Saturday, January 30, 2021
5354) COVID-19: NGO RAISES CONCERNS OVER SAFETY OF PFIZER VACCINE - THE MOLE - 27/01/2021
5353) SHOULD WE EXPLORE ALTERNATIVES? - NEW STRAITS TIMES - 30/01/2021
5352) BANGKIT! KITA BUKAN MUDAH MENGALAH! - TV.PPIM - 30/01/2021
5351) PINJAM RM1,000 BAYAR DAH LEBIH RM100,000 - HARIAN METRO - 29/01/2021
Kuala Lumpur: Perah sampai kering. Itu istilah digunakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merujuk kepada ceti haram atau along yang semakin rancak mengenakan caj tinggi kepada peminjam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, sejak setahun lalu, pihaknya kembali menerima aduan tidak masuk akal termasuk berkaitan kadar caj melebihi 100 kali ganda.
Katanya, dalam kes terbaru, seorang peminjam kini dihimpit hutang apabila dipaksa membayar lebih 100,000 untuk pinjaman RM1,000.
"Ini antara aduan yang kita terima sepanjang PKP. Selain itu golongan peniaga juga dikesan menjadi antara peminjam paling ramai setakat ini.
"Secara keseluruhan, kes yang kita terima dan uruskan meningkat 30 peratus daripada biasa," katanya kepada Harian Metro.
Nadzim berkata, along menjadikan alasan PKP sebagai tema untuk menawarkan pinjaman kepada orang ramai yang sangat terdesak.
Menurutnya, along juga menawarkan pinjaman kepada peniaga kononnya untuk membantu mereka, namun ia hanya pada peringkat awal, selepas itu peminjam dikenakan caj tidak masuk akal.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya meminta kerajaan untuk mempertimbangkan lanjutan moratorium tanpa syarat kepada rakyat supaya mereka dapat menanggung bebanan kewangan ketika ini.
Katanya, ia difikirkan perlu memandangkan pengguna sukar mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi kewangan sewaktu PKP selain terpaksa mematuhi pelbagai syarat yang ditetapkan.
"Sekarang semua pihak tertekan dan kita tidak boleh tunggu lagi. Data yang kita ada menunjukkan jumlah peminjam baru semakin meningkat, ia sesuatu yang amat tidak sihat," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
PINJAM RM1,000 BAYAR DAH LEBIH RM100,000
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/669293/pinjam-rm1000-bayar-dah-lebih-rm100000
5350) 'MONEY LAUNDERING' WUJUD DALAM SEKTOR PERNIAGAAN LAIN?: PPIM - ISMAWEB - 29/01/2021
Friday, January 29, 2021
5349) KECOH! LIVE AHLONG SERANG ORANG AWAM KAT PARKING! - TV.PPIM - 29/01/2021
5348) SERAM! KISAH RUMAH ANAK YATIM PALING SERAM KAT MALAYSIA! - TV.PPIM - 28/01/2021
5347) APM PERLU TAMBAHAN ASET BANTU OPERASI MENYELAMAT, HADAPI BENCANA - HARIAN METRO - 28/01/2021
5346) APM PERLUKAN PENAMBAHAN 30 PERATUS KEKUATAN LOGISTIK [METROTV] - HARIAN METRO - 28/01/2021
5345) APM PERLU TAMBAHAN ASET BANTU OPERASI MENYELAMAT, HADAPI BENCANA - BERITA HARIAN - 28/01/2021
Thursday, January 28, 2021
5343) HEBAT SANGAT KE KITA? DAH KENA TINDAS PUN KITA MASIH DIAM MEMBISU! - TV.PPIM - 27/01/2021
Ketika suara-suara yang ditindas bergema tapi tidak dipedulikan, kami angkat suara-suara ini supaya mereka dipandang. Ketika ada mereka yang haknya dinafikan, kami bangkit melawan dan terus berjuang supaya yang benar tetap teguh. Perjuangan kami tidak akan pernah tamat. Selagi ada yang ditindas dan dinafikan haknya, kami akan terus berjuang untuk mereka! Ayuh! Buktikan keperihatinan anda. Mari berjuang bersama kami dengan menghulurkan sumbangan anda ke Tabung Perjuangan PPIM. Ayuh menyumbang demi perjuangan pengguna! Salurkan sumbangan ke dana Tabung Perjuangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia melalui cara berikut: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (CIMB: 8604189567) *rujukan TPPPIM. Whatsapp:https://PerjuanganPPIM.wasap.my Hotline:013-2262 444 #PPIM #TabungperjuanganPPIM #kitajagakita #Toqqi #PerjuanganBersamaDemiPengguna #PPIMMembelaHakDanMaruah
Artikel oleh: TV.PPIM
HEBAT SANGAT KE KITA? DAH KENA TINDAS PUN KITA MASIH DIAM MEMBISU!
5342) SUMBANGAN AWAM BANTUAN BANJIR MULA DIEDARKAN - VOICE - 27/01/2021
5341) MISI BANTUAN PASCA BANJIR DISEMPURNAKAN TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI) APM - ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA - 28/01/2021
28 JAN - YS. TPj. (PA) Hj. Norhafifi bin Hj. Ismail, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) hadir menyempurnakan misi bantuan Pasca banjir Anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertempat di KEJOS Auto Project Jalan Bakti, Kawasan Perindustrian Dato Onn, Johor Bahru. Turut hadir, PPj. (PA) Ghazali bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan serta PPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Johor.
5340) CAJ RM1,000 UNTUK UJIAN SARINGAN COVID-19? TAK MASUK AKAL LANGSUNG [METROTV] - HARIAN METRO - 27/01/2021
"Dalam keadaan ekonomi yang terkesan akibat pandemik Covid-19, sudah tentu bukan mudah untuk orang ramai membelanjakan kos yang tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas pelepasan misi bantuan pasca banjir di pejabat PPIM di sini, hari ini.
Nadzim berkata, tindakan pusat perubatan terbabit boleh dianggap sebagai satu penipuan dan perlu dipandang serius oleh kerajaan.
Tambahnya, kerajaan perlu campur tangan dan mengawal kos saringan Covid-19 membabitkan pusat perubatan swasta bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan.
"Jangan ada sampai RM1,000 atau lebih. Itu membebankan, saya yakin pihak hospital pun ada tanggungjawab sosial untuk membantu dalam keadaan darurat dan kesulitan dihadapi ketika ini," katanya.
Sementara itu, ditanya berkaitan kenaikan harga barangan terutama bekalan makanan mentah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau tidak menafikan ada peniaga mengambil kesempatan disebabkan bekalan yang terhad.
Justeru, katanya, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu melakukan pemantauan bagi mengelak situasi lebih buruk.
Beliau turut bersetuju dengan cadangan masyarakat yang meminta skim kawalan harga diadakan bagi mengawal harga barangan keperluan seperti di musim perayaan.
Artikel oleh: Harian Metro
CAJ RM1,000 UNTUK UJIAN SARINGAN COVID-19? TAK MASUK AKAL LANGSUNG [METROTV]
5339) CAJ RM1,000 UNTUK UJIAN SARINGAN? TAK MASUK AKAL LANGSUNG - HARIAN METRO - 28/01/2021
5338) DPMM, PPIM BEKERJASAMA AGIH SUMBANGAN MANGSA BANJIR - MALAYSIA GAZETTE - 27/01/2021