KUALA LUMPUR: Video
iklan mempromosikan judi atas talian sempena Hari Raya Aidilftri seperti yang
tular baru-baru ini disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Demikian jelas
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang
menempelak tindakan terbabit.
Ujarnya,
dalam pada masyarakat berdepan cabaran pandemik COVID-19, lebih-lebih lagi
apabila menjelang perayaan Aidilfitri, ada pihak tertentu yang mengambil
kesempatan.
"Buruk-buruk
penjudi, dia tak kisah apa benda, ramai di luar sana terima (iklan) menerusi
telefon kemudian cuba (berjudi) sebab kurang sedar, kebetulan nak balik raya
duit tak ada. Jadi apa kaedah atau jalan mudah?
"Ini
yang kita hendak MCMC pantau. Memang kita tahu kadang-kadang ada kekangan,
tetapi sesuatu perlu dilakukan," jelasnya.
Malah tambahnya, tahap kesedaran yang kurang dalam kalangan golongan yang terdesak dan memerlukan, termasuk sesetengah golongan asnaf, menjadi antara faktor mengapa kegiatan judi terus mendapat sambutan.
"Kempen
judi ini tidak masuk akal. Kelemahan kita adalah tidak cukup berjihad,
berdakwah pun makin kurang.
"Kita
mahu para ulama tengok dari sudut mana untuk membantu membawa kesedaran
terhadap golongan asnaf. Sejak negara merdeka, saya tidak nampak bertambah
baik. Kita (perlu) didik mereka tentang kebaikan yang membawa kesedaran,
berbanding beri makanan semata-mata," katanya lagi.
Dalam
pada itu, jelas Nadzim, beliau juga telah memaklumkan berhubung video terbabit
kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah.
"Kita
memang cuba membanteras judi tapi kita takut benda ini tidak diambil secara
serius, saya harap Datuk Saifuddin dapat melihat perkara ini.
"Ini
juga masalah judi, kemudian (membawa kepada) pinjam along dan mulalah (masalah
rumah tangga), bercerai dan sebagainya," katanya lagi.
Iklan
berdurasi dua minit satu saat itu menampilkan beberapa pelakon wanita dan
lelaki berpakaian baju Melayu serta baju kurung sambil menyanyikan lagu raya.
Jalan
cerita video tersebut juga seolah-olah memaparkan seorang lelaki tidak
mempunyai wang untuk pulang ke kampung, seterusnya memilih untuk mendapatkan
wang menerusi kaedah perjudian atas talian.
Artikel oleh: Astro Awani
IKLAN JUDI: KEMPEN TIDAK MASUK AKAL, TIDAK CUKUP BERJIHAD JADI PUNCA - PPIM
No comments:
Post a Comment