Tuesday, April 30, 2019

4916) FORUM HARI PEMASARAN - UKM BANGI - 30/4/19

Forum Hari Pemasaran anjuran pelajar UKM Bangi yang telah disempurnakan dengan jayanya oleh tetamu khas, Ketua Aktivis PPIM, toqqi. Pelajar UKM turut diberi pendedahan berkaitan hak-hak pengguna.

Turut hadir bersama, Pengarah Kreatif YPNM, Hj Yann Razal dan Prof. Madya Dr. Che Aniza Binti Che Wel.





4915) SALAH GUNA IMEJ ISLAM DI RESTORAN - SINAR HARIAN - 30/4/19



KESEDARAN masyarakat mengenai pengambilan dan penggunaan makanan halal di premis makanan biasanya bertempoh mengikut isu-isu yang berbangkit.
Penyalahgunaan imej Islam oleh sebilangan restoran beberapa bulan yang lepas tanpa mempunyai sijil halal yang sah di samping status pekerja dan tahap kebersihan yang diragui pernah menjadi topik perbincangan meluas dalam masyarakat Islam di Malaysia.
Pemeriksaan pihak berkuasa terhadap premis makanan dari 11 hingga 31 Januari 2019 sahaja mendapati 28 restoran daripada 1,975 buah premis secara sengaja telah menyalahgunakan imej Islam seperti memaparkan ayat al-Quran bagi menarik pelanggan Islam.
Angka ini sangat besar mengambil kira jumlah pemeriksaan yang telah dibuat. Bagaimanapun, isu ini semakin suram daripada arus perbincangan. Sesuatu industri tidak akan mampu bertahan lama tanpa adanya permintaan daripada pengguna.
Umum mengetahui bahawa industri halal wujud dan berkembang kerana adanya permintaan daripada pengguna yang mementingkan aspek halal dan kebersihan ditambah dengan peratusan umat Islam yang semakin meningkat.
Dianggarkan populasi umat Islam global akan menjangkau 2.2 bilion pada tahun 2030 dan ini sudah tentu akan menyumbang kepada perkembangan positif dalam industri tersebut.
Undang-undang yang menyentuh tentang aspek halal di samping sistem governan dalaman yang digariskan oleh pihak berkuasa adalah amat penting dalam memandu hala tuju industri.
Di Malaysia, Akta Perihal Dagangan 2011, Manual Prosedur Pensijilan Halal dan Sistem Jaminan Halal menjadi aspek penting ke arah pematuhan halal oleh entiti perniagaan dan pengawalan terhadap salah guna imej Islam bagi tujuan perniagaan.
Namun demikian, kuasa pengguna sebagai pemegang taruh tidak boleh dikesampingkan. Kuasa beli yang ada pada pengguna mampu mengawal sikap peniaga yang tidak beretika dalam menyediakan makanan dan perkhidmatan kepada pelanggan.
Pengguna perlu cakna dan berhati-hati dalam memilih serta membeli makanan, barangan dan perkhidmatan terutamanya jika tidak mempunyai sijil halal. Sebaik mungkin pelanggan perlu mendapatkan maklumat terus tentang status halal daripada restoran makanan sekiranya mereka ragu-ragu tentang status premis tersebut.
Bahkan, mereka perlu melaporkan kepada pihak berkuasa seperti kementerian berkaitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) jika terdapat salah laku dalam premis perniagaan.
Menggunakan makanan, barangan dan perkhidmatan halal adalah tanggungjawab semua umat Islam.
Sikap cakna dan tindakan yang proaktif dalam kepenggunaan sudah tentu akan menjadi signal penting kepada peniaga mengenai kehendak pengguna Muslim.
Para pengguna Muslim sudah tentu inginkan makanan, produk dan perkhidmatan halal, selaras dengan iklan dan imej halal yang ditonjolkan oleh entiti perniagaan, bukan sebaliknya.

Artikel oleh : Sinar Harian
SALAH GUNA IMEJ ISLAM DI RESTORAN 

4914) KENYATAAN MEDIA - PPIM - 30/4/19

KENYATAAN MEDIA 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan pusat sehenti bagi memudahkan kemasukan urusan pelabur asing ke Malaysia. 

Ketua aktivisnya Nadzim Johan berkata PPIM telah menerima banyak aduan daripada Pertubuhan Kebajikan Pelabur Antarabangsa Malaysia. 

"Kami ingin meminta kerajaan memandang serius aduan dari pelabur asing dari seluruh dunia dan bukan hanya China," katanya. 

Sementara itu, jurucakap Pertubuhan Kebajikan Pelabur Antarabangsa Malaysia berkata pertubuhan itu terpaksa mendapatkan bantuan PPIM yang membantu pelabur dengan banyak isu-isu birokrasi yang membebankan pelabur yang datang ke Malaysia. 

"Malaysia telah kehilangan pelabur ke negara-negara seperti Vietnam dan Cambodia dari segi daya tarikan pelaburan dan kecekapan kerajaan," katanya dalam sebuah kenyataan bersama hari ini. 

Selain itu, perbezaan dasar dan polisi antara kementerian-kementerian juga menyumbang kepada masalah kepada pelabur. 

Pertubuhan Kebajikan Pelabur Antarabangsa Malaysia ditubuhkan bagi membantu memudahkan urusan pelabur asing berkaitan dengan kementerian-kementerian dan polisi agensi kerajaan di negara ini. 

Pada hari Ahad, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mengumumkan sebuah pusat sehenti akan ditubuhkan tidak lama lagi untuk memudahkan kelulusan aplikasi daripada usahawan asing untuk menubuhkan perniagaan atau melabur di Malaysia. 

Mahathir berada di China untuk menyertai 36 pemimpin dunia dan peserta dari 130 negara China sempena Belt and Road Forum for International Cooperation (BRF) atas jemputan Presiden China Xi Jinping. 



The Muslim Consumer Association Malaysia (PPIM) applauds the government's decission on setting up a one-stop centre to facilitate the approval of applications from foreign entrepreneurs to set up business or invest in Malaysia. 

Its chief activist Nadzim Johan said PPIM has recieved many complaints from International Foreign Investors Welfare Organization Malaysia (IFIG). 

" We would like to ask the government to look at grouses from investors from other parts of the world too and not just China,"  

A spokesperson for IFIG claims the association has seek PPIM's aid helping investors with many red tape and beuraucratic issues that is halting investor coming to Malaysia. 

" Malaysia has lost investors to countries such as Vietnam and Cambodia in term of investment attractiveness and government efficiency," he said in a joint statement here, today. 

He also said differing policy between government agencies also cause problems to investors. 

International Foreign Investors Welfare Organization Malaysia (IFIG) was set up to assist foreign investors in Malaysia with all issues they face here mostly while dealing with different ministries and government policies.  

On Sunday, Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed announced a one-stop centre will be set up soon to facilitate the approval of applications from foreign entrepreneurs to set up business or invest in Malaysia. 

Mahathir went to China to join 36 world leaders and participants from 130 countries at the Belt and Road Forum for International Cooperation (BRF) at the invitation of Chinese President Xi Jinping. 

Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60192199052. Terima Kasih. [TAMAT] 

Monday, April 29, 2019

4913) SIDANG MEDIA "PENIAGA DAN PEMILIK KEDAI BAZAR CENTRAL DIANIAYA" - PPIM - 29/4/19

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan dari pengusaha Kedai Bazar Central , Nilai 3, Negeri Sembilan yang mendakwa telah berlaku perlanggaran perjanjian sewaan dan penganiayaan oleh pihak pengurusan kawasan perniagaan tersebut.


Kebanyakan peniaga mengalami kesusahan di mana kawasan tersebut sudah tidak lagi maju dan peniaga terpaksa menanggung bayaran balik pinjaman bank sedangkan pihak pengurusan seolah-olah lepas tangan.

Sila ambil perhatian bahawa PPIM tidak mengiktiraf mana-mana pihak berdasarkan gambar atau video yang dimuat naik. Ianya adalah sekadar perkongsian aktiviti / program PPIM sahaja. Para pengguna boleh memberi cadangan atau maklumbalas berdasarkan maklumat yang diketahui agar pihak PPIM mendapat pencerahan lanjut. Harap maklum.













4912) PROGRAM MARHABAN YA RAMADHAN 1440H - PPIM - 29/4/19

Ketua Aktivis PPIM, toqqi menghadiri Program Marhaban Ya Ramadhan 1440H/2019M "Ramadhan Tanpa Pembaziran" bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan.







4911) PROGRAM PATRIOTISME "SAYANGI SUNGAI GOMBAK" - PPIM - 28/4/19

Program Patriotisme Sayangi Sungai Gombak berlangsung pada 27 April 2019 di tapak Batu 11 yang dirasmikan oleh Ketua Aktivis PPIM, toqqi.

Aktiviti kebersihan alam sekitar ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk masa jangka panjang.











Saturday, April 27, 2019

4910) KEPRIHATINAN PENGGUNA KAWAL ETIKA INDUSTRI HALAL - BERITA HARIAN - 27/4/19


Bagaikan cendawan tumbuh bermusim, kesedaran masyarakat mengenai pengambilan dan penggunaan makanan halal di premis makanan, biasanya bertempoh mengikut isu yang berbangkit.
Penyalahgunaan imej Islam oleh sebilangan restoran beberapa bulan yang lalu tanpa mempunyai sijil halal sah, di samping status pekerja serta tahap kebersihan diragui, pernah menjadi topik perbincangan meluas dalam kalangan masyarakat Islam negara ini.


Pemeriksaan pihak berkuasa terhadap premis makanan dari 11 hingga 31 Januari tahun ini sahaja, mendapati 28 restoran daripada 1,975 premis secara sengaja menyalahgunakan imej Islam. Ini termasuklah memaparkan ayat al-Quran, bagi menarik pelanggan Islam.
Angka ini sangat besar mengambil kira jumlah pemeriksaan yang dibuat. Bagaimanapun, isu ini semakin suram daripada arus perbincangan.
Utama aspek halal, bersih
Sesuatu industri tidak akan mampu bertahan lama tanpa wujudnya permintaan pengguna. Umum mengetahui, industri halal wujud dan berkembang kerana adanya permintaan pengguna yang mementingkan aspek halal dan kebersihan, ditambah dengan peratusan umat Islam yang semakin meningkat.
Dianggarkan populasi umat Islam global akan menjangkau 2.2 bilion pada 2030 dan ini sudah tentu akan menyumbang kepada perkembangan positif dalam industri ini.
Undang-undang yang menyentuh aspek halal, di samping sistem governan dalaman yang digariskan oleh pihak berkuasa, amat penting dalam memandu hala tuju industri.
Di Malaysia, Akta Perihal Dagangan 2011, Manual Prosedur Pensijilan Halal dan Sistem Jaminan Halal menjadi aspek penting ke arah pematuhan halal oleh entiti perniagaan dan pengawalan terhadap salah guna imej Islam bagi tujuan perniagaan.
Namun, kuasa pengguna sebagai pemegang taruh tidak boleh dikesampingkan. Dengan kuasa beli yang ada, pengguna mampu mengawal sikap peniaga yang tidak beretika dalam menyediakan makanan dan perkhidmatan kepada pengguna.
Pengguna perlu proaktif, cakna
Pengguna perlu cakna dan berhati-hati dalam memilih serta membeli makanan, barangan dan perkhidmatan, terutama jika tidak mempunyai sijil halal.
Sebaik mungkin pelanggan perlu mendapatkan maklumat terus mengenai status halal dari premis restoran makanan, sekiranya mereka ragu-ragu status premis berkenaan.
Malah, mereka perlu melaporkan kepada pihak berkuasa seperti kementerian berkaitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) jika ada salah laku dalam premis perniagaan.
Menggunakan makanan, barangan dan perkhidmatan halal adalah tanggungjawab semua umat Islam. Sikap cakna dan tindakan yang proaktif dalam kepenggunaan sudah tentu akan menjadi isyarat penting kepada peniaga mengenai kehendak pengguna Muslim.
Pengguna Muslim sudah tentu inginkan makanan, produk dan perkhidmatan halal, selaras dengan iklan dan imej halal yang ditonjolkan oleh entiti perniagaan, bukanlah sebaliknya.

Artikel oleh : Berita Harian

 KEPRIHATINAN PENGGUNA KAWAL ETIKA INDUSTRI HALAL

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/04/557678/keprihatinan-pengguna-kawal-etika-industri-halal

4909) KERANA KAU - HARIAN METRO - 27/4/19


SUDAHLAH kehilangan ibu tersayang, muflis pula. Itu kisah pilu eksekutif swasta yang melalui detik sedih berganda apabila tidak dapat mengeluarkan wang untuk pengurusan jenazah kerana disahkan bankrap pada hari sama.
Ia permulaan episod duka, Saleha, 53, yang kini tercari-cari pedoman hidup akibat ditipu rakan niaganya selepas membuat pinjaman untuk memulakan sewaan restoran pada 2012.
Bukan itu saja, dia kini trauma memikirkan nasib yang masih berstatus bankrap biarpun sudah enam tahun membuat bayaran kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) kerana menganggap ia tidak adil buat dirinya.
"Saya mengenali rakan itu beberapa tahun lalu selepas dia menjadi kontraktor mengubahsuai rumah saya. Tidak lama kemudian, dia mengajak membuka restoran di ibu negara dan membuat pinjaman untuk lima tahun.
"Selang beberapa bulan, saya dimaklumkan ada bayaran tertunggak dan usaha untuk menghubunginya gagal. Dia yang menguruskan bayaran balik sebelum itu dan nama saya digunakan sebagai penjamin," katanya ditemui ketika membuat aduan kepada Timbalan Pengerusi Biro Pembangunan Sosial Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Mazlina Abu Bakar, hari ini.
Saleha berkata, dia hanya mengetahui bankrap apabila gagal mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran automatik untuk membeli barangan pengurusan jenazah ibunya pada 2013.
Katanya, dalam keadaan kelam-kabut itu, dia terpaksa meminta bantuan adik-beradik lain untuk mendahulukan wang mereka bagi membolehkan jenazah ibunya diuruskan sebaik mungkin.
"Selepas itu, saya cuba mencari rakan terbabit, namun gagal sehingga hari ini. Saya pula yang perlu membayar ansuran kepada MdI kerana dia tidak dapat dijejaki.
"Bayaran itu saya boleh usahakan, tetapi hidup saya seperti dikongkong kerana tidak dapat membuat pinjaman untuk anak-anak menyambung pengajian. Kadang-kadang terfikir, apalah guna saya sebagai ibu kerana tidak dapat bantu anak-anak. Saya nak jelaskan pun susah kerana saya hanya penjamin," katanya.
Sementara itu, Dr Mazlina berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada MdI berhubung isu berkenaan dalam masa terdekat kerana Saleha kini menanggung hutang ke depan yang perlu dijelaskan dalam tempoh lima tahun.
Katanya, perkara itu perlu diambil kira kerana dia dan rakannya baru saja membayar beberapa bulan, biarpun kontrak sewaan tapak kedai itu ditandatangani untuk tempoh lima tahun.
"Hutang itu dikira untuk tempoh lima tahun, sedangkan ia bukan pinjaman pembiayaan, ia sewa unit kedai. Jadi aspek itu perlu diambil kira," katanya.


Artikel oleh : Harian Metro

KERANA KAU


4908) USAH BAZIR! - SOLUSI - 27/4/19




Islam itu suatu agama yang cukup dan lengkap segala-galanya dalam segala aspek kehidupan. Tetapi malangnya, kita sendiri tidak mengikut ajaran yang dibawa.

Apabila ditanya, kenapa umat Islam sekarang lemah, jawapannya mudah sahaja. Kita lemah disebabkan tidak mengikut ajaran Islam. Malah hampir semua aspek kita tinggalkan Islam. Contohnya, Islam ajar supaya menepati masa, kita lewat. Disuruh bercakap benar, kita bohong. Apabila diberi rezeki, kita tak menghargai, malah membazir pula.

Segala ajaran Islam kita tinggalkan!

Begitu juga soal makanan. Apabila ada makanan yang banyak, kita bedal sampai tidak ingat dunia. Habis punahranah. Jadi tidak hairanlah kalau berlakunya pembaziran makanan pada bulan Ramadan ini kerana kita tidak pernah fikir tentang orang lain yang tiada makanan untuk berpuasa. Lihatlah saudara kita di negara bergolak sana, makan belum tentu ada, inikan pula nak membazir.

Saya dapat maklumat daripada bahagian yang menguruskan sisa bahan buangan, katanya pada bulan puasa ini, sampah di kawasan penduduk orang Melayu sahaja adalah tujuh kali ganda lebih banyak berbanding bulan-bulan yang lain.

Makanan apa yang dibuang begitu banyak?

Di sesetengah hotel, penyediaan bufet Ramadan dengan harga yang tidak terjangkau dek akal, namun sangat mendapat sambutan. Lambakan aneka makanan untuk berbuka puasa, ditambah pula pencuci mulut, sebenarnya sungguh keterlaluan.

Bagi saya, hal ini sangat menyedihkan. Bahkan pembaziran mudah berlaku kerana polisi makan di hotel, apabila terdapat lebihan makanan, kita tidak dibenarkan membawa pulang. Sebaliknya makanan tersebut dibuang begitu sahaja.


Lebih menyedihkan lagi, ada juga makanan yang masih elok tidak disentuh dan masih berbungkus turut dibuang begitu sahaja.



4907) BUKAN SATU KESALAHAN UNDANG-UNDANG – KOSMO – 24/4/19



KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menegaskan, pemilik premis makanan nasi kandar yang tidak mempunyai pensijilan halal tidak boleh diambil tindakan kerana ia bukan satu kesalahan mengikut undang-undang.
Presidennya, Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata ramai pemilik restoran makanan nasi kandar tidak memohon sijil pengesahan halal kerana ia bukan satu paksaan.
Menurutnya, Presma sudah berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung isu itu.
“Jika mahu menetapkan semua premis nasi kandar atau restoran mamak perlu mendapatkan pensijilan halal, ia perlulah dilakukan secara adil dengan semua kedai makanan di seluruh negara seperti warung dan restoran tomyam juga perlu memohon sijil berkenaan.
“Kami memang orang Islam yang berniaga makanan dan janganlah bangkitkan keraguan masyarakat Islam terhadap premis kami,” katanya ketika hubungi Kosmo! semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang mendedahkan hanya satu daripada 150 premis makanan nasi kandar di negeri itu mempunyai status sijil Halal.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan memberitahu, premis makanan yang mempunyai sijil halal yang sah akan dapat meyakinkan pelanggan Islam untuk menikmati hidangan di premis mereka.
“Jika kita mengenali pemilik premis itu dan sah dia beragama Islam serta menitiberatkan kebersihan, tidak salah untuk kita makan di kedai berkenaan.
“Bagaimanapun, jika tidak mengenali pemilik premis makanan itu, sijil halal yang dipamerkan adalah bukti hidangan yang disediakan mengikut syarak.” ujarnya.

Artikel oleh : Kosmo
BUKAN SATU KESALAHAN UNDANG-UNDANG

Friday, April 26, 2019

4906) ADUAN SCAM - KACA TV - 25/4/19



Membincangkan peri laku masyarakat yang menindas, menipu dan meraih peluang dengan begitu mudah untuk menindas insan yang lemah, berluluasanya perbuatan scam ini membimbangkan yang lain.
Dengan aduan yang diperolehi oleh pihak PPIM ramai mangsa-magsa scam ini mengalami kerugian ringgit dengan jumlah yang besar.
Untuk itu jangan mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran yang mempersonakan.

Thursday, April 25, 2019

4905) PPIM KUTUK KEJADIAN BOM DI SRI LANKA - KENYATAAN MEDIA PPIM - 25/4/19


KENYATAAN MEDIA

Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian pengeboman di ibu kota komersial Colombo Sri Lanka.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan menyifatkan perbuatan pengganas puak pelampau itu amat zalim dan harus ditentang.

" Tindakan itu tidak berkeperimanusiaan dan tidak sepatutnya berlaku di mana-mana negara atas apa alasan sekalipun," katanya dalam sebuah kenyataan disini, hari ini.

Tambah Nadzim lagi, kejadian yang dikatakan sebagai tindak balas atas tembakan rambang di Christchurch itu sebenarnya tidak sedikit pun mencerminkan ajaran Islam yang sebenar malah ia menyusahkan umat Islam sedunia.

Nadzim berkata pengeboman yang kononnya membalas dendam itu sebenarnya meningkatkan kebencian terhadap Islam.

" Perbuatan kumpulan pengganas itu tidak mewakili umat Islam dan kami mengutuk perbuatan zalim terhadap mangsa yang tidak berdosa," katanya.

Ahad lalu, Satu siri letupan menggegarkan beberapa lokasi di Colombo, ibu negara Sri Lanka pada 8.30 pagi waktu tempatan.

Serangan ke atas Kochikade Church, Katuwapitiya Church, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan St Barnabas Church in Batticaloa itu mengorbankan lebih 350 orang termasuk warga asing.

Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60192199052 Terima Kasih. [TAMAT]

4904) KARNIVAL LESTARI KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN - PPIM - 25/4/19

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan SMK Puteri Titiwangsa dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam Misi transformasi Kokurikulum SMK Puteri Titiwangsa menjayakan Karnival Lestari kokurikulum Peringkat Kebangsaan bertujuan untuk memberi pendedahan dan galakkan kepada murid-murid untuk bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

Karnival ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta dan guru berkaitan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar selain menggalakkan pemikiiran luar kotak serta menyuntik kreativiti kepada murid-murid bagi meneyelesaikan masalah.

Turut hadir merasmikan program ini Ketua Aktivis PPIM, toqqi.

















PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...