Showing posts with label SANITASI. Show all posts
Showing posts with label SANITASI. Show all posts

Friday, July 10, 2020

6109) KACA TV / BERITA, SUMBANGAN PEMBERSIHAN & PENCEGAHAN PANDEMIK COVID 19 - KACA TV - 08/07/2020


#KACATV

Sukacitanya menjayakan Majlis Sumbangan Perkhidmatan Pembersihan Pasarana (Masjid) Nyah Kuman (Disinfeksi) dan Peralatan Canggih bersempena Kempen Kebersihan Rakyat dan Pencegahan Jangkitan Pendemik Covid 19, di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


#BERITA

26 / June / 2020 (Jumaat), Pendemik Covid 19 telah menjadi satu cabaran yang bersar terhadap banyak negara di dunia terutamanya dalam aspek ekonomi, kesihatan dan cara hidup manusia keseluruhannya, Pendemik Covid 19 telah merebak dengan meluas di seluruh dunia menyebabkan impak yang amat terkesan kepada cara hidup manusia yang terpaksa berubah bagi mencegah penyakit Covid 19 dan cara hidup yang baru manusia dalam Norma baru yang melibatkan beberapa aspek yang kritikal yang di anjurkan termasuk
1) Kebersihan Diri
2) Penjarakan Sosial dan Fizikal
3) Pakai Alat Pelindung
4) Disinfeksi Prasarana
5) Saringan Covid 19.

Dalam usaha pembudayaan Norma Baru ini pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan AJK Masjid Saidina Umar Al-khatab amatlah bersyukur dah berterimakasih kepada Syarikat ARB Berhad, ARB Berhat yang telah bermurah hati menjalankan khidmat kebajikan dengan menjalankan program pencegahan Covid 19 melalui proses desinfeksi (nyah kuman) pasarana Masjid Saidina Umar Al-Khatab dan bangunan kuarters di kawasan masjid dan juga menyumbang satu Terowong Disinfeksi yang bernilai RM 40,000.00


Artikel oleh: Kaca TV

KACA TV / BERITA, SUMBANGAN PEMBERSIHAN & PENCEGAHAN PANDEMIK COVID 19 

Saturday, June 27, 2020

6057) SIDANG MEDIA PEMBERIAN SUMBANGAN ALATAN PENSANITASI - MASJID SAIDINA UMAR AL-KHATTAB, BUKIT DAMANSARA - 26/06/2020

Pandemik Covid-19 telah banyak mengubah norma seharian kita. Oleh itu Syarikat ARB Sdn Bhd yang diterajui oleh anak kariah Prof Dato Seri Dr Abu Hassan Asaari terpanggil untuk memberi sumbangan kepada masyarakat melalui masjid. 

Sidang media pemberian sumbangan alatan pensanitasi berlangsung lewat petang semalam di dewan utama Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara. 

Antara alatan yang disumbangkan adalah: 
1. Terowong Sanitasi
2. Pengesan Suhu
3. 10 buah Humidifier 
4. Sanitasi keseluruhan kawasan masjid 

Anggaran kos sumbangan adalah sebanyak RM 100k. Turut hadir adalah Ketua Penolong Pengarah Zon 6, Ustaz Hilmee, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan serta Pengerusi MSUA Dato Daman Huri Hussain. 

Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada penyumbang dan penerima. 
.
.
.
#hapuscovid19 #msua #msuabd #kekaltenang #staysafe



Artikel oleh: Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara

SIDANG MEDIA PEMBERIAN SUMBANGAN ALATAN PENSANITASI


6056) MASJID MAIN PERANAN KEMPEN BUDAYA BERSIH - HARIAN METRO - 27/06/2020


MASJID disaran memainkan peranan penting untuk membudayakan kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan penumpuan kepada penjagaan diri serta kawasan sekitar khususnya ketika negara berdepan pandemik Covid-19.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pemilihan institusi masjid sebagai pusat kempen budaya bersih amat tepat selaras dengan tuntutan menjaga kebersihan kepada umat Islam.
Menurutnya, sepanjang lebih tiga bulan lalu, pihaknya giat menjalankan kempen berkenaan khususnya di Lembah Klang dan ia bermula dengan pembabitan masjid sebagai simbol rujukan.
"Kita perlu bermula di tempat yang paling dimuliakan iaitu rumah Allah.
"Secara simboliknya begitu, kerana jika kita bersih, penyakit juga terhindar.
"Begitu juga ketika Covid-19 ini, selepas kita berdepan dengannya, semua pihak buka mata dengan pentingnya jaga kebersihan yang sepatutnya kita mulakan awal dulu lagi," katanya di majlis Sumbangan Perkhidmatan Pembersihan Pasarana (Masjid) Nyah Kuman dan Peralatan Canggih bersempena Kempen Kebersihan Rakyat dan Pencegahan Jangkitan Pandemik Covid-19 di Masjid Saidina Umar Al Khatab, Kuala Lumpur hari ini.
Hadir sama pakar kesihatan yang juga Pengerusi Sektor Kesihatan ARB Berhad Datuk Seri Prof Dr Abu Hassan Asaari Abdullah.
Nadzim berkata, Covid-19 memberi hikmah yang bukan sedikit kepada rakyat Malaysia dan dunia, malah kesannya menjadikan kita lebih peka dengan keadaan sekeliling.
"Sebelum ini, ramai juga yang sambil lewa mengenai kesihatan dan penjagaan diri.
"Sekarang nak masuk masjid pun perlu disinfeksi, ia bagus untuk semua jemaah yang hadir.
"Itu satu contoh bahawa masjid boleh memulakan langkah murni ini ketika negara luar masih bergelut mengenai kaedah terbaik.
"Malaysia beruntung kerana amalan dalam Islam itu sendiri boleh membantu mencegah penyakit," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

MASJID MAIN PERANAN KEMPEN BUDAYA BERSIH

6055) ARB BERHAD PROGRAM SANITASI COVID MASJID - TVPPIM - 26/06/2020

6054) AKTIVITI | MAJLIS SUMBANGAN PERKHIDMATAN NYAHKUMAN DAN SANITASI KEPADA PRASARANA MASJID OLEH ARB BERHAD - PPIM - 27/06/2020

26 Jun 2020 -- Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri majlis Sumbangan Perkhidmatan Nyahkuman Dan Sanitasi Kepada Prasarana Masjid oleh ARB Berhad di Masjid Saidina Umar Al Khatab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Thursday, June 11, 2020

6023) PELANGGAN BERHAK LIHAT BUKTI HOTEL DISANITASI SEBELUM MENGINAP - MALAKAT TRIBUNE - 11/06/2020


CYBERJAYA - Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengingatkan semua pengusaha hotel termasuk inap desa mengambil langkah pencegahan pada setiap masa memastikan pengunjung tidak terkena jangkitan Covid-19.

Menurutnya, pemain industri dalam bidang perhotelan khususnya yang premis mereka pernah dijadikan pusat kuarantin Covid-19 perlu melakukan sanitasi berkala sebelum dan selepas menerima pengunjung.

"Pelbagai peraturan mengenai pencegahan Covid-19 perlu dipamerkan supaya pelanggan yakin terhadap kebersihan dan keselamatan sesebuah hotel itu," katanya ketika dihubungi Malakat Tribune.

Mengulas mengenai kebimbangan orang awam terhadap industri perhotelan itu juga, beliau berkata, menjadi tanggungjawab pihak hotel memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan supaya industri itu terus pulih.

Namun katanya, pelanggan usahlah bimbang tetapi harus percaya dan jujur dalam memberi maklumat diri seperti bacaan suhu badan dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) lain yang ditetapkan pihak pengurusan hotel bagi mengekang sebarang potensi penularan Covid-19.

"Manakala pengusaha hotel berhak untuk menerima atau menolak tetamu yang menunjukkan tanda-tanda serta simptom berkaitan Covid-19," katanya.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PELANGGAN BERHAK LIHAT BUKTI HOTEL DISANITASI SEBELUM MENGINAP

https://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/16005/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL