Wednesday, April 28, 2021

5630) PPIM BERSAMA TIGA DOKTOR FAILSEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM - MALAKAT TRIBUNE - 28/04/2021

 


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama tiga doktor memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjawab surat berhubung virus Covid-19.

Permohonan secara sebelah pihak (ex-parte) itu difailkan melalui Tetuan Rizal Abdullah & Co di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan menamakan Kerajaan Malaysia, KKM dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Empat individu selaku pemohon itu ialah Bendahari PPIM, Tengku Faedzah Raja Fuad, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. A.Roland Victor dan Dr. Sani Ashari.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, pemohon-pemohon mendakwa mereka terkesan daripada tindakan responden-responden terutamanya responden ketiga yang enggan menjawab kepada pertanyaan yang dibangkitkan oleh pemohon pada satu surat yang ditulis pada 20 Januari 2021.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, pihaknya mengenengahkan isu berkenaan kerana ia penting bagi mendapatkan jawapan daripada KKM.

“PPIM menghantar surat berkenaan Januari lalu tetapi sehingga ke hari ini, tiada respon daripada KKM. Kita hanya minta jawapan dan bukan minta duit ou, sepatutnya ia dijawab,” katanya ketika ditemui diperkarangan Mahkamah semalam.

Menurut Nadzim, antara isi kandungan surat itu ialah kaedah pengenalpastian Covid-19, pengendalian pembelian vaksin, penggunaan lain-lain jenis perubatan Covid-19 serta penutupan dan had kehadiran masjid.

Selain itu, pemohon juga mengatakan hak asasi dan harapan yang sah sebagai individu dan rakyat Malaysia yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan selain hak-hak di bawah Perlembagaan Persekutuan terutamanya kebebasan untuk bercakap dan bersuara di bawah artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru kesemua pemohon memohon suatu perintah mandamus untuk mengarahkan responden ketiga menjawab surat yang dihantar oleh pemohon pertama pada 20 Januari lalu bagi tujuan menjelaskan dan memperincikan secara menyeluruh isu-isu berhubung Covid-19 di Malaysia.

Mereka juga memohon suatu perintah, bahawa responden-responden adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada pemohon-pemohon berkenaan dengan isu-isu yang dibangkitkan.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM BERSAMA TIGA DOKTOR FAILSEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM

https://www.malakattribunenews.com/2021/04/ppim-bersama-tiga-doktor-fail-semakan-kehakiman-terhadap-kkm/

5629) PPIM, TIGA DOKTOR FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM - SINAR HARIAN - 28/04/2021

 


Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM, TIGA DOKTOR FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM

5628) MGNEWS: TIADA MAKLUM BALAS DARI KKM, KITA MINTA JAWAPAN BUKAN DUIT PUN - PPIM - MALAYSIA GAZETTE TV - 27/04/2021

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Ketua Pengarah (KP) Kesihatan Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan memfailkan semakan kehakiman itu dibuat berikutan permohonan bertarikh 20 Januari lalu tidak mendapat maklum balas secara rasmi dari kementerian berkenaan.

Menurutnya, terlalu banyak pertanyaan dari rakyat yang tidak dijawab oleh KKM menyebabkan PPIM mengambil tindakan sedemikian.

#malaysiagazette#mgtv


Artikel oleh: Malaysia Gazette TV

MGNEWS: TIADA MAKLUM BALAS DARI KKM, KITA MINTA JAWAPAN BUKAN DUIT PUN - PPIM

https://www.youtube.com/watch?v=YsRo5L4ojT

5627) MGTV LIVE : BANYAK PERSOALAN KAMI YANG PERLU KEMENTERIAN JAWAB - PPIM - MALAYSIA GAZETTE TV - 27/04/2021

 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) fail tindakan semakan kehakiman terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia kerana tidak responsif dan telus terhadap persoalan mengenai isu Covid-19 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

#malaysiagazette#mgtv


Artikel oleh: Malaysia Gazette TV

MGTV LIVE : BANYAK PERSOALAN KAMI YANG PERLU KEMENTERIAN JAWAB - PPIM

https://www.youtube.com/watch?v=oGDTgSqC7Qg&t=134s

5626) PPIM FAIL PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM - MALAYSIA GAZETTE - 27/04/2021

 


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Ketua Pengarah (KP) Kesihatan Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan memfailkan semakan kehakiman itu dibuat berikutan permohonan bertarikh 20 Januari lalu tidak mendapat maklum balas secara rasmi daripada kementerian berkenaan.

Menurutnya, terlalu banyak pertanyaan dari rakyat yang tidak dijawab oleh KKM menyebabkan PPIM mengambil tindakan sedemikian.

“Jadi kita sebagai suara pengguna datang bersama-sama hari ini dengan barisan peguam dan doktor untuk bawa suara ini kepada mahkamah. Kita minta mahkamah beri arahan kepada pihak KKM untuk membantu menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan oleh rakyat.

“Kita rasa perkara ini bukan lah sesuatu yang luar biasa kerana kita minta jawapan bukannya kita minta duit. Rasanya rakyat berhak dan mengikut Perlembagaan Persekutuan pun kita ada hak untuk dapat jawapan.

“Kita harap ini merupakan satu isyarat bahawa rakyat memerlukan sokongan, jawapan bukan sahaja daripada KKM sahaja tetapi juga dari agensi-agensi lain,” katanya pada sidang media di lobi mahkamah di sini hari ini.

Permohonan secara sebelah pihak (ex-parte) itu difailkan melalui Tetuan Rizal Abdullah & Co dengan menamakan kerajaan Malaysia, KKM dan KP Kesihatan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Empat individu selaku pemohon itu adalah Bendahari PPIM, Tengku Faedzah Raja Fuad, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. A.Roland Victor dan Dr. Sani Ashari.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, pemohon-pemohon mendakwa mereka terkesan daripada tindakan responden-responden terutamanya responden ketiga yang enggan menjawab kepada pertanyaan yang dibangkitkan oleh pemohon pada satu surat yang ditulis pada 20 Januari 2021.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, komunikasi yang baik perlu wujud di antara kerajaan dan rakyat supaya apa sahaja maklumat penting dapat disampaikan kepada orang ramai secara telus.

Dalam masa sama, beliau berharap tindakan semakan kehakiman yang dikemukakan itu akan mengubah perspektif KKM dalam menemukan solusi bagi menangani pandemik Covid-19 yang sedang membelenggu rakyat.

“Kalau mahkamah terima, terima lah. Kita buat apa yang patut dibuat, lepas itu kita serahkan kepada mahkamah, sekurang-kurangnya kita telah selesaikan bahagian kita,” ujarnya.

Sementara itu, peguam, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, terdapat empat pemohon yang memfailkan semakan kehakiman berkenaan dengan tiga antaranya merupakan doktor yang merasakan rakyat perlu mendapat jawapan seperti dimahukan.

“PPIM telah mengambil inisiatif untuk memfailkan semakan kehakiman kerana surat yang dihantar kepada KKM tidak dijawab dan soalan-soalan yang ditanya juga adalah relevan kerana Covid-19 ini merupakan isu satu dunia.

“Banyak persoalan itu berkisar antaranya ujian itu sendiri apakah keberkesanan ujian itu, bagaimanakah ujian itu dilakukan, kenapa di ‘declare’ sebagai pandemik dan sebagainya. Semua ini adalah perkara-perkara rakyat perlu tahu, jadi PPIM mengambil langkah ini kerana ramai yang datang bertanyakan soalan.

“Selepas ini saya percaya semakan yang difailkan oleh Tetuan Rizal Abdullah & Co ini akan diserahkan kepada pihak berkenaan mungkin esok selepas dapat daripada mahkamah membabitkan KKM dan KP Kesihatan,” katanya. – Malaysia Gazette


Artikel oleh: Malaysia Gazette

PPIM FAIL PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM

https://malaysiagazette.com/2021/04/27/ppim-fail-permohonan-semakan-kehakiman-terhadap-kkm/

5625) PPIM GUNA MAHKAMAH TUNTUT PENJELASAN KKM ISU VAKSIN - SUMBERKINI - 28/04/2021

 


5624) BAIK DENDA SATU JUTA, SINDIR TOQQI - SUMBERKINI - 27/04/2021

 


5623) BULETIN PERTIWI | PPIM FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KEMENTERIAN MALAYSIA KKM - BULETIN PERTIWI - 27/04/2021

 


5622) KKM TAK JAWAB SOALAN SECARA RASMI PUNCA PPIM FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN - ISMAWEB - 27/04/2021

 


BANGI, 15 Ramadan 1442H, Selasa – Kebanyakan soalan diajukan rakyat berkaitan COVID-19 tidak dijawab secara rasmi, antara faktor utama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memfailkan semakan kehakiman ke atas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya tidak melihat tindakan untuk menjawab soalan secara rasmi adalah suatu masalah besar, kerana KKM mempunyai jentera atau pakar-pakar tersendiri untuk menyediakan sebarang jawapan berkaitan wabak itu.

Beliau yang juga dikenali sebagai Toqqi berkata, jawapan rasmi adalah penting bagi memperoleh keyakinan rakyat.

“Hari ini kita ada banyak masalah, kita ada ‘trust deficit’ yang amat dahsyat di lapangan.

“Jadi bila dia (KKM) buat begitu apa terjadi? Saya dimaklumkan lebih 300 ribu orang hilang pekerjaan disebabkan kenyataan itu (tidak rasmi) kerana Singapura tutup sempadan.

“Jadi, ini yang kita nak, iaitu jawab secara rasmi atau bagi ruang perbincangan,” katanya di laman Facebook PPIM hari ini.

Toqqi berkata, antara contoh soalan yang tidak dijawab secara rasmi oleh KKM adalah apabila terdapatnya kematian membabitkan pesakit COVID-19 yang mengalami kemalangan.

“Bila tanya DG (Ketua Pengarah Kesihatan), beliau kata dia (mangsa) mati (kerana) kemalangan. Tetapi dia pun ada COVID-19. Jadi dia (KKM) pun catit bawah (kematian disebabkan) COVID-19.

“Accident mati immediately. COVID-19 mungkin ambil masa dua minggu untuk mati. Itu pun kalau mati. Kalau orang mati kena kemalangan, kita kena cakap kemalangan. Kalau COVID-19 (perlu) sebut COVID-19.

“Jadi, rakyat akan cakap macam mana? Bila kita tak jawab secara rasmi, ini (perkara) bahaya,” jelasnya.

Selain itu, Toqqi berkata, terdapat satu lagi kes di mana sebuah klinik yang melakukan ujian saringan atau swab test ke atas pesakit COVID-19 memperoleh keputusan berbeza berbanding KKM.

Katanya, pesakit yang melakukan ujian saringan di klinik terbabit memperoleh keputusan negatif COVID-19, namun keputusannya menjadi positif apabila diuji oleh KKM.

“Ada satu kes lagi, di mana figure (angka) naik, sampai tiga ribu kes. Bila org tanya kenapa figure naik, dia kata ini figure tahun lepas.

“Macam mana kita boleh buat kerja macam itu? Itu tidak memberi indikasi yang betul,” katanya hairan.


Artikel oleh: Ismaweb

KKM TAK JAWAB SOALAN SECARA RASMI PUNCA PPIM FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN

https://ismaweb.net/2021/04/27/kkm-tak-jawab-soalan-secara-rasmi-punca-ppim-fail-semakan-kehakiman/

5621) TV PPIM | PPIM & 3 DOKTOR FAILKAN SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM - TVPPIM - 28/04/2021

 

5620) #TECH: ICT LITERACY PROGRAMME FOR ORANG ASLI - NEW STRAITS TIMES - 27/04/2021

 


ULU BERANANG: A total of 789 residents from the Orang Asli Village Kampung Jeram, Kedah here undergone an information and communications technology (ICT) literacy programme called CT Literacy Cultivation Program and Orang Asli Community Service in New Norms, organised by the international Institute of Strategy (ISI) recently.

The programme, which was officiated by Communications and Multimedia deputy minister Datuk Zahidi Zainul Abidin, is a historic event for the Orang Asli there as this is the first time such programme is organised, where they get to learn about and use Internet technology.

Three villages were involved in this programme, which are Kg Jeram, Kg Lumut and Kg Machang.

"I was informed that this Internet Centre will be used for the villagers and it will provide an opportunity for the Orang Asli community here to use the Internet. I hope that with this Internet centre, the villagers, especially the children here, can continue with their learning easily. This facility will connect them to the rest of the world," said Zahidi when met at the ICT Literacy Cultivation Programme and Orang Asli Community Service here.

The initiative is part of the government's efforts to bridge the digital divide between the communities in the village and the city. Centres like this will enable the rural population to access broadband internet, and as well as be an initiative by the Government to ensure the indigenous community enjoy information and communication technology (ICT) facilities today.

Zahidi also said he would ensure that such programmes and assistance would be carried out throughout Malaysia. "Support and assistance from various government agencies as well as corporate companies can help realise this programme successfully," he said.

This programme is a collaboration among the Department of Orang Asli Development (JAKOA), State Health Department (JKN), National Registration Department (JPN) and the Election Commission (EC). Also sponsored by Kabaz Sdn Bhd, Malaysian Islamic Consumers Association (PPIM), YES College, Etika Sdn Bhd, Midea Scott & English Electronics Sdn Bhd and Syarikat Faiza Sdn Bhd.


Article by: New Straits Times

# TECH: ICT LITERACY PROGRAMME FOR ORANG ASLI

https://www.nst.com.my/lifestyle/bots/2021/04/685916/tech-ict-literacy-programme-orang-asli


5619) PPIM SEEKS ANSWERS FROM GOVT OVER COVID-19 ACTIONS - NEW STRAITS TIMES - 27/04/2021

 


KUALA LUMPUR: The Malaysia Muslim Consumers Association (PPIM) together with three doctors filed for an ex-parte judicial review at High Court here today to demand the government's response to questions over the latter's actions taken to battle the Covid-19 pandemic in the country.

The plaintiffs are PPIM treasurer Tengku Faedzah Raja Fuad and doctors Dr Hafiz Sulaiman, Dr Roland Victor Aloysius Victor and Dr Sani Ashari.

The plaintiffs filed the application through law firm Tetuan Rizal Abdullah & Co, naming the Malaysian government, Health Ministry and the Ministry's director general as the defendants.

Lawyer Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos from the firm said PPIM had on Jan 20 this year submitted queries from the public to the Health Ministry. However, it has yet to receive any response.

"PPIM received numerous questions from the public and they channeled it through the letter. The questions revolved around Covid-19 related issues such as the PCR tests and vaccines. These are relevant questions that need answers.

"We are seeking the government to respond to this and stop the spread of fake news.

"The judicial review is filed as a matter of public interest," he told reporters outside the court complex here today.

Meanwhile, PPIM lead activist Datuk Nadzim Johan said the government needs to respond to the queries in order to enlighten the people of what actions the authorities have taken to curb the spread of the pandemic in Malaysia.

He claimed that inconsistency on the government's part concerning the regulations had led to the people "paying the price."


Article by: New Straits Times

PPIM SEEKS ANSWERS FROM GOVT OVER COVID-19 ACTIONS

https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2021/04/685929/ppim-seeks-answers-govt-over-covid-19-actions

5618) PPIM, TIGA DOKTOR FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM - SINAR HARIAN - 27/04/2021

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan tiga doktor memfailkan semakan kehakiman terhadap tiga pihak antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung isu-isu Covid-19 di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.

Semakan secara sebelah pihak (ex-parte) difailkan oleh Bendahari PPIM, Tengku Faedzah Raja Fuad, Dr Hafiz Sulaiman, Dr A Roland Victor dan Dr Sani Ashari selaku pemohon menerusi Tetuan Rizal Abdullah & Co.

Mereka menamakan kerajaan Malaysia, KKM dan Ketua Pengarah Kesihatan, masing-masing responden pertama hingga ketiga.

Menerusi dokumen yang difailkan, pemohon memohon lima perintah antaranya mengarahkan responden ketiga untuk menjawab surat yang dihantar pada 20 Januari 2021 yang bertujuan mendapatkan penjelasan secara menyeluruh mengenai isu-isu berhubung Covid-19 di negara ini.

Semakan itu turut menyentuh mengenai kaedah pengenalpastian Covid-19 oleh KKM, pengendalian pembelian vaksin oleh Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia, penutupan dan had kehadiran masjid atau surau.

Mereka berkata, responden bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada pemohon serta rakyat Malaysia berhubung isu-isu yang dibangkitkan dalam surat berkenaan.

“Alasan permohonan semakan kehakiman itu dibuat kerana pemohon merupakan pihak yang terkesan daripada tindakan responden terutamanya responden ketiga yang enggan menjawab pertanyaan yang dibangkitkan.

“Sudah menjadi hak sebagai individu dan rakyat Malaysia yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan hak di bawah Perlembagaan Persekutuan (kebebasan asasi) terutamanya kebebasan untuk bercakap dan bersuara di bawah artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, pihaknya mengetengahkan isu itu kerana ia penting bagi mendapatkan jawapan daripada KKM.

Menurutnya, PPIM menghantar surat berkenaan Januari lalu tetapi sehingga ke hari ini, tiada respon diterima daripada KKM.

“KKM perlu beri jawapan kepada pihak yang tertanya-tanya, kita rasa ia bukan perkara yang luar biasa sebab kita hanya minta jawapan.

“Kita bukan minta duit atau buat tuntutan, kita hanya mahukan jawapan,” katanya ketika sidang media di pekarangan Kompleks Mahkamah di sini pada Selasa.


Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM, TIGA DOKTOR FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM

https://www.sinarharian.com.my/article/135780/BERITA/Semasa/PPIM-tiga-doktor-fail-semakan-kehakiman-terhadap-KKM

5617) PPIM, 3 DOKTOR FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM - KOSMO - 27/04/2021

 


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan tiga doktor memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mengarahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjawab surat berhubung virus Covid-19.

Permohonan secara sebelah pihak (ex-parte) itu difailkan melalui Tetuan Rizal Abdullah & Co di Mahkamah Tnggi di sini hari ini dengan menamakan Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Empat individu selaku pemohon itu ialah Bendahari PPIM Tengku Faedzah Raja Fuad, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. A.Roland Victor dan Dr. Sani Ashari.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, pemohon-pemohon mendakwa mereka terkesan daripada tindakan responden-responden terutamanya responden ketiga yang enggan menjawab kepada pertanyaan yang dibangkitkan oleh pemohon pada satu surat yang ditulis pada 20 Januari 2021.

Antara isi kandungan surat itu ialah kaedah pengenalpastian Covid-19, pengendalian pembelian vaksin, penggunaan lain-lain jenis perubatan Covid-19 serta penutupan dan had kehadiran masjid.

Selain itu, mereka juga mengatakan hak asasi dan harapan yang sah sebagai individu dan rakyat Malaysia yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan selain hak-hak di bawah Perlembagaan Persekutuan terutamanya kebebasan untuk bercakap dan bersuara di bawah artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru kesemua pemohon memohon suatu perintah mandamus untuk mengarahkan responden ketiga menjawab surat yang dihantar oleh pemohon pertama pada 20 Januari lalu bagi tujuan menjelaskan dan memperincikan secara menyeluruh isu-isu berhubung Covid-19 di Malaysia.

Mereka juga memohon suatu perintah, bahawa responden-responden adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada pemohon-pemohon berkenaan dengan isu-isu yang dibangkitkan.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, pihaknya mengenengahkan isu ini kerana ia penting bagi mendapatkan jawapan daripada KKM.

Menurutnya, PPIM menghantar surat berkenaan Januari lalu tetapi sehingga ke hari ini, tiada respon daripada KKM.


Artikel oleh: Kosmo

PPIM, 3 DOKTOR FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM

5616) COVID-19: PPIM, DOKTOR FAIL KEBENARAN SEMAKAN KEHAKIMAN - UTUSAN MALAYSIA - 27/04/2021

 


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan tiga doktor memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjawab surat bagi memperincikan isu-isu penting berhubung virus Covid-19.

Permohonan sebelah pihak (ex-parte) itu difailkan melalui Tetuan Rizal Abdullah & Co. di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan menamakan Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Empat individu selaku pemohon itu ialah Bendahari PPIM, Tengku Faedzah Raja Fuad, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. A. Roland Victor dan Dr. Sani Ashari.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, pemohon-pemohon mendakwa mereka terkesan terhadap tindakan responden-responden terutamanya responden ketiga yang enggan menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh pemohon pada satu surat bertarikh 20 Januari lalu.

Antara isi kandungan surat itu ialah kaedah pengenalpastian Covid-19, pengendalian pembelian vaksin, penggunaan lain-lain jenis perubatan Covid-19 dan penutupan dan had kehadiran masjid.

Selain itu, mereka juga mengatakan hak asasi dan harapan yang sah sebagai individu dan rakyat Malaysia yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan selain hak-hak di bawah Perlembagaan Persekutuan terutamanya kebebasan untuk bercakap dan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru kesemua pemohon memohon suatu perintah mandamus untuk mengarahkan responden ketiga menjawab surat yang dihantar oleh pemohon pertama pada 20 Januari lalu bagi tujuan menjelaskan dan memperincikan secara menyeluruh isu-isu berhubung Covid-19 di Malaysia.

Mereka juga memohon suatu perintah, bahawa responden-responden adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada pemohon-pemohon berkenaan dengan isu-isu yang dibangkitkan.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, pihaknya mengetengahkan isu tersebut kerana ia penting bagi mendapatkan jawapan daripada Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, PPIM menghantar surat berkenaan Januari lalu tetapi sehingga ke hari ini, tiada maklum balas daripada Kementerian Kesihatan.

“Kementerian Kesihatan perlu beri jawapan kepada pihak yang tertanya-tanya, kita rasa ia bukan perkara luar biasa sebab kita hanya minta jawapan.

“Kita bukan minta duit pun atau buat tuntutan, kita hanya mahukan jawapan,” katanya, ketika ditemui selepas memfailkan semakan kehakiman itu.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

COVID-19: PPIM, DOKTOR FAIL KEBENARAN SEMAKAN KEHAKIMAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2021/04/covid-19-ppim-doktor-fail-kebenaran-semakan-kehakiman/

Tuesday, April 27, 2021

5615) KENAPA PPIM FAIL TINDAKAN SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM - PPIM - 27/04/2021

 

Saksikan video penjelasan dari toqqi mengapa PPIM terpaksa mengambil tindakan sedemikian.
PPIM berjuang demi Pengguna!
Jom sertai Channel Telegram PPIM
-----
Ayuh bersama kami dalam perjuangan ini. Sumbangan anda untuk Tabung Perjuangan PPIM akan membantu lebih ramai pengguna yang tertindas untuk mendapat keadilan yang sepatutnya!
Setiap ringgit dan sen yang anda sumbangkan akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu kami dalam perjuangan yang takkan berakhir ini!
Sumbangan secara online di:
Semoga Allah merahmati semua yang telah menyumbang untuk tujuan murni ini! Aminnn.
“Perjuangan Bersama Demi Pengguna”

5614) PPIM FAIL TINDAKAN SEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM’ - SIDANG MEDIA PPIM - 27/04/2021

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapati pelbagai perkembangan negatif dihadapi oleh rakyat akibat ancaman Covid-19 yang menjadi salah satu penyebab kepada keputusan-keputusan yang dibuat oleh agensi-agensi bertanggungjawab yang dilihat berubah-ubah dan bertukar-tukar sehingga menjadikan keadaan lebih teruk dan amat menderakan rakyat.

Terlalu banyak pertanyaan rakyat tidak dijawab oleh KKM menyebabkan PPIM bertindak menfailkan Semakan Kehakiman terhadap KKM kerana tidak responsif dan telus terhadap persoalan-persoalan mengenai isu Covid-19.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) hari ini.

5613) TV PPIM | OTAI BURGER & PPIM - SUMBANGAN RAYA 26 APRIL 2021 - TVPPIM - 27/04/2021




5612) PPIM SUMBANG BARANGAN KEPERLUAN KEPADA 600 ASNAF - BERNAMA TV - 27/04/2021

 


#BuletinBernama : 600 Individu dari golongan Asnaf dan Fakir Miskin di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak menerima sumbangan berbentuk barang keperluan sempena Aidilfitri Tahun ini. Sumbangan ini adalah hasil kerjasama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan OTAI GROUP, di bantu Angkatan Pertahanan Awam (APM).


Artikel oleh: Bernama TV

 PPIM SUMBANG BARANGAN KEPERLUAN KEPADA 600 ASNAF

https://www.youtube.com/watch?v=n8PcJs3R-oE

5611) TVPPIM | LANCAR PORTAL MYBELI.COM.MY - TVPPIM - 25/04/2021

 




Monday, April 26, 2021

5610) MGNEWS: TAK MASUK AKAL! HARGA NAIK SETIAP KALI PERAYAAN - NADZIM JOHAN - MALAYSIA GAZETTE TV - 24/04/2021

 


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bercakap pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur.

#malaysiagazette#mgtv


Artikel oleh: Malaysia Gazette TV

MGNEWS: TAK MASUK AKAL! HARGA NAIK SETIAP KALI PERAYAAN - NADZIM JOHAN

https://www.youtube.com/watch?v=64NcdA_GMCw

5609) PELANCARAN E-DAGANG MYBELI PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 24/04/2021

 


Kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nurul Syaida Noor Hasmeera menunjukkan laman web mybeli.com.my pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 APRIL 2021.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (tengah) meluangkan masa melawat gerai jualan pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 APRIL 2021.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (kiri) bersama Pengarah Pembangunan Perniagaan Fusionex, Saiful Hayaz Abu Bakar (dua kiri) menyampaikan sumbangan asnaf kepada Rohaya Razali, 53, pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 APRIL 2021.

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PELANCARAN E-DAGANG MYBELI PPIM


5608) PPIM LANCAR PORTAL 'MYBELI.COM.MY' SATUKAN USAHAWAN MUSLIM BAGI PASARKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK - ONE NEWS - 25/04/2021

 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM, melancarkan portal khas ‘Mybeli.com.my’, dengan objektif menyatukan seluruh usahawan muslim dalam satu platform bagi memasarkan produk serta perkhidmatan masing-masing.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, Mybeli patuh syariah, dan mengutamakan barangan tempatan yang kualitinya lebih atau sama hebatnya dengan barangan antarabangsa.

Mybeli hasil kerjasama PPIM dengan rakan strategiknya iaitu Fusionex dan Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ), selain mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Tiada yuran pendaftaran dikenakan terhadap usahawan bagi menyertai platform Mybeli.

Justeru, PPIM berharap ramai usahawan muslim mendaftar, ke arah mengukuhkan perniagaan dan ekonomi menerusi platform e-dagang.


Artikel oleh: One News

PPIM LANCAR PORTAL 'MYBELI.COM.MY' SATUKAN USAHAWAN MUSLIM BAGI PASARKAN PERKHIDMATAN DAN PRODUK

5607) PPIM LANCAR PORTAL E-DAGANG - HARIAN METRO - 24/04/2021

 


Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan portal MyBeli.com.my bagi membantu peniaga memasarkan produk masing-masing.

Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, portal ini satu pendekatan inklusif bagi membantu mereka yang terjejas untuk menceburkan diri dalam perniagaan dalam talian bagi memperkukuhkan ekonomi masing-masing,

"Kita juga ingin menjadikan portal ini sebagai platform pertama yang mendaftarkan peniaga Islam yang mesra Muslim serta portal yang mematuhi syariah.

"Selain mematuhi syariah, portal yang kita wujudkan ini juga dapat membantu peniaga kecil dengan adanya kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)," katanya, ketika berucap di Majlis Pelancaran E-dagang MyBeli, di Wisma Perkeso, Kampung Baru, di sini, hari ini.

Menurutnya, biasanya peniaga kecil ini sering berdepan masalah, jadi menerusi kerjasama bersama Perkeso, perniagaan mereka akan lebih terjamin.

Katanya, mereka mensasarkan lebih lapan juta pengguna akan mengakses portal ini berbanding kerjasama yang pernah dijalankan bersama Perkeso sebelum ini.


Artikel oleh: Harian Metro

PPIM LANCAR PORTAL E-DAGANG

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/698621/ppim-lancar-portal-e-dagang

5606) 24 APR 2021 – BERITA PERDANA – MYBELI.COM.MY - BERITA RTM - 24/04/2021

 




5605) MYBELI.COM.MY PORTAL PASAR PRODUK TEMPATAN - MALAYSIA GAZETTE - 24/04/2021

 


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mmelancarkan portal ‘Mybeli.com.my’ yang objektif untuk menyatukan seluruh usahawan dalam satu platform bagi memasarkan produk serta perkhidmatan masing-masing.

Mybeli juga hasil kerjasama dengan rakan strategik PPIM iaitu Fusionex dan Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ), selain mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, walaupun ketika ini sudah ada nama besar seperti Lazada dan Shoppe yang membuat pemasaran produk serta perkhidmatan secara meluas namun Mybeli mempunyai kelainannya.

Jelas Nadzim, Mybeli mempunyai kelebihan patuh Syariah dalam memasarkan produk serta perkhidmatan selain memberi keutamaan kepada barangan tempatan yang kualitinya lebih atau sama hebatnya dengan barangan antarabangsa.

“Inisiatif yang kita ambil ini bermatlamat untuk menyatupadukan sistem jualan serta pembelian oleh usahawan dan paling penting kita melahirkan golongan usahawan pembayar zakat.

Nadzim Johan (tengah) meluangkan masa melawat gerai jualan pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 24 APRIL 2021.

“Ini adalah salah satu bentuk pendekatan insklusif bagi membantu mereka yang terjejas untuk menceburkan dulu dalam dunia pasaran online bagi mengukuhkan ekonomi masing-masing,” katanya selepas majlis pelancaran di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi melancarkan portal ini secara maya’ kerana tidak dapat menghadirkan diri secara fizikal untuk majlis sebentar tadi.

Selain Che Abdullah, pelancaran ini turut dihadiri oleh wakil-wakil usahawan seperti GISB, MIMCOIN, PERKID, PERDIM, Angkasa serta penguasa tempatan lain.

Dalam pada itu, Nadzim mengharapkan lebih ramai usahawan tempatan akan tampil mendaftar dengan Mybeli yang juga merupakan tunjang alternatif PPIM bagi membantu golongan berkenaan menguasai dunia pasaran online.

“Dunia digital dan e-perdagangan ini adalah cara untuk kita kukuhkan ekonomi dan perniagaan masing-masing, kita cuba ini dulu dengan kerjasama pelbagai pihak dengan harapan semoga usaha ini akan memberi manfaat besar kepada usahawan tempatan kita,” ujarnya.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

MYBELI.COM.MY PORTAL PASAR PRODUK TEMPATAN

5604) MGNEWS: PPIM LANCAR PORTAL MYBELI FOKUS KEPADA PRODUK PATUH SYARIAH - MALAYSIA GAZETTE TV - 24/04/2021

 


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bercakap pada Majlis Pelancaran E-Dagang MyBeli di Wisma Perkeso, Kuala Lumpur.



Artikel oleh: Malaysia Gazette TV

MGNEWS: PPIM LANCAR PORTAL MYBELI FOKUS KEPADA PRODUK PATUH SYARIAH


Friday, April 23, 2021

5603) KENYATAAN MEDIA PPIM: TEGAS TAK BERTEMPAT - SAMUDERA.MY - 23/04/2021


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius tindakan Pegawai Kesihatan Persekitaran U42, Zuharnan Rashid yang menyaman Masjid Sri Maulana, Pekan, Pahang kerana tidak memaparkan QR Code dan buku pendaftaran lawatan yang merupakan keperluan pematuhan SOP sedangkan kedua-dua prosedur itu ada di masjid cuma masih belum dipaparkan dan diletakkan di tempat yang sepatutnya kerana masih terlalu awal.

Masjid berkenaan telah dikompaun sebanyak RM10,000 kerana kesalahan tersebut. Namun, persoalannya mengapakah sebagai seorang Islam, Zuharnan tidak menggunakan pertimbangan sebelum mengeluarkan kompaun dan menasihatkan pegawai masjid itu melakukan apa yang sepatutnya? Mengapa terburu-buru untuk mengeluarkan saman? Adakah Ketua Pengarah Kesihatan ada menawarkan insentif atau ada kuota perlu dipenuhi untuk setiap kompaun? Masjid adalah rumah ibadat umat Islam dan agama itu adalah agama persekutuan dan kita yakin Zuharnan juga seorang Islam, mengapa bersikap tegas tak bertempat?

Rakyat kini sudah jelak dan banyak mempersoalkan pelanggaran SOP yang serupa di mana ketidakadilan berlaku dan tiada tindakan diambil jika kesalahan itu dilakukan oleh artis atau ahli politik walaupun kertas siasatan telah dibuka.

Walaupun kompaun itu telah dikurangkan sebanyak 50 peratus dan diselesaikan oleh seorang individu, jumlah wang RM5000 itu boleh dimanfaatkan kepada perkara yang lain, mungkin untuk dihulurkan bantuan kepada saudara mara Zuharnan sendiri!

PPIM berharap Ketua Pengarah Kesihatan memandang serius perkara ini dan menasihatkan pegawai bertugas agar lebih rasional dalam menjalankan tugas mereka. Kami juga menggesa YBhg Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah mengeluarkan kenyataan khas menjelaskan perkara ini agar kekalutan tindakan pegawai ini tidak menjadi amalan pegawai penguatkuasa yang lain.


Artikel oleh: Samudera.my

KENYATAAN MEDIA PPIM: TEGAS TAK BERTEMPAT


PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...