Thursday, July 11, 2019

5066) MESYUARAT KHAS PLAN MEMPERKASAKAN GABUNGAN DEMI ISLAM DAN UMMAH - PPIM - 11/07/2019

Baru-baru ini telah berlangsung satu mesyuarat khas Plan Memperkasakan Gabungan Demi Islam dan Ummah di Menara World Wellness, Petaling Jaya.

Antara perkara yang dibincangkan ialah tentang isu produk halal, penyediaan, pembungkusan, penjualan dan juga perkhidmatan.

Mesyuarat juga telah mendengar pembentangan ringkas mengenai Halal Mall dari Encik Zainal Baharuddin, Penasihat Ekonomi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Panel juga telah membincangkan gabungan usahawan muslim melalui Halal Mall di bawah pengendalian PPIM.


Turut hadir adalah Prof. Dato Dr. Noordin Darus, Pengerusi Eksekutif WorldWellness, Puan Ismaliza Ismail, Pengarah Urusan Ell Medina Catering & Trading, Prof. Dr. Shuhaimi Mustafa, Pengarah Universiti Putra Malaysia dan Tuan Ya'akob Wan Harun, Pengerusi Eksekutif 7 Sanaabil International Sdn Bhd.


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...