PETALING JAYA, 18 OGOS 2021 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Peraduan Tag & Menang Merdeka sebagai penghargaan kepada pelanggan-pelanggan Mybeli dengan menawarkan pelbagai hadiah hebat dan e-baucar. Menerusi anjuran bersama Fusionex, pertandingan ini terbuka untuk semua individu di seluruh negara dan akan berlangsung pada 18hb Ogos 2021 hingga 30hb Ogos 2021.
Sejak dilancarkan pada April 2021, Mybeli telah berkembang tiga kali ganda hasil sokongan kuat dari para pengguna muslim. Menurut Ketua Aktivis PPIM, nadzimjohan@toqqi, objektif utama platform mesra muslim ini adalah untuk membantu dan menyediakan satu platform atas talian yang dapat membantu pembangunan usahawan secara holistik terutama dengan rancangan promosi dan pemasaran strategik serta bijak. Ini seterusnya meningkatkan sosioekonomi pengusaha muslim khasnya dan kestabilan ekonomi negara amnya.
"Dengan Mybeli, pemilik perniagaan dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia melalui rangkaian ekosistem komuniti-untuk-komuniti kami. Kami membuktikan aspirasi kami dengan pelaksanaan inisiatif bantuan kemanusiaan dengan pengedaran barangan keperluan harian kepada mereka yang terkesan teruk oleh wabak COVID-19. Program Amal Myberi menyumbang 1% daripada perbelanjaan anda di Mybeli untuk diagihkan kepada komuniti yang memerlukan. Melalui kempen ini, kami percaya Semangat Perpaduaan Merdeka boleh dipupuk dengan mengajak orang ramai bersama-sama menunjukkan rasa cinta dan bangga terhadap negara kita, " kata nadzimjohan@toqqi.
Sepanjang tempoh peraduan, pelanggan Mybeli boleh memuat-turun gambar ataupun video di media sosial dengan menunjukkan kepelbagaian cara mereka menyambut Hari Kemerdekaan pada tahun ini yang sudah semestinya berbeza berikutan pandemik yang masih berleluasa ini. Tag sekurang-kurangnya 3 rakan dengan hashtag #Mybeli #Merdeka dan #kitabebas. Dapatkan 'LIKES' terbanyak untuk membolehkan anda memenangi hadiahhadiah menarik.
Seramai 21 pemenang akan dipilih. 10 daripada pemenang tersebut akan memenangi ebaucar bernilai RM50, 10 lagi akan mendapat hadiah misteri dan akhirnya, pemenang hadiah utama akan memenangi sebuah telefon bimbit Apple iPhone XR 128GB.
Bersempena dengan Hari Kemerdekaan, Mybeli juga akan melancarkan 50 koleksi rekaan eksklusif "one-of-a-kind" yang tersedia untuk pre-order di http://www.mybeli.com.my.
• Kecintaaan terhadap negara dengan kemeja-T Merdeka.
• Kekalkan keselamatan dengan Merdeka Face Mask.
• Perbelanjaan lebih mudah dengan Beg Kanvas Lipat Merdeka.
• Bekerja dari rumah dengan Mousepad eksklusif.
Mybeli merupakan platform yang dibina menggunakan teknologi dan kepakaran dari Fusionex, diilhamkan oleh PPIM di mana objektifnya adalah untuk mendidik dan membantu pemilik-pemilik Perusahaan Kecil Sederhana(PKS) mempelajari ekonomi digital dengan mudah dan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka. Mybeli juga menawarkan khidmat sokongan penuh kepada peniaga terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan kemahiran IT. Dilengkapkan dengan sokongan teknologi berkelas dunia, Mybeli akan dapat membantu PKS supaya tidak tenggelam di dunia digital serta menembusi pasaran yang sebelumnya tidak tercapai.
"Kami berbangga dengan perkembangan Mybeli dan tahniah kepada PPIM bagi menerokai alam teknologi. Inisiatif strategik PPIM terhadap keperluan ruang perniagaan digital telah membantu ramai pengusaha muslim untuk bertahan ketika musim pandemik ini. Fusionex amat gembira kerana dapat menaja Peraduan Tag & Win Merdeka, yang memberi peluang kepada pelanggan Mybeli menjadi salah seorang pemenang bertuah ketika mereka berbelanja di Mybeli. Kami berharap agar inisiatif ini akan mendorong lebih banyak PKS untuk menerapkan digitalisasi dan berkembang dalam norma baharu ini bersama rakan kongsi PPIM, "kata Pengarah Pembangunan Perniagaan Fusionex Saiful Hayaz Abu Bakar.
Tentang PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Ianya ditubuhkan pada tahun 1997 oleh sekumpulan aktivis dan profesional yang ingin membawa perubahan dalam lanskap kepenggunaan Islam dan melindungi kepentingan pengguna muslim di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai PPIM, sila lawati www.ppim.org.my.
Tentang Fusionex
Fusionex adalah peneraju teknologi data dan merupakan pemenang pelbagai anugerah bertaraf dunia dengan kepakaran khas dalam teknologi pengurusan Big Data, Analisis Data, IR 4.0, IOT dan Learning & Artificial Intelligence. Fusionex menawarkan produk dan perkhidmatan yang fokus membantu bisnes memperoleh manfaat yang tidak ternilai dari data.
Fusionex diketengahkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison, dan Huffington Post sebagai syarikat Big Data Analytics dan peneraju pasaran terbesar di ASEAN, membawa platform berasaskan data yang canggih data inovatif kepada pelangganpelanggannya termasuk syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar, serta sebilangan besar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merangkumi seluruh Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia Pasifik. Fusionex juga dikreditkan sebagai syarikat MDEC Global Acceleration and Innovation Network (GAIN) dan penerima anugerah MSC R&D MGS.
Untuk maklumat lanjut mengenai Fusionex, sila lawati www.fusionex-international.com.
No comments:
Post a Comment