Wednesday, April 26, 2023

AKTIVITI | GOTONG-ROYONG PERSISIRAN SUNGAI GOMBAK - PPIM - 26/04/2023

Program pembersihan kawasan persisiran Sungai Gombak telah diadakan bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan @ Toqqi dengan penglibatan semua staff PPIM pagi tadi. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan cinta akan alam sekitar disamping untuk mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain bahkan untuk mengelak lagi pembiakan nyamuk aedes.

Thursday, April 20, 2023

PPIM GESA KERAJAAN GUGUR SEMUA KES UNDANG-UNDANG BERKAIT VAKSIN, IVERMECTIN - MALAYSIA POST - 18/04/2023

 

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan melalui Peguam Negara untuk menggugurkan semua kes undang-undang di semua pihak berkaitan vaksin, mandat vaksin dan ubat Ivermectin.

Langkah itu dilihat penting kerana tindakan mahkamah yang sedia ada menjadi tidak relevan memandangkan situasi vaksin global telah berubah secara mendadak dalam tiga tahun kebelakangan ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ toqqi berkata apa yang lebih penting kini, hampir setiap negara di dunia telah pun menghapuskan fasa kecemasan kerana Covid-19.

“Selain itu, peningkatan kes kematian yang tidak dapat dijelaskan punca di seluruh dunia khususnya negara-negara yang diberi vaksin berat, menimbulkan persoalan tentang keberkesanan vaksin,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambah Nadzim, PPIM menggesa kerajaan untuk segera mengeluarkan statistik mengenai perkara itu dan menyiasat sebarang peningkatan kematian.

Katanya, peningkatan drastik di seluruh dunia jelas ditunjukkan oleh Josh Sterling, seorang ejen insurans terkemuka di Amerika Syarikat berdasarkan data kerajaan UK.

“Data yang dibentangkan menunjukkan bahawa berdasarkan ulasan analisis, terdapat lebih daripada dua 600,000 lebihan kematian di Amerika Syarikat pada tahun 2022,” katanya.

Nadzim berkata, PPIM berharap sidang akhbar ini akan mengetengahkan kepentingan menangani kesan negatif vaksin dan langkah berkaitan vaksin, serta menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti dalam menangani isu tersebut.

Katanya lagi, darurat negara memberi kerajaan kebenaran untuk mengambil kuasa menyeluruh yang telah merosakkan seluruh dunia.

“Darurat yang dilaksanakan jelas tidak wajar berikutan ketika itu hanya 54 kematian merebak di seluruh dunia dan dilaksanakan atas dasar tekanan kuat daripada pejabat berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Kesan kesihatan, ekonomi, politik, pendidikan serta sosial daripada darurat itu adalah jangka panjang dan berkemungkinan memberi kesan kepada kita untuk lebih dari satu generasi,” katanya.

Tambah Nadzim lagi, perkara itu luas dan mungkin akan dibahaskan oleh pakar selama beberapa dekad.

Untuk rekod, pada 10 April 2023, tindak balas Amerika Syarikat terhadap pandemik Covid-19 berakhir apabila Presiden Joe Biden menandatangani resolusi kongres dua parti untuk menutupnya selepas tiga tahun.

Jabatan kesihatan awam kecemasan negara itu menyatakan sokongan terhadap langkah menamatkan sekatan imigresen yang ketat di sempadan AS – Mexico yang ditetapkan untuk tamat pada 11 Mei.


Artikel oleh: Malaysia Post

PPIM GESA KERAJAAN GUGUR SEMUA KES UNDANG-UNDANG BERKAIT VAKSIN, IVERMECTIN

https://malaysiapost.com.my/2023/04/18/ppim-gesa-kerajaan-gugur-semua-kes-undang-undang-berkait-vaksin-ivermectin/

INFAQ REZEKI UNTUK GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK [METROTV] - HARIAN METRO - 19/04/2023

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama rakan strategiknya KL Chinese Muslim Community, hari ini, menganjurkan pemberian bantuan Aidilfitri kepada golongan kurang bernasib baik.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata kerjasama strategik itu bertujuan menyantuni golongan sasar sekali gus meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau berkata, seramai 400 penerima golongan sasar yang dikenal pasti itu terdiri daripada asnaf dan fakir miskin, orang cacat dan pelarian.

"Bantuan berupa pelbagai barangan dapur keperluan asas yang bernilai RM500 bagi setiap kotak Infaq Rezeki selain sedikit wang tunai

"Mereka yang dibantu ini adalah senarai nama yang dikemukakan pihak masjid berhampiran selain hasil pemantauan kami turun ke lapangan.

"Kita harap dengan bantuan yang tidak seberapa ini, ia membawa sedikit kemudahan kepada mereka yang memang mungkin menunggu untuk dapatkan bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan kotak Infaq Rezeki di Al-Madrasatul Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat, di sini, hari ini.

Menurutnya, minggu terakhir Ramadan, ramai yang membuat persiapan menjelang Aidilfitri namun hakikatnya tidak semua berkemampuan untuk membuat persediaan sewajarnya.

"Malah, ada yang masih berhempas pulas siang malam hanya untuk mencukupkan rezeki berbuka puasa setiap hari," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

INFAQ REZEKI UNTUK GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK [METROTV]

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/958819/infaq-rezeki-untuk-golongan-kurang-bernasib-baik-metrotv

Wednesday, April 19, 2023

PPIM TIDAK SETUJU UMUR PENGELUARAN KWSP DIKAJI SEMULA KEPADA 60 TAHUN, UMUR PERSARAAN - THE MERDEKA TIMES - 17/04/2023

  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak bersetuju dengan cadangan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang meminta syarat pengeluaran KWSP dikaji semula mengikut umur persaraan.
  • Ketika ini, pengeluaran penuh caruman KWSP boleh dilakukan pada usia 55 tahun ketika timbul cadangan supaya perkara itu dikaji semula mengikut umur persaraan semasa iaitu 60 tahun atau umur persaraan baharu.
  • “Tidak setujulah…orang nak mati kena tunggu dia mati dulu ke? Tak bolehlah…kita bila dalam keadaan terdesak, emergency dalam keadaan hidup dan mati dia kena beri pertimbangan lain juga. Jadi jangan sama ratakan masalah orang”. – Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
  • Mengulas isu sama, Perunding Kewangan, Afyan Mat Rawi yang juga lebih cenderung untuk tidak bersama MEF berpandangan syarat pengeluaran KWSP sedia ada sudah cukup ketat.
  • “Dia sebenarnya membantu KWSP supaya tabungan KWSP semakin banyak walhal yang sedia ada ini pun dah cukup okey. Tiada keperluan untuk menghalang rakyat keluarkan KWSP sekiranya berlaku event-event yang sudah ada sekarang ini,” katanya.

KUALA LUMPUR — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak bersetuju dengan cadangan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang meminta syarat pengeluaran KWSP dikaji semula mengikut umur persaraan.

Ketika ini, pengeluaran penuh caruman KWSP boleh dilakukan pada usia 55 tahun ketika timbul cadangan supaya perkara itu dikaji semula mengikut umur persaraan semasa iaitu 60 tahun atau umur persaraan baharu.

Terdapat pihak mencadangkan supaya umur persaraan semasa dinaikkan kepada 65 tahun.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata cadangan sedemikian tidak wajar dilakukan kerana ia melibatkan soal hidup dan mati seseorang individu.

Katanya, ia juga bagi mengelakkan cadangan seumpama itu tersasar dari matlamat asal sebagaimana berlaku sebelum ini.

“Tidak setujulah…orang nak mati kena tunggu dia mati dulu ke? Tak bolehlah…kita bila dalam keadaan terdesak, emergency dalam keadaan hidup dan mati dia kena beri pertimbangan lain juga.

“Jadi jangan sama ratakan masalah orang,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.

Beliau menyarankan kaedah tapisan khas dibuat di mana hanya individu mempunyai justifikasi mendesak dibenarkan membuat pengeluaran supaya tidak berlaku salah sasaran.

Ini berikutan sebelum ini sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengeluarkan EPF sehingga individu yang tiada masalah juga dapat menikmatinya.

“Kalau duit itu tidak boleh diberi dia kena bagi pilihan lain contohnya minta duit kepada baitulmal, masjid ke,” katanya.

Mengulas isu sama, Perunding Kewangan, Afyan Mat Rawi yang juga lebih cenderung untuk tidak bersama MEF berpandangan syarat pengeluaran KWSP sedia ada sudah cukup ketat.

“Jadi cadangan itu bagi saya…saya banyak ke arah tidak setuju ikutkan sebabnya ia tidak membantu rakyat.

“Dia sebenarnya membantu KWSP supaya tabungan KWSP semakin banyak walhal yang sedia ada ini pun dah cukup okey. Tiada keperluan untuk menghalang rakyat keluarkan KWSP sekiranya berlaku event-event yang sudah ada sekarang ini,” katanya.

Afyan mencadangkan KWSP untuk lebih proaktif dengan melaburkan wang sedia ada bagi mendapatkan pulangan lebih tinggi selepas prestasi dividen KWSP yang dilihat semakin berkurangan dari tahun ke tahun.

Katanya, Kerajaan juga disarankan untuk memberi fokus kepada dua perkara dalam usaha memulihkan ekonomi antaranya menyediakan langkah bagi meningkatkan pendapatan rakyat serta mengenakan polisi mengawal kenaikan harga barangan agar tidak terlalu melambung.

Beliau juga mengingatkan masyarakat untuk tidak terlalu mengharapkan bantuan kerajaan selain mempertingkatkan ilmu literasi kewangan mereka untuk bertahan hidup dalam situasi menekan.

Artikel oleh: The Merdeka Times 

PPIM TIDAK SETUJU UMUR PENGELUARAN KWSP DIKAJI SEMULA KEPADA 60 TAHUN, UMUR PERSARAAN

https://themerdekatimes.com/news/2023/04/ppim-tidak-setuju-umur-pengeluaran-kwsp-dikaji-semula-kepada-60-tahun-umur-persaraan/

PPIM GESA GUGURKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN VAKSIN COVID-19 - PPIM - 19/04/2023

Kuala Lumpur, 18 April -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan sidang media untuk menggesa kerajaan menggugurkan tindakan undang-undang terhadap semua pihak berkaitan vaksin COVID-19.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata, rakyat sudah banyak tertekan akibat Covid dan tindakan kerajaan terhadap mereka hanya menambahkan beban rakyat tanpa membantu menyelesaikan masalah yang lebih besar.

"Apa yang boleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) capai dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap pakar perubatan yang memberi pendapat peribadi beliau mengenai vaksin? Apakah doktor semua kena tutup mulut jika mereka tidak bersetuju dengan KKM? Apakah mereka semua robot yang tidak mampu berfikir? " katanya.

Nadzim menegaskan sia-sia latihan dan pengajian perubatan yang dijalani pakar perubatan jika mereka tidak dibenarkan menyuarakan pendapat profesional mereka.

Selain itu, Nadzim turut mendesak KKM untuk menjelaskan isu vaksin COVID-19 yang kini menjadi debat hangat di luar negara.

“Rakyat dah lah susah. Rakyat dah lah banyak masalah. Kemudian dimasukkan pula dengan benda-benda yang tiada jawapan. Jadi di Parlimen Kesatuan Eropah sendiri mengatakan vaksin itu tidak diuji. Kenapa vaksin yang tidak diuji dan telah diberi? Kita nak pengesahan betul atau pun tidak? Menteri baru (Dr. Zaliha Mustafa) kena jawablah. Menteri baru tolong jawab kerana rakyat terus begitu juga. Menteri mungkin bertukar jadi kita mahu pihak menteri tolong jawab supaya kita dapat hala tuju yang jelas.

Nadzim turut mempersoalkan mengenai perkembangan dunia luar mengenai vaksin.

"Jika dulu orang ramai disuruh ambil vaksin tetapi apabila dunia luar sudah tidak menggalakkan pengambilan vaksin, mengapa kita di Malaysia masih teruskan vaksin? Sebagai contoh di New South Wales," katanya.

Tambah Nadzim, di Singapura sudah ada dua kes pembayaran gantirugi yang diberikan kerajaan kepada mangsa vaksin yang terkesan. 

Tetapi di Malaysia hanya bantuan kewangan yang diberikan. Bukan gantirugi seperti dijanjikan. Jadi ini yang kita nak pengesahan mengenai bayaran gantirugi yang boleh dibuat?

“Sejauh mana keberkesanan vaksinasi yang kerajaan bayar bernilai RM5.8 Billion dan bagaimana pula dengan vaksin yang tak pakai bernilai RM600 juta?

“Kita hendak maklum balas daripada KKM terhadap semua maklumat dan mengesahkan mengenai maklumat tersebut," tegasnya.

Selain vaksin, Nadzim turut mempersoalkan mengenai penahanan penggunaan Ivermectin yang terbukti berkesan bagi melawan COVID-19.

Beliau turut memohon penjelasan daripada kerajaan dan pengurusan Tabung Haji mengenai kewajipan suntikan vaksinasi COVID-19 terhadap bakal jemaah haji. 

“Kita terima banyak aduan daripada mereka yang nak pergi Haji. Ada kenyataan kata mereka digalakkan (cucuk Vaksin COVID-19). Ada yang kata – ini kena (wajib) cucuk vaksin. Dia kata Arab Saudi yang tetapkan. Bila kita check Arab Saudi minta 2 dos sahaja. Yang kita minta cucuk 4 dos. Jadi saya pun tak faham apa masalah sebenarnya ini," katanya.

Menurut Nadzim perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan dan dijelaskan oleh pihak kerajaan kepada semua pihak dengan jelas. Ini kerana ia melibatkan nyawa dan kesihatan manusia. Sepatutnya tiada paksaan dalam hal ini.

Nadzim memetik statistik yang diterima daipada Jabatan Statistik Negara dan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan kadar kematian yang meningkat dari tahun 2020 hingga 2021 iaitu sebanyak 34.8%. 

"Pada tahun 2020 kadar kematian adalah sebanyak 166,507 kematian. Manakala pada tahun 2021 kadar kematian meningkat kepada 224,569 kematian, kami memohon penjelasan lanjut daripada KKM mengenai hal ini," katanya.

Selain itu, mengenai statistik kelahiran yang menurun. Statistik menunjukkan pada tahun 2020 kadar kelahiran sebanyak 470,195 kelahiran. Manakala pada tahun 2021 kadar kelahiran sebanyak 439,744. Iaitu penurunan sebanyak 6.47%. 

"Apa punca kelahiran negara semakin menurun selepas rakyat diberikan suntikan vaksin, atau rakyat takut untuk berkeluarga kerana bimbang risiko Covid," katanya. Tambah beliau, mengikut Fatwa Kerajaan Negeri Pahang – pengambilan vaksin COVID-19 tidak diwajibkan.

"Mengikut fatwa tersebut, hukum pengambilan vaksin adalah harus. Ia dibenarkan tetapi tidak diwajibkan. Maknanya haram jika diwajibkan.

"Atas semua sebab-sebab dan persoalan-persoalan yang dihuraikan di atas, PPIM menggesa Jabatan Peguam Negara dan Peguam Negara untuk membatalkan segala pendakwaan terhadap mereka yang dituduh berkaitan isu vaksin dan Ivermectin," katanya dalam satu sidang media di Pejabat PPIM di sini.

Sidang media yang telah berlangsung di Pejabat PPIM, Kondominum Villa Puteri dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, Dr. Roland Victor, Dr. Sani Ashari, Puan Zaharah dan Tuan Mahmud (dari NGO PEMBELA).

Dr. Roland yang kini menghadapi tuduhan jenayah kerana kenyataannya mengenai Vaksin Covid-19  menjelaskan pakar-pakar perubatan di Malaysia memerlukan statistik data kematian dan kelahiran di Malaysia pada kadar segera kerana ia akan membantu doktor-doktor di Malaysia membuat keputusan atas tindakan yang mereka ambil.

"Jika statistik data kematian dan kelahiran ini lewat diperolehi maka doktor-doktor atau pakar perubatan tidak tahu kesan tindakan yang mereka buat dalam memberi vaksinasi kepada rakyat Malaysia," katanya

Sehubungan itu, beliau menggesa  kerajaan untuk mendesak KKM mengeluarkan laporan statistik data mortaliti & kelahiran Malaysia bagi tahun 2017 hingga 2022.

Selain itu, kerajaan perlu mempertimbangkan pampasan kepada mangsa AEFI vaksin COVID-19 dan hentikan program vaksinasi COVID-19.

"Saya turut menggesa kerajaan melihat semula beberapa kes mahkamah yang melibatkan rakyat dengan KKM berkaitan vaksinasi dan Ivermectin," katanya.

Dr. Roland berkata beliau berharap kerajaan dan pihak berwajib dapat menjelaskan segera semua persoalan rakyat mengenai isu ini.

Tuesday, April 18, 2023

PPIM GESA GUGURKAN TINDAKAN MAHKAMAH KES BERKAITAN COVID-19 - KENYATAAN MEDIA PPIM - 18/04/2023

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan melalui Peguam Negara untuk menggugurkan semua kes undang-undang di semua pihak berkaitan vaksin, mandat vaksin, dan ubat Ivermectin.

Langkah itu dilihat penting kerana tindakan mahkamah yang sedia ada telah menjadi tidak relevan memandangkan situasi vaksin global telah berubah secara mendadak dalam tiga tahun kebelakangan ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata apa yang lebih penting kini, hampir setiap negara di dunia telah pun menghapuskan fasa kecemasan kerana Covid-19.

"Selain itu, peningkatan kes kematian yang tidak dapat dijelaskan punca di seluruh dunia khususnya negara-negara yang diberi vaksin berat, menimbulkan persoalan tentang keberkesanan vaksin," katanya dalam sidang media hari ini.

Tambah Nadzim, PPIM menggesa kerajaan untuk segera mengeluarkan statistik mengenai perkara ini dan menyiasat sebarang peningkatan kematian.

Peningkatan drastik di seluruh dunia jelas ditunjukkan oleh Josh Sterling, seorang ejen insurans terkemuka di Amerika Syarikat berdasarkan data kerajaan UK.

"Data yang dibentangkan menunjukkan bahawa berdasarkan ulasan analisis, terdapat lebih daripada dua 600,000 lebihan kematian di Amerika Syarikat pada tahun 2022," katanya.

PPIM berharap sidang akhbar ini akan mengetengahkan kepentingan menangani kesan negatif vaksin dan langkah berkaitan vaksin, serta menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti dalam menangani isu ini.

Darurat negara memberi kerajaan kebenaran untuk mengambil kuasa menyeluruh yang telah merosakkan seluruh dunia.

"Darurat yang dilaksanakan jelas tidak wajar berikutan ketika itu hanya 54 kematian merebak di seluruh dunia dan dilaksanakan atas dasar tekanan kuat daripada pejabat berkaitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Kesan kesihatan, ekonomi, politik, pendidikan serta sosial daripada darurat itu adalah jangka panjang dan berkemungkinan memberi kesan kepada kita untuk lebih dari satu generasi," katanya.

Tambah Nadzim lagi, perkara ini luas dan mungkin akan dibahaskan oleh pakar selama beberapa dekad.

Untuk rekod, pada 10 April 2023, tindak balas Amerika Syarikat terhadap pandemik Covid-19 berakhir apabila Presiden Joe Biden menandatangani resolusi kongres dua parti untuk menutupnya selepas tiga tahun.

Jabatan kesihatan awam kecemasan negara itu menyatakan sokongan terhadap langkah menamatkan sekatan imigresen yang ketat di sempadan AS - Mexico yang ditetapkan untuk tamat pada 11 Mei.

Kerajaan harus memberikan tumpuan kepada pengurangan kesan buruk daripada Vaksin – kecederaan, hilang upaya, dan kematian; kos ekonomi vaksin dan vaksinasi; mandat vaksin; pampasan dan selepas penjagaan serta kes undang-undang.


PPIM GESA TINDAKAN UNDANG-UNDANG DIGUGURKAN - SIDANG MEDIA PPIM - 18/04/2023

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Pejabat Peguam Negara memulakan proses pengguguran semua kes undang-undang terhadap semua pihak yang berkaitan vaksin dan Ivermectin.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata ini kerana kes yang sedang berjalan di mahkamah hari ini menjadi tidak lagi relevan memandangkan situasi vaksin global telah berubah secara mendadak dalam tiga tahun kebelakangan ini.

Dan yang lebih penting lagi hampir setiap negara di dunia telah pun menghapuskan kecemasan Covid-19 dan Vaksin.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur.

PPIM turut menggesa kerajaan Malaysia mengeluarkan statistik mengenai perkara ini dan menyiasat sebarang peningkatan kematian yang tidak perlu.




AWAS SCAMMER BAJU RAYA SEDANG BURU MANGSA - UTUSAN MALAYSIA - 13/04/2023

 


PETALING JAYA: Kegiatan penipuan atau lebih dikenali sebagai scammer semakin menjadi-jadi dengan mereka dikatakan semakin rancak melakukan aktiviti itu kepada umat Islam yang sedang menyediakan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kegiatan itu dipercayai membabitkan peniaga perseorangan untuk mengaut keuntungan lebih dengan mudah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, aktiviti penipuan membabitkan tawaran baju hari raya itu dilakukan melalui media sosial dengan iklan yang meyakinkan pengguna.

Katanya, kebanyakan aduan yang diterima berhubung kegiatan itu bagaimanapun tidak melibatkan jenama tertentu.

“Mereka scam pengguna dengan iklankan baju itu murah, tetapi apabila sudah buat pembelian, tak hantar pula. Ada pula dapat saiz tak betul, jadi benda sebegini mungkin sebab stok dan saiz tidak ada atau kadangkala sebab mahu lepaskan stok saja tanpa fikirkan soal saiz.

“Setakat ini kita terima berbelas-belas aduan, mungkin masih rendah, tetapi takut jadi realiti, maka lebih baik kita beri kesedaran dulu.Sebab sesetengah orang itu susah, jadi mereka sangat mengharapkan kalau dapat beli pada kadar harga yang murah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Nadzim meminta orang ramai sentiasa berhati-hati dan lebih berwaspada sekiranya membuat pembelian persiapan sambutan perayaan itu secara dalam talian.

“Kalau boleh cari penjual yang mempunyai reputasi. Apabila mereka ada reputasi, maka mereka tidak akan ambil mudah (untuk menipu pesanan pelanggan).

“Saya tahu kaedah itu tidak adil sebab bukan semua yang scam baju hari raya, yang buat betul-betul, maka kita alu-alukan.

“Cumanya kena hati-hati. Lagi bagus kalau sebelum beli itu rujuk dulu dengan kementerian bertanggungjawab sama ada mereka itu memang benar penjual atau sebaliknya,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyarankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membuka mata dan memantau kegiatan penipuan melibatkan persiapan perayaan itu.

Kementerian Komunikasi dan Digital sebelum ini memaklumkan, selain tawaran promosi, scammer akan memaklumkan adanya sekatan penghantaran bungkusan pembelian selepas mangsa membuat pembayaran.

“Mangsa perlu membuat bayaran tambahan dan dijanjikan pulangan wang selepas bungkusan diterima.

“Mangsa menyedari ditipu, scammer sekat mangsa dan tukar identiti lain di media sosial,” kata kementerian itu.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

AWAS SCAMMER BAJU RAYA SEDANG BURU MANGSA 

TUNGGAKAN DAH JADI RM16,000 - HARIAN METRO - 18/04/2023

 

Artikel oleh: Harian Metro

TUNGGAKAN DAH JADI RM16,000

WUIF SERAH AL-QURAN KEPADA PM SEMPENA WORLD - SINAR HARIAN - 12/04/2023

 


Artikel oleh: Sinar Harian

WUIF SERAH AL-QURAN KEPADA PM SEMPENA WORLD

HUTANG KERETA TERTUNGGAK RM3,200 TIBA-TIBA JADI RM16,000 - XKLUSIF - 12/04/2023

 

KUALA LUMPUR, April 12 - Tidak masuk akal! Itu yang dihadapi seorang lelaki yang perlu membayar caj penarikan dan penyimpanan kereta sebanyak RM16,000 walaupun bayaran tertunggak berjumlah RM3,200 sudah dilunaskan pada hari yang sama. 

 

Pada kejadian 31 Mac baru-baru ini, arahan penarikan kereta mangsa oleh syarikat pinjaman berlesen itu didakwa dibuat tanpa mengikut lunas undang-undang yang mana mangsa sudah pun membayar lebih 85 peratus pinjaman kenderaan. 

 

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Haris, 37, berkata, isterinya didatangi 4 individu daripada syarikat berkenaan ketika ingin mengambil ketiga-tiga anak mereka daripada sekolah. 

 

“Kereta terus dirampas oleh 4 individu tidak dikenali itu di hadapan anak kami. 

 

“Kemudian saya segera menghubungi syarikat pinjaman itu untuk menyelesaikan tunggakan dan membayarnya pada hari yang sama. 

 

“Namun, apa yang mengejutkan syarikat itu menuntut saya membayar kos tidak masuk akal berjumlah lebih RM16,000 untuk membolehkan kereta saya dilepaskan dari simpanan mereka,” katanya pada sidang media di Pejabat PPIM di sini, hari ini. 

 

Menurut Haris, tunggakan dua bulan kereta itu sepatutnya berjumlah RM2,400 sahaja namun diberitahu terdapat caj faedah dikenakan menjadikan jumlah tunggakan bertambah sehingga RM3,200.

 

Jelasnya, dia membayar sebanyak RM3,600 dan cuba berbincang dengan pihak syarikat, namun mereka berkeras untuk menahan kereta tersebut sehingga bayaran penuh termasuk caj penyimpanan, caj penyerahan, caj pengambilan semula serta caj-caj lain berjumlah RM16,000 dijelaskan. 

 

“Saya berasa teraniaya dengan caj tidak masuk akal dikenakan syarikat itu sedangkan ansuran kereta hanya tinggal setahun sahaja untuk diselesaikan. 

 

“Sehingga hari ini, status kereta itu tidak jelas dan tidak tahu ditempatkan di mana. Syarikat enggan bertolak ansur walaupun tunggakan sudah dijelaskan lebih daripada yang sepatutnya,” katanya. 

 

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, kes tersebut bukti jelas pihak syarikat pemberi pinjaman sewenang-wenangnya mengenakan cas dan menekan pengguna dengan kos yang tidak munasabah.

 

Susulan itu, PPIM menggesa pihak berwajib yang diamanahkan dan kerajaan supaya dapat memantau tekanan yang dikenakan keatas pengguna.

 

“Saya difahamkan syarikat ini berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan bagi memberikan pinjaman kepada pengguna. 

 

“Namun, syarikat terbabit didapati menganiaya pengguna dengan mengenakan caj tersorok yang tidak munasabah dan penarikan kereta juga dilakukan tanpa mengikut prosedur ditetapkan mengikut Akta Sewa Beli 1967,” katanya. 

 

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan dapat memantau pengstrukturan transaksi oleh syarikat pinjaman berlesen di bawah KPKT bagi mengelakkan penipuan dan penindasan terhadap peminjam. 

 

“Yang jadi persoalan sekarang, siapa yang bertanggungjawab dan tetapkan kos simpanan sehingga RM5,000, siapa boleh beri justifikasi?


 “Jadi kita akan hantar surat tuntutan (LOD) dan buat laporan polis susulan isu ini  kerana apa yang berlaku itu adalah satu bentuk penindasan dan penganiayaan nyata” katanya.


Artikel oleh: Xklusif

HUTANG KERETA TERTUNGGAK RM3,200 TIBA-TIBA JADI RM16,000

Monday, April 17, 2023

HUTANG TERTUNGGAK RM3,200, CAJ TARIK KERETA RM16,000 - BERITA HARIAN - 12/04/2023

 

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pemberi pinjaman wang berlesen didakwa mengenakan caj tidak munasabah untuk kos tarik kenderaan ke atas seorang peminjam yang gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanan kenderaan berkenaan.

Perkara itu didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas mangsa tampil membuat aduan berhubung kejadian itu yang dianggap sebagai satu bentuk penganiayaan atas pelbagai caj melampau yang dikenakan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata mangsa dikenakan caj hampir RM14,000 untuk proses menarik dan menyimpan kereta yang tertunggak bayaran ansuran sebanyak RM3,200.

"Menerusi dokumen Jadual Kelima yang diserahkan syarikat ini kepada mangsa, dinyatakan tunggakan dan faedah yang perlu dibayar hampir RM3,300 sahaja.

"Bagaimanapun, dalam Jadual Kelima itu kita dapati syarikat ini mengenakan caj keseluruhan RM13,500 untuk kos menyimpan, membaiki atau penyelenggaraan (RM5,000), kos untuk pengambilan semula milikan (RM5,000) dan kos untuk menghantar semula (RM3,500).

"Secara keseluruhan, mangsa perlu menjelaskan kira-kira RM16,760 jika mahu mendapatkan kenderaannya semula. Jumlah ini jelas tidak munasabah dan tidak masuk akal. Ini satu penganiayaan kepada mangsa," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati tempoh bayaran yang tertunggak belum sampai tiga bulan dan mangsa sudah membuat bayaran 85 peratus jumlah pinjaman yang dibuat untuk tempoh tujuh tahun itu.

Sementara itu, mangsa yang enggan dikenali berkata kejadian itu berlaku pada 31 Mac lalu ketika kereta itu sedang dipandu isterinya di hadapan sebuah sekolah di Jalan Kuching di sini.

"Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari ketika isteri mengambil tiga anak pulang dari sekolah sebelum didatangi dua lelaki yang secara agak agresif memberitahu mahu menarik kereta.

"Isteri menelefon saya dan saya sempat berbincang dengan lelaki berkenaan kira-kira setengah jam melalui telefon namun mereka tetap mahu menarik kereta berkenaan," katanya.

Menurut mangsa yang berusia 37 tahun itu, beliau gagal menjelaskan bayaran bulanan kereta itu selama dua bulan akibat masalah kewangan.

"Susah bila tiada kenderaan terutama untuk hantar dan ambil anak sekolah. Justeru, pada hari sama (31 Mac), saya jelaskan bayaran tertunggak serta lebihkan bayaran sebanyak RM3,600 kepada syarikat itu.

"Namun apabila syarikat itu serahkan Jadual Kelima, saya dapati caj untuk kos-kos yang dikenakan amat tinggi menyebabkan saya mengambil keputusan tidak membuat bayaran selanjutnya.

"Saya kemudian tampil buat aduan kepada PPIM kerana pada justifikasi saya, caj untuk kos menyimpan, membaiki atau penyelenggaraan; kos pengambilan semula milikan dan kos menghantar semula itu terlalu tinggi," katanya.

Dalam pada itu, katanya jumlah pinjaman kenderaan yang dibuat dengan syarikat itu juga sudah 85 peratus dilunaskan sejak enam tahun lalu untuk tempoh pinjaman selama tujuh tahun.

"Pada hari kejadian, penarik kereta hanya serahkan surat arahan tarik dari syarikat itu namun tiada surat perintah mahkamah sedangkan untuk pinjaman yang sudah melebihi 75 peratus, perlu ada arahan mahkamah.

"Justeru, saya rasa ada unsur penganiayaan dalam perkara ini membuatkan saya buat aduan kepada PPIM kerana tidak mahu perkara ini turut berlaku kepada orang lain," katanya.

Dalam pada itu, Nadzim berkata pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mengeluarkan lesen kepada syarikat peminjam wang berkenaan.

"Kita mahu tahu apa justifikasi caj atas kos-kos yang dikenakan dalam kes ini, adakah syarikat sebegini sesuka hati menetapkan caj-caj berkenaan dan sepatutnya KPKT memantau dan mengawal selia perkara itu.

"Selain itu, kita juga akan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada syarikat pemberi pinjaman wang terbabit selain mengadakan perbincangan tentang perkara ini dengan Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya.

Artikel oleh: Berita 

HUTANG TERTUNGGAK RM3,200, CAJ TARIK KERETA RM16,000

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1089105/hutang-tertunggak-rm3200-caj-tarik-kereta-rm16000

Saturday, April 15, 2023

TUNGGAK RM3,200, CAJ LEPAS KENDERAAN RM16,000 - HARIAN METRO - 12/04/2023

 

Kuala Lumpur: Kerana tunggakan pinjaman kenderaan sebanyak RM3,200, seorang lelaki kini terpaksa menanggung beban hutang lebih RM16,000 yang dikenakan syarikat pinjaman berlesen.

Mangsa dikenali Haris, 37, berkata, jumlah itu susulan caj tidak masuk akal dikenakan susulan penarikan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu yang dibelinya atas nama isteri.

Dia sebelum ini membuat pinjaman dengan syarikat berkenaan untuk membeli sebuah SUV dan bayaran bulanan tertunggak yang menyebabkan kenderaan itu ditarik pada 31 Mac lalu.

"Pada hari kejadian, isteri memandu SUV itu untuk mengambil anak di sekolah sebelum didatangi empat kakitangan syarikat berkenaan. Dua daripadanya mengetuk cermin kenderaan dan menunjukkan surat tarik kerana dakwa ada tunggakan bayaran.

"Isteri terus menghubungi saya yang ketika itu ada di tempat kerja. Hampir setengah jam juga saya cuba berunding dengan mereka, namun mereka berkeras untuk menarik kereta," katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.

Haris berkata, kakitangan syarikat itu menghantar isteri dan anaknya pulang ke rumah terlebih dahulu sebelum membawa pergi SUV itu yang kini tidak diketahui di mana lokasi penyimpanannya.

Apa yang dikesalkannya adalah jumlah tunggakan pinjaman yang bermula RM2,400, meningkat kepada RM3,200 kerana faedah, sebelum menjadi RM16,000 jika mahu menuntut SUV itu.

Haris berkata, dia sudah membayar RM3,600, lebih RM400 daripada kadar tunggakan pada jam 4 petang hari kejadian, dengan harapan dapat mengambil semula kenderaan berkenaan.

"Namun, Syarikat enggan kompromi malah menuntut saya membuat bayaran penuh RM16,000 untuk ambil kenderaan, yang termasuk faedah, caj simpanan, caj pengambilan dan penghantaran semula.

"Masalahnya, kos simpanan saja mencecah RM5,000, manakala RM3,500 pula untuk penghantaran semula. Sebagai pengguna, saya tidak bersetuju mereka tarik kenderaan, apatah lagi sudah membayar 85 peratus daripada keseluruhan pinjaman yang berbaki setahun lagi," katanya yang membuat perjanjian sewa beli untuk tempoh tujuh tahun.

Menurutnya, dia mengadukan perkara itu kepada PPIM untuk khidmat nasihat dan langkah selanjutnya yang perlu diambil, sebelum melaporkannya kepada polis.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyifatkan tindakan syarikat terbabit keterlaluan kerana mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

"Tindakan itu menunjukkan kebiadaban institusi kewangan kerana menurut Akta Sewa Beli 1967, perlu ada perintah mahkamah sebelum penarikan kereta dibuat, sekiranya 85 pinjaman sudah dilangsaikan.

"Persoalannya siapa yang bertanggungjawab dan tetapkan kos simpanan sehingga RM5,000, siapa boleh beri justifikasi?

"Jadi kita akan hantar surat tuntutan (LOD) dan buat laporan polis susulan isu ini kerana apa yang berlaku itu adalah satu bentuk penindasan," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

TUNGGAK RM3,200, CAJ LEPAS KENDERAAN RM16,000

Thursday, April 13, 2023

AH LONG BERLESEN 'CEKIK DARAH' CAJ TARIK KERETA - KOSMO - 12/04/2023

 

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pinjaman wang berlesen bertindak zalim apabila mengenakan caj sehingga RM16,000 daripada tunggakan sekitar RM3,000 selepas menarik kereta jenis ultiliti sukan (SUV) milik seorang lelaki tempatan yang tertangguh dua bulan bayarannya.

Mendedahkan perkara itu, mangsa yang ingin dikenali sebagai Haris berkata, awalnya dia mendapat panggilan telefon daripada isteri yang sedang membawa tiga anaknya berusia tujuh hingga 15 tahun balik dari sekolah di Jalan Kuching, 31 Mac lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu berkata, isterinya yang menggunakan kereta itu didatangi dua lelaki secara agresif mengatakan mahu menarik kereta itu manakala dua individu lagi berada di dalam kereta mereka.

“Saya ada masalah kewangan ketika itu dan cuba berunding dengan mereka ketika menghubungi isteri saya, namun mereka mengatakan hanya menurut perintah daripada syarikat.

“Isteri dan anak yang panik hanya mengikut sahaja, mereka turunkan merek berhampiran kawasan rumah sebelum membawa kereta ke gudang simpanan milik syarikat tersebut dan diberikan kepada saya dokumen bayaran yang perlu diselesaikan,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Villa Puteri, di sini.

Mendedahkan pengisian dokumen jadual lima itu, tunggakan pinjaman (RM3,200.82), faedah tunggakan (RM59.57), kos penyelenggaraan (RM5,000), kos pemilikan semula (RM5,000), kos penghantaran semula (RM5,000) dan jumlah keseluruhan (RM16,760.39).

Menurut Haris, dia menyedari ada caj yang tidak masuk akal seperti tunggakan dua bulan sahaja namun caj tambahan yang dikenakan kepadanya melebihi bayaran yang sepatutnya.

“Untuk tunggakan dua bulan sepatutnya RM2,400 sahaja tetapi caj dikenakan sehingga RM3,200, kereta saya sepatutnya tidak perlu ditarik kerana sudah 85 peratus bayaran selesai dan mana boleh tarik kereta macam itu sahaja, notis peringatan tidak diberikan selepas itu notis dari mahkamah juga tidak ada ketika tarik kereta, ini menindas pengguna.

“Saya selesai bayar tunggakan RM3,600 tersebut tetapi dipaksa selesaikan semuanya untuk dapatkan kereta, pergerakan anak dan isteri terbatas sejak perkara ini terjadi, disebabkan itu saya rujuk dengan PPIM,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan tidak masuk akal mengenakan cas berlipat kali ganda perlu disoal atas kapasiti apa caj itu boleh berlaku.

Jelas Nadzim, dia mengarahkan lelaki itu tidak membuat bayaran secara penuh bagi mengelakkan diri daripada ‘mempersetujui’ perjanjian itu tanpa sedar. 

Artikel oleh: Kosmo

AH LONG BERLESEN 'CEKIK DARAH' CAJ TARIK KERETA

https://www.kosmo.com.my/2023/04/12/ah-long-berlesen-cekik-darah-cas-tarik-kereta-cecah-rm16000/

Wednesday, April 12, 2023

HUTANG TERTUNGGAK RM3000, CAS TARIK KERETA RM16000 - SIDANG MEDIA PPIM - 12/04/2023

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkenaan satu kes dimana pihak kontraktor tarik kereta mengenakan cas lebih RM16,000 untuk menarik dan menyimpan sebuah kereta yang tertunggak bayaran ansuran sebanyak RM3,000.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata kes tersebut bukti jelas pihak bank dan penarik kereta sewenang-wenangnya mengenakan cas dan menekan pengguna dengan kos yang tidak munasabah.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri.

PINJAM RM80,000 MINTA RM160,000 - HARIAN METRO - 12/04/2023

 

Artikel oleh: Harian Metro

PINJAM RM80,000 MINTA RM160,000

CAJ POTONG AYAM PENIAGA NAK ELAK UNTUNG JADI KECIL - HARIAN METRO - 11/04/2023

 

Artikel oleh: Harian Metro

CAJ POTONG AYAM PENIAGA NAK ELAK UNTUNG JADI KECIL

AKTIVITI | MAJLIS TAZKIRAH DAN KHATAM AL-QURAN PUSPANITA - PPIM - 11/04/2023

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Tazkirah dan Khatam Al-Quran Kasih Ramadan PUSPANITA 1444H di Puspanitapuri Dewan De Seri Endon, Putrajaya.

Majlis dirasmikan oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail.

Tuesday, April 11, 2023

'SETIAP KALI RAYA, ALONG MESTI BUAT HAL' - HARIAN METRO - 11/04/2023

 

Kuala Lumpur: Tidak mahu menerima bayaran dan caj hingga berkali ganda. Itu taktik terbaru along yang seolah-olah sengaja menjadikan musim perayaan untuk menekan peminjam terutama ketika musim perayaan.

Selepas menawarkan promosi pinjaman secara besar-besaran sama ada melalui iklan haram atau pun di media sosial, lintah darat ini akan mencari ruang mengugut peminjam untuk mendapatkan bayaran lebih tinggi, sekurang-kurangnya satu kali ganda.

Dalam kes terbaru, seorang ahli perniagaan buntu selepas hasratnya untuk membayar hutang pinjaman berjumlah RM80,000 tidak diterima along, sebaliknya meminta dia memindahkan wang sebanyak RM160,000.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Roy, 49, berkata, dia membuat pinjaman keseluruhan RM100,000 hujung tahun lalu dan membayar ansuran pertama RM20,000.

"Selepas itu saya bayar faedah dalam kadar yang kecil antara RM3,000 hingga RM5,000 sehinggalah minggu lalu apabila saya mahu bayar keseluruhan RM80,000.

"Saya terkejut apabila along tidak mahu terima walaupun saya berkali-kali menyatakan bahawa saya ingin lunaskan semuanya.

"Sebaliknya saya dan keluarga diugut dan along berkenaan meminta bayaran sehingga RM160,000 dengan alasan ini musim perayaan," katanya yang membuat aduan kepada Ketua Aktivis Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) Azman Kang Abdullah.

Sementara itu Azman berkata, trend menekan, mengugut dan mengancam pengguna semakin menjadi-jadi terutama setiap kali musim perayaan sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, ia bertambah serius ketika Perintah Kawalan Pergerakan lebih dua tahun lalu dengan along lebih banyak berurusan menggunakan aplikasi tanpa bertemu peminjam.

"Ketika itu orang susah. Ada along yang bagi RM150 saja walaupun nilai pinjaman RM1,000. Mereka mengambil kesempatan di atas kesempitan hidup mangsa apatah lagi ketika musim perayaan.

"GTPM bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) untuk membantu pengadu.

"Kita menyediakan pelan tindakan khusus yang akan dibentangkan kepada pihak berwajib selepas hari raya nanti untuk memastikan tindakan undang-undang dapat diambil ke atas along yang semakin berleluasa," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

'SETIAP KALI RAYA, ALONG MESTI BUAT HAL'

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/04/955625/setiap-kali-raya-along-mesti-buat-hal

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...