KUALA LUMPUR, 22 April — Sekumpulan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini, menyerahkan memorandum bantahan iklan judi raya dalam talian kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Memorandum berkenaan yang meminta kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap operator Judi haram itu, diserahkan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan kepada Zahidi di pejabatnya di Angkasapuri.
Sementara itu Zahidi berkata, judi dalam talian tidak mudah untuk dipadamkan begitu sahaja kerana melibatkan aplikasi antarabangsa.
"Judi dalam talian tidak boleh dipadam begitu sahaja, sebab di negara kita ni aplikasi judi dan porno kalau dipadam, akan naik semula, ini adalah aplikasi antarabangsa.
"Kita sukar nak kawal kerana 'server' nya di luar negara, pemainnya juga di luar negara, di India, Filipina, China dan pelbagai negara, tetapi bermain judi di Malaysia," katanya dan menambah negara memerlukan sistem untuk mengawal aktiviti itu.
Sementara itu, di lokasi sama, Yayasan Pembangunan Buku Negara (WON) dan Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha memartabatkan industri penulisan dan penerbitan tanah air, serantau dan global, khususnya komuniti pengarang dan penerbit beragama Islam.
No comments:
Post a Comment