Thursday, January 31, 2019

4802) MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN SEMPENA MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2019 – TOL SG BESI – 31/1/19

Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Musim Perayaan Tahun baru Cina 2019 di Plaza Tol Sungai Besi Kuala Lumpur yang di sempurnakan oleh YS PKPjB Haji Nordin Bin Pauzi, Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan, Datuk V.M Panjamorthy serta Pegawai-pegawai kanan Jabatan, NGO, PBS dan Bomba Komuniti.
















Wednesday, January 30, 2019

4801) IPC PENGECUT BATAL HAK MALAYSIA – UTUSAN MALAYSIA – 30/1/19


KUALA LUMPUR 30 Jan. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan Jawatankuasa Paralimpic Antarabangsa (IPC) sebagai pengecut kerana telah membatalkan hak Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019.
Sehubungan itu, PPIM menggesa rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira pegangan politik, bangsa dan agama untuk berdiri teguh menolak penyertaan atlet Israel memasuki negara ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan menghalang dua atlet zionis itu telah menunjukkan kepada dunia, Malaysia bukanlah negara yang akan tunduk dengan tekanan kuasa besar.
“PPIM ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed kerana tegas dalam pendiriannya tidak membenarkan perenang Israel memasuki negara ini.
“Ini bukan soal kita rasis, anti-yahudi atau anti-semitik, tetapi Malaysia berpegang teguh mengutuk segala perbuatan zalim Israel terhadap penduduk Palestine,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dua minggu lalu, Dr. Mahathir menegaskan atlet Israel tidak dibenarkan hadir ke negara bagi bertanding dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan dan sekiranya berdegil ia adalah satu kesalahan.
Ketegasan kerajaan itu membuatkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Artikel oleh : Utusan Malaysia
IPC PENGECUT BATAL HAK MALAYSIA

4800) IPC PENGECUT – MALAYSIA GAZETTE – 30/1/19


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) sebagai pengecut susulan pembatalan hak Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, rakyat Malaysia perlu bersatu hati tanpa mengira pegangan politik, bangsa dan agama untuk membantah tindakan tersebut.
“Ini bukan soal kita rasis, anti-yahudi atau anti-semitik, tetapi Malaysia berpegang teguh mengutuk segala perbuatan zalim Israel terhadap penduduk Palestine,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, IPC memutus untuk melucutkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang bakal dianjurkan di Kuching, Sarawak 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
Presiden IPC, Andrew Parsons berkata, perkara tersebut diputuskan oleh jawatankuasa itu semasa bermesyuarat di London.
Nadzim juga menyokong tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tegas dengan pendiriannya untuk menghalang perenang dari Israel untuk memasuki negara ini.
“PPIM sependapat dengan Tun Mahathir, Israel sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam.
“Tindakan menghalang dua atlet negara zionis itu telah menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia tidak tunduk kepada tekanan kuasa besar.
“Kita tidak akan berdiam diri apabila negara lain seolah-olah membiarkan sahaja Israel melakukan sesuka hati mereka tanpa menghiraukan undang-undang dunia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Artikel Oleh : Malaysia Gazette
IPC PENGECUT

4799) PPIM UCAP TERIMA KASIH KEPADA PM – HARAKAH DAILY – 30/1/19


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed kerana tegas dalam pendiriannya tidak membenarkan perenang Israel memasuki negara ini.
PPIM sependapat dengan Tun Mahathir, Israel sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam.
PPIM juga menyifatkan Jawatankuasa Paralimpic Antarabangsa (IPC) sebagai pengecut kerana telah membatalkan hak Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan 28 Julai hingga 4 Ogos depan di Kuching, Sarawak.
Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan menggesa rakyat Malaysia bersatu hati dalam isu ini tanpa mengira pegangan politik, bangsa dan agama.
“Ini bukan soal kita rasis, anti-yahudi atau anti-semitik, tetapi Malaysia berpegang teguh mengutuk segala perbuatan zalim Israel terhadap penduduk Palestin,” katanya.
Beliau berkata menghalang dua atlet negara zionis itu telah menunjukkan kepada dunia, Malaysia bukanlah negara yang akan tunduk dengan tekanan kuasa besar, dan tidak akan berdiam diri apabila negara lain seolah membiarkan sahaja Israel melakukan sesuka hati mereka tanpa menghiraukan undang-undang dunia.

Artikel oleh : Harakah daily
PPIM UCAP TERIMA KASIH KEPADA PM

4798) TAMAT KONTRAK STESEN MINYAK – KOSMO – 30/1/19


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan supaya campur tangan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh usahawan industri francais stesen minyak yang mendakwa mereka didiskriminasi dan dizalimi syarikat induk atau francaisor.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka menerima banyak aduan berkaitan perkara yang sudah berlarutan sejak sekian lama itu. Terbaharu, ia membabitkan pengusaha francais stesen minyak Petron.
“Setakat ini, kami menerima lebih 20 aduan daripada peng­usaha francais stesen minyak tersebut yang mendakwa ditamatkan kontrak tanpa alasan yang munasabah.
“Sehubungan itu, kami minta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan menteri yang berkaitan untuk melihat kembali isu yang dihadapi golo­ngan tersebut serta mencari jalan penyelesaian terbaik yang adil buat kedua-dua belah pihak,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Artikel oleh : Kosmo
TAMAT KONTRAK STESEN MINYAK

4797) ISU FRANCAIS STESEN MINYAK PERLU TINDAKAN KERAJAAN – UTUSAN MALAYSIA – 30/1/19


KUALA LUMPUR 29 Jan. – Kerajaan digesa untuk segera campur tangan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengusaha francais stesen minyak negara ini yang didakwa terus didiskriminasi oleh francaisor.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana pihaknya menerima banyak aduan membabitkan pelbagai masalah seperti isu pengedaran dan pengurusan stesen minyak yang sudah berlarutan begitu lama tanpa penyelesaian yang menyeluruh.
Malah, yang terbaharu ialah kira-kira 20 pengusaha francais stesen minyak Petron dikatakan akan ditamatkan kontrak atas pelbagai alasan tidak munasabah, yang mana ada dalam kalangan mereka telah menguruskan stesen minyak lebih 20 tahun dan merekodkan jualan lebih daripada purata jualan.
“Justeru, saya menggesa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menteri-menteri berkaitan segera bertindak menangani masalah yang dihadapi oleh pengusaha stesen minyak berkenaan.
“Francais ini antara buah pemikiran Dr. Mahathir tetapi nampak gayanya francaisor pula yang mengambil kesempatan, Oleh itu, masalah dihadapi pasa pengusaha stesen minyak perlu diselesaikan secara terbaik, jika tidak perkara ini akan berterusan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nadzim turut mendesak agar perjanjian melibatkan francaisor stesen minyak dan francaisi perlu dikaji semula.
Kata beliau, kerajaan perlu campur tangan dan memastikan agar perjanjian yang dilakukan antara kedua-dua pihak
itu adil serta perlu mengkaji syarat-syarat yang termaktub di dalam perjanjian tersebut.
“Kerajaan juga perlu menyelaraskan perjanjian bagi kesemua stesen minyak untuk mengelakkan unsur diskriminasi dan penindasan kepada francaisi, malah penamatan kontrak pengusaha stesen minyak juga perlu dilakukan oleh kerajaan dan bukannya pihak francaisor,” ujar beliau.
Dalam pada itu, seorang pengusaha stesen minyak Petron, Kamaruddin Atan berkata, pihak Petron telah menamatkan kontrak perjanjian pada 16 Januari lalu dengan alasan Service Station License Agreement (SSLA) tidak akan diperbaharui.
Dakwa beliau, pihak Petron menggunakan SSLA sebagai alat untuk menyingkirkan pengusaha-pengusaha yang tidak mematuhi kehendak mereka.
“Saya telah mengusahakan stesen minyak Petron di Taman Muda, Ampang selama hampir 20 tahun dari awal penubuhan sehingga kini. Saya tidak tahu mengapa kontrak saya ditamatkan memandangkan saya telah mematuhi segala syarat ditetapkan Petron menerusi surat yang dikeluarkan pada 3 Oktober 2018.
“Tiba-tiba saya menerima surat penamatan kontrak pada 17 Disember 2018 dan dipaksa mengosongkan stesen tersebut pada 16 Januari lalu. Saya rasa tidak adil bagi pihak Petron untuk menamatkan SSLA dengan cara begini.
“Perbuatan mereka tidak berperikemanusiaan kerana tidak langsung mengendahkan kesusahan yang bakal dihadapi oleh saya dan keluarga termasuk 11 orang kakitangan yang bekerja di stesen minyak Petron itu, stesen minyak ini sahajalah sumber pendapatan saya,” katanya.

Artikel oleh : Utusan Malaysia
ISU FRANCAIS STESEN MINYAK PERLU TINDAKAN KERAJAAN

Tuesday, January 29, 2019

4796) USAHAWAN-USAHAWAN INDUSTRI FRANCAIS DIDISKRIMINASI OLEH FRANCAISOR – SIDANG MEDIA – 29/1/19

Sejak setahun yang lalu kami di PPIM menerima banyak aduan daripada usahawan-usahawan industri francais yang mendakwa mereka didiskriminasi dan mereka di zalimi oleh francaisor. Mereka dikatakan kehilangan antara RM150 ribu hingga RM3 juta mengikut industri. Kementerian pula dikatakan tidak melindungi industri tetapi dikatakan “berkawan rapat” dengan francaisor dan tidak membela pengusaha daripada “dipermainkan” serta ditindas.
YB Menteri baru daripada kerajaan baru diharapkan dapat membawa perbezaan kepada kaedah layanan hambar kepada pihak pengusaha (francais) yang sentiasa dikatakan bersama francaisor-francaisor.
Terkini didakwa ada kira-kira 20 pengusaha francais stesen minyak Petron yang dikatakan akan ditamatkan kontrak yang mana ada di antaranya telah menguruskan stasen minyak lebih 20 tahun dan merekodkan jualan yang lebih daripada purata jualan.
Di sudut lain pula, ada juga syarikat yang dikatakan menguruskan lebih 300 stesen minyak yang dilihat melanggar polisi pengagihan ekonomi yang baik. Banyak isu-isu penting yang akan dibincangkan bagi mencari kebenaran dan keadilan.











Monday, January 28, 2019

4795) HORMATI BUDAYA, ADAT RESAM - KOSMO - 26/1/19



PORT DICKSON - Kepelbagaian budaya dan adat resam harus dihormati dan diharmonikan agar tidak luput ditelan zaman yang semakin canggih dan pesat ketika ini.
Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, budaya dan adat resam yang diwarisi sejak sekian lama itu harus disemai kesemua lapisan masyarakat dan kaum khasnya generasi muda yang merupakan bakal pemimpin negara satu hari nanti.
 “Rakyat juga perlu berbangga kerana negara mempunyai kepelbagaian budaya dan adat resam, baik dari kaum Melayu, India, Cina dan lain-lain lagi yang pastinya turut menjadi tarikan pelancong sewaktu musim perayaan dan keraian setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu pelancaran Pertubuhan Adat Resam Dan Keris Melayu Nusantara (Pesantara) yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga Dan Kebajikan, Nicole Tan Lee Koon di Corus Paradise di sini hari ini.
Tunku Azwil berkata, kehadiran dan kewujudan Pesantara itu juga mampu memberi pengajaran kepada generasi muda untuk lebih menghargai budaya dan adat resam masing-masing melalui pelbagai majlis dan program kemuafakatan dan kemasyarakatan yang akan bermula tidak lama lagi.
Beliau berharap dengan tertubuhnya Pesantara, ia bukan sahaja dapat melambangkan jatidiri sesebuah bangsa di negara ini malah memartabatkan lagi negara Malaysia yang diketahui umum hidup dalam negara harmoni dengan rakyatnya yang berbilang kaum.
Sementara itu, Lee Koon berkata, majlis pelancaran Pesantara sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan adat resam dan budaya sesebuah bangsa ini, sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada masyarakat majmuk negara ini untuk menyantuni budaya antara sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain.
Jelasnya, aspek perpaduan dan keharmonian amatlah penting bagi terus menyuburkan keamanan dan kemakmuran yang telah dikecapi sebelum ini. - K! ONLINE

Artikel Oleh : Kosmo online
HORMATI BUDAYA, ADAT RESAM

4794) MINTA 'IMBUHAN' LULUSKAN PINJAMAN - UTUSAN MALAYSIA - 28/1/19



KUALA LUMPUR 27 Jan. - Sama ada gaji tidak cukup atau terlalu banyak komitmen menyebabkan permohonan pinjaman perumahan ditolak, namun terdapat segelintir pihak mengambil kesempatan dengan meminta imbuhan bagi tujuan kelulusan pinjaman.
Aduan sedemikian diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) daripada sebilangan pembeli rumah yang mendakwa diminta berbuat demikian untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank.
Menurut Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, tindakan tidak berintegriti sedemikian bukan perkara baharu malah ia sudah menjadi budaya yang tidak sihat dalam kalangan kakitangan institusi kewangan.
Bank tetapkan terlalu banyak prosedur remeh perlu dipatuhi pemohon untuk mendapatkan pinjaman sehingga menyukarkan mereka mendapatkan pinjaman bagi pembelian sebuah rumah.
“Contohnya isu laporan Credit Top of Services (CTOS), pernah kami terima aduan tunggakannya kurang daripada RM10 tetapi gagal dapat pinjaman. Kemudian bila dapat imbuhan (rasuah) boleh pula luluskan pinjaman," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Tambah beliau, disebabkan hal-hal sedemikian berlaku lambakan hartanah (rumah) yang tidak terjual sehingga mencecah nilai RM22.5 bilion seperti dimaklumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin pada Oktober tahun lalu.
Selain itu, katanya, faktor yang turut menyumbang kepada rumah tidak terjual adalah harga yang ditawarkan terlalu mahal termasuklah kos-kos prosedur seperti guaman dan sebagainya.
“Peguam, arkitek, kontraktor semuanya mengenakan caj pada kadar yang maksimum supaya dapat keuntungan berganda sekali gus menyebabkan harga rumah terlalu mahal.
"Kalau dijual pada harga mampu beli pun, pembeli diarahkan membayar duit tempahan yang tinggi, kos perjanjian jual beli, setem duti dan macam-macam lagi bayaran perlu dibuat sehingga menyebabkan mereka berfikir dua kali untuk membeli rumah,” ujarnya.

Artikel oleh : Utusan Malaysia
MINTA 'IMBUHAN' LULUSKAN PINJAMAN

Saturday, January 26, 2019

4793) USAH LUPAKAN GOLONGAN M40 – BERITA HARIAN – 26/1/19


Inisiatif kerajaan memperkenalkan Skim Perlindungan Nasional B40 (Skim mysalam) dalam membantu meringankan beban golongan berkenaan dilihat sebagai pendekatan positif, namun pelaksanaannya perlu dibuat secara menyeluruh.
Ketua Biro Wanita Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Suraya Ali, berkata tumpuan tidak seharusnya berpusat kepada B40 semata-mata tetapi juga golongan pertengahan atau M40 yang turut terbeban dengan kos sara hidup semasa walaupun pendapatan lebih tinggi.
“Usaha kerajaan mewujudkan skim ini adalah pendekatan baik, tetapi kita minta jangan abaikan kumpulan M40.
“Mengapa B40 saja yang diberi perhatian sedangkan ramai M40 turut memerlukan bantuan sama.
“Dalam hal ini, kerajaan perlu melihat kepada jumlah isi rumah dan bukannya pendapatan semata-mata kerana ada golongan M40 yang tidak mempunyai pendapatan mencukupi bagi menampung bilangan isi rumah ramai,” katanya kepada BH, semalam.
Suraya berkata, semua bentuk bantuan perlu sampai kepada golongan sasar manakala kerajaan harus adil dengan memastikan semua lapisan masyarakat mendapat manfaat.
Katanya, lebih baik bantuan diberi kepada M40 yang mempunyai bilangan anak ramai berbanding golongan B40 dengan jumlah isi rumah sedikit.
“Golongan B40 turut menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR),” katanya.
Skim mySalam yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kelmarin menyediakan perlindungan takaful kepada golongan isi rumah B40 yang menerima BSHR.
Bayaran sekali sebanyak RM8,000 diberi kepada penerima jika dikenal pasti menghidap satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Bayaran harian RM50 sebagai diberi sebagai pendapatan gantian jika penerima menjalani rawatan di mana-mana hospital kerajaan untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun atau bersamaan RM700 setahun.
Bantu penduduk Di Kota Bharu, Skim mySalam dilihat tepat dalam membantu penduduk berpendapatan rendah.
Kerani, Mohd Zaki Abdul Ghani, 34, berkata pendekatan itu bersesuaian dengan keadaan ramai rakyat menghidap pelbagai penyakit namun tidak mampu mendapatkan rawatan.
“Skim seperti ini akan membantu golongan berpendapatan rendah seperti saya,” katanya.
Peniaga, Nordin Saari, 52, berpendapat skim perlindungan itu sudah lama dinanti rakyat.
“Perubatan percuma dan bantuan RM8,000 besar ertinya buat golongan tidak berkemampuan dalam keadaan mereka menanggung beban penyakit,” katanya.
Di Johor Bahru, UMNO memuji inisiatif mySalam tetapi mahu isu berkaitan skim terbabit dan sistem penjagaan kesihatan secara keseluruhannya ditangani dengan baik.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata skim insurans B40 itu tidak sepenuhnya selari dengan prinsip perlindungan kesihatan sejagat dianjurkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Berdasarkan prinsip ini, mySalam tidak inklusif kerana hanya merangkumi 3.69 juta orang dari kumpulan B40. Bagaimana dengan mereka daripada kelompok M40 yang turut berdepan kekangan kewangan dalam mendapatkan perkhidmatan kewangan?
“Apakah ini bermakna kerajaan mengabaikan keperluan golongan M40 dalam mendapatkan akses perkhidmatan kesihatan melalui skim mysalam?,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Artikel oleh : Berita Harian
USAH LUPAKAN GOLONGAN M40

Friday, January 25, 2019

4792) MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL UNTUK PENASIHAT KEHORMAT PPIM - 25/1/19

Telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil untuk Allahyarham Husainy Hashim. Majlis ini telah diadakan di kediaman Ketua Aktivis PPIM dan turut disertai aktivis PPIM, ahli keluarga Allahyarham dan rakan-rakan kenalan.






Thursday, January 24, 2019

4791) WACANA SINAR HARIAN KALI KE 88 : INTEGRITI PENJAWAT AWAM BELUM MANTAP ? – SINAR HARIAN – 24/1/19

Panelis : 
1. Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM
2. Prof Dr Durrishah Idrus, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM
3.Dato’ Zamri Yahya, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, PDRM

4790) PENASIHAT KEHORMAT PPIM MENINGGAL DUNIA – MALAYSIA GAZETTE – 24/1/19


KUALA LUMPUR – Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), General (B) Datuk Husainy Hashim meninggal dunia kira-kira pukul 8.20 malam ini.
Allahyarham yang juga Pengerusi Yayasan Patriot menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di sini.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Khalid Ibnu Al Walid di Jalan Padang Tembak, Datuk Keramat untuk urusan pengebumian yang akan dilakukan esok.
Upacara pengebumian Allahyarham dijangka dibuat pukul 10.15 pagi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Artikel Oleh : Malaysia Gazette
PENASIHAT KEHORMAT PPIM MENINGGAL DUNIA

4789) HUSAINY HASHIM MENINGGAL DUNIA – UTUSAN MALAYSIA – 24/1/19


KUALA LUMPUR 23 Jan. – Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Jeneral (B) Datuk Husainy Hashim, 73, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) kira-kira pukul 8.20 malam tadi setelah menderita penyakit angin ahmar sejak beberapa bulan lalu.
Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, di sini pada pukul 10 malam dan akan disembahyangkan pagi esok sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor untuk pengkebumian.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan menerusi kenyataan berkata, pemergian Husainy merupakan satu kehilangan besar kepada PPIM kerana banyak membantu persatuan itu menegakkan keadilan demi hak pengguna.
Husainy dilahirkan di Perlis pada 6 Ogos 1945 dan dibesarkan di Kedah termasuk menerima pendidikan awal dan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid dan menceburi bidang ketenteraan pada tahun 1966 sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.
Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan ketenteraan, Allahyarham telah bertugas di beberapa agensi Awam seperti di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Penyelidikan di Cawangan Khas Kedah sebagai M10 Kementerian Pertahanan di Bahagian Keselamatan dan Perisikan serta Penasihat Ketenteraan kepada Menteri Pertahanan pada tahun 1986 dan 1987.
Allahyarham memillih untuk bersara awal pada tahun 1998. Husainy mempunyai empat orang anak dan 10 orang cucu. – UTUSAN ONLINE
Artikel oleh : Utusan Malaysia
HUSAINY HASHIM MENINGGAL DUNIA

4788) PENASIHAT KEHORMAT PPIM DATUK HUSAINY HASHIM MENINGGAL DUNIA – SINAR HARIAN – 24/1/19



KUALA LUMPUR – Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Brigadier Jeneral (B) Datuk Husainy Hashim meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju di sini pada pukul 8.20 malam ini.
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata Husainy, 73, yang juga Pengerusi Yayasan Patriot Negara dimasukkan ke hospital itu pada 16 Jan lepas akibat strok.
“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat PPIM dan beliau banyak membantu dalam tugasan kami dalam menegakkan keadilan demi hak pengguna.
“Segala nasihat dan pesanan beliau akan kami kenang dan amalkan demi meneruskan legasi beliau,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata jenazah Husainy akan dibawa ke Masjid Khalid Al Walid Jalan Padang Tembak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 di Kota Damansara pukul 10 pagi esok.
Allahyarham pernah berkhidmat di beberapa agensi awam seperti di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Penyelidikan di Cawangan Khas Kedah serta Atase Pertahanan di Kedutaan Malaysia di Ankara, Turki. – Bernama

Artikel Oleh : Sinar Harian
PENASIHAT KEHORMAT PPIM DATUK HUSAINY HASHIM MENINGGAL DUNIA

Tuesday, January 22, 2019

4787) PPIM, PERMAS SARAN SEMUA RESTORAN HENTI JUAL ROKOK – SINAR HARIAN – 19/1/19



KUALA LUMPUR – Pengusaha restoran di negara ini disaran menghentikan penjualan rokok bagi menyahut seruan kerajaan yang menguatkuasakan larangan merokok di premis makanan bermula 1 Januari lepas.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif itu yang diambil Restoran Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) perlu disokong dan wajar dicontohi pengusaha restoran lain.
“Jika kita lihat di United Kingdom, rokok biasanya tidak dijual secara umum, sebaliknya dijual di tempat khas,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Saranan itu turut disokong Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan & Selangor (Permas) Ayob Abd Majid yang berkata pengusaha boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjual produk lain yang lebih bermanfaat kepada pelanggan.
“Lagipun jika kita lihat penjualan rokok di kaunter restoran tidaklah memberi margin keuntungan yang besar, jadi saya yakin tiada masalah jika setiap restoran menghentikan penjualannya dan mencari inisiatif lain yang boleh membantu beri keuntungan kepada restoran,” katanya ketika ditemui Bernama.
Restoran Pelita baru-baru ini dilapor menghentikan penjualan rokok di kesemua 28 restorannya di seluruh negara berkuat kuasa 16 Januari lepas. – Bernama

Artikel Oleh : Sinar Harian
PPIM, PERMAS SARAN SEMUA RESTORAN HENTI JUAL ROKOK

4786) SELAGI TIADA PENGUATKUASAAN, KPDNHEP AKAN TERUS DIHUJANI ADUAN – SINAR HARIAN – 22/1/19


KUALA LUMPUR – Selagi tiada penguatkuasaan yang serius ke atas pihak-pihak terbabit, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berterusan menerima banyak aduan pelbagai kenaikan harga barangan termasuklah makanan dan minuman.
Keadaan itu sekali gus menyebabkan hasrat kerajaan untuk mengekang peniaga yang mengaut keuntungan besar, tidak kesampaian.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, peniaga seolah-olah tidak takut kerana penguatkuasaan yang tidak serius.
“Mereka (peniaga) beri pelbagai alasan termasuk faktor luar negara. Mereka sebenarnya tidak takut kepada penguatkuasaan,” katanya.
Menurutnya, pihak kehakiman juga perlu menjatuhkan hukuman denda yang setimpal kepada peniaga yang disabitkan dengan kesalahan mengaut keuntungan berlebihan.
“Sekiranya denda rendah dikenakan, ia tidak akan membuka mata masyarakat terutamanya peniaga mengenai kesalahan yang dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian. Semalam, Menteri KPDNHEP Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, kenaikan harga makanan dan minuman mendominasi purata 4,000 aduan yang diterima pihaknya, secara puratanya setiap bulan. Lebih 50 peratus aduan yang diterima ialah mengenai kenaikan harga makanan dan minuman di premis makanan, ‘food court’ dan restoran.

Artikel oleh : Sinar Harian
SELAGI TIADA PENGUATKUASAAN, KPDNHEP AKAN TERUS DIHUJANI ADUAN

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...