Monday, December 27, 2010

Lanjutan aduan tentang pemaju Regalia yang kebal (Rujuk post 22 Disember 2011)


Lanjutan dari aduan penduduk Villa Putra dan Villa Puteri.


DBKL rasuah?


Kami penduduk Villa Putra dan  Villa Puteri merasakan pihak berkuasa  DBKL tidak menjalankan tanggungjawab kerana boleh menutup mata kepada kesalahan nyata yang dilakukan oleh pemaju perumahan Regalia kerana sejak berbulan-bulan tidak mengambil tindakan ke atas Regalia yang berterusan  melanggar kebenaran bekerja pada hari minggu ( termasuk kebanyakan cuti am kecuali Krismas semalam ) dan juga lepas waktu kerja sehingga biasa bertukang sehingga lebih jam 8.30 malam hampir setiap hari.

Walaupun pihak media telah melaporkan berita ini berkali-kali, nampaknya Regalia melebihi kuasa-kuasa yang ada di Negara ini kerana mereka SANGAT kebal. Ia adalah “  blatant disregard for law and  the people”. Its such a shameful  behaviour of some people in the DBKL to allow them to disregard the rights of others. Shame on you DBKL! The Minister, the Secretary General,  the Director General must look into this before the people gets together to deduce that corruption is creeping and triving in DBKL.

Hari ini  ( Ahad 26hb Disember 2010) mereka masih menjalankan kerja-kerja yang mereka suka. Bersama ini disertakan gambar-gambar  bukti kerja mereka.







6 comments:

Unknown said...

Hrp sprm siasat pkra nie.. smga mlysia akn mnjdi ngra bebas rsuah...

Unknown said...

mcm mana org Melayu nak maju..sikit2 makan rasuah.kalau mcm ni lh, yg tertindas tetap tertindas tanpa sedikit pembelaan pun.

lovelly said...

apa dah jadi dgn DBKL...??ermmm susah2

administrator said...

Sedikit perkongsian mengenai hak kita sebagai pengguna, iaitu dalam konteks caj perubatan yang kini makin menjadi-jadi.

Menurut peraturan sekarang, hospital dikehendaki memaklumkan kepada pesakit kos yang akan dikenakan sebelum pesakit menerima rawatan.

Sila baca berita di bawah ini untuk maklumat lanjut. Moga laporan ini memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada kita.

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)


Hospital swasta perlu maklumkan kos sebelum pesakit terima rawatan


2010/12/28
PUTRAJAYA: Pesakit yang bakal mendapatkan rawatan di hospital swasta harus memastikan mereka dimaklumkan mengenai kos yang akan dikenakan sebelum mereka menerima rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata ini kerana perkara itu sudah dipersetujui pihak berkenaan dalam satu mesyuarat bersama pihaknya Jumaat lalu. "Kos yang dimaksudkan meliputi semua caj seperti caj profesional, caj anggaran dan caj di luar jangka yang selama ini menyumbang kepada kenaikan kos rawatan di hospital swasta," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Beliau berkata pihaknya juga akan memantau secara berterusan dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua caj yang dikenakan adalah terperinci dan telus.

"Perkara ini akhirnya dapat membolehkan pesakit membuat pilihan bagi mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan asalkan mereka mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai caj yang akan dikenakan," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata pihaknya juga akan memantau hospital dan pengamal perubatan swasta bagi memastikan tiada penyalahgunaan faedah perubatan yang disediakan melalui insurans.

Ia termasuk menjalankan pelbagai ujian dan pemeriksaan yang tidak diperlukan pesakit, kata beliau.
"Kementerian akan memperkukuh fungsi untuk mengawal selia serta mengkaji dan mencari penyelesaian terhadap perbezaan caj di antara pesakit yang membayar sendiri dan pesakit yang memiliki polisi insurans, dan menekankan bahawa diskaun hanya dibenarkan untuk caj hospital sahaja tidak termasuk caj profesional," katanya.

Mesyuarat berkenaan yang bertujuan mencari jalan mengekang kos perubatan melampau pada kalangan hospital swasta disertai Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia dan wakil Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) serta syarikat insurans.

Turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah MCO bersatu di bawah satu pertubuhan yang didaftarkan secara rasmi bagi memastikan badan berkenaan memainkan peranan yang sepatutnya selain tidak dibenarkan campur tangan dalam keputusan klinikal dan perawatan pesakit. - BERNAMA

hana said...

Tak wajarlah prkara ini berlaku... Tdk seharusnya kita menyalahgunakan kuasa yg ada pd kita...Boleh jadi kelak akan memakan diri sendiri jua...

Unknown said...

kalau dah akal dikuasai oleh nafsu, perkara2 yg haram menjadi kebiasaan dilakukan oleh manusia, skrg didada2 akbar sering memaparkan kisah pecah amanah semakin berleluasa dilakukan oleh manusia.....sama2 lh kita mengelakkan diri kita dr gejala yg tidak elok ini....

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...