Monday, December 28, 2020

6186) PPIM KEMUKA CADANGAN TANGANI ISU KARTEL DAGING - SINAR HARIAN - 26/12/2020

 


SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu pihak berkuasa menyiasat isu kartel daging.

Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan turut mencadangkan beberapa syarikat besar bergabung sebagai sebuah syarikat konsortium untuk bergerak atas dasar kepentingan Islam.

Menurutnya, konsortium itu boleh menjadi pusat sehenti untuk pembekal daging mendapatkan daging yang semestinya telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kerajaan boleh menyediakan dana untuk peladang tempatan membela lembu mereka bagi mengurangkan import dari luar negara yang dapat mengurangkan risiko kemasukan daging haram ke Malaysia," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Nadzim juga berkata, keyakinan rakyat dan institusi luar negara yang memandang tinggi keupayaan agensi di Malaysia menangani isu sebegini semakin menurun.

“Ramai orang sudah mula membuat spekulasi yang mana agensi tersebut mungkin dikuasai oleh kartel daging terlibat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Sinar Harian pada awal bulan ini mendedahkan kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula dengan label serta cap palsu dan menjualnya dalam pasaran negara ini.

Perkara itu dibongkar oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengenal pasti tiga jenama popular produk daging sejuk beku keluaran Australia yang diproses di sebuah kilang sejuk beku.


Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM KEMUKA CADANGAN TANGANI ISU KARTEL DAGING

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL