Tuesday, March 13, 2018

4404) PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) & PPZ TURUN PADANG ZIARAH ZAKAT SIRI 2 – WANGSA MAJU – 13/3/18



KUALA LUMPUR 13 Mac – Seramai lebih 20 peniaga muslim di kawasan Wangsa Delima, Wangsa Maju di sini hari ini diberikan pendedahan kepada impak pertumbuhan ekonomi ummah yang tersirat dalam kewajipan Rukun Islam ke 3 iaitu Zakat seperti yang ditetap Islam.



Pendedahan yang dinamakan Program Ziarah Zakat (PZZ) merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan di bawah Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkolaborasi bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang berlangsung selama 3 bulan bermula 15 Februari 2018 sehingga 15 Mei 2018.




Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, PZZ kali ini merupakan edisi kedua yang mana sasaran pada kali ini adalah kelompok peniaga kecil di sekitar Wangsa Maju bagi mengalakkan mereka untuk menyertai kempen SPPZ dan meraih faedah daripadanya.
Jelas Nadzim lagi, kelompok peniaga kecil seperti yang disasarkan hari ini memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi ummah kerana selain menjadi pembayar zakat, mereka juga merupakan kelompok pembeli atau pengguna komersil pengeluar dan pengilang barangan.





“Objektif utama SPPZ ialah memperkasakan ekonomi ummah yang mana dalam konteks ini, kelompok peniaga kecil ini menjadi penghubung antara pengeluar, pengilang dan pengguna.
“Ini bermakna, dalam jangka masa panjang, jika kedudukan ekonomi kelompok ini diperkasakan, mereka akan memainkan peranan penting dalam usaha memperkasakan ekonomi ummah,” jelas beliau dalam sidang media yang diadakan selepas program ziarah berkenaan.




















Beliau menjelas lanjut, oleh kerana kelompok ini berada di tengah-tengah rantaian bekalan dalam kitaran ekonomi ummah, jatuh bangun golongan tersebut akan memberikan impak besar kepada umat Islam secara keseluruhan.
Tambah beliau, ini dapat dicapai melalui perlaksanaan SPPZ yang mana antara lain, melalui jaringan meluas yang dibawakan oleh kempen ini akan memberi manfaat yang besar dari sudut ekonomi kepada semua pihak yang terlibat.


Program Ziarah Zakat pada kali ini turut disertai oleh Pengerusi PPZ MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali, Ketua PegawaiEksekutifnya, Abdul Hakim Amir Osman dan Pengurus Besar Operasi agensi itu, Mohamed Hassan.







No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...