Wednesday, August 25, 2021

5876) 'SARJAN' DAPAT TAWARAN GUAMAN PERCUMA - BERITA HARIAN - 24/08/2021

 

KUALA LUMPUR: Seorang peguam dilaporkan menawarkan khidmat guaman percuma kepada anggota tentera yang diberhentikan kerja kerana menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Sarjan Wan Ramli Wan Seman, 39, berkata, beliau masih berbincang dengan peguam terbabit berhubung tindakan perundangan yang boleh diambil susulan insiden berkenaan.

Katanya, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menjadi orang tengah menguruskan dan melancarkan proses perbincangan itu.

"Saya kerap dihubungi peguam sejak isu diberhentikan kerja tular di media sosial.

"Semalam, saya bersetuju untuk melantik seorang peguam dengan bayaran RM6,000 untuk peringkat pertama.

"Namun, saya berhasrat membatalkannya selepas mendapat tawaran khidmat guaman probono (percuma) daripada seorang peguam hari ini, PPIM menjadi pihak yang menguruskan proses perbincangan lanjut," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Wan Ramli mendakwa perkhidmatannya hampir 20 tahun ditamatkan berkuat kuasa Khamis ini, selepas ingkar arahan untuk mengambil vaksin.

Wan Ramli dari Batalion ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Rasah, Negeri Sembilan dikatakan akan kehilangan pencen yang sepatutnya diterima 16 bulan lagi.

Ditanya perancangan selepas diberhentikan kerja, beliau berkata tidak mahu memikirkan perkara itu ketika ini, sebaliknya memfokuskan tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan.

"Saya perlu uruskan satu persatu. Buat masa ini, biar saya bincang dengan peguam mengenai isu berkenaan dalu.

"Rezeki ada di mana-mana, nak berniaga ke atau buat kerja lain nanti saya fikir," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian

'SARJAN' DAPAT TAWARAN GUAMAN PERCUMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/855348/sarjan-dapat-tawaran-guaman-percuma

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...