Monday, November 30, 2020

6116) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA PENGERUSI PUNB - PPIM - 30/11/2020

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Noh Haji Omar di PUNB Kuala Lumpur. 

Perjumpaan membincangkan isu pinjaman pengusaha bas dengan syarikat kredit.

6115) “JANGAN ANGGAP KAMI SAMPAH!” - TV.PPIM - 28/11/2020

 


Timbalan Presiden, En Wan Shairi Wan Ahmad mewakili Persatuan Gemilang Agensi Pelancongan & Pengusaha Bas Malaysia menyuarakan bantuan permohonan moratorium agar dilanjutkan susulan daripada isu pendemik virus covid-19 yang menjejaskan pendapatan dan keuntungan syarikat-syarikat Bas Persiaran di Malaysia.

Syarikat Agensi Pelancongan & Pengusaha Bas Malaysia merupakan antara penyumbang terbesar sektor pelancongan negara telah mengalami kerugian yang amat besar sepanjang tempoh PKPB. Ramai dalam kalangan pemandu yang hilang sumber pendapatan terpaksa mengikat perut demi meneruskan kelangsungan hidup.

==================

Bersama-sama kita membantu menjana ekonomi ekosistem negara! "Perjuangan Bersama Demi Pengguna!"

Jom, bersama perjuangan ini! : https://sumbangan.ppim.org.my/

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (CIMB: 8604189567) *rujukan TPPPIM. Whatsapp:https://PerjuanganPPIM.wasap.my

Hotline:013-2262 444

#PPIM#TabungperjuanganPPIM#kitajagakita#Toqqi#PerjuanganBersamaDemiPengguna#PPIMMembelaHakDanMaruah


Artikel oleh: TV.PPIM

“JANGAN ANGGAP KAMI SAMPAH!”

https://www.youtube.com/watch?v=x4fzMyBRZzE&t=202s

6114) SERINGGIT JE? MENYUSAHKAN BETUL! - TV.PPIM - 27/11/2020


Kalau dalam dompet anda ada seringgit sekarang ni, berapa lama seringgit tu akan bertahan dalam dompet anda?  
Seminit? Sejam?  Sehari? 

Apa pula yang boleh dibeli dengan seringgit? Semestinya tak banyak benda kan.

Saksikan drama pendek “Seringgit Je” untuk ketahui betapa besarnya nilai duit seringgit ni untuk sesetengah orang yang memerlukan. 

Jangan lupa like dan kongsikan untuk kebaikan dan manfaat semua orang! 

*****

Menyumbang secara digital di Sumbangan.com, portal saham akhirat anda! 

Ikuti Facebook dan Instagram Sumbangan.com untuk lebih info tentang kempen terkini yang memerlukan sumbangan anda. 



Jangan berlengah lagi! Kini amalan sedekah sudah boleh dibuat di hujung jari. Klik link berikut untuk memulakan sumbangan digital pertama di Sumbangan.com: 

Teruskan beramal dan menyumbang di Sumbangan.com, platform saham akhirat anda!


Artikel oleh: TV.PPIM

SERINGGIT JE? MENYUSAHKAN BETUL!

 

6113) SEGERAKAN PEMBANGUNAN VAKSIN TEMPATAN - SINAR AHAD - 29/11/2020

 


Artikel oleh: Sinar Ahad

SEGERAKAN PEMBANGUNAN VAKSIN TEMPATAN

6112) PPIM YAKIN LARANGAN PENJUALAN ARAK AKAN DIPERLUAS KE SEMUA NEGERI - KOSMO - 27/11/2020


CYBERJAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yakin larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka akan diperluasakan di seluruh negara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata tiada sebab untuk tidak melaksanakannya kerana semua sedia maklum kesan minuman keras berkenaan.

Katanya, lebih banyak keburukan telah terjadi ekoran minuman keras daripada kebaikan dan larangan penjualannya adalah langkah yang tepat.

“Tiada sebab untuk kita takut, saya rasa negeri-negeri lain juga akan melaksanakan keputusan seumpama ini,” katanya selepas Majlis Menandatangani Projek Muslim Village Malaysia bersama Perbadanan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Sdn. Bhd. di Malakat Mall di sini hari ini.

Nadzim berkata, bantahan larangan penjualan minuman keras itu sudah lama dibangkitkan namun tiada tindakan secara serius diambil sehingga larangan tersebut dikuat kuasakan baru-baru ini.

“Kita sebagai masyarakat perlu bersuara, kita mampu lakukan dan ia tidak mustahil,” katanya.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baharu mengenai lesen minuman keras berkuat kuasa Ahad lalu.

Antara lain, garis panduan tersebut menetapkan bahawa kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan.

Artikel oleh:

PPIM YAKIN LARANGAN PENJUALAN ARAK AKAN DIPERLUAS KE SEMUA NEGERI

https://www.kosmo.com.my/2020/11/27/ppim-yakin-larangan-penjualan-arak-akan-diperluas-ke-semua-negeri/

6111) PEKERJA SYARIKAT PENERBANGAN DIPELAWA RAIH PENDAPATAN - KOSMO - 27/11/2020

 


CYBERJAYA – Malakat Mall dan pembekal makanan syarikat terkenal penerbangan, Brahim’s SATS Food Services Sdn. Bhd. menawarkan peluang pekerjaan kepada kakitangan syarikat  penerbangan yang kehilangan punca pendapatan akibat terkesan Covid-19.

Program keusahawanan itu menyasarkan 1,000 penyertaan daripada usahawan baharu dalam kalangan staf syarikat penerbangan yang terjejas dan berhasrat memulakan perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Fadzil Hashim berkata, pada peringkat permulaan, peserta akan disediakan dengan makanan bermasak sihat dan berkhasiat untuk dipasarkan di kawasan  komuniti mereka.

Katanya, bermodalkan RM1,000, peserta sudah boleh memulakan perniagaan dan barangan jualan itu boleh didapati secara terus daripada Malakat Mall.

“Jika usahawan terbabit tidak mempunyai modal pendahuluan, pihak kami juga sedia membantu termasuk memberikan tunjuk ajar teknik perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Projek Muslim Village Malaysia bersama Perbadanan Yayasan  Basmi Kemiskinan (YBK) Sdn. Bhd. di Malakat Mall di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Kewangan dan  Pentadbiran, Brahim’s SATS Food Services  Sdn. Bhd., Mohd. Fadhli Abdul Rahman dan  Pengerusi Perbadanan YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom serta Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Projek Muslim  Village  Malaysia di  Bukit  Tasik, Serendah, Selangor itu dibangunkan oleh  Raudah  City di  tanah  seluas  176.9 ekar  milik  Perbadanan YBK membabitkan 1,000 unit kediaman dan dijangka  siap  pada Jun  2021.

Sementara itu, Mohd.  Fadhli  berkata, program keusahawan itu  adalah  inisiatif  pihaknya  dalam  membantu  kakitangan  syarikat  penerbangan yang telah banyak membantu memperkenalkan makanan  keluaran Brahim’s sebelum  ini.

Katanya, makanan yang  akan dipasarkan dalam program keusahawanan itu adalah bertaraf antarabangsa, namun harga yang dijual adalah mampu milik untuk semua peringkat.

“Program secara kerjasama ini akan diadakan secara  berterusan  dan orang  awam yang  terjejas pendapatan  akibat  pendemik  Covid-19 juga  dipelawa  menyertai program ini,” katanya.


Artikel oleh: Kosmo

PEKERJA SYARIKAT PENERBANGAN DIPELAWA RAIH PENDAPATAN

https://www.kosmo.com.my/2020/11/27/pekerja-syarikat-penerbangan-dipelawa-raih-pendapatan/

6110) NGO GESA PIHAK BERKUASA SIASAT APLIKASI ISHAREFANS - KOSMO - 27/11/2020

 


KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gagasan Baru Harapan Malaysia membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan segera terhadap penularan satu promosi skim dikenali sebagai iShareFans yang didakwa telah menipu ramai pihak.

Presidennya, Mohd. Zulfitri Mohd. Basir berkata, laporan itu dibuat kerana skim yang menggunakan sistem permainan wang (money game) itu didapati telah menggunakan sistem pengoperasian yang meragukan.

“Kami telah mengesan satu ciapan yang dimuatnaik di Facebook rasmi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertajuk “Tipu scam boleh buat duit? Money Game System Ponzi” di mana dalam hantaran tersebut meletakkan gambar yang dipercayai merupakan sebuah sistem dikenali sebagai iShareFans.

“Selepas diselidik, didapati skim ini menggunakan sistem yang meragukan sehubungan itu pihak kami tampil membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa segera siasat skim tersebut yang kini telah menjadi tular di laman sosial bagi mengelakkan ia digunakan sebagai platform penipuan,” katanya.

Mohd. Zulfitri berkata demikian ketika tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Katanya, pihaknya juga bimbang lebih ramai akan terpedaya dengan skim tersebut susulan pengumuman kerajaan dalam Belanjawan 2021 mengenai pelbagai bantuan tunai terutama bagi golongan M40 dan B40.

“Kami bimbang pihak-pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan menjalankan penipuan terhadap rakyat yang kian terhimpit akibat dari penularan Covid-19 ini, kerana jika dilihat di laman sosial, sasaran ahli mereka ialah daripada golongan berpendapatan rendah.

“Selain itu, turut menjadi kerisauan ialah pihak tersebut menyalahgunakan maklumat peribadi seperti butiran akaun dan maklumat diri kepada pihak tidak bertanggungjawab kerana rata-rata ahli skim ini dikehendaki untuk memberikan nama dan nombor akaun bank mereka,” jelasnya.

Sejak semalam, skim iShareFans menjadi tular di laman Facebook selepas terdapat beberapa pihak memuatnaik kenyataan bahawa mereka ditipu apabila pihak pengendali skim itu tidak dapat dihubungi dan wang yang diperoleh melalui skim itu turut tidak dapat dikeluarkan.

Difahamkan skim tersebut menawarkan pulangan berbentuk wang yang banyak dengan mudah di mana ahlinya akan diberi tugas untuk memberi tanda suka dan kongsi beberapa akaun laman sosial bagi mendapatkan ganjaran.

Setiap ahli juga perlu melaburkan wang ringgit mengikut pakej-pakej yang disediakan bagi mendapatkan semula pulangan modal yang dikeluarkan.

Artikel oleh: Kosmo

NGO GESA PIHAK BERKUASA SIASAT APLIKASI ISHAREFANS

https://www.kosmo.com.my/2020/11/27/ngo-gesa-pihak-berkuasa-siasat-aplikasi-isharefans/

6109) AKTIVITI | MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN KOLABORASI STRATEGIK MALAKAT MALL CYBERJAYA - PPIM - 27/11/2020

Sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kolaborasi Strategik Malakat Mall yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi di Malakat Mall Cyberjaya.

Saturday, November 28, 2020

6108) KESAN PANDEMIK COVID-19 KEPADA PENGUSAHA BAS DAN INDUSTRI - KENYATAAN AKHBAR PPIM - 28/11/2020

 


6107) SESI RAKAMAN RANCANGAN BUAL BICARA SOFA PUTIH BERSAMA TOQQI - PPIM - 28/11/2020

Sesi rakaman rancangan bual bicara Sofa Putih bersama Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi yang bertajuk "Pinjaman Wang Berlesen".


6106) PEMBANGUNAN VAKSIN TEMPATAN PERLU DISEGERAKAN: PPIM - SINAR HARIAN - 28/11/2020

 


SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mewujudkan satu agensi khusus untuk pembangunan vaksin kerana wabak koronavirus (Covid-19) kini semakin membimbangkan.

PPIM dalam satu kenyataan hari ini berkata, negara mempunyai pakar vaksin yang berkelayakan.

Menurutnya, Malaysia mengimport sepenuhnya keperluan vaksin negara yang sudah menelan belanja berbilion ringgit.

"Penularan Covid-19 menyebabkan negara terpaksa menyediakan dana yang lebih untuk memvaksinasi sekurang-kurangnya 70 peratus atau lebih 20 juta rakyat Malaysia untuk mencapai tahap ‘herd immunity’," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut, penularan Covid-19 perlu menjadi satu pengajaran pentingnya menghasilkan vaksin sendiri yang pasti menitikberatkan aspek halal.

"Umat Islam khususnya terpaksa berhadapan dengan keadaan darurat apabila terpaksa divaksinasi dengan vaksin yang mempunyai unsur-unsur haram setiap kali menunaikan haji dan umrah.

"Walaupun diharuskan pengambilannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kita perlu peka dan bertanya sampai bila kita harus bergantung kepada keputusan fatwa ini sedangkan kita mempunyai kemampuan kepakaran dan kewangan.

"Sampai bila negara perlu menagih ehsan dari negara pengeluar untuk mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi berikutan penularan pantas seperti Covid-19 ini? Negara pengeluar sudah pasti akan mengutamakan penduduk mereka dahulu sebelum mengekspot bahan itu kepada negara luar," katanya.

Jelas kenyataan itu, negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand sudah memperkasakan kepakaran, kemudahan dan keupayaan mereka untuk menghasilkan vaksin sendiri.

"Kita yakin Malaysia juga mempunyai beberapa kelebihan dari segi kemudahan infrastruktur, pakar dan kewangan yang kukuh untuk menghasilkan vaksin sendiri," kata PPIM.


Artikel oleh: Sinar Harian

PEMBANGUNAN VAKSIN TEMPATAN PERLU DISEGERAKAN: PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/112319/KHAS/Koronavirus/Pembangunan-vaksin-tempatan-perlu-disegerakan-PPIM

6105) MAQIS TUBUH PASUKAN KHAS - SINAR HARIAN - 28/11/2020

 


Artikel oleh: Sinar Harian

MAQIS TUBUH PASUKAN KHAS

6104) MAQIS TUBUH PASUKAN KHAS SIASAT PENYELUDUPAN DAGING SEJUK BEKU - SINAR HARIAN - 27/11/2020

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan kemasukan daging lembu sejuk beku secara tidak sah ke dalam negara.

Ketua Pengarahnya, Saiful Yazan Alwi berkata, perincian pasukan berkenaan tidak boleh didedahkan bagi mengelak ia mengganggu siasatan.

“Ya, kita sudah tubuh pasukan siasatan, kita jalankan kerja dulu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau turut memaklumkan, wakil Maqis telah bertemu dengan pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isu penyeludupan daging sejuk beku dari negara yang tidak mendapat status halal dan pengesahan kesihatan.

"Pegawai saya telah berjumpa dengan PPIM dan mereka telah menyalurkan info berkaitan dakwaan berkenaan. PPIM juga memberikan kerjasama baik kepada kami.

"Melalui maklumat yang kita peroleh, kita akan siasat lebih dalam sejauh mana dakwaan tersebut dan dalam masa terdekat, kita akan ketahui dengan lebih jelas," katanya.

Mengulas berkenaan sama ada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat pegawai atau anggotanya, Saiful berkata, beliau belum dimaklumkan tentang perkara itu.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa isu penyeludupan daging terbabit tidak mempunyai kaitan dengan kejayaan rampasan tiga buah kontena berisi muatan daging kerbau sejuk beku bernilai lebih RM1 juta di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang Selasa lalu.

"Kes di Pulau Pinang itu tidak ada kaitan dengan isu penyeludupan. Rampasan itu dibuat kerana isu teknikal pengimport yang gagal mematuhi syarat sijil yang ditetapkan," katanya.

Pada Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan mengenai syarikat ejen fret (freight forwarder) yang menguruskan proses pengimportan daging sejuk beku halal mengambil jalan mudah mengimport daging sejuk beku dari negara yang tidak menerima kelulusan sah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kegiatan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu itu didakwa mendapat bantuan daripada ‘orang dalam’ di pintu masuk negara apabila kebanyakan daging sejuk beku import itu dibawa masuk enggunakan dokumen palsu.

Menurut sumber, kebanyakan daging sejuk beku yang tidak mendapat pengiktirafan halal itu diimport dari benua Amerika melalui pelabuhan utama negara.


Artikel oleh: Sinar Harian

MAQIS TUBUH PASUKAN KHAS SIASAT PENYELUDUPAN DAGING SEJUK BEKU

https://www.sinarharian.com.my/article/112241/BERITA/Jenayah/Maqis-tubuh-pasukan-khas-siasat-penyeludupan-daging-sejuk-beku

6103) SUDAH SAMPAI MASANYA MALAYSIA BANGUNKAN VAKSIN SENDIRI - PPIM - ASTRO AWANI - 27/11/2020

 


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak agar kerajaan berusaha ke arah melaksanakan kajian dan pembangunan dalam menghasilkan vaksin sendiri yang mungkin lebih diyakini oleh masyarakat dari segi aspek penggunaannya.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, perkara itu juga adalah jalan bagi menyelesaikan kemelut isu yang membabitkan umat Islam bukan sahaja ketika membincangkan vaksin bagi COVID-19 tetapi juga membabitkan masalah dalam kalangan jemaah haji dan umrah yang perlu mendapatkan suntikan berkenan.

“Umat Islam khususnya, juga terpaksa berhadapan dengan keadaan darurat apabila terpaksa divaksinasi dengan vaksin yang mempunyai unsur-unsur haram setiap kali menunaikan Haji dan Umrah.

"Walaupun diharuskan pengambilannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kita perlu peka dan bertanya sampai bila kita harus bergantung kepada keputusan fatwa ini sedangkan kita mempunyai kemampuan dari segi kepakaran dan kewangan yang cukup untuk membangunkan vaksin, khususnya vaksin halal.

"Setakat ini Malaysia mengimpot sepenuhnya keperluan vaksin negara yang sudah tentunya menelan belanja berbillion-billion ringgit,“ kata kenyataan tersebut.

Justeru PPIM menggesa agar diwujudkan satu agensi khas yang bertindak sebagai badan atau organisasi bagi tujuan pembangunan vaksin memandangkan ancaman wabak yang semakin membimbangkan.

“Sehingga kini, negara masih lagi belum mempunyai pusat atau mana-mana agensi yang menjurus ke arah penghasilan vaksin berikutan ketiadaan infrastruktur yang diperlukan, walaupun negara mempunyai sejumlah pakar vaksin yang berkelayakan, “ kata kenyataan itu lagi.

Tambah PPIM, ia jelasnya berbeza dengan keadaan negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand yang sudah pun memperkasakan kepakaran, kemudahan dan keupayaan mereka untuk menghasilkan vaksin sendiri.

"Dan kita yakin Malaysia mempunyai beberapa kelebihan dari segi kemudahan infrastruktur, pakar-pakar dan kewangan yang kukuh," ujar PPIM.


Artikel oleh: Astro Awani

SUDAH SAMPAI MASANYA MALAYSIA BANGUNKAN VAKSIN SENDIRI - PPIM

6102) SAMPAI BILA MAHU TAGIH IHSAN NEGARA LAIN DAPATKAN VAKSIN? - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 27/11/2020

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mewujudkan satu agensi khusus untuk pembangunan vaksin memandangkan ancaman wabak kini semakin membimbangkan termasuk Covid-19.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan, negara ini telah berhadapan dengan gejala virus Nipah, Sars, MERS-CoV dan lain-lain tetapi harus bersedia untuk menghadapi kemungkinan penularan semula wabak-wabak lain.

“Negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand sudahpun memperkasakan kepakaran, kemudahan dan keupayaan mereka untuk menghasilkan vaksin sendiri dan kita yakin Malaysia mempunyai beberapa kelebihan dari segi kemudahan infrastruktur, pakar-pakar dan kewangan yang kukuh.

“Sampai bila negara perlu menagih ihsan dari negara pengeluar untuk mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi berikutan penularan pantas seperti Covid-19 ini?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Lagi pun, menurut PPIM, negara pengeluar vaksin sudah pasti akan mengutamakan penduduk mereka dahulu sebelum mengekspot bahan itu kepada negara luar.

“Umat Islam khususnya juga terpaksa berhadapan dengan keadaan darurat apabila terpaksa divaksinasi dengan vaksin yang mempunyai unsur-unsur haram setiap kali menunaikan Haji dan Umrah.

“Walaupun diharuskan pengambilannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kita perlu peka dan bertanya sampai bila kita harus bergantung kepada keputusan fatwa ini sedangkan kita mempunyai kemampuan dari segi kepakaran dan kewangan yang cukup untuk membangunkan vaksin, khususnya vaksin halal,” katanya kenyataan yang sama.

Setakat ini Malaysia mengimport sepenuhnya keperluan vaksin negara yang sudah tentunya menelan belanja berbillion-billion ringgit.

Dengan penularan wabak Covid-19 ini negara terpaksa menyediakan dana yang lebih untuk memvaksinasi sekurang-kurangnya 70 peratus atau lebih 20 juta rakyat Malaysia untuk mencapai tahap herd immunity.

Sehingga kini, kata PPIM, negara masih lagi belum mempunyai pusat atau mana-mana agensi yang menjurus ke arah penghasilan vaksin berikutan ketiadaan infrastruktur yang diperlukan, walaupun negara mempunyai sejumlah pakar vaksin yang berkelayakan.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

SAMPAI BILA MAHU TAGIH IHSAN NEGARA LAIN DAPATKAN VAKSIN? - PPIM

https://malaysiagazette.com/2020/11/27/sampai-bila-mahu-tagih-ihsan-negara-lain-dapatkan-vaksin-ppim/

Friday, November 27, 2020

6101) PEMBANGUNAN VAKSIN TEMPATAN PERLU DISEGERAKAN - KENYATAAN AKHBAR PPIM - 27/11/2020


Penularan COVID-19 seharusnya menjadi satu pengajaran buat negara ini tentang betapa kritikalnya kita mengorak langkah membangun dan menghasilkan vaksin sendiri yang pasti menitikberatkan aspek halal.

Umat Islam khususnya, juga terpaksa berhadapan dengan keadaan darurat apabila terpaksa divaksinasi dengan vaksin yang mempunyai unsur-unsur haram setiap kali menunaikan haji dan umrah. Walaupun diharuskan pengambilannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kita perlu peka dan bertanya sampai bila kita harus bergantung kepada keputusan fatwa ini sedangkan kita mempunyai kemampuan dari segi kepakaran dan kewangan yang cukup untuk membangunkan vaksin, khususnya vaksin halal.

Setakat ini, Malaysia mengimport sepenuhnya keperluan vaksin negara yang sudah tentunya menelan belanja berbilion-bilion ringgit. Dengan penularan wabak COVID-19 ini negara terpaksa menyediakan dana yang lebih untuk mengvaksinasi sekurang-kurangnya 70 peratus atau lebih 20 juta rakyat Malaysia untuk mencapai tahap ‘herd immunity’.

Sehingga kini, negara masih lagi belum mempunyai pusat atau mana-mana agensi yang menjurus ke arah penghasilan vaksin berikutan ketiadaan infrastruktur yang diperlukan, walaupun negara mempunyai sejumlah pakar vaksin yang berkelayakan.

Kami menggesa kerajaan agar mewujudkan satu agensi khusus untuk pembangunan vaksin memandangkan ancaman wabak kini semakin membimbangkan. Kita telah berhadapan dengan gejala virus Nipah, SARS, MERS-CoV dan lain-lain tetapi kita juga harus bersedia untuk menghadapi kemungkinan penularan semula wabak-wabak ini seperti penularan semula wabak Tuberculosis, Kusta, Polio dan sebagainya.

Negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand sudah pun memperkasakan kepakaran, kemudahan dan keupayaan mereka untuk menghasilkan vaksin sendiri, dan kita yakin Malaysia mempunyai beberapa kelebihan dari segi kemudahan infrastruktur, pakar-pakar dan kewangan yang kukuh.

Sampai bila negara perlu menagih ikhsan dari negara pengeluar untuk mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi berikutan penularan pantas seperti COVID-19 ini? Negara pengeluar sudah pasti akan mengutamakan penduduk mereka dahulu sebelum mengeksport bahan itu kepada negara luar.

6100) AKTIVITI | KUNJUNGAN PENGASAS AL-IKHSAN SPORTS SDN BHD KE PPIM - PPIM - 27/11/2020

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini menerima kunjungan dari Pengasas Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Tuan Haji Ali Hassan Mohd Hassan iaitu peruncit pakaian dan barangan sukan Bumiputera terkemuka di Malaysia.


6099) PERBINCANGAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA MAQIS - PPIM - 26/11/2020

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi mengadakan perjumpaan bersama Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yang diketuai oleh Pengarah MAQIS negeri Selangor, Dr. Tarmisal Alimin.

Perjumpaan membincangkan isu penyeludupan daging sejuk beku dari negara yang tidak mendapat status halal serta pengesahan kesihatan.




Thursday, November 26, 2020

6098) VAKSIN COVID-19: KEBIMBANGAN PENGGUNA ISLAM AKAN DIBERI PERHATIAN - MOSTI - ASTRO AWANI - 26/11/2020

 


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi perhatian kepada isu yang dibangkitkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung kebimbangan mengenai beberapa perkara berkaitan keselamatan dalam penggunaan vaksin COVID-19 yang bakal diperoleh kerajaan.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim berkata, sudah pasti perkara tersebut dibincangkan dan diberi keutamaan, lebih-lebih lagi membabitkan pengguna Islam di negara ini.
Menurutnya, kerajaan menyedari dan memahami kerisauan yang timbul berhubung perkara tersebut dan ia akan dijawab dan diterangkan sebaik mungkin.
“Saya percaya Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberi respons kerana keyakinan dari kalangan pengguna Islam adalah penting.
"Sudah tentu ini akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) yang perlu mengatur penerangan dan penjernihan isu-isu berkaitan vaksin,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Ahmad Amzad mengulas dakwaan bahawa surat yang dihantar PPIM mengenai perkara tersebut telah disisihkan tanpa diberi perhatian.
Jelasnya, surat tersebut ditujukan kepada KKM dengan kementeriannya (MOSTI) hanya sebagai pihak yang menerima salinan dan rujukan.
Bagaimanapun, katanya, memandangkan MOSTI juga bertanggungjawab dalam perkara membabitkan vaksin, beliau memberi jaminan dan keyakinan surat tersebut akan dijawab.
Malah, bagi memperincikan lagi urusan dari sudut agama, Ahmad Amzad berkata, perkara itu sentiasa dalam radar pihak yang berkenaan.
"Semalam, saya mempengerusikan Jawatankuasa Khas Penerangan Vaksin COVID-19 untuk isu-isu berkaitan umat Islam, yang dihadiri sama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” tambahnya.
JKJAV ditubuhkan bagi memastikan bekalan vaksin COVID-19 diperoleh segera dengan MOSTI dan KKM bertindak sebagai jawatankuasa induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksin COVID-19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan.
Mesyuarat pertama telah diadakan 23 Oktober lalu, dipengerusi bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
Setakat 13 Nov, Khairy berkata, kerajaan telah berkomunikasi dengan 10 pengeluar vaksin COVID-19 daripada 11 calon vaksin di seluruh dunia yang berada pada peringkat ujian klinikal fasa tiga.
Pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata penggunaan vaksin COVID-19 akan diperhalusi dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan akan datang, mengambil kira semua aspek selain memastikannya tidak memudaratkan tubuh badan untuk jangka masa panjang.
Menurutnya, perbincangan akan melibatkan pakar seperti mufti, wakil Kementerian Kesihatan dan ahli akademik.
Terdahulu pada Isnin, Zulkifli berkata, mesyuarat Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menjelaskan hukum penggunaan vaksin ialah ‘harus’, selari kaedah pencegahan yang dianjurkan Islam, berteraskan prinsip maqasid syariah iaitu menjaga nyawa.
Artikel oleh: Astro Awani
VAKSIN COVID-19: KEBIMBANGAN PENGGUNA ISLAM AKAN DIBERI PERHATIAN - MOSTI
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/vaksin-covid19-kebimbangan-pengguna-islam-akan-diberi-perhatian-mosti-270209

6097) AWANI RINGKAS | MOSTI YAKIN KEBIMBANGAN PPIM AKAN DIJAWAB KKM - ASTRO AWANI - 26/11/2020

 


Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).


Artikel oleh: Astro Awani

AWANI RINGKAS | MOSTI YAKIN KEBIMBANGAN PPIM AKAN DIJAWAB KKM

6096) PPIM GESA TUBUH JAWATANKUASA KHAS BANTU PENGUSAHA BAS - MALAYSIA KINI - 25/11/2020

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi membantu memulihkan industri perkhidmatan bas dan pelancongan yang terjejas akibat Covid-19.

Ketua aktivis PPIM, Nadzim Johan berpendapat jawatankuasa itu harus ditubuhkan untuk menjamin kelestarian industri perkhidmatan bas dan kemampanan industri pelancongan negara ini.

"Pandemik Covid19 yang berlaku ini bukannya sesuatu yang kita dapat menduga kesannya.

"Ini adalah cabaran global bukan hanya di negara kita, maka pihak kerajaan seharusnya melihat dan mempertimbangkan secara menyeluruh industri dan ekonomi yang terkesan termasuk industri pelancongan khususnya kepada pengusaha-pengusaha bas.

"Kami merasakan bahawa satu jawatankuasa harus ditubuhkan untuk meneliti, memantau dan mengkoordinasikan segala isu-isu kritikal berkaitan industri yang boleh dipantau terus melalui Pejabat Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan.

Sejak wabak Covid-19 melanda negara, industri pelancongan terjejas teruk selepas kerajaan menutup sempadan negara daripada dimasuki pelancong dari luar negara.

Berikutan itu, Nadzim berkata Pengusaha-pengusaha Bas Malaysia (Gabungan Bas Malaysia) memohon kerajaan memberi kelonggaran tertentu kepada pengusaha bas yang hilang pendapatan, selain Geran Khas Prihatin (GPK) melalui peruntukan Belanjawan 2021.

"Bebanan isu ‘renew’ polisi insuran yang berterusan dan diskaun tanpa tuntutan (NCD) yang rendah harus dikaji semula. 

"Malah pada masa yang sama mohon kerajaan untuk mempertimbangkan pemberian bantuan pinjaman dari bank-bank untuk membolehkan mereka menjana pendapatan selain menggesa agar skim subsidi minyak diesel juga diperluaskan lagi," kata Nadzim.

Selain itu katanya, pengusaha bas turut merayu agar kerajaan mengkaji semula dan memberikan kelonggaran khas moratorium ke atas syarikat-syarikat kredit pinjaman yang tidak dikawal selia oleh pihak kerajaan dan Bank Negara Malaysia.


Artikel oleh: Malaysia Kini

PPIM GESA TUBUH JAWATANKUASA KHAS BANTU PENGUSAHA BAS 

https://www.malaysiakini.com/news/552507

6095) AKTIVITI PERJUMPAAN DENGAN PENASIHAT SKM DAN PENGUSAHA BAS MALAYSIA- PPIM - 25/11/2020

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Pengusaha Bas Malaysia bersama Penasihat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), YBhg Tan Sri Abdul Aziz Yassin. 

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...