Tuesday, January 26, 2021

5327) AKTIVITI | MISI BANTUAN PASCA BANJIR: 4000 HELAI SUMBANGAN PAKAIAN BUAT MANGSA BANJIR - PPIM - 26/01/2021

26 Januari 2021 - Misi Bantuan Pasca Banjir yang dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah menerima bantuan berbentuk pakaian dari sebuah syarikat pengeluar baju kurung, Sabella pada awal pagi tadi.

Pakaian tersebut juga akan diedarkan bersama barang bantuan lain di dalam Misi Bantuan Pasca Banjir pada penghujung Januari ini.
Banjir yang telah melanda sekitar Disember 2020 dan Januari 2021 di pantai timur dan selatan Malaysia telah menjejaskan ribuan penduduk di sana. Dikatakan kerosakan yang dialami oleh penduduk di sana untuk musim banjir kali ini hampir sama dengan bencana banjir 2014.
Prihatin dengan kesukaran yang dihadapi oleh mangsa banjir ini, sebanyak 4000 pasang baju kurung telah disumbangkan oleh Sabella untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana banjir kali ini. Penyerahan sumbangan bantuan baju kurung ini dibuat di Gudang Sabella di Batu Caves, Selangor.
Misi Bantuan Pasca Banjir ini turut dijayakan bersama penglibatan dari beberapa pihak lain seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Fratelli Holdings, Sumbangan.com, SATRIA, Icon Production, Tender DB, minyak masak Kiara, Edaran Jutamas Sdn Bhd, dan Microclear Bio.



No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL