Friday, November 30, 2018

4730) ANAK MALAYSIA, WIRA KULINARI DI LUXEMBOURG - KLIA - 29/11/18

Kuala Lumpur 30 NOV - Dunia kulinari merupakan satu bidang yang semakin berkembang dan mendapat perhatian khususnya anak muda dalam menjana pendapatan lumayan setanding kerjaya-kerjaya hebat lain. 

 Bidang yang dilihat mampu “pergi jauh” ini menjadi perhatian bukan sahaja di peringkat tempatan malahan ia dibawa sehingga kepentas dunia antarabangsa. 

 Terbaru, Kerajaan Negeri Selangor melalui Setiausaha Politik kepada YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor, YB. Tuan Haji Borhan memuji kejayaan dua anak muda membawa pulang pingat gangsa di Culinary World Cup 2018, Luxembourg yang berlangsung selama 4 hari bermula dari 24 sehingga 28 November 2018 lalu.  




“Saya mewakili kerajaan negeri Selangor mengucapkan tahniah kerana mereka dan saya yakin dengan keyakinan yang sungguh akan mengharumkan nama negara bukan sekadar dari segi pertandingan masakan sahaja, malah pelbagai pertandingan inovasi lain” 

 “Kerajaan akan sentiasa membantu dalam memberi galakan dan rangsangan kepada anak muda” ujar Borhan semasa ditemui dalam sambutan kepulangan wira negara di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) semalam. 

 Culinary World Cup 2018 anjuran The Vatel-Club Luxembourg atau (ASBL) - Amitié gastrononomique François Vatel merupakan satu badan persatuan chef profesional Luxembourg, dan juga ahli Persatuan Chef Komuniti Dunia (WACS).


Kepulangan Chef Muhammad Yusoh dan Chef Muhammad Haziq Hazwan disambut meriah oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kakitangan Tuu Dia Paktam, rakan media dan lain-lain. 

 Pengasas Tuu Dia Paktam, Ruslin Ibrahim atau lebih dikenali senagai Pak Tam yang juga merupakan bapa kepada Chef Muhammad Haziq Hazwan melahirkan rasa bersyukur dengan kemenangan anaknya. 

 “Mereka bawa rahsia jati diri, ketenangan dan idea yg begitu kreatif sehingga membuatkan anak Malaysia dipilih sebagai pemenang” 



“Saya merayu kerajaan negeri Selangor memandang belia-belia yang berbakat besar ini untuk bertanding di pentas dunia” ulasnya Pak Tam ringkas. 

 Pensyarah, Chef Muhammad Yusoh menjadikan kemenangan ini sebagai pemangkin untuk dirinya melahirkan lebih ramai lagi belia muda yang berjaya pada masa akan datang. 

 “Cita-cita saya untuk melahirkan ramai lagi belia yang menjadikan seni kulinari ini terus berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa” ulasnya ringkas. 



4729) SEGMEN KOPI PANAS “TEKSI ATAU E-HAILING?” – RTM – 27/11/18




4728) WAYTHA BUATLAH KERJA PERPADUAN, BUKAN SEBALIKNYA – MALAYSIA GAZETTE – 29/11/18



KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan lebih baik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy menjalankan tugas sebagai menteri yang menjaga perpaduan bukan sebaliknya.
Menurut ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, Waytha perlu lebih fokus dalam memastikan perpaduan di negara ini berada ditahap optimum dan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam isu rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman dekat Subang Jaya baru-baru ini.
“Kita harapkan perpaduan dapat dikekalkan dan peranan mereka yang dipertanggungjawabkan contohnya menteri perpaduan buat kerja perpaduan bukan buat kerja sebaliknya.
“Sebagai menteri, dia jaga semua kaum bukan kaum India sahaja, jadi kita hendak semua ini dilakukan dengan baik. Kita tidak mahu ada suara sumbang daripada mereka yang berpengaruh yang buat kenyataan dan boleh bangkitkan isu perkauman,” katanya dalam sidang media di Kondominium Villa Puteri hari ini.
Malah Nadzim tidak nampak wujudnya satu dasar yang dirancang oleh kementerian itu setelah enam bulan dipertanggungjawabkan memegang jawatan itu.
“Kita minta menteri untuk mewujudkan dasar perpaduan dan program perpaduan yang dapat mengubah sentimen perkauman.
“Program perpaduan kita selama ini tidak berkesan. Jadi kita kena perbetulkan balik supaya program ini ada dan perlihat kesungguhan kita.
“Dulu, isu perpaduan kita lihat sebagai perkara yang penting sejak 13 Mei. Tapi sekarang sudah semakin mati, jadi kita harap Waytha Moorthy keluar dengan dasar-dasar kuat dan nafikan kata-kata masyarakat bahawa dia pamer isu perkauman dan buat sesuatu yang baik,” katanya lagi.
Semalam, Majlis Perundingan Melayu (MPM) mempersoalkan kredibiliti Waytha sebagai Menteri Perpaduan kerana dilihat gagal melindungi perpaduan dalam negara.
Menurut Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr. Hasan Mad dilihat mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang menteri dan langsung tidak mengambil peduli mengenai insiden kekecohan itu.
“MPM menyalahkan Waytha Moorthy yang terlalu sibuk melakukan pembohongan di luar negara sehingga gagal menjalankan tugas sebagai menteri perpaduan.
“Terserlah dengan begitu jelas siapa beliau ini dan kegagalannya menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya sehingga menyebabkan seorang anggota bomba dipukul dengan kejam oleh perusuh,” katanya memetik laporan sebuah portal. -MalaysiaGazette

Artikel Oleh : Malaysia Gazette
WAYTHA BUATLAH KERJA PERPADUAN, BUKAN SEBALIKNYA

4727) STOP ALL PROVOCATION OVER TEMPLE FRACAS – NEW STRAITS TIMES – 29/11/18



KUALA LUMPUR: Federal Territory mufti, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri has called for an end to all forms of provocation over the rioting incident at the Sri Maha Mariamman temple in USJ 25, Subang Jaya, on Monday as it could cause tension.
He said his office was following the developments of the case and expressed sympathy for the victims in the incident.
Zulkifli said all parties should remain calm and not act in any way that could worsen the conflict.
“A reminder to all not to ‘pour oil into the fire’ as this could cause much greater damage. This issue needs to be handled very carefully.
“As Malaysians, we should not be willing to gamble our future together, over an issue which could actually be resolved amicably,” he said in a statement, here, today.
Zulkifli said racial harmony could be enjoyed by holding strongly to the Rukun Negara (National Principles).
“Our friends, the Indians, Chinese, Malays and others as Malaysians should be mature enough in evaluating the temple incident which did not at all involve racial or religious issues.
“Peace talks among the parties involved should commence immediately so that the tension could be resolved amicably,” he added.
Zulkifli also congratulated the Royal Malaysian Police, Fire and Rescue Department and the Selangor state government for their quick action in handling the incident.
He also prayed for the recovery of fireman Muhammad Adib Muhammad Kassim, 24, who was seriously injured in the incident.
Meanwhile, the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) also called on all parties to be calm and stop spreading lies that could arouse racial sentiments over the rioting incident at the Sri Maha Mariamman temple.
Its chief activist, Datuk Nadzim Johan said they should instead make safeguarding harmony and respecting the beliefs and religious sensitivities of other communities a priority.
“Those who instigate have evil intentions and have managed to make some people act irrationally,” he said in a statement.
Nadzim said PPIM believed in the principle of solidarity in society and stressed that no PPIM member was involved in the temple fracas.
“If there are those who can prove otherwise, please report it to the police and PPIM for stern action to be taken,” he added. – Bernama

Artikel Oleh : New Straits Time
STOP ALL PROVOCATION OVER TEMPLE FRACAS


Wednesday, November 28, 2018

4726) SIDANG MEDIA “HENTIKAN MENABUR FITNAH DAN MEMBAKAR AMARAH RAKYAT” – PPIM – 28/11/18

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu semua pihak bertenang, dan hentikan menabur fitnah dengan menghasut perasaan benci antara kaum susulan isu rusuhan di sebuah kuil agama hindu sejak akhir-akhir ini.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi menegaskan PPIM sentiasa berpegang kepada prinsip keharmonian dan kemuafakatan dikalangan masyarakat Malaysia.












Tuesday, November 27, 2018

4725) MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1440H/2018M - 27/11/18

Tahniah diucapkan kepada Pengasas Restoran Ali Maju, Dato' Jawahar Ali di atas penganugerahan Anugerah Khas Tokoh Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan 1440H/2018M.
Turut hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini Ketua Aktivis PPIM, toqqi.







Thursday, November 22, 2018

4720) TITAH SULTAN SELANGOR TEPAT – UTUSAN MALAYSIA – 21/11/18


KUALA LUMPUR 21 Nov. – Ahli politik seharusnya lebih fokus terhadap usaha memperbaiki dan mengukuhkan hubungan harmoni dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menegaskan, perkara itu perlu diberi perhatian supaya perbuatan tidak bertanggungjawab menaikkan papan tanda berbahasa Cina di Selangor, tidak berulang.
Beliau berkata, ahli politik perlu memikirkan dan berusaha mengeratkan hubungan kaum di negara ini, bukannya terus menerus mencabar sensitiviti mana-mana bangsa atau agama.
“PPIM menjunjung kasih dan menyokong tindakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan semua papan tanda jalan bertulisan Cina diturunkan segera.
“Titah Tuanku Sultan bertepatan dengan keadaan dalam negara ketika ini, malah perbuatan yang tidak bertanggungjawab menaikkan papan tanda itu sangat tidak masuk akal dan tidak boleh diterima, “ katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, terdapat lebih 23 etnik berbilang kaum di seluruh negara dan bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara.
“Bayangkan di seluruh negara ada pelbagai jenis tulisan menggunakan puluhan bahasa yang berbeza untuk papan tanda jalan, ia sangat tidak praktikal” katanya. UTUSAN ONLINE
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
TITAH SULTAN SELANGOR TEPAT

4719) PPIM SOKONG TITAH SULTAN SELANGOR – MALAYSIA GAZETTE – 19/11/18



KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menjunjung kasih dan menyokong tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mentitahkan semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina diturunkan segera.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, titah Sultan Selangor itu adalah bertepatan dengan keadaan di negara ini masa kini.
“Perbuatan mereka yang bertanggungjawab menaikkan papan tanda berbahasa cina itu adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Nadzim, ahli politik di negara ini seharusnya lebih memfokuskan usaha membaiki dan mengukuhkan keharmonian kepelbagaian bangsa.
“Ahli politik seharusnya memikirkan dan berusaha mengeratkan hubungan sesama kaum dan bukannya terus menerus mencabar mana-mana kaum, bangsa atau agama,” katanya.
Nadzim turut mempertikaikan tindakan pihak berkuasa tempatan yang membenarkan pertukaran bahasa di papan tanda jalan tersebut.
“Jika tidak kerana Sultan bertitah, sampai bila mereka mahu terus mencabar? Apa yang mereka mahukan dari papan tanda berbahasa Cina itu”, soalnya.
Bayangkan di seluruh negara yang akan ada menggunakan puluhan bahasa etnik di seluruh negara menggunakan bahasa yang berbeza untuk papan tanda jalan,
“Perbuatan mereka ini sungguh kurang ajar dan mencabar perlembangaan negara.
“Kami berharap tiada lagi berlaku di negeri-negeri lain,” katanya.
Untuk rekod Malaysia mempunyai lebih 23 etnik berbilang kaum diseluruh negara.
Oleh itu, Bahasa Malaysia telah dipilih menjadi bahasa kebangsaan, Bahasa rasmi negara ini.
Sebelum ini media melaporkan seorang penduduk Shah Alam mempersoalkan mengapa mesti papan tanda nama jalan di kawasannya bertulisan bahasa Cina.
Individu ini juga mempersoalkan mana hilangnya tulisan Jawi yang sebelum ini digunakan pada papan tanda nama jalan itu.
Beberapa keping gambar juga di muat naik pada paparan Twitter itu dan tular di media sosial.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han mempertahankan papan tanda jalan itu dengan alasan ia sudah wujud sejak beberapa tahun lalu.
Hari ini, satu mesej tular menunjukkan surat oleh pejabat Sultan Selangor yang mentitahkan semua papan tanda jalan yang berbahasa cina diturunkan dan ditukarkan kepada Bahasa Malaysia sahaja.
Didalam surat yang tular itu tertulis, kerja-kerja haruslah dijalankan segera dan selesai sebelum majlis keputeraan Sultan Selangor yang dijadualkan pada 11 Disember ini. -MalaysiaGazette

Artikel Oleh : Malaysia Gazette
PPIM SOKONG TITAH SULTAN SELANGOR

4718) SEMINAR ‘MASA DEPAN KITA : PENGURUSAN DAN SUMBANGAN INFAQ & WAKAF’ – 20/11/18

Toqqi sebagai antara ahli panel Seminar ‘ Masa Depan Kita: Pengurusan dan Sumbangan Infaq & Wakaf Untuk Pembangunan Umnah anjuran Pertubuhan NADI Dialog





Saturday, November 17, 2018

4717) MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN CABUTAN BERTUAH PESERTA KAYUHAN AMAL – WANGSA MAJU – 17/11/18

Ketua Aktivis PPIM, toqqi menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah dan Cabutan Bertuah Peserta Kayuhan Amal @ Wangsa Maju dan Sumbangan Amal kepada Asnaf oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembanguna Usahawan.









PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...