Monday, August 30, 2021

5910) 29 OGOS 2021-BERITA WILAYAH -100 PEMANDU TEKSI PERLIS TERIMA INFAQ REZEKI - BERITA RTM - 29/08/2021

 



5909) PEMANDU TEKSI DISARAN TERUS MENCARUM DI BAWAH SKSPS - ASTRO AWANI - 28/08/2021

 


KUALA LUMPUR: Mana-mana pemandu teksi yang seharusnya mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso dinasihat agar kekal mencarum demi perlindungan mereka dan keluarga.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, skim itu akan membantu mana-mana pemandu teksi untuk menerima faedah Hilang Upaya Sementara di bawah SKSPS.

"Saya difahamkan seramai enam pemandu teksi di Perlis yang didapati positif COVID-19 akibat jangkitan daripada penumpang.

"Mereka bakal menerima faedah Hilang Upaya Sementara di bawah SKSPS, kerana itu penting untuk memastikan setiap pemandu teksi mencarum di bawah skim ini.

"Inisiatif ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di mana sebahagian sumbangan merupakan wakalah yang dikembalikan kepada Perkeso hasil Potongan Zakat Berjadual (PZB) anggota setiap bulan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohammed Azman berkata demikian ketika mengulas program agihan Infaq Rezeki Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mengadakan misi Agihan Infaq Rezeki Jelajah Utara Prihatin bermula 27 sehingga 30 Ogos.

Misi itu melibatkan agihan sumbangan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang, Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Pinang, Jeti Pulau Langkawi, Kompleks Terminal Bas dan Teksi Kangar Perlis dan Terminal Bas Shahab Perdana, Kedah.

Sementara itu, Ketua Cawangan Sumber Manusia Perkeso, Mohd Razmi Khalid berkata, bantuan yang diberikan adalah barangan asas keperluan dapur yang diagihkan kepada pemandu teksi yang mencarum di bawah SKSPS dan diperluaskan kepada mereka yang tidak lagi mencarum.

"Perkeso melihat kolaborasi ini sinergi yang sangat baik dan memberikan impak positif.

"Kami juga menyeru lebih ramai yang akan tampil bersama-sama dalam Misi Bantuan Infaq Rezeki ini supaya lebih ramai akan menerima manfaat," jelasnya.

Dalam pada itu Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menjelaskan ujian pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia tentunya memberi impak besar buat semua masyarakat.

"Dalam misi ini, kita memberi sumbangan kepada lebih 400 pemandu teksi dan limo yang rata-rata terkesan dengan impak pandemik.

"Ujian pandemik yang sedang melanda seluruh dunia tentunya memberi impak besar buat kita semua.

"Ramai yang telah kehilangan tempat tinggal, harta benda serta terputus sumber pendapatan," ujarnya.

Agihan turut melibatkan jalinan kerjasama beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan Satria Intelligence Agency Sdn Bhd.

Agihan kali ini melibatkan beberapa pihak dan agensi termasuk Perkeso, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Langkawi Development Autority (LADA), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Persatuan Pengguna Islam Langkawi (PPIL), Gabungan Sahabat Langkawi (NGO), sumbangan.com, PEISO Motor Garage, Kingz Motorcycle Group dan Adventure Touring Motor Sport (ATMS).

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan ​​​​Wahab menjelaskan, pihaknya telah berkolaborasi bagi agihan Infaq Rezeki kali ini dengan menyediakan kemudahan logistik agar proses menyalurkan sumbangan sebanyak 500 kotak barangan asas keperluan dapur bernilai RM40,000 berjalan lancar.

Mengulas isu sama, Ketua Operasi - Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri menjelaskan, dana bagi agihan Infaq Rezeki itu juga merupakan sumbangan daripada penyumbang platform dalam talian iaitu sumbangan.com.

"Agihan ini digerakkan Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM) kepada sekitar 100,000 penerima manfaat Infaq Rezeki bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0).

"Kami berharap selepas ini lebih ramai pihak yang akan tampil untuk bersama-sama bagi agihan bantuan ini," katanya.


Artikel oleh: Astro Awani

PEMANDU TEKSI DISARAN TERUS MENCARUM DI BAWAH SKSPS

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-teksi-disaran-terus-mencarum-di-bawah-sksps-perkeso-316503

5908) PPIM AGIH SUMBANGAN INFAQ REZEKI KEPADA PEMANDU TEKSI DAN LIMO PULAU PINANG - SUARA.TV - 28/08/2021

 

Kuala Lumpur –  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengagihkan sumbangan ‘Infaq Rezeki’ kepada pemandu teksi dan LIMO di Pulau Pinang kepada yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia sempena bulan kemerdekaan pada bulan Ogos.

Menurut Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri, dana bagi agihan INFAQ REZEKI ini juga merupakan sumbangan dari para penyumbang melalui platform atas talian iaitu sumbangan.com.

Agihan ini di gerakkan oleh Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM) kepada sekitar 100,000 penerima manfaat ‘Infaq Rezeki’ bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0). Kami berharap selepas ini lebih ramai pihak yang akan tampil untuk bersama-sama bagi agihan bantuan ‘Infaq Rezeki’, katanya lagi.

Jelasnya lagi, sumbangaan ini adalah lanjutan daripada Program Prihatin Sinergi Infaq Rezeki kepada 200 pemandu teksi pada 24 Julai 2021 di KLIA lalu yang telah berkerjasama dengan Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM).

Agihan ini turut melibatkan jalinan kerjasama beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan PATRIOT Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan SATRIA Intelligence Agency Sdn Bhd, ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, “Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan Agihan ‘Infaq Rezeki’ Jelajah Utara Prihatin bermula 27 hingga 30 Ogos 2021 melibatkan agihan sumbangan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang, Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Pinang, Jeti Pulau Langkawi, Kompleks Terminal Bas dan Teksi Kangar Perlis dan Terminal Bas Shahab Perdana, Kedah kepada lebih 400 pemandu Teksi dan Limo yang rata-rata terkesan dengan impak pandemik Covid-19.

Sementara itu, Inisiatif ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di mana sebahagian sumbangan merupakan wakalah yang dikembalikan kepada PERKESO hasil Potongan Zakat Berjadual (PZB) anggota setiap bulan.

“PERKESO menyeru pemandu teksi yang seharusnya mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO agar kekal mencarum demi maslahah perlindungan mereka dan keluarga. Saya turut difahamkan bahawa seramai enam (6) pemandu teksi di Perlis yang didapati positif Covid-19 akibat jangkitan daripada penumpang mereka bakal menerima faedah Hilang Upaya Sementara di bawah SKSPS, jelasnya.” kata Ketua Eksekutif PERKESO, Dato Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato Aziz Mohammed.

Agihan ini turut melibatkan jalinan kerjasama beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan PATRIOT Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan SATRIA Intelligence Agency Sdn Bhd.


Artikel oleh: Suara.TV

PPIM AGIH SUMBANGAN INFAQ REZEKI KEPADA PEMANDU TEKSI DAN LIMO PULAU PINANG

https://suara.tv/28/08/2021/ppim-agih-sumbangan-infaq-rezeki-kepada-pemandu-teksi-dan-limo-pulau-pinang/

5907) WORKPLACE INFECTION AND DEATH ISOLATION. SOCIAL INSURANCE MEMBERS CAN CLAIM COMPENSATION - SIN CHEW DAILY - 29/08/2021

 



Article by: Sin Chew Daily

WORKPLACE INFECTION AND DEATH ISOLATION. SOCIAL INSURANCE MEMBERS CAN CLAIM COMPENSATION

https://www.sinchew.com.my/content/content_2538522.html

5906) WORKPLACE INFECTED WITH CORONARY DISEASE CAN CLAIM SOCIAL SECURITY ORGANIZATION - NANYANG SIANG PAU - 29/08/2021

 





Article by: Nanyang Siang Pau

WORKPLACE INFECTED WITH CORONARY DISEASE CAN CLAIM SOCIAL SECURITY ORGANIZATION


5905) MALAYSIAN MUSLIM CONSUMERS ASSOCIATION: LITTLE CHANGE IN THE LINEUP. "THE PEOPLE HAVE NO CONFIDENCE IN THE NEW CABINET" - SIN CHEW DAILY - 28/08/2021

 



Article by: Sin Chew Daily

MALAYSIAN MUSLIM CONSUMERS ASSOCIATION: LITTLE CHANGE IN THE LINEUP. "THE PEOPLE HAVE NO CONFIDENCE IN THE NEW CABINET"

https://www.sinchew.com.my/content/content_2537950.html

5904) PEMANDU TEKSI LIMO LTAPP TERPAKSA TUKAR KERJAYA - HARIAN METRO - 28/08/2021

 


Bayan Lepas: Sebahagian daripada 300 pemandu teksi limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, berdepan dengan situasi kenderaan mereka ditarik balik kerana gagal melunaskan bayaran ansuran bulan.

Ia berikutan golongan itu yang tidak mampu membayar sewa kenderaan kerana tidak dapat meraih pendapatan dan kehilangan pelanggan sejak pandemik Covid-19.

Pengerusi Persatuan Pemandu Limo dan Teksi LTAPP Hafizi Ahmad berkata, kebanyakan mereka kini terpaksa tukar kerjaya demi kelangsungan hidup.

Katanya, kebanyakan golongan itu terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan, pengawal keselamatan serta pemandu lori selepas operasi LTAPP terjejas sekali gus menyebabkan mereka tidak mempunyai pelanggan.

"Kini sebulan pun belum tentu ada pendapatan daripada hasil teksi limosin berbanding sebelum ini yang mana setiap ahli mampu meraih pendapatan anggaran RM200 sehari.

"Adakalanya hanya dapat seorang atau dua penumpang sebulan malah ada pemandu yang langsung tidak dapat pelanggan pada bulan tertentu, " katanya kepada media di sini, semalam.

Mengulas lanjut Hafizi berkata, dia kini turut melakukan kerja sambilan sebagai pengawal keselamatan pada waktu malam bagi mencari pendapatan tambahan.

Katanya, dia berharap wakil daripada Kementerian Pengangkutan dapat turun padang bersemuka dan berbincang bagi mengatasi masalah yang membelenggu mereka.

"Orang tak nampak keperitan yang dialami oleh pemandu teksi limosin, mujurlah pengumuman moratorium kerajaan sedikit sebanyak meringankan beban.

"Kami mengalu-alukan sumbangan agensi kerajaan serta orang ramai kepada ahli persatuan namun tetap meminta kerajaan memberi perhatian kepada mereka yang terjejas teruk.

"Orang bagi (bantuan) kami terima dan agihkan kepada ahli yang betul-betul memerlukan tetapi dalam masa sama, sampai bila bantuan akan disumbangkan jadi kami mahu ada satu jalan penyelesaian supaya isu ini dapat diselesaikan," katanya lagi.

Terdahulu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Angkatan Pertahanan Awam menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi LTAPP.

Sementara itu, Ketua Cawangan Sumber Manusia Ibu Pejabat Perkeso Mohd Razmi Khalid berkata, sumbangan barangan makanan bernilai RM100 itu adalah inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban kumpulan penggiat dalam sektor pelancongan sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso.

"Pulau Pinang adalah negeri kedua yang disinggahi konvoi Perkeso itu selepas menghulurkan 200 bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 Julai lalu.

"Secara keseluruhan sebanyak 900 bakul makanan akan diagihkan khususnya kepada pemandu limosin, teksi yang mencarum dengan Perkeso berikutan terkesan akibat pandemik Covid-19," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

PEMANDU TEKSI LIMO LTAPP TERPAKSA TUKAR KERJAYA

5903) RAMAI MASIH KELIRU KELONGGARAN SOP - HARIAN METRO - 29/08/2021

 


Kuala Lumpur: Masih ramai keliru dengan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sektor ekonomi dan sosial yang sudah diberikan kerajaan, baru-baru ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan terutama daripada golongan warga emas dan penduduk luar bandar.

Menurutnya, tiada penerangan jelas kepada pengusaha premis perniagaan dan orang ramai menyebabkan berlaku kekeliruan.

"Antara aduan diterima adalah kekeliruan dari segi SOP mengikut fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kemudahan kepada individu lengkap vaksinasi.

"Sebagai contoh mengenai kebenaran solat berjemaah di surau dan masjid. Ada pengadu mendakwa tidak dibenarkan masuk kerana belum divaksinasi sedangkan doktor menasihatinya supaya tidak mengambil suntikan vaksin atas faktor kesihatan," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, lebih merumitkan keadaan apabila pihak berkuasa yang melaksanakan tugas juga tidak memberikan penjelasan tepat.

Katanya, setakat ini pihaknya mendapati tiada saluran khusus disediakan untuk memudahkan orang ramai menyalurkan pertanyaan atau membuat aduan.

Justeru, beliau meminta kerajaan menyediakan perkhidmatan 'One Stop Centre' untuk membolehkan aduan dibuat bagi mendapat respons dengan cepat.

Berkuat kuasa 21 Ogos lalu, beberapa kemudahan dan kelonggaran SOP bagi penerima vaksin lengkap diumumkan oleh kerajaan.

Antaranya adalah kemudahan makan di premis (dine-in), aktiviti rekreasi dan kapasiti kenderaan.

Artikel oleh: Harian Metro

RAMAI MASIH KELIRU KELONGGARAN SOP

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/748434/ramai-masih-keliru-kelonggaran-sop

5902) RAKYAT HARAP KABINET BAHARU BAWA PERUBAHAN #MGFlash - MALAYSIA GAZETTE TV - 28/08/2021

 

Perdana Menteri perlu mencari perubahan yang luar biasa dalam mentadbir negara berkonsepkan 'Keluarga Malaysia'.

Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berpendapat, barisan Kabinet yang dilantik oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak begitu menyakinkan rakyat.

#malaysiagazette #mgtv


Artikel oleh: Malaysia Gazette TV

RAKYAT HARAP KABINET BAHARU BAWA PERUBAHAN #MGFlash

https://www.youtube.com/watch?v=gkh7gE2LGy0

5901) TVPPIM | TOQQI KABINET BARU TUNAIKAN HARAPAN RAKYAT - TVPPIM - 28/08/2021


 

5900) VEHICLES OF SOME AIRPORT LIMOUSINE DRIVERS REPOSSESSED - NEW STRAITS TIMES - 28/08/2021

 

BAYAN LEPAS: Some of the 300 limousine taxi drivers at the Penang International Airport (PIA) have had their vehicles repossessed for failure to pay their monthly instalments.

PIA Limousine and Taxi Association chairman Hafizi Ahmad said this was due to losses of income since the Covid-19 pandemic struck, and most of the drivers opted to switch careers to survive.

He said some association members now work as food delivery riders, security guards and lorry drivers since the airport's operations were gravely affected by Covid-19.

"Prior to Covid-19 times, each driver could earn about RM200 a day. Now, some drivers only get one or two customers a month, while others have had no customers for many months," said Hafizi, who now works as a part-time security guard at night to earn income.

PIA Limousine and Taxi Association chairman Hafizi Ahmad. - NSTP/ FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

He urged representatives from the Transport Ministry to look into issues involving airport limousine taxi drivers, and to engage with them soon.

"People do not see our suffering. The government's previous announcement on moratoriums had somewhat eased our burdens. However, we need help now.

"Until when will we have to depend on the assistance? We want solutions so this issue can be resolved."

On Friday, the Social Security Organisation (Socso), Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) and the Civil Defence Force distributed food baskets worth RM100 each to association members.

Socso human resources department head Mohd Razmi Khalid said the initiative was for tourism industry players in conjunction with Socso's Golden Jubilee Caring Tour.

"Penang is the second state visited by Socso's convoy after we handed out 200 food baskets to limousine and taxi drivers at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) on July 24.

"A total of 900 food baskets will be distributed, especially to limousine and taxi drivers who contribute to Socso," said Razmi.


Article by: New Straits Times

VEHICLES OF SOME AIRPORT LIMOUSINE DRIVERS REPOSSESSED

https://www.nst.com.my/news/nation/2021/08/722136/vehicles-some-airport-limousine-drivers-repossessed

5889) 100 PEMANDU TEKSI, KERETA SEWA TERIMA KOTAK MAKANAN - SINAR HARIAN - 29/08/2021

 

ALOR SETAR - Seramai 100 pemandu teksi dan kereta sewa di daerah ini menerima sumbangan kotak makanan di bawah program Jelajah Sumbangan Infaq Rezeki Utara 2021.

Ketua Unit Cawangan Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Mohd Razmi Khalid berkata, sumbangan itu adalah hasil kerjasama beberapa agensi antaranya Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin.

Beliau berkata, program yang dianjurkan sempena sambutan Jubli Emas ke- 50 tahun Perkeso itu telah menjelajah ke tiga lokasi sebelum ini iaitu di Georgetown,Pulau Pinang; Kangar,Perlis dan Langkawi.

"Fokus kita adalah kepada pemandu teksi dan kereta sewa kerana mereka adalah golongan yang mencarum dengan Perkeso dan terkesan akibat pandemik Covid-19," katanya ketika ditemui selepas penyerahan sumbangan berkenaan di Shahab Perdana di sini pada Ahad.

Turut hadir, Pengarah Perkeso Negeri Kedah, Mohamad Haron Othman.

Menurutnya, pihaknya sudah mengagihkan sebanyak 600 kotak makanan sepanjang program jelajah di utara ini dan akan meneruskan program terbabit ke negeri- negeri di selatan pada bulan hadapan.

Dalam pada itu, Mohd Razmi menasihatkan semua golongan yang bekerja sendiri termasuk pemandu teksi dan kereta sewa agar terus mencarum dengan Perkeso di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

"Ini untuk memastikan agar mereka serta orang tanggungan mendapat manfaat oleh Perkeso sekiranya berlaku bencana kerja," katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

100 PEMANDU TEKSI, KERETA SEWA TERIMA KOTAK MAKANAN

https://www.sinarharian.com.my/article/158358/EDISI/100-pemandu-teksi-kereta-sewa-terima-kotak-makanan

5888) PPIM AGIH BANTUAN KEPADA PEMANDU TEKSI, LIMO TERJEJAS - SINAR HARIAN - 28/08/2021

 

SHAH ALAM - Impak pandemik Covid-19 membuatkan ramai kalangan rakyat negara ini yang terjejas pendapatan, termasuk pemandu teksi dan limo.

Simpati dengan nasib mereka, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama rakan sinergi PPIM turun padang bagi membantu memberikan bantuan kepada golongan berkenaan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, agihan bantuan itu melibatkan pemandu teksi dan limo di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

"Agihan Infaq Rezeki Jelajah Utara Prihatin yang bermula dari 27 hingga 30 Ogos depan melibatkan agihan sumbangan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Pinang, Jeti Pulau Langkawi.

"Selain itu, ia turut melibatkan pemandu di Kompleks Terminal Bas dan Teksi Kangar, Perlis dan Terminal Bas Shahab Perdana, Kedah. Secara keseluruhan, ia melibatkan 400 pemandu yang rata-rata terkesan dengan impak pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Program agihan itu kata beliau, turut mendapat kerjasama beberapa organisasi seperti sumbangan.com (Gerbang Sumbangan Sdn Bhd), Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Icon Production Sdn Bhd dan Satria Intelligence Agency Sdn Bhd.

Bantuan itu katanya, diharap akan meringankan beban mereka kerana pendapatan berkurangan disebabkan pandemik Covid-19.

Selain itu, ia diharap dapat menceriakan penerima tatkala negara akan menyambut Hari Kemerdekaan tidak lama lagi.


Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM AGIH BANTUAN KEPADA PEMANDU TEKSI, LIMO TERJEJAS

https://www.sinarharian.com.my/article/158156/EDISI/PPIM-agih-bantuan-kepada-pemandu-teksi-limo-terjejas

5887) PENDAPATAN PEMANDU TEKSI, KERETA SEWA PERLIS TERKESAN TERUK - HARIAN METRO - 29/08/2021

 

Kangar: Pandemik Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai pemandu teksi dan kereta sewa di Perlis kini sukar untuk meneruskan kelangsungan kehidupan seharian.

Dengan jumlah pelanggan berkurangan serta kapasiti penumpang yang dihadkan menjadikan kehidupan mereka kini seperti 'kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

Pengerusi Persatuan Tuan Empunya Kereta Sewa dan Pemandu Teksi Negeri Perlis Abu Samah Othman berkata, persatuan itu mempunyai 20 orang ahli yang masing-masing bertugas di seluruh negeri itu.

"Memang kami sangat terkesan dengan pendapatan merosot. Dulu sekurang-kurangnya pendapatan antara RM80 hingga RM90 sehari mampu diperoleh namun sekarang ini mahu dapat RM30 pun susah.

"Selain itu juga, dengan had penumpang yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu tiga individu termasuk pemandu dalam satu kenderaan juga menyukarkan kami untuk membawa penumpang kerana jika terdapat penumpang yang ramai atau tiga penumpang, mereka terpaksa mencari sebuah lagi teksi untuk dinaiki.

"Selain itu juga, ada ahli kita yang terjejas 'periuk nasi' mereka apabila terpaksa dikuarantin berikutan menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 ketika mereka membawa pesakit ke hospital atau klinik, lagipun pemandu teksi dan kereta sewa ini bukannya tahu penumpang mereka itu bergejala atau tidak," katanya.

Abu Samah ditemui semasa selepas program Sinergi Prihatin Jelajah Utara dengan kerjasama tujuh agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) Infaq Rezeki anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Kompleks Terminal Bas/Teksi Jalan Tun Razak di sini, hari ini.

Program berkenaan turut dihadiri Pengarah Perkeso Perlis Basharudin Khalid, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis Fatimah Mohamed Ali Piah dan wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Abu Samah berharap agar kerajaan dapat melihat keperitan kehidupan pemandu teksi dan kereta sewa negara ini dan dapat memberikan bantuan sewajarnya kepada mereka yang terjejas.

Sementara itu, Ketua Cawangan Sumber Manusia Perkeso Mohd Razmi Khalid berkata, berdasarkan data caruman terdapat sebanyak 10,000 tuntutan bernilai RM11 juta diperolehi pihaknya daripada pencarum di seluruh negara yang disahkan positif Covid-19 termasuk mereka yang sedang menjalani kuarantin sebagai kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

"Daripada jumlah itu juga, 800 pencarum meninggal dunia akibat penularan virus berkenaan yang mana waris mereka akan menerima pencen bulanan serta bayaran pengurusan jenazah Covid-19 bernilai RM2,000.

"Selain itu juga, dalam program hari ini, kita turut menyerahkan sumbangan 100 kotak Infaq Rezeki bernilai RM100 kepada pemandu teksi dan kereta sewa yang terkesan akibat keadaan yang berlaku ini.

"Diharapkan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup," katanya.

Beliau berkata, selain itu juga Perkeso turut menyerahkan enam cek menerusi Faedah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kepada enam pemandu teksi yang juga pencarum dengan agensi berkenaan.

"Pemandu teksi itu sebelum ini terpaksa dikuarantin kerana didapati positif selepas menjadi kontak rapat dengan penumpang Covid-19 yang menaiki kenderaan mereka.

"Saya ingin memaklumkan bahawa selain pemandu teksi, semua pekerja yang didapati positif atau kontak rapat pesakit Covid-19 yang mencarum dengan Perkeso boleh mengemukakan tuntutan.

"Pencarum menerusi SKSPS termasuk waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia boleh mengemukakan tuntutan kepada Perkeso untuk semakan kelayakan mereka," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

PENDAPATAN PEMANDU TEKSI, KERETA SEWA PERLIS TERKESAN TERUK

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/748495/pendapatan-pemandu-teksi-kereta-sewa-perlis-terkesan-teruk

Saturday, August 28, 2021

5886) AKTIVITI | AGIHAN 250 PEK MAKANAN KEPADA GOLONGAN MEMERLUKAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR - PPIM - 28/08/2021

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya satu Program Agihan Makanan oleh Restoran Anis Puteri Pantai Dalam & NGO (Iqra for Change) yang telah diselaraskan oleh wakil dari PPIM dan Persatuan Pasar Borong Selayang KL.

Sebanyak 250 bungkus Makanan telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

5885) 300 PEMANDU TEKSI LIMOSIN LTAPP HILANG PENDAPATAN - MALAYSIA GAZETTE - 27/08/2021

 

BAYAN LEPAS – Kira-kira 300 pemandu teksi limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini terpaksa menukar kerjaya demi kelangsungan hidup masing-masing berikutan tiada pendapatan sejak hampir dua tahun lalu.

Rata-rata mereka terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan, pengawal keselamatan serta pemandu lori selepas operasi LTAPP terjejas sepenuhnya akibat Covid-19 sekali gus menyebabkan mereka tidak mempunyai pelanggan.

Pengerusi Persatuan pemandu Limo dan Teksi LTAPP, Hafizi Ahmad berkata, selain tukar kerjaya ada beberapa ahli persatuannya berdepan dengan situasi kenderaan mereka ditarik balik kerana gagal melunaskan bayaran ansuran bulan.

Hafizi Ahmad.

Jelas Hafizi, sebelum pandemik setiap ahli mampu meraih pendapatan anggaran RM200 sehari namun kini sebulan pun belum tentu ada sesen pun daripada hasil teksi limosin.

“Adakalanya dapat seorang dua penumpang sebulan tetapi dengan keahlian kami 300 orang mesti ada pemandu yang langsung tidak dapat pelanggan pada bulan tertentu.

“Orang tak nampak keperitan yang dialami kami sebagai pemandu teksi limosin. Mujurlah kerajaan umumkan moratorium boleh ringankan beban tetapi ia menyebabkan hutang saya yang sepatutnya selesai tahun ini dipanjangkan tempoh tiga tahun lagi selepas bayaran bualan dikurangkan dari RM1, 200 kepada RM500 sebulan.

“Saya sebagai pengerusi pun kini terpaksa melakukan kerja sampingan sebagai pengawal keselamatan pada sebelah malam bagi mencari pendapatan tambahan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mohd Razmi (kanan) menyampaikan bakul makanan kepada pemandu teksi limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hafizi berkata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan agensi kerajaan serta orang ramai kepada ahli persatuan namun meminta kerajaan memberi perhatian kepada mereka yang kini terjejas teruk.

“Orang bagi bantuan kami terima dan agihkan kepada ahli yang betul-betul memerlukan tetapi dalam masa sama sampai bila bantuan akan disumbangkan, jadi kami mahu ada satu jalan penyelesai agar isu pendapatan terjejas sepenuhnya ini dapat diselesaikan.

“Kami harap wakil daripada Kementerian Pengangkutan turun padang untuk bersemuka dan berbincang bagi mengatasi masalah yang membelenggu kami kerana ada penyelesaian sekiranya mereka mahu bertemu,” kata Hafizi.

Terdahulu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Angkatan Pertahanan Awam menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi LTAPP.

Sementara itu, Ketua Cawangan Sumber Manusia Ibu Pejabat Perkeso, Mohd Razmi Khalid, sumbangan barangan makanan bernilai RM100 itu merupakan inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban kumpulan penggiat dalam sektor pelancongan sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso.

Mohd Razmi.

“Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang disinggah konvoi Perkeso itu selepas menghulurkan 200 bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 Julai lalu.

“Secara keseluruhan sebanyak 900 bakul makanan akan diagihkan khususnya kepada pemandu limosin, teksi yang mencarum dengan Perseko selain terkesan akibat pandemik Covid-19 ini,” kata Mohd Razmi. – MalaysiaGazette


Artikel oleh: Malaysia Gazette

300 PEMANDU TEKSI LIMOSIN LTAPP HILANG PENDAPATAN

https://malaysiagazette.com/2021/08/27/300-pemandu-teksi-limosin-ltapp-hilang-pendapatan/

5884) LEBIH 300 PEMANDU TEKSI LIMOSIN LTAPP HILANG PENDAPATAN SEJAK TAHUN LEPAS - BERNAMA - 27/08/2021

 

GEORGE TOWN, 27 Ogos — Lebih 300 pemandu teksi limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas, dekat sini hilang punca pendapatan sejak dua tahun lepas ekoran wabak COVID-19, sehingga ada antara mereka terpaksa bertukar kerjaya.

Pengerusi Persatuan pemandu Limo dan Teksi LTAPP, Hafizi Ahmad berkata ada dalam kalangan mereka yang berhenti buat sementara waktu, dan bekerja sebagai pengawal keselamatan, penghantar makanan dan barang serta menjadi pemandu lori bagi menampung kehidupan, termasuk membayar hutang kenderaan limosin mereka.

Beliau berkata pendapatan beliau serta pemandu teksi limosin lain di sini merosot teruk, dan beliau menganggarkan kini rata-rata mereka hanya mampu mendapat satu hingga dua penumpang sahaja dalam sebulan, berbanding empat hingga lima penumpang sehari sebelum ini.

'Berbanding sebelum pandemik COVID-19, biasanya saya boleh mendapat antara empat hingga lima penumpang sehari dengan anggaran pendapatan sehingga RM200, tapi sekarang ini nak dapat seorang penumpang sebulan pun susahr katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hafizi, 51, berkata demikian ditemui pemberita pada majlis penyerahan sumbangan bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi LTAPP oleh Perkeso dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada 100 pemandu.

Sumbangan barangan makanan bernilai RM100 yang diserahkan Ketua Cawangan Sumber Manusia lbu Pejabat Perkeso, Mohd Razmi Khalid itu merupakan inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban kumpulan penggiat dalam sektor pelancongan sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso.

Hafizi yang sudah menjadi pemandu limosin di LTAPP sejak 22 tahun lepas berkata beliau sendiri ketika ini terpaksa melakukan kerja sampingan sebagai pengawal keselamatan pada sebelah malam bagi mencari pendapatan tambahan untuk meneruskan kehidupan.

"Ramai yang terpaksa menukar kerja untuk meneruskan kehidupan, dan lebih menyedihkan adalah ada ahli persatuan kami terpaksa merelakan kenderaan mereka ditarik balik kerana tidak mampu melunaskan bayaran bulanan selepas hilang pendapatan," katanya.

Katanya selain sumbangan daripada pelbagai pihak yang dapat membantu meringankan tekanan ekonomi yang dihadapi pemandu teksi limosin ketika ini, pihaknya juga berharap masalah mereka mendapat perhatian lebih serius daripada kerajaan pusat, khususya pihak berkuasa yang berkaitan bagi menanggani pelbagai isu, antaranya isu saingan dari perkhidmatan e-hailing.

Sementara itu Mohd Razmi berkata Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang disinggah konvoi Perkeso itu selepas menghulurkan bantuan kepada pemandu limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu.

Katanya konvoi itu kemudiannya akan bergerak ke seluruh negara bagi menyerahkan keseluruhan sebanyak 900 kotak makanan menerusi program itu termasuk kepada mangsa tragedi kepala air di Yan, Kedah.


Artikel oleh: Bernama

LEBIH 300 PEMANDU TEKSI LIMOSIN LTAPP HILANG PENDAPATAN SEJAK TAHUN LEPAS

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=1997261

5883) HANYA DUA PENUMPANG LIMOSIN SEBULAN - KOSMO - 27/08/2021

 


BALIK PULAU – Kira-kira 300 pemandu aktif teksi dan limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas di sini mengadu pendapatan mereka terjejas teruk selepas pandemik Covid-19 melanda negara sejak Mac tahun lalu.

Ada di antara mereka terpaksa bertukar kerjaya sebagai penghantar makanan, pengawal keselamatan dan pemandu lori demi meneruskan hidup selepas berlaku pengurangan penumpang kerana banyak penerbangan tidak beroperasi.

Pengerusi Persatuan pemandu Limo dan Teksi LTAPP, Hafizi Ahmad berkata, terdapat pemandu yang terpaksa merelakan kenderaan mereka ditarik kerana tidak mampu membuat pembayaran bulanan.

“Pendapatan kini merosot teruk apabila hanya mampu mendapat antara satu ke dua penumpang dalam sebulan.

“Jika sebelum pandemik Covid-19, saya kebiasaannya boleh mendapat antara empat hingga lima penumpang sehari dengan anggaran pendapatan sehingga RM200,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Serahan Infak Rezeki Santuni Pemandu Limosin dan Teksi LTAPP oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini.

Sumbangan berupa bungkusan barangan makanan yang diserahkan Ketua Cawangan Sumber Manusia Perkeso, Mohd. Razmi Khalid itu merupakan inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban kumpulan penggiat dalam sektor pelancongan sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso

Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang disinggahi konvoi Perkeso itu selepas menghulurkan bantuan kepada pemandu limosin dan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bulan lalu.

Konvoi itu kemudiannya akan bergerak ke seluruh negara bagi menyerahkan sebanyak 900 kotak makanan termasuk kepada mangsa tragedi kepala air di Yan, Kedah. – K! ONLINE

 

Artikel oleh: Kosmo

HANYA DUA PENUMPANG LIMOSIN SEBULAN

https://www.kosmo.com.my/2021/08/27/hanya-dua-penumpang-limosin-sebulan/

5882) LEBIH 300 PEMANDU TEKSI LIMOSIN LTAPP HILANG PENDAPATAN - SINAR HARIAN - 27/08/2021

 

GEORGETOWN - Lebih 300 pemandu teksi limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas, dekat sini hilang punca pendapatan sejak dua tahun lepas ekoran wabak Covid-19, sehingga ada antara mereka terpaksa bertukar kerjaya.

Pengerusi Persatuan pemandu Limo dan Teksi LTAPP, Hafizi Ahmad berkata, ada dalam kalangan mereka yang berhenti buat sementara waktu, dan bekerja sebagai pengawal keselamatan, penghantar makanan dan barang serta menjadi pemandu lori bagi menampung kehidupan, termasuk membayar hutang kenderaan limosin mereka.

Beliau berkata, pendapatan beliau serta pemandu teksi limosin lain di sini merosot teruk, dan beliau menganggarkan kini rata-rata mereka hanya mampu mendapat satu hingga dua penumpang sahaja dalam sebulan, berbanding empat hingga lima penumpang sehari sebelum ini.

"Berbanding sebelum pandemik Covid-19, biasanya saya boleh mendapat antara empat hingga lima penumpang sehari dengan anggaran pendapatan sehingga RM200, tapi sekarang ini nak dapat seorang penumpang sebulan pun susah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hafizi, 51, berkata demikian ditemui pemberita pada majlis penyerahan sumbangan bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi LTAPP oleh Perkeso dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada 100 pemandu.

Sumbangan barangan makanan bernilai RM100 yang diserahkan Ketua Cawangan Sumber Manusia Ibu Pejabat Perkeso, Mohd Razmi Khalid itu merupakan inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban kumpulan penggiat dalam sektor pelancongan sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso.

Hafizi yang sudah menjadi pemandu limosin di LTAPP sejak 22 tahun lepas berkata, beliau sendiri ketika ini terpaksa melakukan kerja sampingan sebagai pengawal keselamatan pada sebelah malam bagi mencari pendapatan tambahan untuk meneruskan kehidupan.

"Ramai yang terpaksa menukar kerja untuk meneruskan kehidupan, dan lebih menyedihkan adalah ada ahli persatuan kami terpaksa merelakan kenderaan mereka ditarik balik kerana tidak mampu melunaskan bayaran bulanan selepas hilang pendapatan," katanya.

Katanya, selain sumbangan daripada pelbagai pihak yang dapat membantu meringankan tekanan ekonomi yang dihadapi pemandu teksi limosin ketika ini, pihaknya juga berharap masalah mereka mendapat perhatian lebih serius daripada kerajaan pusat, khususya pihak berkuasa yang berkaitan bagi menanggani pelbagai isu, antaranya isu saingan dari perkhidmatan e-hailing.

Sementara itu, Mohd Razmi berkata, Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang disinggah konvoi Perkeso itu selepas menghulurkan bantuan kepada pemandu limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu.

Katanya, konvoi itu kemudiannya akan bergerak ke seluruh negara bagi menyerahkan keseluruhan sebanyak 900 kotak makanan menerusi program itu termasuk kepada mangsa tragedi kepala air di Yan, Kedah. - Bernama


Artikel oleh: Sinar Harian

LEBIH 300 PEMANDU TEKSI LIMOSIN LTAPP HILANG PENDAPATAN

https://www.sinarharian.com.my/article/158086/EDISI/Lebih-300-pemandu-teksi-limosin-LTAPP-hilang-pendapatan

5881) DEMI HIDUP, PEMANDU TEKSI LIMOSIN LAKUKAN KERJA LAIN - UTUSAN MALAYSIA - 27/08/2021

 

BAYAN LEPAS: Langsung tiada pendapatan sejak hampir dua tahun hingga ada yang terpaksa bertukar kerjaya sebagai pengawal keselamatan; penghantar makanan dan barang, malah, menjadi pemandu lori. 

Itu nasib yang dialami lebih 300 pemandu aktif teksi limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini yang terjejas akibat pandemik Covid-19 khususnya sejak Mac tahun lalu. 

Lebih menyedihkan, menurut Pengerusi Persatuan pemandu Limo dan Teksi LTAPP, Hafizi Ahmad, ada ahli persatuan itu terpaksa merelakan kenderaan mereka ditarik balik kerana tidak mampu melunaskan bayaran bulanan selepas hilang pendapatan. 

Menurut Hafizi, 51, dia sendiri ketika ini terpaksa melakukan kerja sampingan sebagai pengawal keselamatan pada sebelah malam bagi mencari pendapatan tambahan untuk meneruskan kehidupan. 

Ujarnya yang sudah menjadi pemandu limosin di LTAPP sejak 22 tahun lalu, pendapatannya kini merosot teruk yang mana hanya mampu mendapat antara satu ke dua penumpang dalam sebulan. 

“Berbanding sebelum pandemik Covid-19, saya kebiasaannya boleh mendapat antara empat hingga lima penumpang sehari dengan anggaran pendapatan sehingga RM200,” katanya. 

Beliau ditemui pemberita pada majlis penyerahan sumbangan bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi LTAPP oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini hari ini. 

Sumbangan barangan makanan bernilai RM100 yang diserahkan Ketua Cawangan Sumber Manusia Perkeso, Mohd. Razmi Khalid itu merupakan inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban kumpulan penggiat dalam sektor pelancongan sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso 

Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang disinggah konvoi Perkeso itu selepas menghulurkan bantuan kepada pemandu limosin dan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu. 

Konvoi itu kemudiannya akan bergerak ke seluruh negara bagi menyerahkan keseluruhan sebanyak 900 kotak makanan menerusi program itu termasuk kepada mangsa tragedi kepala air di Yan, Kedah. 

Dalam pada itu, Hafizi berkata, selain sumbangan daripada pelbagai pihak yang dapat membantu meringankan tekanan ekonomi yang dihadapi pemandu teksi dan limosin ketika ini, pihaknya juga berharap masalah mereka mendapat perhatian lebih serius daripada kerajaan Pusat khususnya pihak berkuasa berkaitan. 

Antaranya kata beliau, berkenaan masalah persaingan mendapatkan penumpang dengan pemandu e-hailing di LTAPP yang sehingga kini masih belum diselesaikan. 

“Sebab itu kami berharap kerajaan Pusat dapat menghantar wakil khususnya daripada Kementerian Pengangkutan untuk bersemuka dan berbincang dengan kami bagi mengatasi masalah ini serta isu-isu lain supaya nasib kami lebih terbela,” katanya.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

DEMI HIDUP, PEMANDU TEKSI LIMOSIN LAKUKAN KERJA LAIN

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/demi-hidup-pemandu-teksi-limosin-lakukan-kerja-lain/

Friday, August 27, 2021

5880) PELEPASAN " FLAG OFF" UNTUK JELAJAH SUMBANGAN INFAQ REZEKI DI UTARA TANAHAIR (PULAU PINANG, LANGKAWI, PERLIS & KEDAH) - PPIM - 27/08/2021

Alhamdulillah,pagi ini PPIM dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) , PERKESO, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin, ATMS, Persatuan Pengguna Islam Langkawi (PPIL), PEISO Motor Garage, MAIWP dan KINGZ Motor Club menyempurnakan acara "FLAG OFF" sempena Jelajah Sumbangan INFAQ REZEKI di Utara Tanahair. Sebanyak 500 kotak INFAQ REZEKI akan diagihkan di utara tanahair untuk program INFAQ REZEKI kali ini.

Thursday, August 26, 2021

5879) AKTIVITI | KUNJUNGAN TOQQI KE PEISO MOTOR GARAGE SEMPENA SUMBANGAN 100 KOTAK INFAQ REZEKI - PPIM - 25/08/2021

Kunjungan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi ke pusat alat ganti dan servis motosikal, Peiso Motor Garage di Batu Caves, Selangor sempena sumbangan 100 kotak Infaq Rezeki kepada penunggang motosikal E-Hailing.


PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...