Monday, December 13, 2010

BERITA : DITIPU SYARIKAT JUALAN LANGSUNG



Unit aduan PPIM telah menerima aduan daripada seorang jururawat yang telah ditipu oleh sebuah syarikat jualan langsung 'EFSB' dan seorang peniaga yang ditipu oleh syarikat jualan langsung 'NSB'. 

Sehubungan dengan itu, sebuah sidang media telah diadakan pada 12 Disember 2010 di Sembang Sembang Cafe, PPIM oleh pengadu dengan kerjasama PPIM bagi mendapatkan keadilan undang-undang dan menyedarkan masyarakat pengguna lain agar tidak tertipu dengan penipuan-penipuan terancang segelintir pihak yang suka mengaut keuntungan ini.

Satu jawatankuasa Forum Semakan Penipuan (SEMAK) telah ditubuhkan oleh PPIM bagi memantau aktiviti penipuan seperti ini. Kepada mangsa yang telah tertipu, boleh menghubungi sekretariat di talian 0193591000 atau 0342577222 atau 0199130000 atau kongsi pengalaman anda di forumsemak.blogspot.com


1 comment:

Abgcengkih said...

Segelintir? Jenaka kah ini?

PPIM patut bergabung bahu segera dengan apa yang di dedahkan dalam blog aididmuaddib.blogspot.com

Saya malu!

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...