Wednesday, December 22, 2010

[sim] INFO : Asas Perlembagaan Tanah Melayu Yang Wajib Kita Ketahui



Asas Perlembagaan Tanah Melayu Yang Wajib Kita Ketahui
Beberapa Perkara Asas Perlembagaan Berkaitan Kedudukan Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)
Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.
Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan (Malaysia), sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu.
Perkara 153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain.
Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.

Kedudukan Agama Islam
Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Kedudukan Bahasa Melayu
Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud "rasmi" ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna "apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam".

Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi :
- perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)
- ekonomi : Perkara 153 (6)
- pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)
- Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.
Dan ketahuilah rakyat jelata bahawa hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

5 comments:

administrator said...

Syabas kepada PPIM kerana memberikan maklumat mengenai perkara ini. Hakikatnya adalah kita hidup dalam persekitaran yang didefinisikan oleh undang-undang yang digubal Parlimen. Setiap perkara yang ingin kita lakukan perlu dilakukan dalam kerangka undang-undang.

Oleh yang demikian, kita perlu memahami undang-undang sedia ada, terutamanya perundangan yang kritikal seperti Perlembagaan Malaysia. Golongan yang buta undang-undang adalah golongan yang tidak sedar akan hak mereka sendiri.

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

lovelly said...

kedudukan agama yang telah ditetapkan dibawah perlembagaan merupakan akta kaum lain tidak boelh dipertikaikan

Abgcengkih said...

Ini terkait dengan isu apa? Suara Merdeka tu ke?

Apa kaitan dengan consumerism?
Apa wadah perjuangan?
Saya betul keliru ni...

mutiara hati said...

Maaf kepada abgcengkih.... Mengenai apa ye abgcengkih keliru,saya tertarik dengan isu or kekeliruan yg abgcengkih utarakan. Bukan apa saya cuma nak tahu apa yg abcengkih maksudkan dengan wadah perjuangan.

Abgcengkih said...

Saya keliru kerana menjangkakan blog ini khusus menyentuh isu kepenggunaan, setidak tidaknya beserta pencerahan bagaimana sesuatu isu berkaitan dengan hak pengguna.Sebaiknya dengan jelas menonjolkan pendirian dan tindakan pengguna islam.

Jadi dalam entri ini misalnya saya tertanya-tanya bagaimana perkaitannya dalam konteks kepenggunaan.

Bila saya tanyakan apa wadah perjuangan, saya bermaksud mengatakan perasaan keliru kerana entri ini lebih terkait dalam konteks hak politik.

Entri ini hanya satu daripadanya sahaja.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...