Monday, March 30, 2020

5819) PPIM LANCAR C-CURE TUNNEL VIRUSBUSTER PERTAMA - KAWAL COVID-19 DI MALAYSIA - PPIM - 29/03/2020

CYBERJAYA, 29 Mac- C-CURE TUNNEL (Virusbuster) telah di rasmikan oleh Toqqi@Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan di hadiri oleh Brigadier Jeneral Dato' Marzuki, Panglima Angkatan Tentera ATM serta Datuk Roslan Bin Wahab, Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam di Malakat Mall, Cyberjaya hari ini.

Demi meletakkan keselamatan dan kesihatan pekerja serta pengunjung sebagai keutamaan dalam mengawal wabak Covid-19 ini, melalui Critical Illness Support Group (CISG) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mengambil inisiatif baru dengan menyediakan penyemburan C-CURE antiseptik pertama di Malaysia kepada pengunjung Malakat Mall.

C-CURE solution merupakan penyemburan antiseptik daripada teknologi Rusia yang nyata amat berkesan dan selamat digunakan meskipun terkena mata atau  tertelan. Hal ini kerana ianya tidak menggunakan bahan racun seperti Dettol, klorin atau alkohol yang boleh menganggu keselesaan pengguna.

Selain itu, proses saringan dari C-CURE TUNNEL (Virusbuster) dilakukan dengan amat cepat, mudah dan berkesan berbanding sistem pembasmi kuman yang lain. C-CURE TUNNEL (Virusbuster) ini bakal ditempatkan di setiap pintu masuk premis sebagai inisiatif dan usaha bagi mengurangkan penyebaran virus merbahaya itu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi@Nadzim Johan berkata penggunaan C-CURE TUNNEL dapat membantu pembasmian kuman secara menyeluruh kepada pengunjung dengan tujuan mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengunjung semasa membeli belah.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...