Friday, October 13, 2023
PPIM SOKONG 'BERSIHKAN' PDRM - BERITA 757 - 10/10/2023
Wednesday, October 11, 2023
PPIM GUSAR, RAKYAT TIADA TEMPAT BERLINDUNG JIKA PDRM JUGA TERLIBAT SINDIKET JENAYAH - BERITA PERTIWI - 11/10/2023
Tuesday, October 10, 2023
RAKYAT TIADA TEMPAT BERGANTUNG JIKA PDRM TERLIBAT RASUAH - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 10/10/2023
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersedia untuk menyalurkan maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha untuk menghapiskan rasuah dalam pasukan keselamatan ini.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, persatuan itu menyokong penuh usaha Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang memberi amaran keras terhadap mana-mana pegawai bawahannya yang masih bersekongkol dengan sindiket jenayah.
“Kami bukan sahaja menyokong, malah bersedia menyalurkan maklumat kepada pihak PDRM dalam usaha Shuhaily menghapuskan rasuah dalam pasukan PDRM.
“Apa yang dikatakan Shuhaily dalam satu video yang tular baru-baru ini tepat dan kena pada masanya,” kata Nadzim.
Menurutnya, rakyat di negara ini sudah tidak ada tempat bergantung untuk perlindungan dari jenayah jika anggota PDRM sendiri terlibat dengan rasuah.
“Ke mana rakyat mahu membuat aduan jika anggota bersekongkol dengan penjenayah?,” soalnya.
Shuhaily dalam ucapannya baru-baru ini memberi amaran kepada semua 130 Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kontinjen, Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) seluruh Malaysia yang gagal menjalankan tugas mengikut arahan pasukan PDRM.
Katanya, pegawai terbabit bukan sahaja akan dipindahkan tetapi juga satu notis cadangan dikeluarkan agar tiada kenaikan pangkat diberikan.
“Ini sebab mereka tidak layak diberi tanggungjawab menyelia orang lain dengan pangkat lebih tinggi sedangkan dengan pangkat sedia ada pun anda gagal,” kata Shuhaily.
Artikel oleh: Malaysia Gazette
RAKYAT TIADA TEMPAT BERGANTUNG JIKA PDRM TERLIBAT RASUAH - PPIM
PPIM SOKONG 'BERSIHKAN' PDRM - KENYATAAN MEDIA PPIM - 10/10/2023
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong penuh usaha Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang memberi amaran keras terhadap mana-mana pegawai bawahannya yang masih bersekongkol dengan sindiket jenayah.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM sentiasa menyokong usaha murni PDRM untuk membanteras rasuah dari dalam pasukan.
"Kami bukan sahaja menyokong, malah bersedia menyalurkan maklumat kepada pihak PDRM dalam usaha Shuhaily menghapuskan rasuah dalam pasukan PDRM," katanya.
Mengakui apa yang dikatakan Shuhaily dalam satu video yang tular baru-baru ini tepat dan kena pada masanya, Nadzim berkata rakyat sudah tidak ada tempat untuk bergantung untuk perlindungan dari jenayah.
"Jika anggota PDRM sendiri terlibat dengan rasuah, banyak kesannya kepada rakyat. Ke mana rakyat mahu membuat aduan jika anggota bersekongkol dengan penjenayah?" katanya.
Dalam ucapan Shuhaily, beliau memberi amaran kepada semua 130 Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kontinjen, Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) seluruh Malaysia yang gagal menjalankan tugas mengikut arahan pasukan PDRM.
Katanya, pegawai terbabit bukan sahaja akan dipindahkan tetapi juga satu notis cadangan dikeluarkan agar tiada kenaikan pangkat diberikan.
“Ini sebab mereka tidak layak diberi tanggungjawab menyelia orang lain dengan pangkat lebih tinggi sedangkan dengan pangkat sedia ada pun anda gagal,” katanya.
Menurut Mohd. Shuhaily, jawatan yang disandangnya bukan menjadikan dirinya lebih mulia atau lebih pandai tetapi akan digunakan untuk melaksanakan amanah yang Allah berikan.
Tuesday, May 10, 2022
'KAEDAH PALING BAIK JANGAN TERIMA APA-APA HADIAH' - SINAR HARIAN - 05/05/2022
SHAH ALAM - Langkah terbaik untuk menghapuskan rasuah daripada terus membarah dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengelak semua perkara yang boleh membawa kepada perbuatan rasuah.
Pendakwah bebas, Harryanto Rizal Rokman berkata, ini kerana pemberian hadiah dan rasuah memiliki ciri-ciri yang hampir sama.
“Apabila kita duduk dalam satu jabatan atau jawatan, jalan selamat adalah dengan tidak menerima apa-apa hadiah kerana daripada segi undang-undang rasuah pun memang begitu.
“Ia bagi mengelakkan supaya kita tidak terhutang budi. Rasuah ini boleh jadi di peringkat permulaan tujuannya mungkin hanya untuk melunakkan, membeli jiwa kita.
“Jadi, sebab itu kita kena hati-hati dan kalau betul kita hendak jaga supaya rasuah tidak membarah dalam kehidupan masyarakat kita memang kena elak semua perkara yang boleh membawa kepada rasuah ini.
“Justeru, sebab itulah kalau kita duduk dalam jabatan dan mempunyai jawatan, kaedah yang paling mudah adalah jangan menerima apa-apa hadiah,” katanya pada program Kompas Rasuah Busters Edisi Raya bertajuk Bila Hadiah Jadi Rasuah yang disiar secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Program yang berlangsung kira-kira satu jam itu turut menampilkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan sebagai panelis, manakala Fatin Hamimah Yusof sebagai moderator.
Artikel oleh: Sinar Harian
'KAEDAH PALING BAIK JANGAN TERIMA APA-APA HADIAH'
FAHAMI KONSEP HADIAH, RASUAH - SINAR HARIAN - 05/05/20222
SHAH ALAM - Individu yang berjawatan dalam mana-mana jabatan kerajaan perlu memahami dengan lebih jelas antara pemberian ikhlas atau hadiah dan rasuah kerana ia bakal memberikan implikasi cukup besar kepada tanggungjawab yang digalasnya nanti.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana perbezaan antara kedua-dua perkara itu sangat kecil dan mungkin sukar untuk difahami.
“Saya mengambil contoh apa yang berlaku kepada sukarelawan kita (PPIM). Ada satu masa kita didatangi ah long yang membawa duit sehingga RM60,000 dan sedia untuk memberikan jumlah itu tiap-tiap bulan kalau kita tidak buat apa-apa (ambil tindakan).
“Bagi mereka kalau kita ambil duit itu, kita sudah tidak boleh lakukan apa-apa kerana mereka gunakan tindakan itu sebagai kaedah untuk merapatkan diri dengan kita supaya kita mendengar cakap mereka.
“Jadi, (bagi memastikan sukarelawan tidak termakan dengan pancingan ah long), kita mewujudkan satu produser operasi standard (SOP) pekerjaan kepada sukarelawan kita di mana apabila mereka keluar berunding dengan ah long-ah long ini kita sendiri yang bayar teh tarik yang dipesan.
“Tindakan ini dibuat supaya kita tidak terhutang budi kerana antara pemberian ikhlas atau hadiah dan rasuah ini kadangkala perbezaannya sangat kecil tetapi mempunyai implikasi yang cukup besar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Kompas Rasuah Busters Edisi Raya bertajuk, Bila Hadiah Jadi Rasuah yang disiar secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Program yang berlangsung kira-kira satu jam itu turut menampilkan pendakwah bebas, Ustaz Harryanto Rizal Rokman sebagai panelis, manakala Fatin Hamimah Yusof sebagai moderator.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, masyarakat khususnya mereka yang mempunyai jawatan dalam agensi kerajaan perlu memahami dengan lebih jelas perkara tersebut bagi mengelak wujudnya konflik kepentingan.
“Jadi perkara seperti ini kita kena faham dan dihayati. Kita mempunyai matlamat untuk berbuat sesuatu dan jangan ada perkara yang dibuat itu melemahkan matlamat kita untuk melakukan apa yang benar,” katanya.
Artikel oleh: Sinar Harian
FAHAMI KONSEP HADIAH, RASUAH
https://www.sinarharian.com.my/article/200949/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/Fahami-konsep-hadiah-rasuah
Monday, May 9, 2022
[SHORTS] RASUAH: HALUS PERBEZAAN TETAPI IMPLIKASI CUKUP BESAR - SINAR HARIAN - 04/05/2022
Berikut merupakan petikan Kompas bertajuk `Bila Hadiah Jadi Rasuah' bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
#SinarHarian #RasuahBusters #SinarUntukMalaysia #MalaysiaTanpaRasuah
Sumber: Sinar Harian
[SHORTS] RASUAH: HALUS PERBEZAAN TETAPI IMPLIKASI CUKUP BESAR
Monday, June 14, 2021
Wednesday, January 20, 2021
5305) TANAMKAN PERSEPSI RASUAH PERBUATAN YANG MENJIJIKKAN, KATA PPIM - SINAR HARIAN - 20/01/2021
SHAH ALAM - Semua penjawat awam dan pegawai penguat kuasa undang-undang perlu menanamkan persepsi bahawa mengambil rasuah adalah perbuatan yang sangat menjijikkan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sehingga kini, soal keberkesanan menangani isu rasuah di negara ini masih di tahap rendah dan memerlukan peningkatan usaha sebanyak 50 peratus untuk memeranginya.
“Bagaimanapun, terdapat sebilangan penjawat awam dan anggota penguat kuasa beragama Islam yang tanpa segan silu mengamalkan budaya rasuah, walaupun menyedari hukumnya berdosa besar.
“Rakyat sekarang menjadi marah apabila isu rasuah semakin berleluasa,” katanya kepada Sinar Harian.
Akhbar ini pada Selasa melaporkan segelintir pegawai kerajaan didakwa menggunakan khidmat orang ketiga atau broker untuk menjalankan aktiviti mengambil rasuah daripada golongan kontraktor dan peniaga kecil di negara ini.
Nadzim
turut menyentuh amalan rasuah yang berlaku dalam kalangan anggota pihak
berkuasa tempatan (PBT) sehingga menyusahkan golongan peniaga kecil dan penjaja
untuk memohon lesen perniagaan sah.
Menurutnya, PBT sepatutnya memudahkan proses permohonan lesen perniagaan supaya golongan peniaga kecil mudah dipantau dan mereka mendapat kemudahan pinjaman kewangan daripada kerajaan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).
“Kalau semua agensi kerajaan dapat mengenepikan kerenah birokrasi keterlaluan terhadap golongan peniaga, barulah amalan rasuah akan dapat dikurangkan.
“Ini tidak. Bentuk rasuah pun ada pelbagai. Ada rasuah wang, rasuah perkhidmatan, rasuah kemudahan, minta ‘derma’ daripada peniaga untuk disalurkan kepada dana kelab PBT.
“Bukan
peniaga tidak boleh bantu, tetapi jangan jadikan permintaan atau tuntutan itu
cenderung kepada rasuah,” katanya.
Artikel oleh: Sinar Harian
TANAMKAN PERSEPSI RASUAH PERBUATAN YANG MENJIJIKKAN, KATA PPIM
Friday, December 18, 2020
6167) RASUAH: BILA RIMAU DIBERI SUSU BABI - LOQOUT MALAYSIA - 17/12/2020
Tuesday, October 11, 2016
Wednesday, March 18, 2015
2515) HARIAN METRO - 16/03/2015 - Bersikap Terbuka Tangani Rasuah
Monday, January 5, 2015
2314) UTUSAN - 04/01/2015 - Penerokaan Tanah, Pembalakan Berleluasa Ada Kaitan Rasuah
“Rasuah ini berlaku dalam banyak peringkat iaitu daripada peringkat kelulusan pemberian tanah sehinggga kepada peringkat pelaksanaannya iaitu pembalakan, sebab itu kerja-kerja yang dibuat tidak mempunyai sistem dan ditarah habis kawasan hutan begitu sahaja.
“Kerosakan alam sekitar yang berlaku ini bagai di luar kawalan, kita tengok sahaja di Sarawak yang kayu balak bernilai RM41.16 juta dirampas dan di Kota Tinggi, Johor pula hutan simpan seluas 39.94 hektar menjadi lokasi pembalakan haram,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas lanjut mengenai Laporan Eksklusif Utusan Malaysia kelmarin mengenai penerokaan hutan yang berleluasa menjadi antara penyumbang kepada banjir besar terutama di Kelantan dan Pahang ketika ini.
Menurut Nadzim, amalan rasuah dalam kegiatan pembalakan melibatkan banyak pihak termasuk golongan ahli perniagaan, golongan ahli politik dan pegawai kerajaan berkaitan termasuk di Pejabat Tanah negeri dan daerah serta Jabatan Perhutanan.
“Dalam hal ini, kita perlu ada sistem aduan yang lebih efisyen dan rakyat juga perlu menjadi mata dan telinga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tindakan boleh dikenakan terhadap golongan yang tamak dan rakus ini,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands, R. Ramakrishnan berkata, beliau mencadangkan sistem penggiliran lokasi bertugas dilaksanakan terhadap terhadap pegawai di Pejabat Tanah dan Jabatan Perhutanan bagi menyekat perbuatan salah guna kuasa dan amalan rasuah.
“Pegawai di Pejabat Tanah atau Jabatan Perhutanan tidak boleh berada di satu tempat terlalu lama kerana boleh mengundang penyelewengan. Selain itu, kerajaan kena betul-betul pantau terhadap apa yang berlaku di bawah untuk membendung masalah rasuah ini,” katanya.
Tegas beliau, inisiatif SPRM membuka pejabat di Cameron Highland untuk memantau penerokaan tanah secara haram boleh dijadikan contoh untuk agensi itu lebih agresif memantau kegiatan pembalakan dan penerokaan tanah yang mempunyai unsur rasuah di setiap negeri
“Kalau kita tidak serius untuk menangani masalah pembalakan dan penyelewengan ini, mereka yang akan menerima kesan adalah generasi akan datang kerana alam sekitar bakal musnah sekiranya kita tidak menjaganya dan memeliharanya dengan baik,” katanya.
Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penerokaan-tanah-pembalakan-berleluasa-ada-kaitan-rasuah-1.44185
Saturday, November 15, 2014
2228) HARIAN METRO 13/11/2014 - Tipu Pelaburan Paling 'Hangat'
Tuesday, October 21, 2014
2153) ARKIB BERITA PPIM - 12/10/2014 RAKYAT MARHAEN & SINAR HARIAN - Rasuah Berstruktur Mula Wujud - SPRM
KUALA LUMPUR - Rasuah yang wujud hari ini bukan sahaja dalam bentuk kumpulan atau sindiket tetapi sudah membentuk strukturnya dalam organisasi tertentu di negara ini, sekali gus mampu merosakkan dasar yang dibuat kerajaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, perkembangan terbaharu itu amat dibimbangi kerana masalah rasuah akan menjadi barah dalam masyarakat.
“Bila sudah sampai ke peringkat ini kita takut, sistem yang ada bermasalah dan orang yang ada dalam (organisasi) itu adalah orang yang bekerjasama dengan rasuah,” katanya kepada Sinar Harian selepas hadir menjadi panel di Forum Pengguna IV 2014 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia di Universiti Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, masalah rasuah berstruktur lebih besar daripada rasuah individu.
"Tidak dinafikan rasuah individu masih banyak, SPRM memandang serius hal ini dan menggunakan semua langkah bagi menanganinya.
“Tetapi bila ada rasuah seumpama ini (berstruktur), semua sistem dan prosedur perlu diperbaiki bagi meminimumkan ruang dan peluang orang yang berada dalam organisasi itu terlibat dengan rasuah,” katanya.
Sementara itu, beliau berharap semua ketua jabatan kerajaan terus memainkan peranan dalam memantau pegawai bawahan mereka bagi mengurangkan masalah rasuah kecil (petty corruption).
Tambah Mustafar, rasuah kecil ini juga menyebabkan penindasan berlaku di peringkat bawahan.
“Rasuah kecil ini tidak sebesar jumlah grand corruption (rasuah besar) namun, rasuah kecil itu mampu menggugat ketenteraman awam sehingga menggangu perkembangan sosial masyarakat.
“Rasuah kecil ini selalu melibatkan orang bawahan dan masyarakat umum seperti anggota penguatkuasa dengan penjaja. Walaupun rasuah yang dibuat itu kecil tetapi impaknya cukup besar memandangkan kumpulan peniaga ini ramai,” katanya.
Mustafar mengakui, jumlah tangkapan dan siasatan SPRM terhadap penjawat awam masih kecil iaitu dianggarkan sekitar 200 hingga 300 orang daripada 1.5 juta kakitangan awam ditahan SPRM setiap tahun.
“Tetapi yang dikatakan segelintir inilah perlu dihapuskan. Seluruh organisasi terkesan akibat perbuatan mereka, imej jabatan juga tercalar malah melemahkan kepercayaan orang ramai terhadap jabatan itu,” katanya.
Sumber : http://www.wargamarhaen.blogspot.in/2014/10/rasuah-berstruktur-mula-wujud-sprm.html
Sumber (Sinar Harian) : http://www.sinarharian.com.my/semasa/rasuah-berstruktur-mula-wujud-1.323826
Monday, December 27, 2010
Lanjutan aduan tentang pemaju Regalia yang kebal (Rujuk post 22 Disember 2011)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(287)
-
▼
July
(29)
- AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PONDOK POLIS TRX - PPI...
- AKTIVITI | SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN PERTANIAN D...
- AKTIVITI | MESYUARAT SEKRETARIAT PROGRAM ANTI-SCAM...
- AKTIVITI | MAJLIS MEEM KENDURIAN - PPIM - 18/07/2026
- AKTIVITI | SESI PERKONGSIAN ILMU METAFIK DAN RAWAT...
- AKTIVITI | KURSUS SUKARELAWAN TASKFORCE GABUNGAN N...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-61: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- YB TEMERLOH & PROF RIDHUAN TEE: KENAPA SEKOLAH WAW...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA DATUK SERI TAZ...
- PPIM TERIMA SUMBANGAN BUKU “THE SILENT ROAR: A COV...
- AKTIVITI | MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PEMBUKAAN KED...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA KUALA LUMPU...
- PODCAST PPIM | ISU-ISU RAKYAT YANG PERLU TINDAKAN ...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE JABATAN BOMBA ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA TUAN JOHARI SKIM GRE...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN STRATEGIK PPIM BERSAMA JAB...
- AKTIVITI | PERTEMUAN BERSAMA DATUK SERI JOHARI ABD...
- PELBAGAI PIHAK DIGESA BANTU DUA BERADIK PENIAGA CE...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA DUA BERADIK PENIAGA ...
- AKTIVITI | SIDANG MEJA BULAT NGO GERAK MERDEKA - P...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL EXPECTED TO REDUCE LEAKAGES, ENSURE TA...
- BUDI DIESEL BERHARGA RM2.10 SELITER KURANGKAN KETI...
- BUDI DIESEL MINIMUMKAN KETIRISAN, PASTIKAN AGIHAN ...
- KAJI SEMULA PENDEKATAN TANGANI JENAYAH ELAK HUKUMA...
- TERTIPU URUSAN JUAL BELI TANAH, MERANA TANGGUNG RU...
- MANGSA PENIPUAN HARTANAH TUNTUT KEADILAN - UTUSAN ...
- ISU KELDAI AKAUN: PPIM GESA KAJI SEMULA PENDEKATAN...
- CUKUP-CUKUP MEMANGSAKAN MANGSA!!! RAKYAT KECEWA ME...
-
▼
July
(29)
















