Tuesday, May 31, 2022

PEKEMAS LAPOR SPRM, PDRM- ISU LANGGAR PROSEDUR HALAL RUMAH SEMBELIHAN - UTUSAN MALAYSIA - 18/05/2022

 

PUTRAJAYA: Susulan pendedahan isu pelanggaran protokol halal sebuah rumah penyembelihan di Australia, Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendesak siasatan dibuat terhadap pegawai Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Faizan Mohd. Nor berkata, laporan itu dibuat kerana dipercayai wujud perlanggaran integriti beberapa pegawai dalam jabatan itu seolah-olah hanya memejamkan mata dan membenarkan segala salah laku berlaku tanpa pemantauan sebaiknya.

Sedangkan kata beliau, tindakan pemeriksaan dan pemantauan adalah di bawah tanggungjawab para pegawai termasuk seorang pengurusan tertinggi jabatan berkenaan.

Katanya, satu sidang akhbar akan diadakan hari ini bagi mendedahkan isu integriti pegawai jabatan terlibat.

Menurut beliau, pihak SPRM akan membentangkan laporan isu berkenaan dalam mesyuarat suruhanjaya itu, seterusnya melantik pegawai penyiasat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) siasatan suruhanjaya berkenaan.

“Laporan ini dibuat agar pihak SPRM dapat menyiasat salah laku dan integriti pegawai Bahagian Hab Halal Jakim dan pembongkaran isu moral dalam kalangan pegawai yang terlibat dalam kelulusan Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas Thomas Food Industries (TFI),” katanya di sini semalam.

Terdahulu, beliau membuat laporan ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 11 pagi semalam dan diterima Pegawai SPRM bertugas, Khai­rul Ikmal Zakaria.

Laporan turut dibuat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan isu ber­kenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Faizan adalah salah seorang yang mendedahkan bukti menerusi maklumat daripada pekerja rumah penyembelihan di Australia, termasuk rakaman video ketidakpatuhan yang berlaku bertahun-tahun.

Dalam perkembangan sama, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) turut menyiasat dakwaan status tidak mematuhi prosedur halal oleh syarikat penyembelih yang sama.

Sementara itu, Jakim kini sedang menjejaki lelaki dikenali ‘Abdullah’ iaitu individu pen­ting yang mendedahkan isu loji penyembelihan halal di Australia baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, individu itu perlu tampil ke hadapan bagi membantu siasatan isu berkenaan.

Beliau berkata, pegawai Jakim sudah pun berjaya menghubungi lelaki itu sebelum ini bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Bagaimanapun, lelaki itu memaklumkan akan menghubungi semula pegawai Jakim berkenaan, namun, sehingga kini membisu dan gagal dihubungi.

“Saya turut meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menghubungi lelaki itu kerana ia penting bagi memastikan siasatan lebih te­lus berhubung isu berkenaan.

“Saya juga difahamkan, Abdullah itu bukan menggunakan nama sebenar, namun kami faham mungkin untuk keselamatan dia,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran aplikasi digital Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) atau DiYa, semalam.

Sejak 14 April lalu, Utusan Malaysia mendedahkan status halal sebuah rumah penyembelihan haiwan di Australia yang turut mengeksport daging ke Malaysia diragui apabila prosedur penyembelihan didakwa tidak mengikut syariat Islam.

Tambah mengejutkan, pusat penyembelihan di Lobethal, Selatan Australia itu ada dalam senarai diiktiraf Kerajaan Malaysia dan mendapat perakuan badan pensijilan halal luar negara di Australia.

Berdasarkan bukti rakaman video dan gambar me­nunjukkan, haiwan-haiwan dilemaskan dalam takungan darah binatang yang disembelih terdahulu menyebabkan haiwan itu mati akibat lemas dan bukannya kerana disembelih sebagaimana syarat yang diperlukan dalam keperluan penyembelihan halal.

Susulan itu, Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memutuskan untuk menggantung lesen loji sembelihan TFI itu sehingga satu hasil siasatan menyeluruh diperoleh.

Malah, SICHMA selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu pula akan diberi surat tunjuk sebab dan berdepan kemungkinan dibatalkan status sebagai badan pensijilan halal Jakim jika didapati tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia. –UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PEKEMAS LAPOR SPRM, PDRM- ISU LANGGAR PROSEDUR HALAL RUMAH SEMBELIHAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/lapor-sprm-isu-prosedur-halal/

LOJI SEMBELIHAN TFI AUSTRALIA: JAKIM PANGGIL PPIM BANTU KESAN SAKSI - BERITA RTM - 17/05/2022

 

PUTRAJAYA, 17 Mei- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM ) tampil membantu siasatan berkaitan dakwaan loji sembelihan Thomas Foods International, (TFI) Lobethal, Australia tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad memberitahu ini berikutan individu yang sebelum ini bekerjasama dengan PPIM bagi mendedahkan perkara tersebut yang dikenali sebagai 'The Hood Man' (Abdullah), tidak dapat dikesan.

"Yang kita mintak supaya individu yang dedahkan tadi muncul ke depan dengan kita tak nak ' third person' , kita tak perlu takut benda ni. Dalam soal ni kita tak hendak hanyalah dalam bentuk yang begitu samar dan kalau melibatkan siap- siap pun kita tidak pernah berkompromi dalam soal halal haram sebab tu kita mengambil tindakan dengan menggantung sementara buat loji ini," katanya selepas hadir di Majlis Perlancaran Aplikasi Digital YaPEIM (DiYa) di Putrajaya.

(Datuk Idris Ahmad pada Majlis Perlancaran Aplikasi Digital YaPEIM (DiYa) di Putrajaya)

Jelasnya, kini individu tersebut gagal dihubungi meskipun sebelum ini dia telah memberi keterangan kepada Pegawai Atase Halal JAKIM di Australia.

Sebagai saksi utama kes tersebut, kehadirannya bagi membantu siasatan dengan lebih terperinci adalah sangat diperlukan.

Idris turut memberitahu, JAKIM juga masih belum menerima surat maklum balas badan pensijilan halal bertanggungjawab, Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA) yang telah diberi surat tunjuk sebab.

Setakat ini, JAKIM menggantung kelulusan loji sembelihan TFI, Australia berkuat kuasa serta merta, sehingga hasil siasatan yang menyeluruh diperolehi.


Artikel oleh: Berita RTM

LOJI SEMBELIHAN TFI AUSTRALIA: JAKIM PANGGIL PPIM BANTU KESAN SAKSI

https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/39996-loji-sembelihan-tfi-australia-jakim-panggil-ppim-bantu-kesan-saksi

RAKAMAN AUDIO DALANG SIJIL HALAL DIDEDAH - UTUSAN MALAYSIA - 18/05/2022

 

PETALING JAYA: Selain pendedahan sumber, bukti rakaman audio membabitkan dalang di sebalik pelanggaran protokol halal sebuah rumah penyembelihan di Australia didedahkan hari ini.

Rakaman tersebut dipercayai membabitkan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan individu dikenali sebagai Mohamed Adil Rahman serta Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (SICHMA).

Berdasarkan butiran rakaman berkenaan,  Mohamed Adil membuat pengakuan bahawa dia bertanggungjawab sebagai dalang menyahkan beberapa agensi pensijilan halal asing daripada pihak Jakim.

Anytime you’re welcome . In this embassy, people sh** in their pants when they want to come. Everybody ..ICCV. Moktha. When I go there, they promise me. Brother this is two weeks after Ramadan. They’ re gone. But after two week, they were delisted. Everybody is how come Adil Rahman can say oh this one delisted oh this one delisted they don’t know who did it.

(Bila-bila masa anda dialu-alukan. Di kedutaan ini, banyak yang takut apabila mereka mahu datang. Semua orang .ICCV.  Moktha. apabila saya pergi ke sana, mereka berjanji kepada saya. Abang  dua minggu selepas Ramadan, mereka sudah tiada.

Selepas dua minggu, mereka telah dinyah senarai. Semua orang tahu  mengapa Adil Rahman boleh berkata ‘oh yang ini dinyah senarai, oh yang ini dinyah senarai,’ mereka tidak tahu siapa yang melakukannya,” menurut rakaman tersebut. 

Selain rakaman audio, beberapa akuan bersumpah turut didedahkan dengan membabitkan beberapa pekerja di pusat penyembelihan tersebut. 

Sebelum ini, seorang bekas pekerja sebuah rumah penyembelihan di Australia membuat pengakuan secara terbuka yang mendakwa ada bukti rakaman video cara sembelihan haiwan di situ yang melanggar protokol adalah benar sebagaimana didedahkan Utusan Malaysia sejak 14 April lalu.

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memutuskan untuk menggantung lesen loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal di Australia susulan isu penyembelihan yang meragukan itu sehingga satu hasil siasatan menyeluruh diperoleh. 

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Nor berkata, Jakim menggesa menggantung serta-merta SICHMA  sehingga siasatan terperinci selesai dijalankan.

Menurutnya, langkah tersebut dibuat selepas kegagalannya sebagai badan halal yang diiktiraf Jakim untuk memantau Thomas Foods International Lobethal di Australia selain keraguan yang timbul membabitkan SICHMA, Jakim dan beberapa dalang lain termasuk individu dikenali sebagai Mohamed Adil Rahman.

“Kegagalan SICHMA sebagai badan halal diiktiraf Jakim untuk memantau pusat penyembelihan  di Australia jelas secara langsung mereka (SICHMA) menutup salah laku halal,” jelasnya. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

RAKAMAN AUDIO DALANG SIJIL HALAL DIDEDAH

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/rakaman-audio-dalang-sijil-halal-didedah/

'ABDULLAH' DEDAH ISU SEMBELIHAN HAIWAN DI AUSTRALIA DICARI - KOSMO - 17/05/2022

 

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini sedang menjejaki seorang lelaki dikenali ‘Abdullah’ yang merupakan individu penting yang mendedahkan isu loji penyembelihan halal di Australia baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, individu itu perlu tampil ke hadapan bagi membantu siasatan isu berkenaan.

Beliau berkata, pegawai Jakim sudah pun berjaya menghubungi lelaki itu sebelum ini bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Bagaimanapun, lelaki itu memaklumkan akan menghubungi semula pegawai Jakim berkenaan namun, sehingga kini membisu dan gagal dihubungi.

“Saya turut meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menghubungi lelaki itu kerana ia penting bagi memastikan siasatan lebih telus berhubung isu berkenaan.

“Saya juga difahamkan, Abdullah itu bukan menggunakan nama sebenar namun, kami faham mungkin untuk keselamatan dia,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran aplikasi digital Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) atau DiYa hari ini.

Sebelum ini, media mendedahkan pengakuan seorang bekas pekerja sebuah rumah penyembelihan di Australia yang mendakwa ada bukti rakaman video cara sembelihan haiwan di situ yang melanggar protokol adalah benar.

Susulan itu, Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memutuskan untuk menggantung lesen loji sembelihan Tohmas Foods International Lobethal di Australia. – KOSMO! ONLINE


Artikel oleh: Kosmo

'ABDULLAH' DEDAH ISU SEMBELIHAN HAIWAN DI AUSTRALIA DICARI

https://www.kosmo.com.my/2022/05/17/abdullah-dedah-isu-sembelihan-haiwan-di-australia-dicari/

NEW WORLD ORDER: PPIM DESAK PIHAK BERKUASA AGAMA NYATAKAN PENDIRIAN - MALAYSIA GAZETTE - 17/05/2022

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pihak berkuasa agama Islam negara ini menyatakan pendirian mereka berkenaan New World Order.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mempersoalkan tindakan serta langkah yang diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Menteri Hal Ehwal Agama dalam hal berkenaan.

“Adakah mereka terlalu taksub mengambil hati pemimpin negara sehingga kepentingan agama Islam di negara ini terabai,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Nadzim turut mempersoalkan adakah pihak berwajib menanti perkara buruk berlaku sebelum bertindak atau mereka juga telah terpengaruh dengan anasir luar itu.

Antara agenda utama New World Order adalah One World Religion iaitu Kebersamaan Dalam Beragama dakwanya.

“Ini terbukti dengan terbinanya Abrahamic Family House yang menempatkan rumah ibadat Yahudi, gereja dan masjid dalam satu kompleks yang dibina di Abu Dhabi dan akan dibuka pada tahun ini.

“One World Goverment, seluruh negara di dunia akan ditadbir oleh satu pemerintah sahaja. Tiada lagi negara, tiada lagi raja, tiada lagi presiden,” dakwanya.

One World Military, katanya menyebabkan seluruh dunia akan dijaga oleh satu pasukan tentera sahaja dan One World Currency di mana tiada lagi mata wang bagi setiap negara.

“Apakah pihak berkuasa yang bertanggungjawab mempertahankan agama Islam di negara ini sudah leka akibat terlalu banyak termakan makanan syubah?” soalnya.- MalaysiaGazette


Artikel oleh: Malaysia Gazette

NEW WORLD ORDER: PPIM DESAK PIHAK BERKUASA AGAMA NYATAKAN PENDIRIAN

https://malaysiagazette.com/2022/05/17/new-world-order-ppim-desak-pihak-berkuasa-agama-nyatakan-pendirian/

'THE HOOD MAN' TIDAK HILANG - NADZIM - HARIAN METRO - 18/05/2022

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesahkan belum dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung dakwaan loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Malah, PPIM turut menafikan dakwaan bahawa 'The Hood Man' atau Abdullah, individu yang mendedahkan perkara itu hilang dan gagal dikesan.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, setakat ini, pihaknya belum dipanggil agensi agama itu untuk memberi sebarang keterangan berhubung perkara serius itu.

"Kalau Jakim panggil, kita pergilah. Setakat ini belum (dipanggil), mungkin panggil ketika jamuan raya kot," katanya ketika ditemui di majlis program kesihatan membantu golongan asnaf bersama rakan badan bukan kerajaan, Yayasan Malindo Worldwide (YMW) di Rumah Perlindungan Charis, Taman Yarl, dekat sini, hari ini.

Nadzim berkata, pihaknya juga menafikan The Hood Man gagal dikesan seperti kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

"Tak betul (The Hood Man hilang), tapi Jakim kena bayarlah, kita bawa (datang Malaysia) sebab dia di Australia. Kita boleh bawa jumpa, tiada masalah, PPIM bukan ada duit nak bawa dia," katanya.

Katanya, The Hood Man juga turut menerima ugutan bunuh dan perkara itu menyebabkan pihaknya berhati-hati dalam melakukan sesuatu.

"Kita mahu perkara ini tidak berulang lagi, isu penyembelihan daging sangat sensitif buat orang Islam.

"Setiap tahun timbul isu ini, kita mahu Jakim ambil tindakan dan memastikan perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.

Sebelum ini, Jakim meminta PPIM tampil membantu siasatan berkaitan dakwaan loji sembelihan di Australia tidak mematuhi prosedur halal Malaysia.

Idris berkata, individu yang sebelum ini bekerjasama dengan PPIM bagi mendedahkan perkara itu dikenali The Hood Man tidak dapat dikesan.

"Yang kita minta supaya individu yang dedahkan tadi muncul ke depan dan kita tak nak 'third person'," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

'THE HOOD MAN' TIDAK HILANG - NADZIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/843224/hood-man-tidak-hilang-nadzim

JAKIM MINTA PPIM BANTU KESAN 'ABDULLAH' ISU PUSAT SEMBELIHAN AUSTRALIA LANGGAR SOP - BERITA HARIAN - 17/05/2022

 

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) akan memanggil wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membantu siasatan loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia yang didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, lelaki yang dikenali sebagai 'The Hood Man' (Abdullah) yang memberi maklumat berkenaan kes itu sudah tidak dapat dikesan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, sebelum ini lelaki berkenaan sudah memberi keterangan kepada Pegawai Atase Halal JAKIM di Australia dan selepas itu individu berkenaan tidak dapat dihubungi.

Katanya, keterangan dan bukti berkenaan kes ini sangat diperlukan bagi membantu JAKIM menjalankan siasatan menyeluruh.

"Setakat ini JAKIM juga masih belum menerima surat maklum balas Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan yangdiberi surat tunjuk sebab," katanya pada sidang media Pelancaran Aplikasi Digital YaPEIM (DiYa) di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, PPIM bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahabat 99 mendedahkan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal oleh Thomas Food International di Australia, yang mendapat kelulusan dari Badan Induk Halal JAKIM.

Presiden Pekemas, Faizan Mohd Nor, dilaporkan berkata, pendedahan berhubung isu pelanggaran SOP penyembelihan halal di Australia dilaporkan berkata, berdasarkan kepada bukti video dan gambar serta diperkukuhkan saksi (Abdullah) yang dikatakan pekerja sembelihan di TFI, pihaknya yakin bahawa terdapat unsur-unsur yang jelas melanggar protokol penyembelihan.

Setakat ini JAKIM sudah menggantung kelulusan loji sembelihan TFI, Australia berkuat kuasa serta merta, sehingga hasil siasatan yang menyeluruh diperolehi.

Idris berkata, selain TFI terdapat 15 lagi loji sembelihan di Australia dan pihaknya komited memastikan loji berkenaan mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Menurutnya, semalam beliau bersama Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff menghubungi Pegawai Atase Halal JAKIM di Australia secara Google Meet dan beliau menjelaskan mengenali 'Abdullah' yang bukan nama sebenar dan sudah memberi keterangan berkenaan kes itu.

Katanya, sehingga hari ini individu berkenaan masih gagal dihubungi dan JAKIM meminta bantuan PPIM bagi membantu menghubungi lelaki terbabit.

"JAKIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan individu berkenaan juga tidak perlu takut untuk membantu memberi keterangan," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian

JAKIM MINTA PPIM BANTU KESAN 'ABDULLAH' ISU PUSAT SEMBELIHAN AUSTRALIA LANGGAR SOP

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/956436/jakim-minta-ppim-bantu-kesan-abdullah-isu-pusat-sembelihan-australia

PERJANJIAN GPT: JANGAN SERAH NEGARA KEPADA "GLOBAL ELITE" - GESA PPIM - MALAKAT TRIBUNE - 19/05/2022

 

PUTRAJAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan memorandum bantahan terhadap Perjanjian Pandemik Antarabangsa (GPT) yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di bangunan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Menurut Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan, kerajaan seharusnya mengkaji dan menjelaskan apakah kebaikan GPT kepada rakyat sekiranya kerajaan Malaysia mengiktiraf perjanjian itu.

“Kenapa kita nak serah diri kita kepada agenda orang lain? Kerajaan perlu memberitahu rakyat apa kebaikan GPT ini kalau kita ikut cakap dia seumpama kita sudah menyerah diri dan kedaulatan kita.

“Tiada sebab untuk kita berikan sekuriti kita kepada satu badan kerana itu seumpama kita menyerahkan negara kepada orang lain.

“Kalau dulu Jepun serang kita pertahankan negara kalau sekarang kita pula yang menyerahkan negara kepada “Global Elite” yang mempunyai pelbagai agenda yang kita tidak ketahui,” katanya dalam sidang media selepas menghantar memorandum itu hari ini.

Mengulas lanjut mengenai jumlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat menyokong memorandum ini, beliau berkata sebanyak 1,000 NGO yang membantah perjanjian itu.

“Orang ramai juga perlu mengkaji semula akan International Health Regulation (IHR) ini agar dapat menentukan apakah pendirian mereka terhadap isu ini,” katanya.

Sebelum, WHO dalam satu kenyataan berkata, Perhimpunan Majlis Kesihatan Sedunia telah bersetuju untuk memulakan proses global bagi merangka dan merunding satu konvensyen atau perjanjian antarabangsa.

Perjanjian itu adalah di bawah Perlembagaan WHO dengan alasan untuk mengukuhkan langkah pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap pandemik Covid-19.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PERJANJIAN GPT: JANGAN SERAH NEGARA KEPADA "GLOBAL ELITE" - GESA PPIM

https://www.malakattribunenews.com/2022/05/perjanjian-gpt-jangan-serah-negara-kepada-global-elite-gesa-ppim/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=perjanjian-gpt-jangan-serah-negara-kepada-global-elite-gesa-ppim

MELAYU SERONOK TENGOK BANGSA SENDIRI GAGAL - MALAKAT TRIBUNE - 17/05/2022

 

KUALA LUMPUR – Penutupan Malakat Mall di Masjid Tanah, Melaka bukan petanda kempen Buy Muslim First (BMF) di negara ini telah gagal.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan penamatan operasi pusat beli-belah itu pada Februari lalu sebagai ‘batu nisan’ kepada kempen itu adalah tindakan berniat jahat.

Sebaliknya beliau berkata, tohmahan yang dilempar terhadap usaha Kumpulan Malakat Eco memperluas platform dan eko-sistem ekonomi Islam itu harus dilihat sebagai kegagalan umat Islam bersatu hati.

“Masalah kita adalah semangat. Memang kita boleh tuding jari kepada pihak-pihak yang tidak berjaya. Tapi adakah kita seronok melihat kegagalan bangsa kita sedangkan dalam isu ini kita dalam ‘kapal’ yang sama.

“Kalau kita sama-sama menyokong dan kuat semangat untuk membina ekonomi Islam, mungkin tidak tutup.

“Tapi kita tidak sokong pun, menyebabkan kita tak mampu bersaing, sehingga dihina oleh bangsa lain, memang padan muka kita,” katanya kepada Malakat Tribune dalam pertemuan di pejabatnya hari ini.

Isu penutupan cawangan kedua pusat beli-belah Malakat Mall di Masjid Tanah menjadi topik hangat selepas segelintir pihak mengaitkan perkembangan itu sebagai bukti kegagalan kempen BMF.

Di negara ini, kempen tersebut digerakkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PPIM, Pembela, Perkid dan beberapa lagi NGO Muslim lain.

Pengasas Malakat Mall Mohd. Fadzil Hashim (kanan) mengiringi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pada majlis Pelancaran Malakat Mall di Cyberjaya, pada 2019.

Lebih menyedihkan katanya, tuduhan itu dilempar tanpa memahami isu dalaman dan perjuangan yang telah dilakukan oleh Malakat Mall sehingga kini.

“Dalam kes Coach Fadzil (Pengasas Malakat Mall) di Masjid Tanah, Malakat Mall bertapak di situ selepas dijemput untuk memajukan semula, berbincang dan bersetuju dengan syarat-syarat tertentu.

“Pendek kata bangunan yang telah kosong sejak lebih 4 tahun itu diserahkan kepada Malakat Mall untuk ‘dihidupkan’ semula.

“Kita juga kena faham bahawa Malakat Mall berjuang berseorangan tanpa ada bantuan daripada mana-mana agensi pun. Kalau tutup di Melaka tak bererti gagal,” katanya.

Nadzim atau lebih dikenali dengan Tokki berkata, penutupan Malakat Mall selepas lebih setahun beroperasi di siitu tidak seharusnya diperbesarkan kerana kumpulan perniagaan itu terus kekal di Cyberjaya.

Selain itu katanya, pembukaan pusat beli-belah tersebut untuk menyediakan peluang dan ruang perniagaan kepada usahawan tempatan dilakukan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Kita kena faham Malakat Mall di situ dibuka semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Masa itu banyak lagi syarikat yang gagal, tidak pula diperbesarkan.

“Misalnya, kita lihat sudah berpuluh tahun kerajaan dengan agensi-agensi bertungkus-lumus dalam pembangunan ekonomi dan sektor-sektor lain, berbilion-bilion sudah dibelanjakan…mana ada kejayaan yang boleh dibanggakan pun?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam supaya memahami konsep perjuangan yang tidak seharusnya dinilai dengan kejayaan tetapi usaha yang berterusan.

“Soal perjuangan ini tidak boleh dilihat kepada kejayaan tapi usaha kita kerana kejayaan bukan urusan kita tapi dinilai Allah dengan usaha kita.

“Biarlah kita menjadi seperti burung pipit yang cuba memadamkan api dengan air di paruhnya. Kalau tidak berjaya pun, kita telah berusaha,” ujar beliau.

Tokki yang kecewa terhadap usaha sesetengah pihak mengkritik seolah-olah mahu ‘mematikan’ kempen BMF dalam nada sinis berkata, perkataan tolong-menolong sepatutnya ‘dibuang’ daripada kamus hidup orang Melayu.

“Tunggulah sehingga esok kita akan menerima nasib yang sama seperti Rohingya di Myanmar dan Melayu Champa yang sudah ada tamadun beribu tahun akhirnya merempat di bumi sendiri,” katanya.

Artikel oleh: Malakat Tribune

MELAYU SERONOK TENGOK BANGSA SENDIRI GAGAL

https://www.malakattribunenews.com/2022/05/melayu-seronok-tengok-bangsa-sendiri-gagal/

PERTIMBANG SEBELUM TANDATANGANI PERJANJIAN PANDEMIK ANTARABANGSA - NGO - BERNAMA - 19/05/2022

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) — Kerajaan diminta mengkaji isi kandungan Perjanjian Pandemik Antarabangsa yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum menandatanganinya, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

'Kerajaan kena beritahu rakyat apa kebaikan daripada perjanjian ini dan kesan baik kepada kita: katanya kepada pemberita selepas bersama sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bantahan kerajaan menandatangani Perjanjian Pandemik Antarabangsa itu di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Pada 1 Dis lepas, WHO dalam satu kenyataan memaklumkan Perhimpunan Majlis Kesihatan Sedunia bersetuju untuk memulakan proses global bagi merangka dan merunding konvensyen, perjanjian atau instrumen antarabangsa lain di bawah Perlembagaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

la bagi mengukuhkan langkah pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap pandemik COVID-19.

"Kita nak KKM kaji. Kita tidak mahu ia ditandatangani untuk menjerat kepala kita. Ini macam menawan negara ini. Anda menyerahkan hak anda kepada golongan elit global dan kita tidak sepatutnya membenarkan perkara ini berlaku," kata Nadzim.

Artikel oleh: Bernama

PERTIMBANG SEBELUM TANDATANGANI PERJANJIAN PANDEMIK ANTARABANGSA - NGO

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2082594

'KAKI VAPE & POD' JANGAN ABAI HAK PENGGUNA - BULETIN TV9 - 19/05/2022

 

Sanggup abai hak pengguna sebab malas nak pening kepala. 

Itu yang boleh disimpulkan dengan sikap segelintir 'kaki asap' yang enggan melaporkan kepada pihak berkuasa meskipun menyedari rokok elektronik yang dibeli, tiada tanda harga.


Sumber: Buletin TV9

'KAKI VAPE & POD' JANGAN ABAI HAK PENGGUNA

https://www.youtube.com/watch?v=pR6VZDvIkc4

Friday, May 27, 2022

PPIM DIPANGGIL BANTU SIASATAN ISU LOJI SEMBELIHAN DI AUSTRALIA - HARIAN METRO - 17/05/2022

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk membantu siasatan berhubung isu loji sembelihan di Australia yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) keselamatan makanan, kebersihan dan piawaian halal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu diperlukan bagi mengumpul maklumat lanjut selepas individu yang membuat dakwaan berkenaan gagal dikesan.

"Kelmarin saya mengadakan Google Meet dengan Pegawai Halal Atase Jakim di Canberra bersama Ketua Pengarah Jakim untuk mendapatkan penjelasan apa yang berlaku.

"Pegawai kita memberikan penjelasan, malah dia juga sudah hubungi individu itu (pengadu, The Hood Man) yang bukan nama Abdullah, namun individu itu tidak menghubungi semula pihak kita di sana dan sehingga kini gagal dihubungi.

"Jadi, saya pun ada menghubungi pihak PPIM untuk membantu hubungi individu itu supaya tanpil ke depan menceritakan secara terperinci dan telus kepada Jakim supaya kita dapat ambil tindakan jika benar berlaku soal membabitkan integriti atau sebagainya dalam isu halal haram seperti didakwanya," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Aplikasi Digital Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), DiYa di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan siasatan terkini mengenai dakwaan seorang bekas pekerja di pusat penyembelihan di Australia yang diiktiraf Jakim melakukan pelbagai pelanggaran pensijilan halal.

Mengulas lanjut isu berkenaan katanya, Jakim tidak akan berkompromi dengan isu membabitkan pelanggaran sijil halal yang diberikan kepada badan yang menerima pengiktirafan Malaysia dengan terus membuat pemantauan di 15 lagi loji sembelihan di negara terbabit.

"Setakat ini, kita hanya menggantung sementara satu daripada 16 loji sembelihan di Australia sehingga siasatan kes ini selesai dan mereka memenuhi apa yang kita kehendaki.

"Jakim juga akan menghubungi pihak sana kerana setakat ini, kita masih belum menerima maklum balas surat tunjuk sebab diberikan Jakim kepada Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, PPIM, Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahaba 99 menggesa Jakim melakukan siasatan segera berhubung dakwaan seorang lelaki yang mendedahkan maklumat pelanggaran SOP di tempatnya bekerja.

Pada sidang media yang diadakan secara langsung dari Sydney, rakaman video menunjukkan beberapa ekor biri-biri yang direndam sehingga lemas dalam gumpalan darah.

Selain itu, pusat sembelihan itu juga kotor dan terdapat anjing liar di sekitarnya hingga mengundang persoalan mengenai tahap kebersihan di pusat itu.

Lelaki terbabit dikenali sebagai 'The Hood Man' itu juga mendakwa diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam selain ahli keluarganya turut diugut susulan pendedahan mengenai isu berkenaan.

Susulan itu, Jakim menggantung kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia berkuat kuasa serta merta sehingga hasil siasatan yang menyeluruh diperolehi.

Artikel oleh: Harian Metro

PPIM DIPANGGIL BANTU SIASATAN ISU LOJI SEMBELIHAN DI AUSTRALIA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/842767/ppim-dipanggil-bantu-siasatan-isu-loji-sembelihan-di-australia

NGO DESAK SPRM, PDRM SIASAT ISU DAGING IMPORT - UTUSAN MALAYSIA - 17/05/2022

 

PETALING JAYA: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) minggu ini berhubung isu status halal daging import.

Ini susulan keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menggantung kelulusan penyembelihan halal yang diberikan kepada loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal di Australia.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menjelaskan, laporan itu akan dibuat sebagai desakan kepada pihak berkuasa untuk membuka kertas siasatan secara rasmi terhadap isu tersebut.

“Kita perlukan laporan audit, kita perlukan SPRM dan kita perlukan penubuhan jawatan kuasa tertentu untuk mengkaji perkara ini, sebab kalau tidak siasat, ia tidak akan berhenti dan akan terus berlaku, jadi kena ambil tindakan.

“Oleh itu, kita akan buat laporan SPRM, PDRM serta badan audit, kita mahu laporan audit memperincikan segalanya, bagaimana ia boleh berlaku? Kaedah ini penting bagi menjamin keselamatan kita sebagai umat Islam,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan JPV sedang mengesan baki daging import dari Australia yang telah disahkan melanggar prosedur penyembelihan halal dalam negara ini untuk dilupuskan.

Malah, mana-mana haiwan sembelihan atau daging import yang telah masuk ke negara ini didapati melanggar prosedur dan garis panduan yang ditetapkan tidak akan diluluskan dan diedarkan ke mana-mana pasaran di seluruh negara.

JPV akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain dalam negara seperti Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jakim serta pihak luar dari Jabatan Pertanian, Air dan Alam Sekitar (DAWE) Australia untuk memulakan siasatan itu.
Bagaimanapun, Nadzim juga meminta Jakim supaya mengatasi kelemahan terhadap penguatkuasaannya, yang menjadi salah satu punca isu daging import ini dibiarkan berlaku sehinggalah ia didedahkan sendiri oleh orang awam.

“Jakim juga seperti badan-badan lain, mereka juga ada kelemahan tertentu, tetapi ia perlu diatasi dengan audit,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Nor juga difahamkan akan bersama-sama membuat laporan kepada SPRM dan PDRM dalam masa terdekat, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Beliau merupakan salah seorang yang mendedahkan bukti menerusi maklumat daripada pekerja rumah penyembelihan di Australia, termasuk rakaman video ketidakpatuhan yang berlaku bertahun-tahun.

Sejak 14 April lalu, akhbar ini mendedahkan status halal sebuah rumah penyembelihan haiwan di Australia yang turut mengeksport daging ke Malaysia diragui apabila prosedur penyembelihan didakwa tidak mengikut syariat Islam.

Tambah mengejutkan, pusat penyembelihan di Lobethal, Selatan Australia itu ada dalam senarai diiktiraf kerajaan Malaysia dan mendapat perakuan badan pensijilan halal luar negara di Australia.

Rentetan pendedahan bermula apabila Faizan mendakwa, beliau mempunyai bukti menerusi maklumat daripada pekerja rumah penyembelihan itu termasuk rakaman video ketidakpatuhan yang berlaku bertahun-tahun.

Berdasarkan bukti rakaman video dan gambar menunjukkan, haiwan-haiwan dilemaskan dalam takungan darah binatang yang disembelih terdahulu menyebabkan haiwan itu mati akibat lemas dan bukannya kerana disembelih sebagaimana syarat yang diperlukan dalam keperluan penyembelihan halal.

Pelanggaran protokol halal sebuah rumah penyembelihan di Australia itu juga turut diakui penyelidik bebas warganegara berkenaan, Murray Hunter yang juga bekas profesor di Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Menurut laporan yang disokong saksi, semua kambing biri-biri lemas dalam darah yang terkumpul dari haiwan yang disembelih sebelumnya dan ia mati disebabkan lemas dan bukannya kerana haiwan itu disembelih sebagaimana syarat yang diperlukan dalam keperluan penyembelihan halal.

Selain mati lemas, kelazimannya empat orang dikehendaki menjalankan proses penyembelihan itu iaitu dua tukang sembelih, masing-masing seorang pemeriksa halal dan penyelia, namun hanya tiga pekerja menjalankan proses itu yang berkemungkinan bagi menjimatkan kos tenaga kerja.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

NGO DESAK SPRM, PDRM SIASAT ISU DAGING IMPORT

https://www.utusan.com.my/berita/2022/05/ngo-desak-sprm-pdrm-siasat-isu-daging-import/

STATUS HALAL: UTUSAN MALAYSIA DEDAH KEPINCANGAN THOMAS FOODS - UTUSAN MALAYSIA - 16/05/2022

 

PETALING JAYA: Sejak 14 April lalu, akhbar ini mendedahkan status halal sebuah rumah penyembelihan haiwan di Australia yang turut mengeksport daging ke Malaysia diragui apabila prosedur penyembelihan didakwa tidak mengikut syariat Islam.

Tambah mengejutkan, pusat penyembelihan di Lobethal, Selatan Australia itu ada dalam senarai diiktiraf kerajaan Malaysia dan mendapat perakuan badan pensijilan halal luar negara di Australia.

Rentetan pendedahan bermula apabila Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Nor mendakwa, beliau mempunyai bukti menerusi maklumat daripada pekerja rumah penyembelihan itu termasuk rakaman vi­deo ketidakpatuhan yang berlaku bertahun-tahun.

Berdasarkan bukti rakaman video dan gambar menunjukkan, haiwan-haiwan dilemaskan dalam takungan darah binatang yang disembelih terdahulu menyebabkan haiwan itu mati akibat lemas dan bukannya kerana disembelih sebagaimana syarat yang diperlukan dalam keperluan penyembelihan halal.

Pelanggaran protokol halal sebuah rumah penyembelihan di Australia itu juga diakui penyelidik bebas warganegara berkenaan, Murray Hunter yang juga bekas profesor di Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Menurut laporan yang di­sokong saksi, semua kambing biri-biri lemas dalam darah yang terkumpul dari haiwan yang disembelih sebelumnya dan ia mati disebabkan lemas dan bukannya kerana haiwan itu disembelih sebagaimana syarat yang diperlukan dalam keperluan penyembelihan halal.

Selain mati lemas, kelazimannya empat orang dikehendaki menjalankan proses penyembelihan itu iaitu dua tukang sembelih, masing-masing seorang pemeriksa halal dan penyelia, namun hanya tiga pekerja menjalankan proses itu yang berkemungkinan bagi menjimatkan kos tenaga kerja.

Susulan pendedahan Utusan Malaysia itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff dalam kenyataannya ketika itu berkata, pihak berkuasa Australia melalui Jabatan Pertanian, Air dan Alam Sekitar (DAWE) telah memberi maklum balas segera dalam isu melibatkan dakwaan keraguan status halal rumah penyembelihan tersebut.

Jakim telah meminta penjelasan daripada pihak Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australian Inc. (SICHMA) dan telah mendapat maklum balas segera daripada agensi itu dan telah dimaklumkan Pegawai Atase Halal Jakim di Canberra, yang menjalankan audit berkala ke atas Thomas Foods International (TFI).

Selepas lebih 10 hari pendedahan itu, keraguan itu semakin diyakini apabila seorang bekas pekerja rumah penyembelihan itu tampil mengesahkan kepada Utusan Malaysia berhubung dakwaan serta bukti rakaman video cara sembelihan haiwan di situ melanggar protokol adalah benar.

Dedahnya, rumah itu sepatutnya hanya melaksanakan kerja penyembelihan kira-kira 4,000 ekor haiwan sehari mengikut kapasiti loji yang mempunyai tiga petugas untuk melakukannya, namun diarah memproses sehingga 6,500 ekor sehari demi mengejar keuntu­ngan.

Kerajaan Australia menerusi DAWE dalam maklum balas melalui emel kepada Utusan Malaysia juga memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap rumah penyembelihan haiwan di negara itu sekiranya terbukti dan disahkan melanggar protokol standard piawaian ketat dalam mengendalikan pengeluaran daging import.

Sementara itu, rumah sembelihan haiwan TFI di Lobethal, Australia menafikan pihaknya tidak mematuhi protokol halal dan operasi penyembelihan menyalahi tatacara prosedur operasi standard (SOP) sebenar.

Dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia menerusi emel, TFI menegaskan, mereka telah menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan tersebut dan mendapati operasi penyembelihan haiwan mematuhi semua akreditasi halal yang diperlukan.

Selepas satu persatu pendedahan akhbar ini, konflik status halal itu kian memuncak apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pekemas dan Sahabat 99 mendedahkan pengakuan terbuka sumber utama bekas pekerja itu yang tampil mengakui segala dakwaan yang didedahkan mempunyai bukti bergambar dan rakaman video yang dikongsi adalah benar.

Ekoran itu, kerajaan me­ngam­bil keputusan menggantung TFI sehingga satu hasil siasatan menyeluruh diperoleh berhubung kes dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal pusat penyembelihan itu. Perkara itu diputuskan sebulat suara dalam satu sidang khas antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan JAKIM de­ngan DAWE yang diadakan baru-baru ini.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

STATUS HALAL: UTUSAN MALAYSIA DEDAH KEPINCANGAN THOMAS FOODS

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/status-halal-utusan-malaysia-dedah-kepincangan-thomas-foods/

JAKIM SUSPENDS SLAUGHTERING APPROVAL FOR AUSTRALIAN HALAL ABATTOIR - THE VIBES - 14/05/2022

 

PUTRAJAYA – The slaughtering approval granted by Malaysia to a halal-certified company in Australia, Thomas Foods International Lobethal, has been suspended with immediate effect until a thorough investigation into the slaughterhouse is done.

Malaysia Islamic Development Department (Jakim) director-general Datuk Hakimah Mohd Yusoff said the decision was taken following a special meeting between the Veterinary Services Department (VSD), Jakim and an Australian authority, the Agriculture, Water and Environment Department yesterday.

“Jakim has conducted an investigation on the slaughterhouse and held a series of discussions with the Australian authorities.

“Jakim has also arranged a meeting with Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat Malaysia (Pekemas) to get more information,” she said in a joint statement by Jakim and the VSD here today regarding alleged violations of slaughtering procedures by a company recognised as halal by Malaysia in Australia.

Recently, the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) together with Pekemas and Sahabat 99, reportedly revealed violations of standard operating procedures regarding halal slaughter by a company in Australia, which had received approval from Jakim, based on video evidence and photos which were attested to by workers at the company.

Hakimah said the halal certification body responsible for halal supervision of slaughterhouses in Australia, the Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (Sichma), will be given a show-cause letter.

She said Sichma would also likely face revocation of its status as a halal certification body recognised by Jakim if it is found it is not complying with the requirements of Malaysian halal standards and procedures.

She stressed that Jakim and the VSD viewed the allegations seriously, adding that the procedure for the recognition of foreign processing plants by the Malaysian government entails strict and detailed audits, before the plants would have to go through a process of presentation and evaluation four times before being approved.

“This is because the process of recognising slaughterhouses and processing plants abroad is carried out systematically by trained officers of VSD and Jakim based on several standards that have been set for product quality and safety,” she said. – Bernama, May 14, 2022

Article by: The Vibes

JAKIM SUSPENDS SLAUGHTERING APPROVAL FOR AUSTRALIAN HALAL ABATTOIR

https://www.thevibes.com/articles/news/60869/jakim-suspends-slaughtering-approval-for-australian-halal-abattoir

PPIM LANCAR KAJI SELIDIK ISU LARANGAN INDUSTRI TERPILIH - BERITA HARIAN - 26/05/2022

 

Artikel oleh: Berita Harian

PPIM LANCAR KAJI SELIDIK ISU LARANGAN INDUSTRI TERPILIH

JAKIM SUSPENDS HALAL CERT TO AUSSIE ABATTOIR PENDING COMPLIANCE SCRUTINY - MALAY MAIL - 14/05/2022

 

PUTRAJAYA, May 14 — The slaughtering approval granted by Malaysia to halal-certified company in Australia, Thomas Foods International Lobethal, has been suspended with immediate effect until a thorough investigation is done.

Islamic Development Department of Malaysia (Jakim) director-general Datuk Hakimah Mohd Yusoff said the decision was taken following a special meeting between the Veterinary Services Department (JPV), Jakim and Australian authority, the Department of Agriculture, Water and the Environment (DAWE) yesterday.

“Jakim has conducted an investigation on the slaughterhouse and held a series of discussions with the Australian authorities.

“Jakim has also arranged a meeting with Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat Malaysia (Pekemas) to get more information,” she said in a joint statement by Jakim and JPV here today regarding alleged violations of halal slaughtering procedures of a company recognised as halal by Malaysia in Australia.

Recently, the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) together with Pekemas and Sahabat 99, reportedly revealed violations of standard operating procedures (SOP) for halal slaughter by a company in Australia, which had received approval from Jakim, based on video evidence and photos which were attested to by slaughter workers at the company.

Hakimah said the halal certification body responsible for halal supervision of slaughterhouses in Australia, the Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (Sichma) will be given a show cause letter.

She said Sichma would also likely face revocation of its status as a halal certification body recognised by Jakim if it was found not complying with the requirements of Malaysian halal standards and procedures.

She stressed that Jakim and JPV viewed seriously the allegation, adding that the procedure for the recognition of foreign processing plants by the Malaysian government had to go through strict and detailed audits before going through the process of presentation and evaluation four times to be approved.

“This is because the process of recognising slaughterhouses and processing plants abroad is carried out systematically by trained officers of JPV and Jakim based on several standards that have been set for product quality and safety,” she said. — Bernama


Article by: Malay Mail

JAKIM SUSPENDS HALAL CERT TO AUSSIE ABATTOIR PENDING COMPLIANCE SCRUTINY

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/05/14/jakim-suspends-halal-cert-to-aussie-abattoir-pending-compliance-scrutiny/2058843

SLAUGHTERING APPROVAL FOR AN AUSTRALIAN HALAL ABATTOIR SUSPENDED - NEW STRAITS TIMES - 14/05/2022

 

PUTRAJAYA: The slaughtering approval granted by Malaysia to a halal-certified company in Australia, Thomas Foods International Lobethal, has been suspended with immediate effect until a thorough investigation is done.

Islamic Development Department of Malaysia (Jakim) director-general Datuk Hakimah Mohd Yusoff said the decision was taken following a special meeting between the Veterinary Services Department (JPV), Jakim and Australian authority, the Department of Agriculture, Water and the Environment (DAWE) yesterday.

"Jakim has conducted an investigation into the slaughterhouse and held a series of discussions with the Australian authorities.

"Jakim has also arranged a meeting with Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat Malaysia (Pekemas) to get more information," she said in a joint statement by Jakim and JPV here today regarding alleged violations of halal slaughtering procedures by a company recognised as halal by Malaysia in Australia.

Recently, the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) together with Pekemas and Sahabat 99, reportedly revealed violations of standard operating procedures (SOP) for halal slaughter by a company in Australia, which had received approval from Jakim, based on video evidence and photos which were attested to by slaughter workers at the company.

Hakimah said the halal certification body responsible for halal supervision of slaughterhouses in Australia, the Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (Sichma) will be given a show cause letter.

She said Sichma would also likely face revocation of its status as a halal certification body recognised by Jakim if it was found not complying with the requirements of Malaysian halal standards and procedures.

She stressed that Jakim and JPV viewed seriously the allegation, adding that the procedure for the recognition of foreign processing plants by the Malaysian government had to go through strict and detailed audits before going through the process of presentation and evaluation four times to be approved.

"This is because the process of recognising slaughterhouses and processing plants abroad is carried out systematically by trained officers of JPV and Jakim based on several standards that have been set for product quality and safety," she said. — BERNAMA


Article by: New Straits Times

SLAUGHTERING APPROVAL FOR AN AUSTRALIAN HALAL ABATTOIR SUSPENDED

https://www.nst.com.my/news/nation/2022/05/796134/slaughtering-approval-australian-halal-abattoir-suspended

SICHMA DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB, KELULUSAN SEMBELIHAN SYARIKAT DIIKTIRAF HALAL MSIA' DI AUSTRALIA DIGANTUNG - WACANAKINI - 15/05/2022

 

PUTRAJAYA: Badan pensijilan halal bertanggungjawab ke atas loji sembelihan, Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (Sichma) diberi surat tunjuk sebab berhubung dakwaan penyembelihan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) halal Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan berkata, selain akan diberi surat tunjuk sebab, Sichma turut berdepan pembatalan status badan pensijilan halal diiktiraf JAKIM jika dakwaan itu didapati benar.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata pihaknya turut menggantung kelulusan sembelihan syarikat diiktiraf halal Malaysia di Australia, Thomas Foods International, serta-merta.

Katanya, keputusan itu dibuat sehingga hasil siasatan menyeluruh diperoleh.

Ia susulan sidang khas antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), JAKIM dan pihak berkuasa Australia iaitu ‘Department of Agriculture, Water and the Environment’ (DAWE) pada 13 Mei 2022.

“JAKIM telah menjalankan siasatan ke atas loji sembelihan berkenaan dan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkuasa Australia.

“JAKIM, juga telah mengatur pertemuan dengan Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat Malaysia (Pekemas) dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan bersama antara Jakim dan JPV, semalam.

Ia berhubung dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, di sini.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pekemas dan Sahabat 99, dilaporkan mendedahkan pembongkaran penyembelihan oleh sebuah syarikat di Australia, dengan kelulusan Badan Induk Halal JAKIM membabitkan perlanggaran SOP berdasarkan bukti video, gambar serta diperkukuhkan saksi yang juga pekerja sembelihan di syarikat itu.

Sementara it, Hakimah menegaskan JAKIM dan JPV memandang serius dakwaan itu berkata prosedur pengiktirafan loji pemprosesan luar negara oleh kerajaan Malaysia perlu melalui prosedur ketat dan terperinci sebelum melalui proses pembentangan serta penilaian sebanyak empat kali untuk diluluskan.

“Hal ini kerana proses pengiktirafan loji sembelihan dan loji pemprosesan luar negara dijalankan pengauditan secara sistematik oleh pegawai terlatih JPV dan JAKIM berdasarkan beberapa piawaian yang telah ditetapkan untuk kualiti dan keselamatan produk,” katanya.


Artikel oleh: WacanaKini

SICHMA DIBERI SURAT TUNJUK SEBAB, KELULUSAN SEMBELIHAN SYARIKAT DIIKTIRAF HALAL MSIA' DI AUSTRALIA DIGANTUNG

https://www.wacanakini.com/2022/05/sichma-diberi-surat-tunjuk-sebab-kelulusan-sembelihan-sarikat-diiktiraf-halal-msia-di-australia-digantung/

Tuesday, May 24, 2022

20220523 PPIM LANCAR PROGRAM TINJAU / SURVEY KEBERKESANAN AGENSI KERAJAAN - MINAQ JINGGO - 24/05/2022

 


PROGRAM SURVEY KEBERKESANAN AGENSI KERAJAAN - SIDANG MEDIA PPIM - 24/05/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan satu Program Survey bagi mendapatkan pandangan orang awam terhadap beberapa perkara atau isu semasa berkenaan keberkesanan agensi kerajaan.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang awam terhadap akan isu-isu semasa yang menghantui pengguna.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan berhubung isu ini.

PASTIKAN HARGA MAKANAN ASAS TERKAWAL - KENYATAAN MEDIA PPIM - 23/05/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik langkah kerajaan dalam menangani krisis harga makanan di negara ini.

Susulan pengumuman kerajaan menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun nanti, PPIM berharap banyak lagi langkah akan diambil bagi memastikan harga makanan di pasaran tempatan dapat dikawal.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata tindakan kerajaan itu tepat dan amat diperlukan rakyat pada masa kini.

“Makanan adalah asas kehidupan rakyat, apa guna ada kerajaan jika rakyat kelaparan, tidak mampu mendapatkan bahan asas untuk meneruskan kehidupan mereka,” tegasnya.

PPIM turut mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula keperluan rakyat dan membuat keputusan yang wajar serta tidak tergesa-gesa seperti sebelum ini.

“Kita lihat kerajaan kita agak terkebelakang dalam membuat keputusan, apabila keadaan sudah amat meruncing barulah kabinet akan bermesyuarat untuk berbincang sedangkan isu harga makanan asas yang tinggi bukanlah perkara yang baru,” katanya.

Tambah Nadzim, mungkin generasi muda negara ini tidak mengingatinya namun apabila berlaku krisis ekonomi global, perkara pertama yang terjejas adalah harga bahan api, makanan dan sebagainya termasuk kadar pengangguran semakin meningkat.

“Dua tahun dunia dikurung akibat COVID-19 takkan tidak ada seorang pun pakar ekonomi negara ini yang dapat menjangka kesannya kepada ekonomi dunia seterusnya kepada negara,” katanya.

Nadzim turut menegaskan kepada pihak yang meminta rakyat untuk mengurangkan memakan ayam bagi mengelakkan perbelanjaan yang tinggi agar turun ke padang dan lihat sendiri kesusahan rakyat.

“Jika tak makan ayam rakyat nak makan apa? Ulat? Serangga? Ubi kayu? Untuk pengetahuan pihak yang mungkin terlalu sibuk mengisi poket sendiri, ayam adalah sumber protein yang paling murah berbanding produk lain seperti ikan dan daging,” katanya.

Nadzim berkata jika dibandingkan harga ayam sekilo adalah RM8.90, harga ikan kembung sekilo boleh mencecah RM14 dan sekilo ikan kembung tidak mampu menampung keperluan satu keluarga.

“Nak suruh orang beli daging, sekilo paling murah pun RM15, habis tu rakyat nak makan apa, wahai yang berhormat yang bijaksana, apa lagi pilihan yang rakyat ada,” katanya.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...