanya, selain bersemuka, sindiket turut menghubungi mangsa banjir dengan menyamar sebagai agensi tertentu.
“Ah long kini aktif kerana tahu ramai terdesak susulan rumah, kereta dan harta benda banyak rosak.
“Sekiranya bantuan lambat disalurkan, kita tidak nafikan golongan itu akan terus menjadi mangsa keadaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan sama ada terdapat mangsa yang telah menerima ‘bantuan’ tersebut.
Menurut Jacob, situasi tersebut adalah normal kerana mangsa ketika ini ingin meneruskan semula kehidupan, manakala ah long mahu mencari bisnes.
“Satu pasukan khas perlu ditubuhkan segera supaya tiada orang boleh mengambil kesempatan,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan turut mengakui menerima maklumat kehadiran ah long, namun tiada aduan rasmi dibuat.
Tegas beliau, sindiket ah long dan mereka yang mendakwa mengutip sumbangan bagi mangsa banjir sentiasa mencari peluang ketika ini.
“Orang (mangsa banjir) mana boleh tunggu sehari atau dua hari pun, mereka sudah hilang kesemuanya, jadi mohon bantuan disegerakan.
“Ramai sudah terdesak dan ah long pula yang kita tahu prosedur nya cepat dan mudah,” katanya.
Mengulas lanjut, Nadzim menegaskan pada ketika ini mangsa banjir tidak mengetahui sama ada orang yang mengunjungi mereka adalah benar ingin membantu atau sebaliknya.
“Kadang-kadang mangsa banjir tidak berdaya disebabkan sedih. Jadi, mereka akan tandatangan sahaja bagi mendapatkan wang tanpa sedar itu adalah ah long.
“Justeru, pihak penguat kuasa perlu lebih giat memantau sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan-kawasan yang kini dalam pasca banjir,” jelasnya.
Artikel oleh: Kosmo
AH LONG SASAR MANGSA BANJIR
https://www.kosmo.com.my/2021/12/27/ah-long-sasar-mangsa-banjir/
Tuesday, January 12, 2021
5278) RINTIS BANTU MANGSA BANJIR - HARIAN METRO - 12/01/2021
Kuala Lumpur: Seramai 50 sukarelawan Rescue In Team Insan Sejahtera (Rintis) dari pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan serta masjid berlepas ke Chini membantu mangsa banjir hari ini.
Dikelolakan Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, misi kemanusiaan itu menyasar mangsa banjir di sekitar kawasan itu yang terjejas teruk.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Mohd Ajib berkata, pihaknya menggalakkan pengurusan masjid yang berkemampuan untuk membantu mana-mana misi bantuan.
"Jawi menerusi Jawi Food Bank akan memberikan kerjasama penuh kepada negeri-negeri terbabit dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri masing-masing," katanya selepas melepaskan konvoi berkenaan hari ini.
Hadir sama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan.
Misi itu bertujuan memberikan bantuan awal kepada mangsa banjir serta bersolidariti bersama kesusahan dan beban yang menimpa mangsa.
"Ia juga adalah aktiviti tanggungjawab sosial korporat masjid kepada penduduk yang terkesan dengan musibah itu.
"Kita akan teruskan dengan menghantar dua pasukan ke negeri terjejas Sabtu ini untuk membantu, Insya-Allah," katanya.
Sementara itu Nadzim berkata, penyertaan badan bukan kerajaan dalam program seperti itu bukti keprihatinan semua pihak dalam membantu terutama mereka yang diberikan ujian.
Katanya, PPIM bersama rakan strategik juga tampil dengan inisiatif sendiri untuk bersama-sama agensi kerajaan mengumpulkan dana serta barangan untuk disumbangkan.
"Bila terjadinya musibah seperti ini, kita akan nampak di mana peranan yang boleh dimainkan. Dari situ, kita susun dan gerakkan," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
RINTIS BANTU MANGSA BANJIR
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/662760/rintis-bantu-mangsa-banjir
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(287)
-
▼
July
(29)
- AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PONDOK POLIS TRX - PPI...
- AKTIVITI | SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PERTANIAN D...
- AKTIVITI | MESYUARAT SEKRETARIAT PROGRAM ANTI-SCAM...
- AKTIVITI | MAJLIS MEEM KENDURIAN - PPIM - 18/07/2026
- AKTIVITI | SESI PERKONGSIAN ILMU METAFIK DAN RAWAT...
- AKTIVITI | KURSUS SUKARELAWAN TASKFORCE GABUNGAN N...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-61: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- YB TEMERLOH & PROF RIDHUAN TEE: KENAPA SEKOLAH WAW...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA DATUK SERI TAZ...
- PPIM TERIMA SUMBANGAN BUKU “THE SILENT ROAR: A COV...
- AKTIVITI | MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PEMBUKAAN KED...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA KUALA LUMPU...
- PODCAST PPIM | ISU-ISU RAKYAT YANG PERLU TINDAKAN ...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA TUAN JOHARI SKIM GRE...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN STRATEGIK PPIM BERSAMA JAB...
- AKTIVITI | PERTEMUAN BERSAMA DATUK SERI JOHARI ABD...
- PELBAGAI PIHAK DIGESA BANTU DUA BERADIK PENIAGA CE...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA DUA BERADIK PENIAGA ...
- AKTIVITI | SIDANG MEJA BULAT NGO GERAK MERDEKA - P...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL BERHARGA RM2.10 SELITER KURANGKAN KETI...
- BUDI DIESEL MINIMUMKAN KETIRISAN, PASTIKAN AGIHAN ...
- KAJI SEMULA PENDEKATAN TANGANI JENAYAH ELAK HUKUMA...
- TERTIPU URUSAN JUAL BELI TANAH, MERANA TANGGUNG RU...
- MANGSA PENIPUAN HARTANAH TUNTUT KEADILAN - UTUSAN ...
- ISU KELDAI AKAUN: PPIM GESA KAJI SEMULA PENDEKATAN...
- CUKUP-CUKUP MEMANGSAKAN MANGSA!!! RAKYAT KECEWA ME...
-
▼
July
(29)


