Showing posts with label BMF. Show all posts
Showing posts with label BMF. Show all posts

Wednesday, November 15, 2023

KEMPEN BMF GLOBAL BUKAN BOIKOT, TAPI PERKASA EKONOMI ORANG ISLAM - HARIAN METRO - 11/11/2023

 

Cyberjaya: Inisiatif kempen satukan kuasa membeli yang menyarankan pembeli memfokus pilihan dalam perbelanjaan melalui Pelancaran Buy Muslim First (BFM) Global membantu memperkasakan produk Muslim tempatan dan luar negara.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, pihaknya dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) mengambil inisiatif menjadi peneraju utama pelancaran program berkenaan dalam usaha meluaskan sokongan usahawan tempatan dan negara Islam lain.

Bagaimanapun katanya, BMF bukan kempen bersifat bangsa dan ia juga bukan untuk memboikot produk orang bukan Muslim (yang tidak menyokong Israel) tetapi lebih kepada usaha untuk memperkuatkan ekonomi orang Islam.

"Usaha ini memfokuskan 'Kempen Satukan Kuasa Beli' yang mana kita menyarankan pembeli fokus pilihan dalam perbelanjaan mereka dengan kami turut melancarkan karnival usahawan terdiri daripada golongan pengeluar asal sesebuah produk.

"Pelancaran ini juga adalah usaha menyedarkan masyarakat bahawa perjuangan memartabatkan produk Muslim bukan saja sekadar bertaraf lokal, malah ke peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran March4Gaza dan kempen BMF Global di pusat beli-belah berkenaan, di sini, hari ini.

ANTARA peserta yang hadir pada pelancaran kempen 'BMF Global dan Perarakan Untuk Gaza di Malakat Mall, Cyberjaya. FOTO Hairul Anuar Rahim

Ia turut mendapat sokongan beberapa pihak termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Terdahulu, kira-kira 1,000 orang hadir di perkarangan pasar raya berkenaan bagi program March4Gaza sebagai tanda soladiriti dan sokongan moral kepada Palestin yang sedang berhadapan konflik dengan rejim Israel.

Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Pengerusi KoPPIM, Mustapa Kamal Mohd Razali.

Mohd Fadzil berkata, pusat beli-belah berkenaan akan dijadikan sebagai 'platform' untuk memperkenalkan jenama Muslim termasuk dari Turkiye dan Indonesia setiap minggu.

"Sudah tiba masa kita mula menggunakan kuasa kita sebagai pengguna untuk membina kekuatan sendiri supaya dapat membantu rakyat khususnya umat Islam," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Fadzil berkata, tindakan memboikot susulan pembantaian di Gaza, Palestin ketika ini luar biasa dan ia akan lebih berkesan dengan usaha memperkenalkan produk alternatif bagi mengelak orang ramai kembali ke produk asal sekiranya keadaan kembali tenang nanti.

"Kita maklum BMF hanya kuat di Malaysia dan di peringkat antarabangsa ada gerakan badan bukan kerajaan (NGO) Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), sebuah gerakan Palestin untuk kebebasan, keadilan dan kesaksamaan.

"Jadi apa yang kita lancarkan ini adalah langkah strategik melalui 12 protokol BMF Global membabitkan pengguna dan usahawan Islam serta pengguna dan usahawan bukan Islam sealiran dengan perjuangan membebaskan Palestin," katanya.

Sementara itu, Mustapa Kamal berkata, beliau berharap lebih ramai usahawan tempatan terutama Muslim mengeluarkan pelbagai produk sebagai pilihan kepada rakyat kerana situasi ketika ini menunjukkan masyarakat sudah mula memilih produk tempatan.

"Saya berharap usahawan tempatan tidak kira Muslim atau tidak, teruskan usaha mengeluarkan produk tempatan supaya kita mempunyai lebih banyak pilihan selain usaha ini juga memperkasakan ekonomi produk tempatan," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

KEMPEN BMF GLOBAL BUKAN BOIKOT, TAPI PERKASA EKONOMI ORANG ISLAM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1029411/kempen-bmf-global-bukan-boikot-tapi-perkasa-ekonomi-orang-islam

Saturday, January 9, 2021

5273) AKTIVITI | KULIAH DHUHA PERDANA: "HALA TUJU PERJUANGAN: BUY MUSLIM FIRST" - PPIM - 09/01/2021

Sedang berlangsung, Live FB Kuliah Dhuha yang bertajuk "Hala Tuju Perjuangan: Buy Muslim First" anjuran  Sahabat Amal Care di Medan Ilmu Dewan Saidatina Asma' Seremban. 

Bersama ahli panel, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, Penaung Sahabat Amal Care, Ustazah Asma' Harun dan Pengerusi NGO Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari serta moderator iaitu Pengerusi Sahabat Amal Care, Ustaz Tengku Fazli.

Friday, December 4, 2020

6132) TERIMA KASIH | #BICARABMF - MALAKAT MALL - 04/12/2020

 


Terima Kasih | #BicaraBMF
Kempen BMF tidak pernah mati dan akan terus kuat jika mendapat sokongan jitu orang kita!
Itu kata Ikon BMF yang juga Ketua Aktivis PPIM Dato' Nadzim Johan yang mengupas tajuk 'Apakah BMF Dah Lemau di Waktu Covid-19' dalam Bicara BMF petang semalam.
Jangan lupa terus saksikan kami yang akan bersiaran minggu depan bersama seorang lagi ikon berpengaruh dalam Bicara BMF siri 2 pada hari dan masa yang sama.
Bicara BMF akan ke udara sebanyak 13 episode yang akan dikendalikan Moderator Cikgu Izzat Johari dengan tajuk yang lebih hangat.
Terus support BMF!

Thursday, December 3, 2020

6127) BMF: HENTI BUDAYA 'ASAL MURAH' HINGGA ABAI STATUS HALAL PRODUK - ISMAWEB - 03/12/2020

 


CYBERJAYA, 17 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Umat Islam perlu menghentikan budaya ‘asal murah’ yang tidak mempedulikan kualiti serta status halal dan kebersihan sesuatu produk makanan.

Hanya kerana harganya murah, kebanyakan pengguna Islam mengabaikan kempen beli produk muslim (BMF), kata Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Bukan sahaja dalam kalangan pengguna, lebih dikesalkan lagi apabila organisasi serta Baitulmal juga tidak mendukung semangat kempen ini, katanya.
 
“Ada syarikat, organisasi malah Baitulmal sendiri yang memberi barang bantuan daripada produk bukan Islam.

“Saya cadang, kita patut beri bintang kepada syarikat yang tidak masuk akal begini,” katanya dalam Bicara BMF di Malakat Mall, hari ini.

Nadzim berkata, sejak dahulu lagi organisasi-organisasi besar tidak peka dengan sumber produk atau barangan yang dibeli mereka.

“Saya ada cerita iaitu ketika tahun 1980-an, di mana saya ada kawan seorang Freemason yang sangat anti kepada Melayu dan Islam.

“Dia bukanlah kawan saya, cuma dia berkawan dengan saya hanya tujuan mengambil kesempatan,” katanya.

Berkongsi kisah 23 tahun dahulu, beliau berkata, individu itu memberitahunya telah mendapat kontrak bernilai RM4 juta daripada Lembaga Tabung Haji (TH).

“Orang yang benci Islam dan Melayu mendapat kontrak daripada Tabung Haji. Betapa sakit hati ketika itu.

“Jika bekalkan kapal terbang mungkinlah kerana tiada Melayu buat kapal terbang, tetapi setakat karpet,” katanya.

Nadzim berkata, beliau ada bertemu dengan pengarah TH ketika itu bagi mendapatkan penjelasan, namun dimaklumkan bahawa pihak pengurusan tidak mengetahui latar belakang pembekal dan hanya mengikut cadangan perunding.

“Inilah tabiat orang Melayu, tidak ambil tahu latar belakang pihak yang diberikan kontrak dan ke mana wang dibelanjakan.

“Kita patut keluar daripada norma begini jika mahu berjaya,” katanya.


Artikel oleh: Ismaweb

BMF: HENTI BUDAYA 'ASAL MURAH' HINGGA ABAI STATUS HALAL PRODUK 

6126) MELAYU ISLAM SENDIRI PENENTU KEJAYAAN BMF - MALAKAT TRIBUNE - 03/12/2020


CYBERJAYA - Kempen pengguna mengutamakan produk keluaran muslim (BMF) tidak pernah 'mati' dan akan terus kuat jika mendapat sokongan jitu Melayu Islam sendiri.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kempen BMF membawa ideologi berlainan berbanding kempen-kempen lain.

Beliau berkata, kempen BMF sebenarnya membawa pelanggan terutamanya Melayu Islam itu mencari produk dan bukannya sesuatu produk mencari pelanggan.

"Ini bermakna, kita menjadi penentu kejayaan kempen ini. Kita mempunyai kuasa untuk memilih produk atau barangan yang kita inginkan," katanya.


Beliau berkata demikian dalam Bicara BMF: Ke Mana BMF Ketika Covid-19 yang dikendali oleh Pengerusi Amal Sejagat, Izzat Johari selaku moderator.

Menurut Nadzim atau lebih dikenali sebagai Toqqii, pengalamannya sebelum ini cukup membuktikan bahawa orang Melayu itu sendiri menjadi penentu.

"Saya sudah melalui pelbagai pengalaman, BMF bukan sahaja merangkumi produk barangan semata-mata. Ia termasuk dalam soal lain-lain juga," katanya.

Mengimbau  semasa beliau berumur 22 tahun, Toqqi berkata beliau mempunyai seorang kawan berbangsa lain yang begitu benci dan tidak suka kepada Islam.

"Beliau seorang kontraktor, tetapi mendapat projek pembekalan Tabung Haji bernilai RM4 juta, ketika itu RM4 jutra begitu besar. Jadi saya terfikir kenapa beliau boleh dapat.

"Bayangkan itu di Tabung Haji, masalah ini berlatutan sehingga sekarang. Ada juga Menteri yang ikut buku, sehingga tidak boleh tolong Melayu Islam," katanya.


Artikel oleh: Malakat Tribune

MELAYU ISLAM SENDIRI PENENTU KEJAYAAN BMF


6124) AKTIVITI | SESI WAWANCARA BICARA BMF BERSAMA TOQQI - PPIM - 03/12/2020

Sebentar tadi telah berlangsungnya, sesi wawancara Bicara BMF bersama Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi yang bertajuk "Ke Mana BMF di Waktu COVID-19?" di Malakat Mall Cyberjaya.


Wednesday, July 29, 2020

6156) PELUANG MENJADI PEMILIK PASAR RAYA - SINAR HARIAN - 29/07/2020


SABTU lalu, iaitu pada 25 Julai, ialah hari menarik buat warga Masjid Tanah, Melaka. Pada hari itu telah berlangsung program Ayuh Bangkit, sebuah program motivasi bisnes yang dikendalikan oleh Coach Fadzil Hashim, seorang usahawan Melayu. Program yang bertempat di M Mall, sebuah bangunan Mara yang telah empat tahun kosong itu dihadiri oleh golongan usahawan Muslim.

Pendaftaran untuk 250 peserta yang ditempah secara dalam talian telah penuh menyebabkan mereka yang ingin walk-in terpaksa pulang berputih mata.

Di bandar yang kecil itu pun terdapat ramai usahawan Melayu. Mereka bukan sahaja usahawan yang menjual, malah ada yang mengedar dan mengeluarkan pelbagai produk. Malah, di setiap bandar di Malaysia sudah terdapat ratusan ribu usahawan Melayu yang menceburi bidang perniagaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin hadir untuk merasmikan program itu. Turut bersama ialah Exco Melaka, Datuk Wira Ar Ismail Othman serta Ketua Aktivis PPIM yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), Datuk Nadzim Johan.

Program Ayuh Bangkit itu amat signifikan dari pelbagai segi. Untuk usahawan daerah itu, sebuah medan perniagaan baharu telah dibentang luas di depan mata. Bangunan M Mall tempat berlangsungnya program bakal dibuka sebagai Malakat Mall, sebuah pasar raya Muslim sepenuhnya pada Disember 2020.

Ia akan mempamerkan produk keluaran usahawan Muslim. Apabila disebut keluaran usahawan Muslim atau orang Melayu, kita akan terpandang pelbagai kerepek, kek, tudung dan jubah. Tidak begitu.

Malakat Mall yang dipersembahkan kepada khalayak masyarakat Muslim ialah sebuah pasar raya yang moden. Pasar rayanya mempunyai imej setanding dengan pasar raya yang moden. Selain pasar, terdapat kedai pakaian, peralatan sukan, DIY, alat tulis serta restoran yang dikendalikan oleh cef-cef yang ada bintang.

Inilah salah satu kebangkitan imej syarikat Melayu yang cuba ditonjolkan oleh Pengasas Malakat Mall, Coach Fadzil. Kita sudah ada banyak juga rangkaian kedai runcit seperti Az-Zain, Lesong Mart, Pasar Raya Ikhwan dan Elewsmart. Terdapat juga pasar raya besar seperti Mydin. Namun, orang Melayu belum ada pasar raya yang mengisi pelbagai jenis perniagaan di kompleksnya seperti Malakat Mall.

Semangat untuk mengubah kedudukan bisnes orang Melayu ini tercetus setelah Coach Fadzil menganjurkan beberapa siri latihan susulan Ayuh Bangkit kepada usahawan. Beliau melihat potensi pelbagai bisnes orang Melayu tetapi berdiri rapuh kerana mereka tidak mempunyai pasar raya.

Kerana ingin merealisasikan kesimpulannya, beliau memperoleh sebuah pasar raya yang kosong di Cyberjaya dan dijelmakan menjadi Malakat Mall. Menyedari bahawa membuka pasar raya memerlukan dana yang besar, maka kerjasama dengan PPIM diperoleh melalui keahlian KoPPIM.

Dalam tempoh 10 bulan koperasi itu diaktifkan, ia berjaya mengumpul lebih 25,000 ahli dengan dana yang kini sudah mencapai belasan juta. Walaupun ada yang berkata, apa yang koperasi boleh buat, mereka harus melihat betapa beberapa buah koperasi di Amerika Syarikat yang di antaranya CHS dan Coop Group yang telah mencapai status berjaya dalam Fortune 500.

Semoga Malakat Mall akan berkembang pesat hingga menjadi simbol kebanggaan orang Melayu. Bangga kita bukan setakat menumpang bangga, malah bangga kerana kita juga menjadi tuan punya pasar raya itu melalui saham sebagai ahli KoPPIM.

Sambutan terhadap Malakat Mall yang pertama di Cyberjaya begitu memberangsangkan. Petanda bahawa Malakat Mall kedua di Melaka mendapat sambutan amat cerah kerana kini ia menjadi bualan hangat di daerah itu.


Artikel oleh: Sinar Harian

PELUANG MENJADI PEMILIK PASAR RAYA


Monday, July 27, 2020

6153) KoPPIM SASAR SEJUTA AHLI MENJELANG AKHIR TAHUN INI - BERNAMA - 25/07/2020


ALOR GAJAH, 25 Julai -- Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) menyasarkan sejuta keahlian menjelang akhir tahun ini bagi menyokong ekonomi usahawan Islam dan melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera pada masa depan.
Ketua Pegawai Eksekutif KoPPIM Mohd Fadzil Hashim berkata setakat ini, keahlian KoPPIM berjumlah kira-kira 24,000 orang dalam tempoh kurang enam bulan inisiatif itu diperkenal dan kempen secara besar-besaran sedang dilaksana bagi menarik lebih ramai penyertaan.
"Sasaran utama KoPPIM ialah untuk menyatukan sejuta ahli yang mencarum secara konsisten sebanyak RM100 sebulan bagi membolehkan KoPPIM mempunyai dana yang akan dilaburkan untuk memperkasa ekonomi umat Islam melalui pelaburan strategik.
"Ahli KoPPIM dijangka menerima pendapatan minimum RM5,000 sebulan manakala dividen antara lapan hingga 15 peratus, dan ia bukan sesuatu yang kita janjikan tetapi berdasarkan pengiraan yang telah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mas Ermieyati Shamsudin.
Mengulas lanjut, Mohd Fadzil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Malakat Mall berkata antara pelaburan yang dilakukan ialah pembukaan 100 pusat beli-belah Malakat Mall secara berperingkat di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Beliau berkata sebanyak 100,000 usahawan bumiputera juga dijangka terlibat dalam pengoperasian pusat beli-belah itu dalam tempoh tersebut dan cawangan kedua Malakat Mall di Masjid Tanah akan dibuka pada November depan selepas Cyberjaya pada Mac lepas.
"Kita juga mendapat tawaran membuka cawangan Malakat Mall di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Johor dan ia akan dipertimbang dan diteliti secara berperingkat.
“Keutamaan akan diberi kepada jenama produk atau makanan tempatan yang diusahakan usahawan bumiputera," katanya.
Malakat Mall merupakan pusat beli-belah yang menghimpunkan 100 peratus usahawan Muslim untuk berniaga di bawah satu bumbung sekali gus memberi peluang kepada pengguna Muslim menyatukan kuasa pembelian mereka secara berpusat.
Model perniagaan Malakat Mall mengguna pakai konsep pemilikan bersama melibatkan usahawan, koperasi dan komuniti yang akan memberi manfaat secara bersama.

Artikel oleh: Bernama 
KoPPIM SASAR SEJUTA AHLI MENJELANG AKHIR TAHUN INI

6152) MALAKAT MALL SASAR 100 PASAR RAYA - SINAR HARIAN - 25/07/2020


MELAKA - Malakat Mall akan memperluaskan jenama itu dengan menyasarkan 100 pasar raya mesra Muslim dalam tempoh 10 tahun bagi menyediakan peluang perniagaan kepada lebih 100,000 usahawan di bawah satu bumbung.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fadzil Hashim berkata, sasaran itu juga dapat memberi peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada satu juta rakyat beragama Islam di negara ini.

Menurutnya, angka itu tidak mustahil dicapai sekiranya umat Islam di negara ini bersatu dan menyokong perjuangan dengan melabur secara konsisten dalam Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

"Melalui fasa pertama kebangkitan ekonomi Islam membolehkan kita mengambil alih 30 peratus syer pasaran dalam sektor runcit bernilai RM30 bilion malah nilai berganda pula mencecah RM110 bilion," katanya ketika Program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di Malakat Mall, Masjid Tanah di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Bangunan Malakat Mall Masjid Tanah yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya November depan.
Bangunan Malakat Mall Masjid Tanah yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya November depan.
Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Othman.

Jelasnya, lokasi itu dijangka mula beroperasi sepenuhnya hujung November depan dengan menyediakan 50 ruang jualan berkeluasan 3,716 meter persegi.

"Ia sama seperti Cyberjaya yang merupakan konsep pemilikan bersama komuniti iaitu usahawan, koperasi dan komuniti sendiri.

"Jadi kita mengajak khususnya pengguna Islam untuk menjadi ahli koperasi (KoPPIM)," katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

MALAKAT MALL SASAR 100 PASAR RAYA

6151) MALAKAT MALL MASJID TANAH MAMPU PACU EKONOMI SETEMPAT - MALAKAT TRIBUNE - 25/07/2020


MASJUD TANAH - Pembukaan pusat beli belah BMF pertama di Malaysia iaitu Malakat Mall di Masjid Tanah, Melaka pada November ini dijangka dapat membuat lebih banyak peluang perniagaan kepada penduduk setempat.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pada masa sama, penduduk sekitar juga bakal memperoleh manfaat apabila berpeluang memperoleh purata pendapatan lebih tinggi sesuai dengan kos hidup semasa.

Beliau berkata, selain itu, mereka jumpa mampu menjana pendapatan secara pasif melalui dividen yang diperoleh apabila menyertai Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) .

"Tidak mustahil jika satu hari nanti produk tempatan di Masjid Tanah khususnya akan berada di rak-rak bukan sahaja di pusat beli belah Malakat Mall Masjid Tanah.

"Tetapi juga di semua cawangan Malakat Mall seluruh Malaysia dan juga pasaran global," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di sini hari ini.

Mas Ernieyati menyampaikan ucapan dalam program Ayuh Bangkit di Malakat Mall Masjid Tanah di sini hari ini.
  
Yang hadir sama, Pengerusi KoPPIM, Datuk Ndzim Johan dan Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim.

Mengulas lanjut, Mas Ernieyati turut berharap dengan pembukaan pusat beli belah BMF itu dapat  menggerakkan ekonomi bumiputera Islam dan KoPPIM secara tidak langsung.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil dan seluruh pasukan Malakat Mall yang membawa pusat beli belah itu ke Masjid Tanah.-MT


Artikel oleh: Malakat Tribune

MALAKAT MALL MASJID TANAH MAMPU PACU EKONOMI SETEMPAT

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/malakat-mall-masjid-tanah-mampu-pacu-ekonomi-setempat/

Saturday, July 25, 2020

6150) AKTIVITI | PROGRAM AYUH BANGKIT MALAKAT MALL MASJID TANAH - PPIM - 25/07/2020

Ketua Aktivis PPIM yang juga Pengerusi KoPPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri program Ayuh Bangkit Masjid Tanah anjuran Malakat Mall di Malakat Mall Masjid Tanah, Melaka.


Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.






Thursday, July 23, 2020

6142) PELABURAN JIHAD EKONOMI! - TV.PPIM - 23/07/2020


Berhenti Jadi Penyumbang Kepada Kejatuhan Ekonomi Islam!
.
Kita marah bila agama lain menggunakan tulisan jawi sebagai helah mempromosikan produk mereka!
Tapi…
Bila suruh support kempen Buy Muslim First (BMF) dipanggilnya rasis!
Bila suruh support perjuangan ekonomi islam di panggilnya sia-sia!
Bila suruh support KoPPIM dikatakannya mencipta jurang antara kaum!
.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (TQS. Ar-Ra’d [13]: 11).
.
Ramai yang membuat spekulasi sebelum mengkaji. Bukalah minda dan hati untuk memahami mengapa perjuangan membangkitkan ekonimi islam di negara ini penting untuk kita laksanakan.
.
Apa yang anda harus lakukan?
SPEND . UNITE . FUND
SPEND - Membeli Dari Peniaga sesama Muslim (BMF)
UNITE - Bersatu Bersama menjadi ahli KoPPIM
FUND - Melabur Secara Bulanan Di Dalam KoPPIM
.
Pelaburan yang hanya bermula RM100 sebulan dapat membantu KoPPIM menjayakan misi ini.
In shaa Allah Dividen 8% Hingga 15% Akan Diberikan Buat Pemegang Syer.
Whatsapp:
https://infokoppim.wasap.my

#BantuSebarkan #JihadEkonomi #PenggunaPemilikKekayaanEkonomi #KebangkitanEkonomiIslam

Friday, July 17, 2020

6135) MAHU MALAKAT MALL DI TEMPAT ANDA? DAFTAR DAN NIKMATI KELEBIHAN JADI AHLI KOPPIM - MALAKAT TRIBUNE - 11/07/2020


RAUDHAH CITY - Lebih banyak Malakat Mall dapat diwujudkan di seluruh negara melalui penyertaan lebih ramai ahli Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Koordinator Pendaftaran dan Pendaftaran Keanggotaan KoPPIM, Meor Ezree Syazrin berkata, antara usaha yang dilakukan untuk memperluaskan perniagaan Malakat Mall adalah melalui pembelian saham KoPPIM yang melabur dalam perniagaan pusat beli belah itu.

Beliau berkata, pembangunan dana itu bukan sahaja wajar disertai umat Islam untuk meraih dividen sebaliknya sebagai tanggungjawab untuk membina sebuah ekosistem ekonomi Islam yang sebenar.

"KoPPIM merasakan Malakat Mall adalah platform terbaik untuk menjayakan matlamat untuk umat Islam menguasai ekonomi.

"Jadi kalau mahu tengok Malakat Mall di tempat anda, pastikan anda jadi ahli KoPPIM," katanya ketika ditemui di Malakat Mall di sini baru-baru ini.

Menurut Meor Ezree, hanya melalui pembangunan ekosistem ekonomi Islam yang kukuh sahaja kuasa pengguna sebagai pemilik ekonomi dan persekitaran perniagaan yang adil dapat dikembalikan.

"Perjuangan kita dalam koperasi KoPPIM ini tidak sama dengan  koperasi-koperasi lain atas prinsip umum dan kepentingan umat Islam.

"Melalui cara ini sahaja kita dapat tentukan game plan kita. Di peringkat pengurusan, kita mensasarkan pembukaan 100 Malakat Mall lagi di seluruh negara.

"Tetapi usaha ini memerlukan sokongan seluruh umat Islam," katanya.

Meor berkata, bagi menjayakan sasaran keanggotaan satu juta ahli KoPPIM pihaknya menawarkan pembelian syer pada harga RM100 sebulan selama 10 tahun dengan tawaran dividen antara lapan hingga 15 peratus.

"Sebelum ini kempen sokongan dan pengumpulan dana dibuka pada harga RM500 sebulan tetapi sekarang diturunkan kepada RM100 sebulan bagi membolehkan ramai orang mendaftar.

"Dengan bayaran RM100 sebulan dan RM30 (pendaftaran), sesiapa sahaja boleh menjadi pemilik bersama Malakat Mall," katanya.

Mengulas mengenai keanggotaan koperasi, KoPPIM kini menerima kira-kira 24,000 permohonan keahlian dan telah meluluskan pendaftaran 11,500 ahli.

Meor berkata, dalam usaha mencapai sasaran satu juta ahli pihaknya turut memperkenalkan 'program rujukan' yang melayakkan ahli menerima imbuhan sebanyak RM10 bagi setiap satu pendaftaran yang dibawa masuk.

"Bayaran RM10 ini akan dibayar tiga bulan sekali bagi ahli-ahli yang bertungkus-lumus berkempen untuk menambah dana KoPPIM,"katanya.

Sementara itu tambah beliau, pihaknya juga bercadang untuk menjadikan semua 103 cawangan tadika Brainy Bunch di seluruh negara sebagai tempat pendaftaran ahli koperasi KoPPIM.

"Buat masa ini pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di alamat www.koppim.com.my," katanya.


Artikel oleh: Malakat Tribune

MAHU MALAKAT MALL DI TEMPAT ANDA? DAFTAR DAN NIKMATI KELEBIHAN JADI AHLI KOPPIM

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/mahu-malakat-mall-di-tempat-anda-daftar-dan-nikmati-kelebihan-jadi-ahli-koppim/

6131) MALAKAT MALL-PUSAT BELI BELAH MUSLIM PERTAMA MALAYSIA - PKPKM - 17/7/2020

Semalam Barisan Ahli Majlis Tertinggi PKPKM telah berpeluang mengadakan lawatan rasmi ke Malakat Mall yang beroperasi di Cyberjaya. Lawatan yang diketuai oleh YBrs Dr Isham Nayan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi PPIM, YB Dato' Nadzim Johan kepada barisan Ahli Majlis Tertinggi PKPKM.
Delegasi kemudian telah dibawa melawat kedai-kedai di sekitar Malakat Mall serta diberikan taklimat oleh Tuan Istighfar daripada Pengurusan Malakat Mall. Menariknya tentang Malakat Mall, ia merupakan Pusat Beli Belah Pertama di Malaysia yang menyasarkan produk-produk Bumiputera yang mempunyai kualiti setanding kualiti luar negara.
Admin nak ajak semua follower supaya sama-sama sokong perniagaan di Malakat Mall. Barulah #BMF ye dok?
PKPKM mengucapkan terima kasih kepada PPIM dan Malakat Mall di atas kesempatan yang diberikan, dan berharap satu usahasama dapat diadakan di antara semua pihak pada masa hadapan.


Artikel oleh: Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia

MALAKAT MALL-PUSAT BELI BELAH MUSLIM PERTAMA MALAYSIA

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL