Tuesday, October 10, 2023

RAKYAT TIADA TEMPAT BERGANTUNG JIKA PDRM TERLIBAT RASUAH - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 10/10/2023

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersedia untuk menyalurkan maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha untuk menghapiskan rasuah dalam pasukan keselamatan ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, persatuan itu menyokong penuh usaha Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang memberi amaran keras terhadap mana-mana pegawai bawahannya yang masih bersekongkol dengan sindiket jenayah.

“Kami bukan sahaja menyokong, malah bersedia menyalurkan maklumat kepada pihak PDRM dalam usaha Shuhaily menghapuskan rasuah dalam pasukan PDRM.

“Apa yang dikatakan Shuhaily dalam satu video yang tular baru-baru ini tepat dan kena pada masanya,” kata Nadzim.

Menurutnya, rakyat di negara ini sudah tidak ada tempat bergantung untuk perlindungan dari jenayah jika anggota PDRM sendiri terlibat dengan rasuah.

“Ke mana rakyat mahu membuat aduan jika anggota bersekongkol dengan penjenayah?,” soalnya.

Shuhaily dalam ucapannya baru-baru ini memberi amaran kepada semua 130 Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kontinjen, Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) seluruh Malaysia yang gagal menjalankan tugas mengikut arahan pasukan PDRM.

Katanya, pegawai terbabit bukan sahaja akan dipindahkan tetapi juga satu notis cadangan dikeluarkan agar tiada kenaikan pangkat diberikan.

“Ini sebab mereka tidak layak diberi tanggungjawab menyelia orang lain dengan pangkat lebih tinggi sedangkan dengan pangkat sedia ada pun anda gagal,” kata Shuhaily.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

RAKYAT TIADA TEMPAT BERGANTUNG JIKA PDRM TERLIBAT RASUAH - PPIM

https://malaysiagazette.com/2023/10/10/rakyat-tiada-tempat-bergantung-jika-pdrm-terlibat-rasuah-ppim/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...