Saturday, December 31, 2022

MOHAMAD SABU JAMIN BAWA ISU CPTPP KE KABINET - SUARA KEADILAN - 28/12/2022

 

Enam tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Jaminan itu diberikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu selepas menerima satu memorandum daripada Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), Nurfitri Amir Muhammad kepadanya hari ini.

Nurfitri hadir ke Wisma Tani di Putrajaya bagi mewakili 54 organisasi yang membantah perjanjian CPTPP yang dimeterai pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu.

Katanya, perjanjian itu terlalu kompleks dan seumpama jerangkap kepada ekonomi Malaysia yang dibimbangi bakal menyukarkan Kerajaan Perpaduan merangka polisi mesra rakyat.

"Tujuan memorandum ini supaya kementerian menjalankan penilaian dan kajian terperinci kerana sejak perdebatan mengenai CPTPP ini, tiada satu pun pendirian oleh kementerian berkenaan kesan perjanjian kepada hak petani dan industri secara secara keseluruhan," katanya.

Turut hadir bertemu Mohamad Sabu adalah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman.

Pada 5 Oktober lalu,  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan Kabinet bersetuju meratifikasi CPTPP.

MITI dalam satu kenyataan kemudian berkata, selaras dengan keputusan itu kerajaan menyerahkan Instrumen Ratifikasi (IOR) kepada depositari CPTPP, New Zealand pada 30 September lalu.

Sementara itu menurut Nurfitri, analisis kos dan faedah yang dikeluarkan MITI tidak langsung mengkaji kesan CPTPP terhadap petani, penternak, nelayan, usahawan sektor pertanian serta pengguna, malah tiada penilaian kesan kepada keterjaminan makanan negara.

"Antara tuntutan kami adalah negara-negara yang meratifikasi CPTPP wajib menyertai Konvensyen Kesatuan Antarabangsa Bagi Perlindungan Varieti Tumbuhan Baharu (UPOV) 1991.

"Konvensyen ini bertujuan memberikan perlindungan dan hak monopoli yang meluas kepada pembiak baka tumbuhan bagi tujuan kononnya menggalakkan pelaburan dan inovasi.

"Sistem UPOV berat sebelah dan menafikan kepentingan dan sumbangan petani. UPOV menghalang petani melakukan inovasi dan menafikan hak tradisi petani untuk bebas berkongsi dan menjual benih terlindung yang dituai dari ladang mereka sendiri," katanya.

Beliau juga bimbang kesan perjanjian itu kepada nelayan.

Di bawah perjanjian itu tegasnya, subsidi untuk nelayan boleh disekat jika seseorang nelayan menangkap spesis ikan yang dikategorikan sebagai spesis yang berkurangan kerana terlalu banyak ditangkap.

"Peraturan ini tidak adil kerana ia meletakkan kesalahan kekurangan spesis ikan kepada nelayan kecil sedangkan punca utama kepupusan ikan adalah daripada pencemaran dan penggunaan pukat yang diharamkan oleh bot-bot tunda yang besar.

"Tidak ada pengecualian berkenaan hal ini untuk nelayan kecil atau nelayan pantai," katanya.

Beliau juga bimbang perjanjian itu akan memberi kesan kepada petani apabila perlindungan pemasaran ekslusif terhadap agrokimia akan meningkatkan harga racun

"CPTPP memberikan 10 tahun keistimewaan perlindungan pemasaran eksklusif terhadap agrokimia yang akan menyebabkan harga racun pertanian meningkat tiga kali ganda.

"Adalah lebih baik supaya petani beralih kepada kaedah pertanian alami, perubahan mendadak dalam harga racun kimia boleh menyebabkan petani gulung tikar dengan lebih awal," katanya lagi.

Artikel oleh: Suara Keadilan

MOHAMAD SABU JAMIN BAWA ISU CPTPP KE KABINET

Friday, December 30, 2022

ISU PERJANJIAN CPTPP KE MESYUARAT KABINET - MAT SABU - MALAYSIA GAZETTE - 29/12/2022

 

PUTRAJAYA – Enam tuntutan yang dikemukakan 54 badan bukan kerajaan (NGO), termasuk parti politik berhubung Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), Nurfitri Amir Muhammad berkata, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memaklumkan demikian setelah mengadakan pertemuan dengan mereka.

“Komitmen Menteri dia akan berhubung lebih lanjut dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tapi keputusan ini adalah daripada Perdana Menteri dan Kabinet bukan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

“Jadi Perdana Menteri perlu respon terhadap isu ini. Dia (Mohamad) akan bawa ke kabinet,” katanya setelah mengadakan pertemuan hampir satu jam dengan Mohamad, di sini, hari ini.

Mohamad sebelum itu menerima memorandum FKMM yang disokong 54 organisasi antara lain daripada organisasi petani, penternak dan nelayan serta organisasi pengguna, alam sekitar dan ekonomi serta keusahawanan itu.

Turut serta adalah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman.

Pada 5 Oktober lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) menjelaskan Kabinet bersetuju meratifikasi CPTPP, sekaligus menyaksikan Malaysia menjadi negara ke-9 meratifikasikan perjanjian itu, perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai pada 8 Mac 2018.

Selaras dengan itu, kerajaan menyerahkan Instrumen Ratifikasi (IOR) kepada depositari CPTPP, New Zealand pada 30 September lalu.

Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), NurFitri Amir Muhammad bercakap kepada media selepas menyerahkan memorandum berkenaan Comprehensive and Progressive Agreement for Transpacific Partnership (CPTPP) di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 29 DISEMBER 2022.

Dalam pada itu, Nurfitri Amir berkata, tujuan memorandum tersebut dihantar adalah bagi mendapatkan penjelasan sama ada kementerian telah melaksanakan penilaian dan kajian terperinci mengenai ratifikasi CPTPP.

Beliau mendakwa, analisis kos dan faedah yang dikeluarkan MITI tidak langsung mengkaji kesan CPTPP terhadap petani, penternak, nelayan, usahawan sektor pertanian serta pengguna, malah tiada penilaian kesan kepada keterjaminan makanan negara.

“Antara tuntutan kami adalah negara-negara yang meratifikasi CPTPP wajib menyertai Konvensyen Kesatuan Antarabangsa Bagi Perlindungan Varieti Tumbuhan Baharu (UPOV) 1991. Konvensyen ini bertujuan untuk memberikan perlindungan dan hak monopoli yang meluas kepada pembiak baka tumbuhan bagi tujuan kononnya menggalakkan pelaburan dan inovasi.

“Sistem UPOV berat sebelah dan menafikan kepentingan dan sumbangan petani. UPOV menghalang petani melakukan inovasi dan menafikan hak tradisi petani untuk bebas berkongsi dan menjual benih terlindung yang dituai dari ladang mereka sendiri,” katanya.

Dakwanya lagi, menerusi CPTPP, subsidi untuk nelayan boleh di sekat jika seseorang nelayan menangkap spesis ikan yang di kategorikan sebagai spesis yang berkurangan kerana terlalu banyak ditangkap.

“Kami mohon agar kerisauan kami dibawa ke mesyuarat Kabinet supaya penyertaan Malaysia ke dalam perjanjian CPTPP ini dapat dikaji semula demi kemaslahatan petani, nelayan dan penternak serta keterjaminan makanan negara,” katanya.

Artikel oleh: Malaysia Gazette

ISU PERJANJIAN CPTPP KE MESYUARAT KABINET - MAT SABU

https://malaysiagazette.com/2022/12/29/isu-perjanjian-cptpp-ke-mesyuarat-kabinet-mat-sabu/


Thursday, December 29, 2022

MENTERI JAMIN PANJANGKAN ISU CPTPP KE KABINET - BERITA HARIAN - 29/12/2022

 

PUTRAJAYA: Enam tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang didakwa memberi kesan negatif kepada petani, nelayan dan penternak tempatan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Jaminan itu diberikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu selepas bertemu, meneliti dan mengambil kira keperluan dan tuntutan NGO berkenaan di pejabatnya hari ini.

Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), Nurfitri Amir Muhammad, berkata Mohamad juga memaklumkan akan berhubung lanjut dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi mendesak supaya ratifikasi CPTPP ditarik balik.

"Tapi keputusan ini adalah keputusan PM dan Kabinet, bukan MITI, jadi PM perlu respons terhadap isu ini.

"Jadi menteri juga nyatakan komitmen untuk bawa isu tuntutan kami ini ke mesyuarat Kabinet nanti," katanya kepada media selepas pertemuan hampir sejam bersama Mohamad.

Yang turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman.

Terdahulu Nurfitri mewakili NGO menyerahkan memorandum yang disokong 54 organisasi antara lain daripada organisasi petani, penternak dan nelayan serta organisasi pengguna, alam sekitar dan ekonomi serta keusahawanan kepada Mohamad sebaik tiba di lobi kementerian.

Mohamad kemudian memaklumkan akan mendengar dan meneliti tuntutan terbabit sebelum beredar ke pejabatnya.

Pada 5 Oktober lalu, MITI memaklumkan Kabinet bersetuju meratifikasi CPTPP sekali gus menyaksikan Malaysia menjadi negara ke-9 meratifikasikan CPTPP, perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai pada 8 Mac 2018.

MITI dalam satu kenyataan berkata, selaras dengan itu, kerajaan telah menyerahkan Instrumen Ratifikasi (IOR) kepada depositari CPTPP, New Zealand pada 30 September lalu.

Selain itu Nurfitri berkata, tujuan memorandum itu dihantar bagi mendapatkan penjelasan sama ada kementerian sudah melaksanakan penilaian dan kajian terperinci mengenai ratifikasi CPTPP.

Beliau mendakwa, analisis kos dan faedah yang dikeluarkan MITI tidak langsung mengkaji kesan CPTPP terhadap petani, penternak, nelayan, usahawan sektor pertanian serta pengguna, malah tiada penilaian kesan kepada keterjaminan makanan negara.

"Antara tuntutan kami adalah negara-negara yang meratifikasi CPTPP wajib menyertai Konvensyen Kesatuan Antarabangsa Bagi Perlindungan Varieti Tumbuhan Baharu (UPOV) 1991.

"Konvensyen ini bertujuan untuk memberikan perlindungan dan hak monopoli yang meluas kepada pembiak baka tumbuhan bagi tujuan kononnya menggalakkan pelaburan dan inovasi.

"Sistem UPOV berat sebelah dan menafikan kepentingan dan sumbangan petani. UPOV menghalang petani melakukan inovasi dan menafikan hak tradisi petani untuk bebas berkongsi dan menjual benih terlindung yang dituai dari ladang mereka sendiri," katanya.

Dakwanya lagi, menerusi CPTPP, subsidi untuk nelayan boleh di sekat jika seseorang nelayan menangkap spesis ikan yang dikategorikan sebagai spesis yang berkurangan kerana terlalu banyak ditangkap.

"Tidak ada pengecualian berkenaan hal ini untuk nelayan kecil atau nelayan pantai. Peraturan ini tidak adil kerana ia meletakkan kesalahan kekurangan spesis ikan kepada nelayan kecil sedangkan punca utama kepupusan ikan adalah daripada pencemaran dan penggunaan pukat yang diharamkan oleh bot-bot tunda yang besar.

"CPTPP memberikan 10 tahun keistimewaan perlindungan pemasaran eksklusif terhadap agrokimia yang akan menyebabkan harga racun pertanian meningkat tiga kali ganda. Walaupun adalah lebih baik supaya para petani beralih kepada kaedah pertanian alami, perubahan mendadak dalam harga racun kimia boleh menyebabkan petani gulung tikar dengan lebih awal.

"Penternak pula akan menanggung kos ubatan veterinar yang lebih mahal akibat daripada undang-undang harta intelek yang lebih ketat berdasarkan bab Harta Intelek dalam teks perjanjian ini," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian

MENTERI JAMIN PANJANGKAN ISU CPTPP KE KABINET

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1045447/menteri-jamin-panjangkan-isu-cptpp-ke-kabinet

MAJIKAN HARUS HENTI BERI ALASAN TAK BERSEDIA LAKSANA GAJI MINIMUM - MTUC - BERITA HARIAN - 28/12/2022

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan menguatkuasakan gaji minimum secara menyeluruh kerana majikan sering menggunakan alasan tidak bersedia untuk melaksanakan perkara itu.

Menurut MTUC, sejak 2013 majikan memberi alasan yang sama iaitu mereka tidak bersedia untuk membayar gaji minimum kepada pekerja.

Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani, berkata dengan penangguhan yang diumumkan kerajaan, semalam, ia akan terus membunuh industri Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

"Kami di MTUC amat terkejut dengan langkah diambil oleh kerajaan berkenaan gaji minimum.

Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani.
Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani.

"PMKS adalah industri yang sukar mendapatkan pekerja, dengan tidak melaksanakan gaji minimum, pekerja tidak mahu bekerja dengan PMKS dan industri ini akan alami kerugian besar," katanya.

Mohd Effendy berkata, kebanyakan pekerja di PMKS adalah golongan B40 dan kerajaan seharusnya membantu membela nasib mereka.

"Sebelum ini, pelaksanaan gaji minimum sepatutnya dilaksanakan pada 1 Mei, namun ditangguhkan sehingga 1 Januari. Kini, kerajaan mengumumkan ia ditangguhkan lagi, ini tidak mendatangkan kebaikan kepada pekerja atau pemain industri," katanya.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata kerajaan memutuskan untuk menangguhkan penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja sehingga 1 Julai 2023.

Beliau berkata, majikan dalam kategori berkenaan diberikan penangguhan selama enam bulan terhadap penguatkuasaan gaji minimum itu berbanding tarikh 1 Januari 2023 yang ditetapkan sebelum ini.

Katanya, keputusan itu dibuat kerajaan selepas mengambil kira soal kesediaan majikan dalam kategori berkenaan bagi menguatkuasakan gaji minimum baharu kepada pekerja mereka.

MTUC berpendapat, jika gaji minimum dilaksanakan, PMKS akan meningkatkan produktiviti mereka bagi membolehkan mereka membuat bayaran gaji pekerja seterusnya akan meningkatkan lagi industri itu.

"Inilah masanya kerajaan melihat mana-mana PMKS yang mengalami masalah kewangan atau aliran tunai, masa itulah mereka diberi bantuan oleh kerajaan, bukan sekat gaji minimum pekerja.

"Sejak 2013 majikan sering memberi alasan sama, tidak bersedia. Sampai bila ? Adakah kini majikan gulung tikar kerana gaji minimum dinaikkan beberapa kali? Jawapannya tidak, kerana terdapat pelbagai bantuan kerajaan untuk usahawan," katanya.

Mohd Effendy berkata, kajian menunjukkan produktiviti negara meningkat untuk menjana pendapatan pada suku kedua dan ketiga 2022 iaitu selepas musim COVID-19.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan menjalankan kajian sepenuhnya sebelum melaksanakan apa sahaja dasar baharu, termasuk gaji minimum.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata mengambil contoh pelaksanaan gaji minimum, jika gaji lebih baik ditawarkan di syarikat besar, pekerja tidak lagi mahu bekerja dengan PMKS.

"Industri itu mungkin akan terjejas. Tetapi keputusan kerajaan sudah ada, jika ditarik balik kesannya adalah kepada pemain industri dan jika ditarik balik, rakyat akan pandang serong kepada kerajaan, adakah kerajaan tidak berpendirian," katanya.

Nadzim berkata, jika kerajaan berpendapat majikan tidak mampu melaksanakan gaji minimum, kerajaan harus bersedia menyediakan satu mekanisma lain untuk menampung perbezaan RM300 itu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

"Mungkin kerajaan boleh beri kupon atau program subsidi bersasar untuk cukupkan beza RM300 itu. Impaknya amat besar kalau dikupas satu per satu. Kerajaan harus buat kajian menyeluruh jangan beri ruang untuk orang ramai mengkritik kerajaan," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian

MAJIKAN HARUS HENTI BERI ALASAN TAK BERSEDIA LAKSANA GAJI MINIMUM - MTUC 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1045044/majikan-harus-henti-beri-alasan-tak-bersedia-laksana-gaji-minimum

Saturday, December 24, 2022

HENTIKAN MENUNDING JARI, PASTIKAN TRAGEDI TANAH RUNTUH RAGUT 31 NYAWA TIDAK BERULANG - KENYATAAN MEDIA PPIM - 24/12/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan salam takziah kepada waris mangsa kejadian tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali di sini pada Jumaat minggu lalu.

Mengambil kira sensitiviti kes dan ada maklumat masih belum jelas PPIM menggesa pihak berkuasa menyiasat kejadian tersebut tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata, PPIM tidak mahu lagi alasan demi alasan diberikan kepada rakyat akhirnya kes tersebut sunyi begitu sahaja.

"Sudah banyak kali perkara begini berlaku, yang mengalami kerugian, yang cedera, yang meninggal rakyat, bukan pemimpin Negara! Sampai bila baru kerajaan ambil serius perkara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nadzim berkata pelbagai peraturan dan SOP yang ditetapkan pelbagai agensi dan pakar oleh seluruh negara, malah PPIM percaya pihak kerajaan juga pernah mendapatkan pandangan pakar luar negara berkenaan masalah tanah runtuh ini, namun apakah kesudahannya?

"Malaysia bukan negara miskin, kita negara membangun dengan pelbagai teknologi dan kepakaran, untuk perkara seperti ini berlaku amat menyayat hati,

"Benar, tanah runtuh bukan sesuatu yang boleh dijangka tapi kehilangan nyawa boleh dielakkan! Di manakah pihak berwajib yang dipertanggungjawab memastikan keselamatan cerun-cerun negara? Bukankah kita pernah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar," katanya.

Nadzim turut mempersoalkan apa kesudahan Buku Panduan Penyelenggaraan Cerun untuk Orang Awam oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 2011 dan apa status garis panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi 2010.

"Pelbagai kajian dilakukan, berapa juta duit rakyat sudah dihabiskan, sampai bila nak selindung di belakang birokrasi dan kesilapan orang awam, ambillah tanggungjawab dan bertindak segera sebelum lebih banyak nyawa rakyat yang menjadi korban," katanya.

Friday, December 23, 2022

KL, SELANGOR CATAT HARGA RUMAH PALING MAHAL - PPIM - HARIAN METRO - 22/12/2022

 

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan harga rumah teres paling mahal di negara ini.

Manakala Melaka dan Perlis merekodkan harga rumah paling murah biarpun purata gaji pada kadar hampir RM3,000.

Harga purata rumah teres masih di bawah RM200,000 berbanding Sabah dan Pulau Pinang dengan purata gaji hampir RM3,000 namun harga rumah teres mencecah RM500,000.

Ia dikongsikan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang berkongsi mengenai perkara itu di laman Facebook rasmi.

Menerusi hantaran itu juga, PPIM turut memuatnaik maklumat berkenaan purata harga rumah teres di setiap negeri.

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, kerajaan perlu mempelajari kaedah penyediaan rumah, pelan strategi perumahan di negara lebih berjaya, terutama di kawasan bandar seperti Hong Kong dan Singapura.

"Sememangnya masalah ini sudah lama dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan bandar utama negara.

Namun tidak ada langkah yang benar-benar berkesan atau di luar kotak.

"Jika ada pun seperti program rumah rakyat, rumah mampu milik dan skim sewa beli, jumlah unit rumah masih jauh rendah bilangannya daripada permintaan pada satu-satu masa. Kerajaan negeri seperti negeri Selangor turut mengadakan program yang sama namun ia belum mencukupi.

"Mungkin kerajaan perlu mempelajari kaedah penyediaan rumah dan pelan strategi perumahan di negara lain yang lebih berjaya, terutama di kawasan bandar seperti di Hong Kong dan Singapura.

"Ia bukan saja rumah tetapi menyediakan infrastruktur yang komprehensif supaya projek itu mempunyai daya saing sendiri pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, usaha kerajaan yang kebanyakannya tertumpu pada pembinaan rumah kos rendah adalah langkah baik, namun belum mencukupi bagi membantu golongan sasaran memiliki kediaman sendiri.

"Usaha itu hanya penyelesaian jangka pendek bertujuan mewujudkan penawaran, sedangkan ada isu lain yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan, iaitu pinjaman perumahan melalui bank.

"Rakyat tentu gembira dengan pengumuman lebih banyak rumah mampu milik bakal dibina, namun jika mereka berjaya mendapat pinjaman, kadar faedah yang dikenakan adalah tinggi menyebabkan adakala kos pembiayaan (pembelian rumah) melebihi harga asal rumah.

"Sebagai contoh, rumah RM300,000 yang dibiayai dengan pinjaman bank selama 30 tahun dan kadar bunga 6.0 peratus akan menyebabkan peminjam terpaksa membayar RM1,798 sebulan dan jumlah pembayaran pinjaman keseluruhan sebanyak RM647,514, iaitu lebih sekali ganda harga rumah.

"Disebabkan itu, perlu ada pembiayaan alternatif yang tidak membabitkan pinjaman bank bagi pembelian rumah mampu milik," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

KL, SELANGOR CATAT HARGA RUMAH PALING MAHAL - PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/918197/kl-selangor-catat-harga-rumah-paling-mahal-ppim

Wednesday, December 21, 2022

PPIM DESAK JAKIM DAN KERAJAAN AMBIL TINDAKAN PENGAKUAN PABLO AMIRUL - TVPPIM - 20/12/2022

 


PPIM MAHU MALAYSIA KELUAR DARI CPTPP - TVPPIM - 20/12/2022

 


CPTPP SATU BENTUK PENJAJAHAN, IMPORT AKAN MELEBIHI EKSPORT - MALAYSIA GAZETTE - 20/12/2022

 


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan ratifikasi Perjanjian Progresif dan Komprehensif Perkongsian Trans Pasifik (CPTPP) yang dianggotai Malaysia adalah satu bentuk penjajahan.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana dalam perjanjian antarabangsa itu yang terdapat beberapa pengecualian dan perlindungan untuk kedaulatan negara.

Beliau menegaskan, CPTPP hanya menyamar sebagai perjanjian perdagangan bebas dan  hakikatnya ia bukan kerana perjanjian itu bukan untuk mempertingkatkan jumlah eksport kerana mengikut Kajian Analisis Kos Faedah (CBA), hasilnya terlalu ciput dan tidak signifikan.

Malah kata Nadzim, ia akan mengurangkan lebihan perdagangan kerana import akan melebihi eksport.

“CPTPP adalah beban tinggalan tiga pentadbiran terdahulu kini terpaksa diwarisi oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja dibentuk.

PPPIM sedar bahawa Perdana Menteri berada dalam situasi yang sukar, apatah lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah mempersoalkan kewajaran Malaysia menyertai CPTPP ketika bergelar pembangkang sebelum ini.

“Namun sebagai ketua kerajaan, kemaslahatan terhadap 35 juta warganegara haruslah menjadi keutamaan seorang Perdana Menteri berbanding manfaat kepada kumpulan tertentu sahaja,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri beberapa pemimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Nadzim menambah, CPTPP adalah berganda lebih bahaya daripada Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana kemungkinan besar perjanjian itu boleh menjejas kemampuan Raja-Raja memelihara beberapa pekara penting yang termaktub dalam Perlembagaan Persukutuan.

Ujar beliau, pada masa sama, terdapat juga pihak-pihak yang kami anggap tidak patriotik beriya-iya mempromosi CPTPP melalui kempen menggunakan helah ‘half-truth’ walhal mereka sepatutnya lebih menjawab secara objektif.

Ia bagi merungkai segala kemusykilan dan kebimbangan besar rakyat khususnya dari segi peningkatan kebajikan rakyat-yang kerap dibangkitkan

“Mereka wajar akui CBA adalah flawed kerana hanya menilai sudut ekspot dan pelaburan secara langsung semata-mata yang mengenepikan sama sekali penilaian kerugian pada rakyat dan negara.

“Pembohongan kempen ini sudah tentu akan dipecah-tembelang di Parlimen tapi
 pembahasan itu tidak berlaku sebelum ratifikasi kerana ia dimaklum pada Parlimen hanya tiga hari sebelum dibubar,” katanya.

Pada 6 Oktober lalu, bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan CPTPP bagi Malaysia akan mula berkuatkuasa pada 29 November lalu.

Kata beliau, Malaysia telah meratifikasi CPTPP berikutan penyerahan surat cara ratifikasi oleh kerajaan untuk perjanjian itu kepada New Zealand, depositari CPTPP, pada 30 September 2022.

Menurut Mohamed Azmin, ratifikasi CPTPP bagi Malaysia dianggap selesai dan Malaysia merupakan negara kesembilan yang meratifikasi perjanjian itu. – MalaysiaGazette


Artikel oleh: Malaysia Gazette

CPTPP SATU BENTUK PENJAJAHAN, IMPORT AKAN MELEBIHI EKSPORT

https://malaysiagazette.com/2022/12/20/cptpp-satu-bentuk-penjajahan-import-akan-melebihi-eksport/

Friday, December 16, 2022

ISU KETERJAMINAN MAKANAN: KERAJAAN DIGESA PASTIKAN BEKALAN CUKUP, BANGUNKAN INFRASTRUKTUR - SAMUDERA.MY - 15/12/2022

 

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2022 - Kerajaan Malaysia digesa untuk memastikan bekalan barang keperluan asas mencukupi di pasaran sekali gus membangunkan infrastruktur luar bandar bagi menangani isu keterjaminan makanan dalam negara.

Portal berita tempatan melaporkan, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Profesor Datuk Dr N Marimuthu berkata, meskipun harga barangan asas mahal, kerajaan harus memastikan ianya mencukupi untuk mengelakkan berlakunya pembelian panik.

"Kita tak nak perkara ini berlaku kerana kesannya akan menyebabkan pengguna merana," ujarnya.

Sementara itu, Rauzan Isa, Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) pula mencadangkan agar Kerajaan memfokuskan pada kegiatan ekonomi utama di kawasan luar bandar bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Antara cadangannya adalah menaik taraf infrastruktur penting yang berupaya merancakkan rantaian sektor ekonomi tertentu seperti jaringan internet, bekalan elektrik yang luas dan jalan pertanian yang baik.

"Dengan adanya jalan yang baik, hasil pertanian dapat dikeluarkan secara optimum dan lebih banyak aktiviti pertanian baharu boleh dibuka. Ketika ini masih banyak tanah tidak dapat diusahakan kerana jalan teruk atau tiada bekalan elektrik," tambah beliau.

Mengulas lanjut, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut menyarankan Kerajaan melaksanakan aktiviti penanaman sendiri bagi mengatasi isu kos sara hidup.

Beliau berpendapat, "Kerajaan perlu buat sesuatu seperti laksana tanam sendiri (sayur-sayuran, buah-buahan). PPIM sendiri mengusahakan tanaman cendawan. Kita puas makan dan dalam masa sama mengurangkan import makanan. Jadi harga dapat dikawal dan lebih murah."

Menurutnya, harga barang keperluan asas dilihat meningkat terutamanya ketika negara dilanda bencana banjir. Justeru itu, Kerajaan perlu mengutamakan isu kos sara hidup.


Artikel oleh: Samudera.my

ISU KETERJAMINAN MAKANAN: KERAJAAN DIGESA PASTIKAN BEKALAN CUKUP, BANGUNKAN INFRASTRUKTUR

https://www.samudera.my/isu-keterjaminan-makanan-kerajaan-digesa-pastikan-bekalan-cukup-bangunkan-infrastruktur/

Thursday, December 15, 2022

BERI PENGECUALIAN PENGELUARAN KWSP - UTUSAN MALAYSIA - 15/12/2022

 

PETALING JAYA: Kerajaan Perpaduan perlu memberi pengecualian pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada golongan yang memerlukannya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pengecualian itu perlu dipertimbang dengan mengambil kira keadaan semasa yang mendesak pencarum.

“KWSP ini kita faham bahawa dari segi dasarnya memang tidak membenarkan pengeluaran wang caruman, sakit ke apa ke memang tidak bagi.

“Tetapi kita perlu lihat yang perkara sebenarnya dalam keadaan berbeza. Contohnya jika pencarum itu sudah sampai nak diisytihar bankrap, (kalau tak dapat keluarkan caruman KWSP), sudah tentu boleh jadi bankrap.

“Jadi, bagi saya KWSP itu kena lihat keadaan semasa. Kalau ada keperluan, maka kena ada rasa pertimbangan dengan pencarum sebab kita kena tahu yang peraturan apa semua itu boleh diubah, itu bukan al-Quran,” katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan, seramai 320,000 pencarum merayu kerajaan mempertimbang pengeluaran khas caruman KWSP secara bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini.

Gesaan tersebut diterima Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) melalui borang secara dalam talian yang diusahakan persatuan itu sejak 5 Julai lepas.

Sebanyak 15 faktor utama dikenal pasti membelenggu mereka yang menuntut pengeluaran khas itu, yang merangkumi desakan hidup, pendapatan tidak seimbang dan tunggakan hutang pascapandemik Covid-19.

Dalam pada itu, pensyarah ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata, pengecualian pengeluaran caruman itu boleh dipertimbang kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, tetapi dalam masa sama mempunyai simpanan besar.

Beliau berkata, ini kerana tuntutan itu sudah tentu sangat memerlukan untuk mereka berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi ketika ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan sebaiknya dapat memperincikan individu mana yang layak menikmati pengeluaran itu dan individu mana sebaliknya.

“Misalnya ia dibenarkan, ia perlu mengambil kira bahawa orang yang mengambil itu sudah cukup simpanan bersara, jika tidak, maka kita hanya memberikan harapan palsu kepada mereka.

“Selain itu, ia perlu mengambil kira juga umur (mereka yang mahu mengeluarkan wang caruman itu. Jika sekarang ini individu itu berusia 35 tahun dan mempunyai baki caruman RM150,000, maka mungkin boleh sempat kumpul RM250,000 untuk bersara.

“Sebab RM250,000 itu merupakan satu sasaran baru yang ditentukan KWSP bagi membolehkan pencarum dapat bersara dengan pencen bulanan RM1,000 sebulan.

“Tetapi, kena fikir juga adakah RM1,000 sebulan itu mencukupi? Hari ini pun (kadar itu) belum mencukupi kerana sekurang-kurangnya memerlukan RM3,000 sebulan bagi menampung kos sara hidup yang dianggarkan mencecah RM2,500 sebulan,” katanya.

Sementara itu, pakar ekonomi yang juga Pensyarah Kanan City University Malaysia, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob pula berpandangan, pengeluaran caruman KWSP tidak wajar dipertimbang walaupun secara bersasar.

Beliau berkata, ia mengambil kira beberapa pengeluaran yang sudah diluluskan sebelum ini yang sudah tentu menyebabkan baki caruman simpanan mereka berkurangan.

“Kalau benarkan lagi, apa tinggal untuk hari bersara esok? Jadi bila masa mahu tambah semula caruman yang dikeluarkan? Bilakah individu yang keluar itu boleh dapat pendapatan tetap dan boleh bayar semula caruman?

“Kita kena tahu implikasinya iaitu tabungan itu akan menjadi kurang lagi dan memang susah mahu penuhkan semula sampai tahap sebelum ini. Kalau keluar RM10,000 pun ambil masa bertahun untuk (ganti semula), itu pun jika kita konsisten mencarum.

“Tetapi kalau sudah keluar selepas itu tidak diisi semula, hanya mengharapkan dividen tahunan KWSP, maka sampai bila mahu bertambah. Umur meningkat, tetapi kenaikan caruman perlahan.

“Oleh itu, bukan saya tidak simpati, tetapi kena fikir jangka masa panjang terutama mereka yang masih berkeluarga,” katanya.

Justeru, beliau mengharapkan mereka yang menuntut pengeluaran caruman itu dapat meneliti semula perbelanjaaan dan komitmen harian mereka agar sesuai dengan kos sara hidup pada masa ini.

Malah katanya, golongan itu juga perlu mencari pendapatan sampingan lain terutama menceburkan diri dalam gig ekonomi selain boleh mempelajari kemahiran lain untuk menambah pendapatan. – UTUSAN


Artikel oleh: Utusan Malaysia

BERI PENGECUALIAN PENGELUARAN KWSP

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/beri-pengecualian-pengeluaran-kwsp/

RINGAN BEBAN RAKYAT - SINAR HARIAN - 15/12/2022

 

Artikel oleh: Sinar Harian

RINGAN BEBAN RAKYAT

SELESAI ISU HARGA NAIK KETIKA MUSIM TENGKUJUH - SINAR HARIAN - 15/12/2022

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kerajaan melaksanakan penanaman sendiri bagi menangani kos sara hidup termasuk ketika tengkujuh.

Presidennya, Datuk Nadzim Johan berkata, usaha itu bagi mengelak kebergantungan import bekalan makanan sekali gus harga dapat dikawal malah lebih murah.

"Sekarang trend harga barangan keperluan meningkat. Macam harga tembikai, saya terkejut beli tiga biji cecah RM100 lebih, kekacang seperti kacang tanah pun naik.

"Kerajaan perlu buat sesuatu seperti laksana tanam sendiri (sayur-sayuran, buah-buahan). PPIM sendiri mengusahakan tanaman cendawan. Kita puas makan dan dalam masa sama mengurangkan import makanan. Jadi harga dapat dikawal dan lebih murah," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nadzim, harga barang keperluan asas secara umum dilihat meningkat terutama dalam keadaan negara sedang berdepan dengan bencana banjir.

"Justeru, isu kos sara hidup perlu menjadi keutamaan kerajaan," ujar beliau.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Profesor Datuk Dr N Marimuthu pula berkata, meskipun harga barangan keperluan asas disifatkan mahal, namun kerajaan mesti memastikan bekalan barangan berkenaan di pasaran mencukupi."Harga di pasaran terlalu mahal bukan sahaja telur dan ayam, malah ikan dan sayur-sayuran. Kerajaan harus memastikan barang keperluan asas mencukupi kerana jika tidak akan berlaku pembelian panik.

"Kita tak nak perkara ini berlaku kerana kesannya akan menyebabkan pengguna merana," ujarnya.

Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mahu kerajaan memberi fokus terhadap kegiatan ekonomi utama di kawasan luar bandar bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Setiausahanya, Rauzan Esa berkata, antaranya adalah dengan menaik taraf infrastruktur penting yang menggerakkan rantaian sektor ekonomi tertentu.

“Infrastruktur yang baik seperti jaringan internet dan bekalan elektrik yang luas serta jalan pertanian yang baik berupaya merancakkan lagi aktiviti ekonomi luar bandar.

“Dengan adanya jalan yang baik, hasil pertanian dapat dikeluarkan secara optimum dan lebih banyak aktiviti pertanian baharu boleh dibuka.

“Ketika ini masih banyak tanah tidak dapat diusahakan kerana jalan teruk atau tiada bekalan elektrik,” katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

SELESAI ISU HARGA NAIK KETIKA MUSIM TENGKUJUH

https://www.sinarharian.com.my/article/236106/berita/nasional/selesai-isu-harga-naik-ketika-musim-tengkujuh

Monday, December 12, 2022

TIDAK ADA MASALAH UNTUK GABUNGKAN SISTEM UEC DENGAN SISTEM SEDIA ADA - PPIM - BERITA HARIAN - 10/12/2022

 

KUALA LUMPUR: Menggabungkan atau menerima Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) dengan sistem pendidikan negara boleh membawa kebaikan kepada negara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata tidak ada masalah untuk kerajaan mempertimbangkan untuk menerima sebahagian sistem UEC seperti pendidikan bahasa, matematik dan sains.

"Kita mahu cari persamaan bukan perbezaan. Apa salahnya jika anak-anak Malaysia semua belajar bahasa Mandarin?" katanya kepada BH, hari ini.

Nadzim berkata, jika diikutkan, beliau mahu mewajibkan semua pelajar di negara ini mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil, selain menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

"Ia bahasa tambahan, apa salahnya, ambil bahasa Arab sekali pun tak apa. Itu ilmu untuk anak kita tak jadi masalah. Jangan kita nak pecahkan lagi negara ini, cari persamaan, dan persamaan antara UEC dan SPM adalah pendidikan," katanya.

Nadzim memberi contoh International General Certificate of Secondary Education (IGSCE) yang diiktiraf seluruh dunia, yang mana di Malaysia terdapat beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang menawarkan program berkenaan.

"Kita perlu akur, sistem pendidikan kita lemah. Jadi jika bergabung dengan sistem lain, ia boleh membawa kebaikan kepada semua. Jangan pula sudah gabung dengan UEC, kita lupa asal usul pula. Itu bukan asas pendidikan, pendidikan untuk belajar menjadi lebih baik lebih pandai bukan semakin mundur," katanya.

Nadzim turut mengingatkan agar rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu agar tidak takut untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

"Bukan bermaksud menerima sijil UEC itu bermakna kita akan menjadi kaum yang lupa diri. Kita boleh menggunakan sistem pendidikan itu untuk memperkukuhkan kaum kita, malah membawa perubahan yang positif ke arah bangsa yang lebih maju.

"Yang baik kita ambil, yang buruk kita tinggalkan, janganlah pula nanti membuta ambil semua sehingga lupa agama sendiri, bukan itu maksud saya. Kita perlu menambah ilmu agar menjadi bangsa yang maju, bukan menyisih dan memecahbelahkan," katanya.

Sebelum ini, Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional berikutan ia membabitkan isu akademik.

Dong Zong dalam kenyataannya menyebut, mereka memahami kebimbangan masyarakat Melayu dan atas dasar itu, pihaknya sudi berdialog serta berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC, selain meningkatkan muafakat supaya isu pendidikan dapat didalami secara rasional dan pragmatik.

Dong Zong turut menjelaskan kurikulum Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), termasuk mata pelajaran Sejarah digubal dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Katanya, kurikulum SMPC juga menetapkan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan keadaan kepelbagaian pendidikan di negara ini.

"UEC adalah satu pentaksiran akademik, serupa dengan pentaksiran STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) IB, A-Level dan sebagainya. Sebelum ini PPIM menegur ahli politik DAP agar tidak menggunakan isu UEC untuk memecahbelahkan rakyat.

PPIM bertegas agar pemimpin DAP tidak bersikap biadab sehingga mencetuskan ketidakharmonian masyarakat di negara ini berhubung isu sijil peperiksaan UEC.

Nadzim turut menempelak sikap pemimpin DAP yang cuba mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengiktiraf UEC sedangkan kerajaan baru ditubuhkan beberapa hari lalu.

Beliau yang mengakui pernah mengikuti pengajian di sekolah jenis kebangsaan Cina berasa hairan apa yang sebenarnya membuatkan pemimpin parti itu begitu mendesak mengubah sistem pendidikan negara yang juga tertakluk sebahagian Perlembagaan.

"Saya tidak tahu DAP nak apa sebenarnya. Saya sekolah Cina, jadi saya faham cerita ini. Kalau kita di China, sudah tentu kita pun belajar bahasa Cina tetapi prinsipnya tidak betul, kita belajar tetapi asasnya bukan paksaan.

"Kita belajar 10 bahasa pun boleh faham, jadi kenapa nak gunakan isu ini (UEC) nak memporakperandakan hubungan," katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada pemimpin DAP supaya tidak menimbulkan kebimbangan awam, 'berperang' dengan kaum lain khususnya orang Melayu yang cukup dikenali dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya.

Justeru, beliau mahu semua pihak bersikap saling menghormati sebagai satu keluarga dalam negara, dan sanggup berkorban demi tanah air.

"Jadi, saya harap difikir (DAP) semula kerana kita semua ada had kesabaran.

"Kita seharusnya jadi satu keluarga, hormat menghormati, saling memahami, bertolak ansur. Kita patut ada hala tuju yang jelas," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian

TIDAK ADA MASALAH UNTUK GABUNGKAN SISTEM UEC DENGAN SISTEM SEDIA ADA - PPIM

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1037771/tidak-ada-masalah-untuk-gabungkan-sistem-uec-dengan-sistem-sedia-ada

Saturday, December 10, 2022

AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE WISMA HUA ZONG - PPIM - 10/12/2022

Kunjungan hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ke Wisma Hua Zong di Seri Kembangan, Selangor.

Turut hadir, Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Dr. Goh Tian Chuan, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, Dato' Seri Asri Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman,

Thursday, December 1, 2022

ISU UEC: DAP JANGAN BIADAB - TOQQI - MEDIA VARIASI - 30/11/2022

 

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP diingatkan jangan bersikap biadab sehingga mencetuskan ketidakharmonian masyarakat di negara berhubung isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menempelak sikap pemimpin DAP yang cuba mendesak Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengiktiraf UEC sedangkan kerajaan baharu sahaja ditubuhkan beberapa hari lalu.

Beliau yang mengakui pernah mengikuti pengajian di sekolah jenis kebangsaan Cina berasa hairan apa yang sebenarnya membuatkan pemimpin parti itu begitu mendesak mengubah sistem pendidikan negara yang juga tertakluk sebahagian Perlembagaan.

“Kita baru lagi tubuhkan kerajaan, tetapi (mengugut) tidak mahu masuk kerajaan jika UEC tidak diterima (diiktiraf).

“Saya tidak tahu DAP nak apa sebenarnya. Saya sekolah Cina, jadi saya faham cerita ini. Kalau kita di China, sudah tentu kita pun belajar bahasa Cina tetapi prinsipnya tidak betul, kita belajar tetapi asasnya bukan paksaan.

“Kita belajar 10 bahasa pun boleh faham, jadi kenapa nak gunakan isu ini (UEC) nak memporakperandakan hubungan,” katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada pemimpin DAP supaya tidak menimbulkan kebimbangan awam, dengan ‘berperang’ dengan kaum lain khususnya orang Melayu yang cukup dikenali dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya.

“Saya nak ingatkan pemimpin DAP, tak usah kurang ajar, tidak ada guna berbuat demikian. Cuba buat baik.

“Sebenarnya kamu semua tak ada otak (bodoh). Orang Melayu ni memang lembut hati, mudah diambil hati tetapi kamu semua nak kurang ajar buat apa?” soalnya.

Justeru, beliau mahu semua pihak bersikap saling menghormati sebagai satu keluarga dalam negara, dan sanggup berkorban demi tanah air.

“Jadi, saya harap difikir (DAP) semula kerana kita semua ada had kesabaran.

“Kita seharusnya jadi satu keluarga, hormat menghormati, saling memahami, bertolak ansur. Kita patut ada hala tuju yang jelas,” katanya.


Artikel oleh: Media Variasi

ISU UEC: DAP JANGAN BIADAB - TOQQI

https://mediavariasi.com/2022/11/isu-uec-dap-jangan-biadap-toqqi/

PPIM SIFATKAN CPTPP CUBAAN SABOTAJ EKONOMI RAKYAT - MEDIA VARIASI - 29/11/2022

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang efektif esok sebagai cubaan mensabotaj ekonomi tempatan negara.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan hak kepenggunaan, hairan kerana Ahli Parlimen (MP) tidak membangkitkan isu ini kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang ketika itu sebagai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dalam sidang Parlimen sebelum ini.

Meskipun tidak menolak impak perjanjian membuka peluang besar perniagaan tempatan ke luar negara, namun dakwanya, ia juga boleh untuk merencatkan biodiversiti ekonomi tempatan negara.

“Apabila wujud pasaran terbuka makcik jual kerepek pun ke pasaran luar negara, Amerika.

“Apa yang kita risau, ia boleh membahayakan peniaga tempatan. Ada syarikat antarabangsa datang sini, boleh berniaga sini, ada modal besar, jaringan hubungan besar, mereka boleh gunakan kekuatan mereka di peringkat antarabangsa untuk kuasai kita di sini.

“DS Azmin telah tandatangan perjanjian. Pada kita pelik, kenapa MP tidak ada membincangkan perkara ini, sebab ini penting. Kita nak bangkitkan ekonomi kita, habis kalau kita dah beri (kuasa ekonomi) kepada syarikat antarabangsa, apa cara kita nak lindungi ekonomi negara kita pula?,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Justeru, Nadzim berkata, pihaknya merayu kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menangguhkan pelaksanaan perjanjian berkenaan terlebih dahulu dan meneliti sebelum mengatur perancangan lebih baik.

“Saya merayu, harap kepada Perdana Menteri kita supaya membatal atau tangguh (perjanjian), setelah dikaji dan dilihat kembali supaya tidak mensabotaj ekonomi negara.

“Kita tak mahu keadaan ekonomi jadi lebih teruk. Jika perjanjian perdagangan ini berkuatkuasa, kerajaan pun tak boleh nak halang,” katanya.

Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar sebelum ini didesak untuk menarik balik ratifikasi CPTPP, sebelum Selasa.

Desakan itu dibuat oleh 24 pakar ekonomi, 57 badan bukan kerajaan (NGO), 10 kesatuan sekerja dan lebih 50 individu selepas mendapati perjanjian ratifikasi itu bakal memberi impak besar kepada ekonomi negara.

Pada 5 Oktober lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi kenyataan memaklumkan Kabinet bersetuju meratifikasi CPTPP.

MITI berkata selaras dengan itu, kerajaan telah menyerahkan Instrumen Ratifikasi (IOR) kepada depositari CPTPP, New Zealand pada 30 September lalu.

Penyerahan IOR menyaksikan Malaysia menjadi negara kesembilan telah meratifikasikan CPTPP, perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai pada 8 Mac 2018.

Selain Malaysia, lapan lagi negara iaitu Australia, Kanada, Jepun, Mexico, New Zealand, Singapura, Vietnam dan Peru telah meratifikasi CPTPP.


Artikel oleh: Media Variasi

PPIM SIFATKAN CPTPP CUBAAN SABOTAJ EKONOMI RAKYAT

https://mediavariasi.com/2022/11/ppim-sifatkan-cptpp-cubaan-sabotaj-ekonomi-rakyat/

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...