PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan hospital swasta yangg mengenakan caj hampir RM1000 untuk ujian Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan Rapid Test Kit (RTK) bagi saringan Covid-19 sebagai melampau.
Presidennya, Prof. Datuk Dr. Subramaniam Muniandy berkata, sepanjang pengetahuannya bayaran untuk saringan itu kurang dariapada RM300 untuk setiap seorang.
Katanya, MMA boleh menghantar surat amaran kepada hospital dan klinik swasta yang mengenakan harga melampau untuk tidak berbuat demikian.
"Jika ada yang mencurigakan dalam resit perubatan, adukan kepada pengarah atau lembaga hospital, dapatkan penjelasan perkara tersebut.
"Pesakit kena pastikan apa yang dibuat sesuai dengan apa yang diperoleh semasa menjalankan pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Akhbar ini melaporkan beberapa hospital swasta di negara ini didakwa cuba mengaut keuntungan terhadap individu yang melakukan saringan Covid-19 dengan mengenakan caj mencecah ahmpir RM1,000 menggunakan kaedah RT-PCR.
Pada 23 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak bercadang mengawal harga sarinagn kesihatan Covid-19 di hospital swasta selain hospital swasta mempunyai tanggungjawab sosial untuk tidak menambahkan beban rakyat mengenakan caj tinggi.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menggesa kerajaan menetapkan garis panduan berkenaan harga pemeriksaan kesihatan Covid-19 di semua hospital dan klinik swasta di negara ini.
Katanya, ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang kegiatan kaut untung oleh hospital dan klinik swasta dengan mengenakan caj tidak masuk akal kerana ketika ini harga bagi saringan Covid-19 adalah berbeza-beza.
Jelasnya, PPIM sudah menerima lebih daripada 100 aduan di seluruh negara berkenaan hospital swasta cuba mengambil kesempatan mengenakan caj mahal untik saringan Covid-19 melalui kaedah RT-PCR dan RTK antibodi.
"Banyak sangat aduan yang saya terima tentang amalan tidak beretika oleh pihak hospital. Soal mengambil peluang di negara ini sudah menjadi perkara biasa. Kerajaan harus segera memantau harga ini.
"Hospital harus mempunyai reputasi yang baik bukan dari aspek perkhidmatan tetapi dalam semua hal,"katanya.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
CAJ MELAMPAU: MMA BOLEH HANTAR SURAT AMARAN
No comments:
Post a Comment