Friday, March 13, 2020

5794) “INI ‘MALL’ PERJUANGAN, INI ‘MALL’ ANDA’ - MALAKAT TRIBUNE - 13/03/2020


RAUDHAH CITY – Pusat Beli Belah Malakat Mall di sini bukan sekadar pusat beli belah biasa tetapi satu perjuangan dalam mengubah ekonomi umat Islam di ngara ini.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, ia menjadi pusat menghimpunkan pelbagai produk usahawan Muslim dan bumiputera dibawah satu bumbung.

Tambah beliau, Malakat Mall bukan sekadar payung tetapi sebuah wadah atau kapal induk bagi melahirkan usahawan tetapi memberi manfaat kepada pekerjanya dalam meningkatkan ekonomi mereka.

“Kita bukan nak lahirkan usahawan-usahawan kapitalis. Kita nak bersama membantu usahawan Muslim bukan sahaja mendapat manfaat tetapi pekerjanya juga memperoleh gaji lebih tinggi jika majikannya memiliki keuntungan.

“Sudah tentu pulangan modal yang dimiliki usahawan terbabit dipulangkan kepada pekerja iaitu pengguna itu sendiri.

“Kalau pengguna dapat untung, pekerja dapat untung, koperasi dapat untung sudah tentu umat Islam selamat dan terhindar daripada sistem riba,” katanya dalam sidang akhbar selepas praperasmian Malakat Mall di Raudhah City, Cyberjaya hari ini.

Turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan; Timbalan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar; Naib Pengerusi Pembela, Masridzi Sat dan Ketua Prasarana Kempen BMF Pembela, Mohd. Nor Izzat Johari.

Dalam pada itu Mohd. Fadzil berkata, Malakat Mall menjadi tempat untuk menarik dan mendidik umat Islam beralih berbelanja dari pusat beli belah lain ke sini.

Beliau menambah, pihaknya menyasarkan seramai 1,000 keluarga berbelanja di sini dengan sasaran RM20,000 setahun bagi satu keluarga.

“Jika 15,000 keluarga berbelanja di sini mampu memperoleh RM300 juta dalam tempoh 10 tahun untuk satu pusat beli belah. Kita sasarkan 100 Malakat Mall dalam tempoh kurang atau 10 tahun dan mampu mencapai RM30 bilion,” ujarnya. – MT

Artikel oleh: Malakat Tribune

“INI ‘MALL’ PERJUANGAN, INI ‘MALL’ ANDA’ - MALAKAT TRIBUNE

https://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/5872/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...