Showing posts with label AYUH BANGKIT. Show all posts
Showing posts with label AYUH BANGKIT. Show all posts

Monday, July 27, 2020

6152) MALAKAT MALL SASAR 100 PASAR RAYA - SINAR HARIAN - 25/07/2020


MELAKA - Malakat Mall akan memperluaskan jenama itu dengan menyasarkan 100 pasar raya mesra Muslim dalam tempoh 10 tahun bagi menyediakan peluang perniagaan kepada lebih 100,000 usahawan di bawah satu bumbung.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fadzil Hashim berkata, sasaran itu juga dapat memberi peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada satu juta rakyat beragama Islam di negara ini.

Menurutnya, angka itu tidak mustahil dicapai sekiranya umat Islam di negara ini bersatu dan menyokong perjuangan dengan melabur secara konsisten dalam Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

"Melalui fasa pertama kebangkitan ekonomi Islam membolehkan kita mengambil alih 30 peratus syer pasaran dalam sektor runcit bernilai RM30 bilion malah nilai berganda pula mencecah RM110 bilion," katanya ketika Program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di Malakat Mall, Masjid Tanah di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Bangunan Malakat Mall Masjid Tanah yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya November depan.
Bangunan Malakat Mall Masjid Tanah yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya November depan.
Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Othman.

Jelasnya, lokasi itu dijangka mula beroperasi sepenuhnya hujung November depan dengan menyediakan 50 ruang jualan berkeluasan 3,716 meter persegi.

"Ia sama seperti Cyberjaya yang merupakan konsep pemilikan bersama komuniti iaitu usahawan, koperasi dan komuniti sendiri.

"Jadi kita mengajak khususnya pengguna Islam untuk menjadi ahli koperasi (KoPPIM)," katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

MALAKAT MALL SASAR 100 PASAR RAYA

6151) MALAKAT MALL MASJID TANAH MAMPU PACU EKONOMI SETEMPAT - MALAKAT TRIBUNE - 25/07/2020


MASJUD TANAH - Pembukaan pusat beli belah BMF pertama di Malaysia iaitu Malakat Mall di Masjid Tanah, Melaka pada November ini dijangka dapat membuat lebih banyak peluang perniagaan kepada penduduk setempat.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pada masa sama, penduduk sekitar juga bakal memperoleh manfaat apabila berpeluang memperoleh purata pendapatan lebih tinggi sesuai dengan kos hidup semasa.

Beliau berkata, selain itu, mereka jumpa mampu menjana pendapatan secara pasif melalui dividen yang diperoleh apabila menyertai Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) .

"Tidak mustahil jika satu hari nanti produk tempatan di Masjid Tanah khususnya akan berada di rak-rak bukan sahaja di pusat beli belah Malakat Mall Masjid Tanah.

"Tetapi juga di semua cawangan Malakat Mall seluruh Malaysia dan juga pasaran global," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di sini hari ini.

Mas Ernieyati menyampaikan ucapan dalam program Ayuh Bangkit di Malakat Mall Masjid Tanah di sini hari ini.
  
Yang hadir sama, Pengerusi KoPPIM, Datuk Ndzim Johan dan Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim.

Mengulas lanjut, Mas Ernieyati turut berharap dengan pembukaan pusat beli belah BMF itu dapat  menggerakkan ekonomi bumiputera Islam dan KoPPIM secara tidak langsung.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil dan seluruh pasukan Malakat Mall yang membawa pusat beli belah itu ke Masjid Tanah.-MT


Artikel oleh: Malakat Tribune

MALAKAT MALL MASJID TANAH MAMPU PACU EKONOMI SETEMPAT

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/malakat-mall-masjid-tanah-mampu-pacu-ekonomi-setempat/

Saturday, July 25, 2020

6150) AKTIVITI | PROGRAM AYUH BANGKIT MALAKAT MALL MASJID TANAH - PPIM - 25/07/2020

Ketua Aktivis PPIM yang juga Pengerusi KoPPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri program Ayuh Bangkit Masjid Tanah anjuran Malakat Mall di Malakat Mall Masjid Tanah, Melaka.


Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.






PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL