Thursday, December 31, 2020

5224) ISU KARTEL, KEMBALIKAN KEYAKINAN UMAT ISLAM MELALUI RCI - NADZIM - MALAYSIA GAZETTE - 31/12/2020

 


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik penubuhan badan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) atau Jawatankuasa Perundangan dan Penguatkuasaan Halal bagi merungkai masalah kartel penyeludupan daging import haram di negara ini.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan menegaskan, keperluan kepada RCI sangat mendesak ketika ini bagi mengembalikan keyakinan umat Islam terhadap bekalan daging import yang berada dalam pasaran.

“RCI memang perlu ada sebab rakyat tak boleh terima dengan aktiviti penyeludupan daging haram ini. Dengan RCI kita boleh dapat satu keputusan dan jawapan sebenar, kalau tidak macam tiada apa-apa berlaku.

“Ada orang kata RCI ini sama tapi kita nak lebih yakin dan boleh buat sesuatu untuk bawa perubahan kepada isu kartel daging haram,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Villa Puteri Condominium hari ini.

Dalam pada itu, kata Nadzim, kesukaran pemantauan isu halal di negara ini kerana Malaysia masih tiada Akta Halal walaupun perkara itu pernah dibangkitkan badan bukan kerajaan itu kepada kerajaan pada tahun 2002.

“Kita sebuah negara Islam yang perlembagannya Islam di mana kita amalkan. Kalau kita ada pelbagai akta yang melibatkan pelbagai perkara, tahukah anda kita masih tiada Akta Halal sehingga ke hari ini.

“Akta Halal ini kita pernah desak kepada kerajaan lebih 14 tahun lalu. Kira perlu Akta Halal, kalau tidak takkan nak guna Akta Perihal Dagangan dan Akta Makanan,” soalnya.

Jelasnya, Akta Halal boleh membantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menangani situasi pencabulan dan penyalahgunaan tanda halal yang berlaku hari ini.

“Kita perlu ada sesuatu yang membantu JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)  kalau kita nak jadi negara yang dihormati sebagai negara pelopor pensijilan halal.

“Kita mohon semua pihak tekan kerajaan untuk wujudkan Akta Halal, padahal kerajaan terdahulu banyak kali berjanji tapi tak tunai pun,” katanya lagi.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

ISU KARTEL, KEMBALIKAN KEYAKINAN UMAT ISLAM MELALUI RCI - NADZIM

5223) KARTEL DAGING AJAK BINCANG ISU, PPIM ENGGAN LAYAN - HARIAN METRO - 31/12/2020

 

Kuala Lumpur: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mendedahkan, rangkaian kartel daging ada menghubungi pihaknya untuk berbincang mengenai isu berkenaan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan isu terbabit yang semakin panas susulan pendedahan mengenai kegiatan itu baru-baru ini.

Nadzim berkata, bagaimanapun, dia tidak melayani permintaan mereka untuk berjumpa kerana tidak mahu terbabit dalam isu itu.

Menurutnya, PPIM mencadangkan agar satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat kepada kerajaan mengenai perkara ini.

"Pasukan khas ini akan memberikan maklumat dan pada masa sama mencari kaedah bagi mengelak perkara sama berlaku.

"Kita jemput semua pertubuhan bukan kerajaan untuk bersama-sama dalam pasukan ini untuk mencari jalan penyelesaian menerusi maklumat yang ada kerana sesuatu perlu dilakukan segera," katanya pada sidang media hari ini.

Hadir sama Aktivis PPIM Sheikh Abdul Karim Said Khadaied.

Nadzim turut mendedahkan bahawa ada kartel sengaja memainkan isu bahawa Malaysia tidak sesuai menjadi hub penternakan lembu.

Katanya, berdasarkan semakan, dakwaan itu datang daripada rangkaian kartel yang turut terbabit dalam isu yang dibangkitkan kebelakangan ini.

Selain itu, beliau juga mendedahkan maklumat diterima pihaknya mengenai kewujudan daging kangaru menggunakan status halal sejak 1981 lagi di negara ini.

Katanya, perkara berbangkit mengenai halal perlu diselesaikan pihak berwajib kerana ia membabitkan imej negara sebagai peneraju pensijilan halal.

"Saya dihubungi menerusi nota dari rakan luar negara bertanyakan isu ini. Dulu Cadbury dan kini daging pula.

"Imej kita terjejas. Kita semua perlu melakukan sesuatu bagi mengatasi perkara ini," katanya.

Pada sidang media itu Nadzim turut mengulangi cadangan pihaknya supaya Akta Halal diwujudkan bagi menyelesaikan semua isu berkaitan halal di negara ini.

Katanya, perkara itu pernah dibincangkan sekitar tahun 2000, namun tiada perubahan sehingga hari ini.


Artikel oleh: Harian Metro

KARTEL DAGING AJAK BINCANG ISU, PPIM ENGGAN LAYAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/658777/kartel-daging-ajak-bincang-isu-ppim-enggan-layan

5222) AKTIVITI | SESI TEMUBUAL TOQQI BERSAMA TV PERTIWI - PPIM - 31/12/2020

Sesi temubual Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama TV Pertiwi yang membincangkan isu kartel daging di Malakat Mall, Cyberjaya. 


5221) AKTIVITI | SERAHAN SUMBANGAN KEPADA IPD WANGSA MAJU - PPIM - 31/12/2020

Pemberian sumbangan sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa untuk "frontliner" IPD Wangsa Maju bagi program "Zero Hunger" oleh PPIM dan WeAgro.

5220) WUJUDKAN AKTA HALAL SEGERA - PPIM - HARAKAH DAILY - 31/12/2020

 


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mewujudkan akta halal bagi tindakan kawal selia dan melindungi industri halal ini secara holistik.

Ketua Aktivisnya, Dato’ Nadzim Johan berkata, akta ini perlu dilaksanakan bagi menambah baik akta sedia ada.

“Sudah tiba masanya kita (Malaysia) mempunyai akta halal sendiri. Negara kita tidak ada akta halal. Kita hari ini hanya berdasarkan Akta Perihal Dagangan. Akta sedia ada memang tiada masalah, tetapi perlu yang lebih seragam antara kementerian dan agensi berkaitan.

“Kita pernah minta sebelum ini. Sedangkan di Amerika pun ada akta halal untuk pengguna Islam di sana,” katanya pada bual bicara Harakah bertajuk ‘Kartel Daging Haram: Di Mana Silapnya?’ di sini, malam tadi.

Menurutnya, tujuan utama adalah supaya industri halal negara mendapat perlindungan yang lebih baik.

“Sebagai contoh, sebuah lori yang sama membawa ayam sedangkan sebelum itu lori berkenaan membawa babi. Perkara ini tidak menjadi satu kesalahan kerana kita tiada akta untuk mensabit kesalahan itu. Benda ini sangat serius.

“Kita mahukan negara berterusan dikenali sebagai sebuah negara yang pensijilan halalnya dihormati,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nadzim turut menggesa pihak penguat kuasa terus membuat pemantauan terhadap kilang atau tempat simpanan daging import bagi mengenal pasti status halalnya.

Menurutnya, usaha itu perlu dilakukan bagi mengatasi kebimbangan yang sedang dialami rakyat susulan pendedahan yang berlaku ini.

“Penipuan begitu rancak belaku di luar sana. Jadi, dalam isu ini perlu mencari kaedah bagaimana untuk mengatasi kerana dengan timbulnya isu ini, rakyat menjadi bimbang untuk makan daging,” katanya.

Justeru, beliau turut menasihati para pengguna supaya lebih berhati-hati dalam memilih produk makanan serta pemilihan kedai makan supaya tidak mudah tertipu.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan pihaknya akan meneruskan siasatan bagi membongkar isu penyeludupan bekalan daging tanpa pengesahan halal ke negara ini.

Menurut Timbalan Menterinya, Dato’ Rosol Wahid berkata, pemantauan secara berterusan akan dijalankan dan serbuan akan dilakukan tanpa sebarang notis.

Sementara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato’ Huzir Mohamed, berkata polis percaya bahawa kegiatan kartel daging import disyaki menggunakan label halal palsu itu membabitkan rangkaian luas serta didalangi sindiket dalam dan luar negara.

Artikel oleh: Harakah Daily

WUJUDKAN AKTA HALAL SEGERA - PPIM

https://harakahdaily.net/index.php/2020/12/31/wujudkan-akta-halal-segera-ppim/

5219) AKTIVITI | WAWANCARA BICARA HARAKAH ISU KARTEL DAGING HARAM - PPIM - 31/12/2020

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi sebagai ahli panel dalam wawancara Bicara Harakah yang disiarkan secara langsung di Facebook Harakah Daily, semalam.

Wawancara bertajuk "Kartel Daging Haram : Di Mana Silapnya".

5218) [ LANGSUNG ] SIDANG MEDIA PPIM BERHUBUNG ISU KARTEL DAGING - ASTRO AWANI - 31/12/2020

 


Ikuti sidang media oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengenai isu kartel daging #HapusCOVID19 #NormaBaharu #IsuKartelDaging


5217) SINAR PM: ISU KARTEL DAGING: PPIM GESA WUJUDKAN AKTA HALAL SEGERA - SINAR HARIAN - 30/12/2020

 




5216) DAGING SELUDUP: PERLU TINDAKAN LEBIH DRASTIK - KENYATAAN MEDIA PPIM - 31/12/2020

Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik tindakan pihak berkuasa menahan dua (2) individu berkaitan penyeludupan dan pemalsuan logo Halal terhadap daging yang dibawa masuk secara gelap dari beberapa buah negara yang tidak diiktiraf, namun tindakan yang lebih drastik perlu diambil.

Walau bagaimanapun rata-rata pengguna Islam berpendapat bahawa penahanan ini adalah seperti melepaskan batuk di tangga kerana tidak mempunyai kaitan yang signifikan dengan kartel yang dikatakan bermaharajalela selama ini.

Kami merasakan banyak lagi perlu dilakukan oleh pihak berkuasa dan masih ada persoalan terhadap penjelasan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna seperti:

  1. Jumlah yang disita iaitu 2,428 kotak daging bernilai RM738,640 adalah jauh lebih kecil dari jumlah daging seludup yang dijumpai ketika Exco Agama Johor membuat lawatan di gudang penyimpanan daging itu sebanyak 1,500 mt bernilai RM30 juta. Kemana dan bagaimana daging itu dilupuskan?
  2. Apakah kaedah sampling yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kimia terhadap bahan bukti yang banyak itu?
  3. Bagaimana daging-daging ini dapat melepasi Kastam dan MAQIS serta Polis Pelabuhan dan dibawa ke gudang berkaitan untuk dilabelkan semula dengan label Halal.
  4. Syarikat yang berkaitan telah beroperasi sejak 2017, bagaimanakah pihak kerajaan pasti bahawa tiada sebarang salah laku oleh syarikat sebelum tangkapan ini?

PPIM menyambut baik sebarang penubuhan badan berkecuali seperti Suruhanjaya DiRaja atau Jawatankuasa perundangan dan Penguatkuasaan Halal untuk merungkai perkara ini dan memastikan ianya tidak berulang. Kami juga berharap pemuka-pemuka kartel ini dapat dikenalpasti, ditangkap dan diadili tanpa mengira dari pihak mana ia wakili.

PPIM juga menggesa kerajaan melalui beberapa agensi berkaitan untuk memberikan tumpuan yang lebih serius kepada penghasilan daging tempatan dengan mencukupi dengan harga yang tidak terlalu membebankan pengguna dan tidak ketinggalan jaminan mutu yang tinggi serta Halal.

5215) DAGING HALAL: KESABARAN PENGGUNA ADA HADNYA - SIDANG MEDIA PPIM - 31/12/2020

Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) telah menerima pelbagai reaksi dari pengguna Islam yang amat kecewa berikutan pembongkaran sindiket pengimportan dan pelabelan daging import yang tidak disijilkan. Umat Islam juga merasa amat kecewa kerana jenayah ini telah berlanjutan sehingga 40 tahun dan seolah-olah tiada komitmen yang serius dari pihakpihak dan agensi-agensi yang berkaitan. 

PPIM merasakan sudah sampai masanya pengguna Muslim di negara ini disedarkan bahawa sikap mengambil mudah aspek halalan toyyiban boleh menjejaskan aspek spiritual dan fizikal. Pengambilan makanan syubhah dan haram akan memberi kesan besar terhadap pembangunan kerohanian, di samping menjejaskan pembentukan akhlak. 

Firman Allah SWT: "Wahai orang beriman! Makanlah daripada benda baik (halal) yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah: 172). 

Makanan tidak halal yang dimakan oleh seseorang muslim akan menjadi darah daging dan akan memberi kesan terhadap pembentukan peribadi dan boleh mendatangkan kesan yang besar. 

Justeru itu, satu sidang media telah diadakan pada hari ini di Pusat Aktiviti PPIM, Kuala Lumpur. 


5214) BUKTI INDUSTRI HALAL NEGARA RAPUH - SINAR HARIAN - 31/12/2020

 


Artikel oleh: Sinar Harian

BUKTI INDUSTRI HALAL NEGARA RAPUH

5213) KPDNHEP BELUM BOLEH CUCI TANGAN - SINAR HARIAN - 31/12/2020



Artikel oleh: Sinar Harian

KPDNHEP BELUM BOLEH CUCI TANGAN

5212) PERLU WUJUDKAN AKTA HALAL, SOLUSI TERBAIK TUMPASKAN AKTIVITI KARTEL DAGING - BERITA ALHIJRAH - 30/12/2020

 




Wednesday, December 30, 2020

5211) CONSUMER GROUP: NO ONE SHOULD SHRIK RESPONSIBILITY OVER MEAT CARTEL ISSUE - FOCUS MALAYSIA - 29/12/2020


EVERYBODY should take interest on the meat cartel controversy and no Government agency can just simply wash their hands off the case.

“This is the problem in Malaysia. Every time something bad happens, our agencies will try to pass the buck on one another. Our tagline is ‘I’m not involved’.

“If we keep going like this, we will not be able to solve any problem,” the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) president Datuk Nadzim Johan told FocusM.

Recently, the nation went abuzz over the discovery of a notorious meat cartel which has been operating in the last four decades, in Johor.

The cartel was alleged to have swapped beef with others types of non-halal meat such as kangaroo and horse, and selling them across the nation by bribing Government officials to keep mum about it.

The revelation created an uproar among Malaysians, especially the Muslims community, with several quarters calling for the formation of a Royal Commission of Inquiry (RCI) to probe the matter.

Yesterday, Department of Islamic Development Malaysia’s (Jakim) research division senior director Datuk Sirajuddin Suhaimee said Jakim is not involved in the investigation as the matter is already under probe by several other government agencies.

However, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim lashed out at Jakim, alleging that the latter was simply trying wash its hands off the matter.

“This is the most despicable and shameful example of how the flesh and blood of the ummah can be violated.

“This is a halal issue, not an issue under the ministry of agriculture…the one that issue the halal certification is Jakim so there must be a collective responsibility,’’ the Port Dickson MP told Malay Mail Online.

Touching on Anwar’s argument, Nadzim said there is a need for the Government to re-look into the whole ecosystem on how Government agencies work with one another.

“No man is an island. This is our country and there must be a sense of collective responsibility in whatever we do,” he added.

On the request for a RCI, Nadzim responded in the positive, adding that the investigation should be comprehensive to include all monitoring agencies involved.

“Jakim may not be directly involved but they must accept the fact that their logo was abused. No one should skirt from their responsibility,” he stressed.

The Islamic department also came under fire recently for defending its regulations of not allowing any messages promoting other religions for eateries to get the halal certification.

The matter came about after a recent report where a customer was shocked when he received a cake with “Happy Holidays” message instead when he had requested that it be decorated with the wish “Merry Christmas.”

The outlet had refused to do so since it was in the process of getting a halal certificate, citing Jakim’s regulation.

The decision received backlash from many quarters, including popular blogger Mariam Mokhtar and Nadzim.

On Nov 8 last year, Asia Sentinel alleged that top officials at Jakim have been compromising the halal certification process, bringing the department certification to question.

The report also named the officers involved. However, Jakim had dismissed the claims.

Article by: Focus Malaysia

CONSUMER GROUP: NO ONE SHOULD SHRIK RESPONSIBILITY OVER MEAT CARTEL ISSUE

https://focusmalaysia.my/mainstream/consumer-group-no-one-should-shirk-responsibility-over-meat-cartel-issue/

6210) MALAKAT MALL, PPIM WUJUD JAWATANKUASA PANTAU SUMBER BEKALAN DAGING - ISMAWEB - 29/12/2020

 

BANGI, 14 Jamadilawal 1442H, Selasa – Satu jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi memantau rantaian pembekalan daging di negara ini.

Jawatankuasa yang diwujudkan oleh Malakat Mall dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu akan membabitkan beberapa lagi pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ulama.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, jawatankuasa itu akan beroperasi selama enam bulan untuk memantau sumber bekalan daging di Malaysia.

“Melalui kerjasama ini, kami mahu memastikan sumber bekalan daging yang diperolehi dan yang ada di pasaran datang dari sumber yang tidak meragukan.

“Antara cadangan yang turut dibincangkan bersama PPIM adalah untuk melancarkan boikot terhadap makanan berasaskan daging selama enam bulan untuk menghenti dan memberi kesan kepada kartel-kartel daging tidak halal yang mengawal industri,” katanya dipetik Malakat Tribune hari ini.

Mohd Fadzil berkata, jika penubuhan jawatankuasa itu mencapai matlamat, tindakan seterusnya adalah untuk memastikan urusan pembekalan rantaian bekalan daging halal diserahkan kepada orang Islam.

“Saya amat bersetuju dengan PPIM yang menyarankan bahawa sijil halal tidak sepatutnya diberikan kepada orang bukan Islam sebab isu halal ini adalah soal keimanan.

“Sijil juga tidak sepatutnya diberikan hanya kepada orang Islam, tetapi orang Islam yang benar-benar beriman. Ia termasuk golongan penternak, pengedar, tukang sembelih dan sebagainya,” katanya.

Isu daging seludup menjadi hangat apabila media melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.

Mengulas perkara itu, Mohd Fadzil menyifatkan ia bukan pendedahan mengejutkan kerana umat Islam di negara ini tidak mengambil berat mengenai status halal, malah hanya yakin sepenuhnya terhadap logo yang mudah ‘diciplak’.

“Dalam pertemuan saya dengan bekas pengimport daging, saya diberitahu mengenai kewujudan bekalan ekor kangaroo yang mengantikan ekor lembu.

“Kita sendiri tidak pernah bertanya dari mana datangnya bekalan ekor yang begitu banyak di kedai-kedai Siam seluruh negara,” katanya.


Artikel oleh: Ismaweb

MALAKAT MALL, PPIM WUJUD JAWATANKUASA PANTAU SUMBER BEKALAN DAGING

6209) WUJUDKAN SEGERA AKTA HALAL - SINAR HARIAN - 30/12/2020

 


SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk segera mewujudkan akta halal bagi membolehkan tindakan kawal selia industri halal dapat diseragamkan dengan komprehensif.

Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, langkah ini perlu dilaksanakan bagi menambah baik akta sedia ada yang terpisah mengikut kementerian atau agensi.

"Apa yang berlaku hari ini merupakan satu manifestasi (kelompongan) yang kita tidak nampak. Tapi ia membuktikan ada sesuatu yang tidak kena (dalam industri halal).

"Cabaran yang kita lalui ini cukup besar di mana ia memperlihatkan kelemahan.

"Jadi, kita minta sesuatu dilakukan oleh pembuat undang-undang supaya zahirkan kebimbangan yang berlaku hari ini dengan mewujudkan akta halal," katanya pada Wacana Sinar Harian edisi ke-220 bertajuk Isu Kartel Daging Import: Korupsi Sampai Jejas Halal? di Kumpulan Karangkraf di sini pada Selasa.

Menurutnya, ketika ini merupakan tempoh terbaik untuk mewujudkan akta tersebut supaya tidak berlaku kekeliruan dalam mengambil tindakan memandangkan akta yang terpisah mengikut kementerian dan agensi.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, beliau turut menggesa supaya penguat kuasa berkaitan membuat serbuan ke atas kilang atau tempat simpanan daging import bagi mengenal pasti mana yang halal atau sebaliknya.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan bagi mengatasi keresahan yang sedang dialami rakyat khususnya orang Islam ketika ini susulan pendedahan mengejut yang dibuat baru-baru ini.


Artikel oleh: Sinar Harian

WUJUDKAN SEGERA AKTA HALAL

6208) KRONOLOGI ISU KARTEL SELUDUP DAGING SEJUK BEKU TAHUN 2020 - SINAR HARIAN - 30/12/2020

Kronologi isu kartel seludup daging sejuk beku tahun 2020


Artikel oleh: Sinar Harian

KRONOLOGI ISU KARTEL SELUDUP DAGING SEJUK BEKU TAHUN 2020


6207) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - PPIM - 30/12/2020

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa di Menara DBKL 1, Kuala Lumpur.

Perjumpaan membincangkan mengenai aduan yang diterima oleh PPIM dan peniaga-peniaga asnaf.

6206) 2020 PENUH KEJUTAN, KESEDIHAN - UTUSAN MALAYSIA - 29/12/2020

 


Artikel oleh: Utusan Malaysia

2020 PENUH KEJUTAN, KESEDIHAN

6205) KONSORTIUM IMPORT DAGING - UTUSAN MALAYSIA - 30/12/2020

 



KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menubuhkan sebuah konsor­tium bagi mengendalikan pro­ses mengimport daging ke negara ini secara telus dan paling penting diyakini halal.

Penubuhan konsortium ter­sebut sekali gus dapat meng­ha­lang kegiatan kartel pengimportan menggunakan logo Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Ja­kim) palsu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Da­­tuk Nadzim Johan berkata, menerusi konsortium itu, urusan mengimport hanya diberikan ke­pada syarikat-syarikat yang diuruskan orang Islam.

“Isu kartel daging import ‘panas’ seminggu ini dan antara penyelesaian ialah kemungkinan kerajaan boleh tubuhkan konsortium dikendalikan hanya oleh syarikat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Menurut beliau, syarikat-syarikat Islam itu kemudian akan menjadi ejen yang membawa daging halal masuk ke dalam negara.

Kata Nadzim lagi, konsortium tersebut akan berurusan terus dengan abatoir dan loji pemprosesan di luar negara bagi mengelakkan penglibatan mana-mana sindiket atau orang tengah.

“Menerusi rantaian tersebut ia diyakini dapat mengelakkan daging import yang dibawa masuk adalah tidak halal,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata beli­au, Jakim dan konsortium per­lu sentiasa bekerjasama bagi memastikan urusan memba­wa daging import mengikut prosedur secara berterusan.

Akhbar-akhbar sebelum ini mendedahkan kartel da-ging import yang mendalangi penyeludupan dikesan membawa masuk daging sejuk beku yang diragui status halal selepas pemeriksaan di sebuah gudang di Senai, Johor.

Modus operandi kartel ter­sebut antara lain mengupah pe­gawai kanan agensi tertentu bagi melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara.

Malaysia banyak mengimport daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum ia dibungkus semula denga meletakkan logo halal.

Sementara itu, badan bukan kerajaan (NGO) bagi Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) menyokong cadangan PPIM dan melihatnya sebagai langkah menghampiri penyelesaian kepada isu yang meresahkan orang Islam.

Presidennya, Samsudin Mohamad Fauzi berkata, penubuhan satu konsortium diterajui syarikat Islam adalah inisiatif positif sekali gus membanteras sindiket import daging haram.

“Cadangan itu boleh dibin­cangkan dengan lebih menda­lam oleh kerajaan seperti cara pelaksanaan dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, di Dewan Negara semalam, Senator Muhammad Zahid Md. Arip mencadangkan supaya Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengetuai pasukan petugas khas menyiasat isu kartel daging.

Cadangan itu dikemukakan Muhammad Zahid ketika membahaskan usul khas berkenaan kartel daging yang dibawa Senator Asmak Hussin.

Muhammad Zahid berkata, meskipun Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menjadi solusi terbaik untuk mengenal pasti punca ketirisan, namun proses­nya akan memakan masa panjang.

Oleh itu, kata beliau, pasukan petugas khas perlu ditubuhkan dalam masa terdekat dan perlu membentangkan hasil siasatan dalam tempoh 14 hari.

“Untuk tempoh segera sa­ya mencadangkan kerajaan menubuhkan pasukan pe­tu­gas khas. Saya cadangkan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Polis Johor dengan dianggotai oleh wakil-wakil agensi terbabit.
“Datuk Ayob Khan seorang pegawai polis yang cukup tegas, cukup berani dan tak takut kepada ugutan kartel-kartel ini.

“Perlu dikemukakan dalam bentuk kertas putih dalam satu sidang khas Parlimen. Saya yakin kalau ada keseriusan yang begini perkara ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan,” kata beliau.
Hari terakhir persidangan, Dewan Negara membenarkan usul berkenaan isu kartel daging haram untuk dibahaskan.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, perkara itu dibahaskan mengikut Peraturan 17 (1) dengan pihak pencadang dibenarkan membahas tidak melebihi 30 minit dan pihak kerajaan untuk menjawab dalam tempoh yang sama.

Artikel oleh: Utusan Malaysia 

KONSORTIUM IMPORT DAGING

https://www.utusan.com.my/nasional/2020/12/konsortium-import-daging/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=konsortium-import-daging

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...