Monday, March 30, 2020

5816) KUMPULAN SYED FOOD SUMBANG MAKANAN UNTUK ZERO HUNGER, MAPIM - MALAKAT TRIBUNE - 25/03/2020

RAUDHAH CITY – Inisiatif Syed Food Industry Sdn. Bhd., menyampaikan sumbangan kepada Program Zero Hunger yang diterajui Malakat Mall dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) diharapkan menjadi contoh kepada semua dermawan di Malaysia membantu golongan memerlukan.

Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata,
sudah tiba masanya semua pihak memberi kerjasama membantu golongan B40 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurutnya, beliau memuji usaha Kumpulan Syed Food yang menyediakan makanan dipanggil keselamatan makanan di mana makanan yang siap di makan oleh sesebuah keluarga pada bila-bila masa.

“Memandangkan negara sedang berdepan dengan ujian kes Covid-19 dan berkemungkinan tempoh PKP bakal dilanjutkan menjadi keperluan untuk keluarga mempunyai makanan yang tersedia dihidangkan.

“Siapa yang berduit boleh beli, dan siapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi kita,” katanya.

Beliau yang dikenali dengan nama Toqqi berkata, makanan berpek yang disumbangkan oleh Kumpulan Syed Food itu diharap dapat menjadi keperluan simpanan harian setiap rumah terutama golongan yang berdepan dengan masalah mendapatkan makanan.

Dalam pada itu, Syed Food Industry telah menyumbang sebanyak 300 pek makanan sedia dimakan dan tahan lama berupa nasi briyani kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sebagai usahasama dalam pengedaran makanan kepada keluarga di bawah kumpulan B40 yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Menurut Pengerusi Syed Group, Datuk Syed Jamarulkhan Kadir,  beliau menyatakan kebimbangan tentang kelangsungan hidup keluarga yang berada dibawah B40 ekoran daripada penularan wabak itu.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab pihaknya memberi bantuan kepada mereka terutama golongan yang berdepan dengan masalah pendapatan harian.

“Kami menyediakan makanan sedia dimakan, bila tiada makanan, makanan ini boleh di makan pada bila-bila sahaja di namakan ‘security for the family’.

“Kita ada enam hari lagi jadi kita beri ‘security food untuk mereka simpan sepanjang PKP, ” katanya.

Terdahulu, Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, mereka yang mempunyai kapasiti membantu golongan B40 kerana terkesan dengan PKP tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan bantuan boleh menghubungi Zero Hunger @MalakatMall.

Katanya, cara paling mudah untuk menyumbang ialah melalui sumbangan ke www.SadaqahMarket.com

“Melalui cara ini, pasukan Zero Hunger kami akan menyalurkan bantuan berupa makanan asas kepada keluarga-keluarga B40 yang telah memohon secara dalam talian,” katanya. – MBNews

Artikel oleh: Malakat Tribune

KUMPULAN SYED FOOD SUMBANG MAKANAN UNTUK ZERO HUNGER, MAPIM 

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...