Friday, July 19, 2019

5087) PERCAMAS BERI AMARAN PIHAK PAKSA TUNDA KENDERAAN - MALAYSIA GAZETTE - 19/08/2019


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Callman Semalaysia (PERCAMAS) memberi amaran akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menawarkan perkhidmatan menunda kenderaan secara paksa.
Naib Presiden PERCAMAS, Ewan Radzuan berkata, pertubuhan itu amat mementingkan kebajikan pengguna jalan raya dengan memberi pertolongan awal selepas kemalangan serta mengawal lalu lintas.
“Penggiat industri tidak sewajarnya memburukkan mana-mana pihak sebaliknya fokus kepada berkhidmat untuk pengguna,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ewan menegaskan keutamaan adalah untuk pengguna memastikan callman yang berurusan dengan mereka adalah ahli PERCAMAS.
Katanya, orang ramai perlu diberi kesedaran dan maklumat penting tentang perkara berkenaan bagi mengelak mereka daripada menjadi mangsa penipuan dan penindasan pihak berkepentingan apabila berlaku kemalangan.
Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pernah menggesa orang ramai menjadikan PERCAMAS sebagai tempat rujukan utama pengguna bagi memastikan pihak yang berdaftar dengan pertubuhan itu menawarkan khidmat dengan bayaran berpatutan.
PERCAMAS merupakan pertubuhan yang disokong oleh PPIM untuk menyedia dan menyelaras garis panduan, kod etika dan tatacara ahli-ahli callman.
Pertubuhan ini menjadi badan rujukan, perunding cara atau khidmat nasihat yang membantu pengguna jalan raya dan pihak berkuasa tempatan. 

Artikel oleh: Malaysia Gazette
PERCAMAS BERI AMARAN PIHAK PAKSA TUNDA KENDERAAN

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...