Saturday, October 5, 2019

5361) KERAJAAN BELANJA RM1 TRILION UNTUK BUMIPUTERA - SINAR HARIAN - 04/10/2019


SHAH ALAM - Walaupun kerajaan sudah membelanjakan lebih RM1 trilion untuk pembangunan bumiputera namun jumlah itu tidak mampu meningkatkan ekonomi golongan itu apabila 72 peratus daripada mereka tidak mempunyai aset di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), Mohd Fadzil Hashim, ia berikutan kegagalan sistem sedia ada untuk mengukuhkan dan memperkasa ekonomi bumiputera.

Lebih membimbangkan, 50 peratus penyimpan bumiputera yang menabung di Amanah Saham Bumiputera mempunyai tabungan kurang RM600.

"Kami bercadang mewujudkan satu pelan ekosistem ekonomi Islam. Selain menangani isu pendapatan isi rumah yang kurang dari RM2,000, KoPPIM yakin mampu menyediakan pendidikan percuma kepada semua ahlinya," katanya dalam satu kenyataan selepas Majlis Pelancaran Pelan Ekosistem Ekonomi Islam di Raudhah City, Cyberjaya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, KoPPIM akan menjadikan pengguna pemilik ekonomi dan mensasarkan 1 000 000 pengguna Islam menjadi ahli KoPPIM.

"KoPPIM ditubuhkan untuk menangani isu-isu berkaitan perniagaan pengguna Islam agar terus maju," katanya.

Sehubungan itu, PPIM menyokong semua umat Islam bersatu dan memberi kerjasama dalam usaha KoPPIM meningkatkan ekonomi Islam di negara ini.

"Kami memerlukan sokongan orang ramai menjadi ahli untuk merealisasikan pendidikan percuma, perubatan dan pinjaman tanpa riba," katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

KERAJAAN BELANJA RM1 TRILION UNTUK BUMIPUTERA

https://www.sinarharian.com.my/article/50547/BERITA/Nasional/Kerajaan-belanja-RM1-trilion-untuk-bumiputera

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...