Thursday, March 8, 2018

4401) MALAM APRESIASI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA & CHAP GOH MEI 2018 – PUSAT PEMBELAJARAN AWAM (CLC) – 7/3/18

Bolehkan anggota nikmati faedah sama seperti ahli sukarelawan lain Institut Keselamatan dan Kesihatan Negara (NIOSH) meminta kerajaan memperuntukkan elaun khas kepada anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dalam Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988.


Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pindaan itu perlu disokong semua pihak kerana ia membolehkan pasukan berkenaan didaftarkan di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Pada masa ini, PBS perlu didaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Jika didaftar terus di bawah JBPM, ia memudahkan pengurusan dan penyaluran bantuan serta elaun.

“Sudah tiba masanya anggota PBS menikmati elaun khas dan faedah lain sebagaimana anggota sukarelawan lain terutama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya ketika merasmikan majlis Malam Apresiasi PBS dan Sambutan Tahun Baru Cina JBPM Kuala Lumpur di sini, kelmarin.

Lee berkata, pada masa ini anggota RELA menikmati elaun latihan dan bertugas sekurang-kurangnya RM6 sejam selain caj rawatan serta kemudahan wad percuma.

“PBS jarang mendapat pujian atau sanjungan mana-mana pihak walaupun mereka banyak berjasa dan sentiasa berganding bahu bersama JBPM.

“Penubuhan PBS adalah mengikut peruntukan Seksyen 62 (1) (ca) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan tertakluk kepada kawalan JBPM,” katanya.


7 Mac 2018 Jabatan Bomba dan Penyelamat, bertempat Pusat Pembelajaran Awam (CLC) Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur diadakan Malam Apresiasi, Sambutan Tahun Baru Cina & Chap Goh Mei 2018.

Majlis Anjuran JBPM Kuala Lumpur dan PBS Kuala Lumpur telah menjemput beberapa orang tetamu istimewa iaitu Tan Sri Datuk Sri Lee Lam Thye, Datuk Dominic Lau, Dato’ Dr. Soh Chai Hock, Dato’ Nadzim Johan serta pemimpin NGO.




No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...