Kes penipuan umrah yang beroperasi sejak 2015 akhirnya tumpas setelah wanita yang disyaki terbabit ditahan hari ini oleh pihak bagi membantu siasatan.
Suspek yang juga dikenali sebagai Sharifah, dipercayai bertindak sebagai ‘mastermind’ didalam sindiket penipuan ini dan telah membabitkan kerugian lebih jutaan ringgit dari puluhan mangsa yang terlibat sejak empat tahun lalu.
Ketua Unit Pembangunan Sosialnya, Abd Halim Ikhsan berkata, "Baru tahun ini kita terima maklumat tentang kemunculan semula suspek setelah menghilangkan diri sejak kes penipuan umrah yang dilaporkan pada tahun 2017. Dengan menggunakan modus operandi yang sama, wanita berkenaan menawarkan pakej umrah dan penipuan pajak hotel di Makkah untuk memperdaya mangsa."
Sementara itu, seorang pemberi maklumat, Hosam Mohamed berkata, kerana meragui tawaran yang ditawarkan tidak menepati prosedur yang benar, dan mendapati suspek mempunyai sejarah penipuan "scam", beliau mengambil langkah untuk melakukan aduan kepada PPIM mengenai suspek.
Mengulas lanjut, Abd Halim berkata, hasil daripada laporan mengenai suspek berkenaan, PPIM dengan bantuan PDRM akhirnya berjaya membuat tangkapan keatas suspek setelah hampir 4 tahun meloloskan diri dari tindakan undang-undang.
" Perlaburan pajakan hotel melalui pengumpulan dana beramai-ramai adalah bukan perniagaan dan perlaburan yang sah dan perlaburan pajakan ini hanya sah jika ianya melaui proses khas yang ditetapkan oleh kerajaan Saudi."
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan bijak menilai sebelum mengambil tindakan kerana tidak mustahil penipuan seperti Scam Umrah dan Scam Pajakan akan kembali lagi pada masa akan datang untuk mencari mangsa yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment