Showing posts with label SIDANG MEDIA PPIM. Show all posts
Showing posts with label SIDANG MEDIA PPIM. Show all posts

Wednesday, October 21, 2026

PPIM TUNTUT PENJELASAN ISU POLISI PERLINDUNGAN MURID DAN VAKSINASI KANAK-KANAK - SIDANG MEDIA PPIM - 20/10/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius isu berkaitan polisi perlindungan murid sekolah serta vaksinasi kanak-kanak yang melibatkan persoalan dasar, keselamatan, hak ibu bapa, dan kepentingan kanak-kanak di Malaysia.

Sehubungan itu, PPIM telah mengadakan satu Sidang Media Khas bagi membincangkan dua isu utama seperti berikut:

  1. Surat Aku Janji Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid Sekolah (KPM):
    Isu berkaitan kandungan, pelaksanaan, serta persoalan dasar yang menjejaskan hak ibu bapa dan kebebasan membuat keputusan untuk anak-anak mereka.
  2. Isu Vaksinasi Kanak-Kanak & Hak Asasi Perubatan:
    Isu keselamatan vaksin, bukti saintifik, serta hak persetujuan termaklum (informed consent) yang wajib dihormati tanpa sebarang bentuk paksaan atau diskriminasi.

Wednesday, October 14, 2026

ANCAMAN SCAM DIGITAL SEMAKIN LICIK: BENGKEL ANTI-SCAM (BASIS) DIDIK MASYARAKAT SEDAR, SEMAK DAN BERTINDAK SEBELUM KENA - SIDANG MEDIA PPIM - 13/10/2026

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung ancaman jenayah penipuan dalam talian (scam) yang semakin berleluasa dan menggunakan taktik serta helah psikologi yang terancang untuk memperdaya mangsa.

PPIM menegaskan bahawa modus operandi penjenayah hari ini semakin kompleks sehingga sesiapa sahaja tanpa mengira umur, latar belakang pekerjaan mahupun tahap pendidikan berisiko tinggi untuk menjadi sasaran.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata, "Hari ini, penjenayah scam tidak lagi memilih mangsa. Mereka bijak memanfaatkan kemajuan teknologi dan memanipulasi emosi serta psikologi rakyat untuk mencuri wang simpanan yang dikumpul bertahun-tahun. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh terperangkap sekiranya tidak mempunyai pengetahuan asas dan sifat waspada yang tinggi."

"Kita tidak boleh lagi mengamalkan sikap 'sudah hantuk baru ngadah'. Jangan tunggu wang simpanan lesap dalam sekelip mata baru kita mahu belajar mempertahankan diri. Prinsip kita cukup mudah – Sedar, Semak dan Bertindak Sebelum Kena."

"Justeru, ilmu pertahanan diri digital ini bukan sahaja penting untuk melindungi diri kita sendiri, tetapi amat krusial bagi menyelamatkan keluarga, rakan sekerja, dan komuniti di sekeliling kita daripada menjadi korban penipuan seterusnya."

Bagi mengelakkan lebih ramai rakyat menjadi mangsa, PPIM dengan kerjasama strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menganjurkan Bengkel Anti-Scam Internet Selamat (BASIS) Siri 1.

Bengkel ini dirangka khusus untuk memberikan pendedahan praktikal serta kemahiran penting kepada orang ramai, antaranya;

  • Mengenal Pasti Modus Operandi: Mempelajari taktik terkini dan helah psikologi yang digunakan oleh scammer.
  • Aplikasi Semakan Anti-Scam: Menggunakan platform dan aplikasi khas untuk membuat semakan nombor telefon atau akaun bank sebelum melakukan sebarang transaksi.
  • Langkah Pencegahan & Tindakan Pertolongan Cemas: Memahami tindakan pantas dan saluran betul yang wajib diambil sekiranya terperangkap atau menjadi mangsa penipuan.

PPIM menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk mengambil peluang hadir dan memenuhkan dada dengan ilmu perlindungan kewangan digital ini.

"SEDAR, SEMAK DAN BERTINDAK SEBELUM KENA."

Wednesday, July 1, 2026

CUKUP-CUKUP MEMANGSAKAN MANGSA!!! RAKYAT KECEWA MENGAPA MANGSA SCAM MASIH GAGAL DILINDUNGI!!! - SIDANG MEDIA PPIM - 01/07/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes penipuan (scam) di negara ini yang disifatkan semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan segera daripada semua pihak.

Dalam sidang media Kempen Anti-Scam, PPIM menegaskan bahawa Malaysia berisiko menjadi destinasi pilihan sindiket penipuan antarabangsa sekiranya kelemahan dalam sistem penguatkuasaan, perbankan dan telekomunikasi tidak ditangani dengan tegas.

PPIM turut membangkitkan isu kelemahan kawal selia pendaftaran kad SIM serta sistem transaksi perbankan yang didakwa membuka ruang kepada sindiket scam memperdaya mangsa. Menurut PPIM, institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memperkukuh sistem keselamatan bagi melindungi pengguna.

Selain itu, PPIM melahirkan kebimbangan terhadap nasib individu yang menjadi "keldai akaun" (mule account), khususnya mereka yang diperdaya oleh sindiket penipuan. Ramai dalam kalangan mereka berdepan tindakan undang-undang dan kesukaran meneruskan kehidupan akibat rekod jenayah, sedangkan dalang sebenar masih sukar dibawa ke muka pengadilan.

PPIM turut menekankan bahawa kerugian akibat jenayah scam kini mencecah berbilion ringgit setiap tahun, sekali gus menunjukkan keperluan untuk memperkukuh undang-undang serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.

Sehubungan itu, PPIM menggesa kerajaan mengadakan perbincangan bersama semua pihak berkepentingan bagi menambah baik sistem sedia ada, termasuk memberi tumpuan kepada usaha mengesan aliran wang, membanteras rangkaian sindiket dan membawa dalang utama ke muka pengadilan.

PPIM juga menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap pelbagai taktik penipuan dan tampil membuat aduan sekiranya menjadi mangsa, demi memastikan jenayah scam dapat dibanteras secara lebih berkesan.

Wednesday, May 20, 2026

“TELCO ATAU TALIAN SCAMMER?” DEDAH PENIPUAN BERSKALA BESAR, KEPENTINGAN AWAM TERANCAM! - SIDANG MEDIA PPIM - 19/05/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak aduan-aduan yang melibatkan syarikat telekomunikasi (telco) yang didakwa gagal bertanggungjawab dalam melindungi kepentingan awam, sekaligus membuka ruang kepada kegiatan scammer dan penipuan berskala besar yang semakin membimbangkan rakyat.

Pelbagai aduan diterima antaranya melibatkan:-

  1. Kebocoran dan penyalahgunaan data pengguna;
  2. Panggilan scam dan SMS penipuan yang berleluasa;
  3. Kegagalan sistem keselamatan telco;
  4. Tindakan lambat dan tidak efektif terhadap aduan pengguna;
  5. Rakyat terus menjadi mangsa kerugian jutaan ringgit.

PPIM mendesak agar pihak Kementerian Komunikasi dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak segera, tegas dan telus sebelum keadaan menjadi lebih parah dan mengancam keselamatan rakyat. “Jika telco gagal lindungi rakyat, siapa sebenarnya yang sedang mereka lindungi?”. Justeru itu, satu sidang media telah diadakan bagi mengetengahkan isu ini.

Thursday, April 23, 2026

TIADA SIMPATI KEPADA RAKYAT YANG TERUS TERHIMPIT! - SIDANG MEDIA PPIM - 23/04/2026

Bil makin melambung, servis makin ‘sangkut’, caj tersembunyi terus menghantui — sampai bila pengguna perlu diam dan tanggung?

PPIM mengadakan SIDANG MEDIA KHAS bagi membongkar isu kegagalan industri telekomunikasi yang semakin meresahkan rakyat, serta menggesa tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Ikuti sidang media ini untuk mengetahui pendedahan, aduan sebenar pengguna, dan langkah yang bakal diambil.

https://www.facebook.com/share/v/1VchDZuj9p/

Bersama kita suarakan hak pengguna. Jangan biar isu ini terus dipandang sepi.

Thursday, March 12, 2026

“SIAPA DALANG PERHIMPUNAN LGBT DI MALAYSIA? NILAI AGAMA & UNDANG-UNDANG SEDANG DICABAR?” - SIDANG MEDIA PPIM - 12/03/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak aduan dan rungutan daripada masyarakat berhubung himpunan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang baru-baru ini diadakan di Kompleks SOGO Kuala Lumpur sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka.

Perkara ini menimbulkan persoalan serta kebimbangan serius dalam kalangan masyarakat kerana ia dilihat berpotensi mencabar sensitiviti agama, nilai moral masyarakat serta pematuhan terhadap undang-undang negara, walaupun perhimpunan tersebut diiringi pihak polis.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan oleh PPIM bagi membincangkan isu tersebut serta menyuarakan kebimbangan masyarakat.

PPIM bersama gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa pihak berkuasa supaya mengambil langkah tegas dan proaktif terhadap penganjur bagi memastikan ketenteraman awam, keharmonian masyarakat serta nilai agama dan budaya di Malaysia terus dipelihara. Laporan polis juga akan dibuat dalam masa terdekat berhubung perkara ini.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL