Wednesday, October 21, 2026

PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU JANJI KPM SEHINGGA ADA PENJELASAN RASMI - SUARA TV - 21/10/2026

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa ibu bapa dan penjaga di seluruh negara untuk menangguhkan tandatangan Surat Aku Janji Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2026 sehingga satu penjelasan rasmi diberikan oleh pihak kementerian.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan bahawa walaupun PPIM menyokong penuh usaha KPM melindungi murid daripada penderaan, keganasan, gangguan seksual dan eksploitasi, namun aspek perundangan dan ketelusan tidak boleh diabaikan.

“Kita menyokong perlindungan murid dan kesihatan awam. Tetapi setiap kewajipan yang dikenakan kerajaan mesti mempunyai asas undang-undang yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah bahawa borang aku janji setebal dua muka surat tersebut mengikat ibu bapa kepada Garis Panduan Polisi Perlindungan Murid Sekolah (GPPSS) setebal 402 muka surat tanpa akses yang jelas dan lengkap.

Selain itu, terdapat kebimbangan berhubung klausa imunisasi di mana saranan kesihatan berisiko bertukar menjadi kewajipan pentadbiran tanpa akta khusus, sedangkan imunisasi secara amnya berasaskan persetujuan sukarela, katanya.

“Surat Aku Janji tidak boleh dengan sendirinya mencipta kesalahan atau hukuman baharu tanpa kuasa undang-undang,” tegas beliau

Nadzim turut membangkitkan isu pengakuan sehala kerana tiada pilihan optin/opt-out untuk mengecualikan klausa tertentu, selain ketiadaan punca kuasa yang jelas memandangkan polisi pentadbiran tidak boleh mengatasi undangundang utama atau Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu, PPIM berharap KPM dapat memberikan maklum balas yang telus demi memastikan hak serta keselamatan semua pihak, ibu bapa, guru dan murid terjamin mengikut lunas undang-undang.

“Niat yang baik tidak menjadikan sesuatu mekanisme pentadbiran sah, adil dan berkadar secara automatik.

“Sebarang perlindungan terhadap murid mesti disertakan dengan keadilan prosedur serta perlindungan yang adil untuk semua pihak.

“Ibu bapa dinasihatkan agar bertenang dan menunggu maklum balas serta ketetapan rasmi sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut,” katanya.

Surat Aku Janji KPM merujuk kepada Surat Aku Janji Kepatuha Polisi Perlindungan Murid Sekolah.

Ia diperkenalkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bilangan 4 Tahun 2026 bertarikh 1 Julai 2026 bagi menyokong pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid.

Surat Aku Janji berkenaan ada 11 terma utama yang perlu dipatuhi individu yang menandatanganinya.

Artikel oleh: Suara. TV

PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU JANJI KPM SEHINGGA ADA PENJELASAN RASMI

https://suara.tv/21/10/2026/ppim-gesa-ibu-bapa-tangguh-tandatangan-surat-aku-janji-kpm-sehingga-ada-penjelasan-rasmi/ 

PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU JANJI KPM SEHINGGA ADA PENJELASAN RASMI - KENYATAAN MEDIA PPIM - 21/10/2026

KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2026 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa ibu bapa dan penjaga di seluruh negara untuk menangguhkan tandatangan Surat Aku Janji Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2026 sehingga satu penjelasan rasmi diberikan oleh pihak kementerian.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menegaskan bahawa walaupun PPIM menyokong penuh usaha KPM melindungi murid daripada penderaan, keganasan, gangguan seksual dan eksploitasi, namun aspek perundangan dan ketelusan tidak boleh diabaikan.

"Kita menyokong perlindungan murid dan kesihatan awam. Tetapi setiap kewajipan yang dikenakan kerajaan mesti mempunyai asas undang-undang yang jelas," kata Nadzim Johan.

Beliau menambah bahawa borang aku janji setebal dua muka surat tersebut mengikat ibu bapa kepada Garis Panduan Polisi Perlindungan Murid Sekolah (GPPSS) setebal 402 muka surat tanpa akses yang jelas dan lengkap. Selain itu, terdapat kebimbangan berhubung klausa imunisasi di mana saranan kesihatan berisiko bertukar menjadi kewajipan pentadbiran tanpa akta khusus, sedangkan imunisasi secara amnya berasaskan persetujuan sukarela.

"Surat Aku Janji tidak boleh dengan sendirinya mencipta kesalahan atau hukuman baharu tanpa kuasa undang-undang," tegas Toqqi.

Nadzim turut membangkitkan isu pengakuan sehala kerana tiada pilihan opt-in/opt-out untuk mengecualikan klausa tertentu, selain ketiadaan punca kuasa yang jelas memandangkan polisi pentadbiran tidak boleh mengatasi undang-undang utama atau Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

"Guru, ibu bapa dan murid berhak mengetahui kewajipan sebenar mereka serta mendapat perlindungan daripada tindakan sewenang-wenangnya," kata Nadzim Johan.

Sehubungan itu, PPIM mengemukakan 10 soalan terbuka khusus kepada KPM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk jawapan segera:

  1. Sumber Kuasa: Apakah peruntukan undang-undang yang mewajibkan guru atau ibu bapa/penjaga menandatangani Surat Aku Janji Kepatuhan?
  2. Status Undang-Undang: Adakah kewajipan tersebut diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996, peraturan berkaitan atau sekadar Surat Pekeliling Ikhtisas dan arahan pentadbiran?
  3. Akibat Keengganan: Apakah akibat undang-undang atau tatatertib sekiranya seseorang enggan menandatangani Aku Janji?
  4. Kewajipan Tambahan: Apakah kewajipan baharu yang diwujudkan melalui Aku Janji berbanding undang-undang dan peraturan sedia ada?
  5. Kesan Tandatangan: Adakah tandatangan bermaksud seseorang menerima semua kewajipan dan kemungkinan tindakan yang dinyatakan? Bolehkah tandatangan dibuat dengan reservasi hak?
  6. Asas Tindakan: Apakah peruntukan khusus yang membolehkan tindakan diambil terhadap seseorang yang didakwa melanggar Aku Janji?
  7. Kejelasan Istilah: Bagaimanakah istilah seperti "hubungan peribadi istimewa", "komunikasi rahsia" dan "sentuhan tidak perlu" ditakrifkan supaya tidak disalah tafsir?
  8. Perlindungan Pelapor: Apakah perlindungan kepada individu yang membuat laporan dengan suci hati berdasarkan syak munasabah, tetapi dakwaan kemudiannya tidak dapat dibuktikan?
  9. Keadilan Prosedur: Bagaimanakah KPM menjamin hak untuk didengar, membela diri, mendapatkan alasan keputusan dan membuat rayuan sebelum tindakan dikenakan?
  10. Klausa Imunisasi: Adakah peruntukan imunisasi dalam GPPSS 2026 suatu saranan atau kewajipan undang-undang? Apakah asas kuasanya dan bagaimana hak persetujuan termaklum serta keselamatan penerima dilindungi?

PPIM berharap KPM dan KKM dapat memberikan maklum balas yang telus demi memastikan hak serta keselamatan semua pihak—ibu bapa, guru, dan murid—terjamin mengikut lunas undang-undang.

"Niat yang baik tidak menjadikan sesuatu mekanisme pentadbiran sah, adil dan berkadar secara automatik," ujar Nadzim Johan.

"Sebarang perlindungan terhadap murid mesti disertakan dengan keadilan prosedur serta perlindungan yang adil untuk semua pihak," tambah beliau lagi.

"Ibu bapa dinasihatkan agar bertenang dan menunggu maklum balas serta ketetapan rasmi sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut," jelas Nadzim Johan.



PPIM TUNTUT PENJELASAN ISU POLISI PERLINDUNGAN MURID DAN VAKSINASI KANAK-KANAK - SIDANG MEDIA PPIM - 20/10/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius isu berkaitan polisi perlindungan murid sekolah serta vaksinasi kanak-kanak yang melibatkan persoalan dasar, keselamatan, hak ibu bapa, dan kepentingan kanak-kanak di Malaysia.

Sehubungan itu, PPIM telah mengadakan satu Sidang Media Khas bagi membincangkan dua isu utama seperti berikut:

  1. Surat Aku Janji Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid Sekolah (KPM):
    Isu berkaitan kandungan, pelaksanaan, serta persoalan dasar yang menjejaskan hak ibu bapa dan kebebasan membuat keputusan untuk anak-anak mereka.
  2. Isu Vaksinasi Kanak-Kanak & Hak Asasi Perubatan:
    Isu keselamatan vaksin, bukti saintifik, serta hak persetujuan termaklum (informed consent) yang wajib dihormati tanpa sebarang bentuk paksaan atau diskriminasi.

Tuesday, October 20, 2026

AKTIVITI | SESI TEMU BUAL KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA TV3: ISU PEMANDU MABUK - PPIM - 20/10/2026

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi telah ditemu bual oleh pihak TV3 bagi membincangkan isu kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol serta implikasinya terhadap keselamatan pengguna jalan raya.

AKTIVITI | MESYUARAT PPIM BERSAMA ABM - PPIM - 14/10/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama The Association of Banks in Malaysia (ABM) bagi bertukar pandangan serta membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan pengguna dalam sektor perbankan.

Monday, October 19, 2026

AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN FUTSAL PENJANA CUP 2.0 - PPIM - 14/10/2026

Jemputan Menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Futsal Penjana Cup 2.0 (Pertubuhan Jaringan Cakna Warisan Nusantara).


Saturday, October 17, 2026

ANCAMAN SCAM SEMAKIN LICIK, PPIM DAN MCMC ANJUR BENGKEL DIDIK MASYARAKAT ELAH KADI MANGSA - HARAPAN DAILY - 13/10/2026

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan ancaman penipuan dalam talian atau scam yang semakin licik dengan penggunaan teknologi serta helah psikologi bagi memperdaya mangsa.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, penjenayah siber kini tidak lagi memilih mangsa, sebaliknya menyasarkan sesiapa sahaja tanpa mengira usia, pekerjaan mahupun tahap pendidikan.

Menurutnya, taktik penipuan yang semakin kompleks menyebabkan masyarakat berisiko kehilangan wang simpanan dalam sekelip mata sekiranya tidak mempunyai pengetahuan dan kesedaran mengenai keselamatan digital.

Hari ini, penjenayah scam tidak lagi memilih mangsa. Mereka bijak memanfaatkan kemajuan teknologi dan memanipulasi emosi serta psikologi rakyat untuk mencuri wang simpanan yang dikumpul bertahun-tahun.

"Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh terperangkap sekiranya tidak mempunyai pengetahuan asas dan sifat waspada yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, PPIM dengan kerjasama strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menganjurkan Bengkel Anti-Scam Internet Selamat (BASIS) Siri 1.

Bengkel berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat melalui pendedahan praktikal mengenai taktik penipuan digital, kaedah mengesan cubaan scam serta tindakan segera yang perlu diambil apabila berdepan ancaman tersebut.

Antara pengisian utama bengkel ialah mengenal pasti modus operandi penjenayah, termasuk helah psikologi yang digunakan untuk memanipulasi emosi mangsa sehingga mereka sanggup menyerahkan wang atau maklumat peribadi.

Peserta turut didedahkan kepada penggunaan platform dan aplikasi semakan anti-scam bagi memeriksa nombor telefon serta akaun bank yang mencurigakan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Selain itu, bengkel tersebut memberi penekanan terhadap langkah pencegahan dan tindakan kecemasan yang perlu dilakukan sekiranya seseorang menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Nadzim menegaskan masyarakat tidak seharusnya menunggu sehingga kehilangan wang simpanan sebelum mengambil langkah melindungi diri daripada ancaman jenayah siber.

"Kita tidak boleh lagi mengamalkan sikap 'sudah hantuk baru ngadah'.

Jangan tunggu wang simpanan lesap dalam sekelip mata baru kita mahu belajar mempertahankan diri.

"Prinsip kita cukup mudah – Sedar, Semak dan Bertindak Sebelum Kena," tegasnya.

Beliau berkata, pengetahuan mengenai keselamatan digital bukan sahaja penting untuk melindungi individu, malah mampu membantu menyelamatkan ahli keluarga, rakan sekerja dan masyarakat daripada menjadi mangsa seterusnya.

Justeru, PPIM menyeru seluruh lapisan masyarakat mengambil peluang menyertai bengkel BASIS sebagai langkah memperkukuh pengetahuan dan kemahiran mempertahankan diri daripada ancaman penipuan kewangan digital.

"Sedar, Semak dan Bertindak Sebelum Kena" menjadi mesej utama inisiatif berkenaan bagi membudayakan sikap berwaspada sebelum membuat sebarang keputusan atau transaksi dalam talian.

Artikel oleh: Harapan Daily

ANCAMAN SCAM SEMAKIN LICIK, PPIM DAN MCMC ANJUR BENGKEL DIDIK MASYARAKAT ELAH KADI MANGSA

https://www.facebook.com/share/p/1K59WmJBSZ/

PENJENAYAH PENIPUAN (SCAMMER) PATUT DIHUKUM BERAT BAGI MENINGKATKAN KESAN PENCEGAHAN - SIN CHEW - 14/10/2026

 

Artikel oleh: Sin Chew

PENJENAYAH PENIPUAN (SCAMMER) PATUT DIHUKUM BERAT BAGI MENINGKATKAN KESAN PENCEGAHAN

PPIM MAHU HUKUMAN LEBIH TEGAS TERHADAP SCAMMER, TERMASUK SEBATA DAN LUCUT HARTA - UTUSAN MELAYU PLUS - 13/10/2026

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa hukuman lebih berat terhadap individu yang terbabit dalam jenayah penipuan dalam talian termasuk sebatan, pelucutan harta dan penelitian terhadap penggunaan Akta Langkah-Langkah Keselamatan Khas 2012 (SOSMA).

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan lebih tegas perlu dipertimbangkan bagi memastikan hukuman yang dikenakan setimpal dengan jumlah kerugian ditanggung mangsa, terutama apabila penipuan membabitkan nilai wang yang besar.

Menurut beliau, hukuman sedia ada dilihat tidak sepadan dengan skala kerugian yang dialami mangsa, memandangkan terdapat kes yang melibatkan jumlah sehingga jutaan ringgit.

“Ketika ini, hukuman dikenakan agak ringan iaitu denda RM3,000, sedangkan penipuan dilakukan membabitkan jutaan ringgit.

“Ribuan mangsa membuat aduan kepada PPIM dan ada yang mendakwa kerugian sehingga RM500,000 diperdaya sindiket penipuan dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Bengkel Anti-Scam Internet Selamat (BASIS) Siri 1 di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur hari ini.

Program berkenaan dianjurkan PPIM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat dan mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, cadangan memperketat hukuman terhadap penjenayah terbabit wajar dikemukakan kepada penggubal undang-undang untuk penelitian, khususnya bagi memperkukuh langkah pencegahan dan tindakan terhadap kegiatan berkenaan.

Katanya, jenayah penipuan dalam talian kini semakin membimbangkan berikutan pelaku menggunakan pelbagai helah, termasuk manipulasi psikologi yang dirancang untuk mempengaruhi mangsa sehingga menyerahkan wang atau maklumat peribadi.

Beliau berkata, taktik sedemikian membolehkan penjenayah menyasarkan pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira umur mahupun latar belakang.

Malah, Nadzim turut berkongsi pengalaman keluarganya apabila anak beliau sendiri pernah menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Menurutnya, pelaku terbabit akhirnya berjaya dikesan dan ditangkap selepas usaha menjejakinya dilakukan selama setahun empat bulan.

Pengalaman itu, katanya, menunjukkan betapa pentingnya usaha meningkatkan kesedaran awam dilaksanakan secara berterusan, selari dengan perubahan taktik yang digunakan sindiket penipuan.

“Usaha mendidik masyarakat perlu dilakukan secara berterusan kerana penjenayah sentiasa mengubah taktik bagi memperdaya mangsa,” katanya.

Artikel oleh: Utusan Melayu Plus

PPIM MAHU HUKUMAN LEBIH TEGAS TERHADAP SCAMMER, TERMASUK SEBATA DAN LUCUT HARTA

https://utusanmelayuplus.com/ppim-mahu-hukuman-lebih-tegas-terhadap-scammer-termasuk-sebat-dan-lucut-harta/

PPIM GESA MASYARAKAT TINGKAT KEWASPADAAN, ELAK TERJERAT SCAM - MALAYSIA TRIBUNE - 13/10/2026

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, penjenayah kini menggunakan pelbagai pendekatan termasuk memanipulasi emosi dan psikologi untuk memperdaya mangsa tanpa mengira latar belakang.

“Orang ramai perlu memahami asas keselamatan digital serta membudayakan sikap berhati-hati ketika berurusan melalui telefon atau platform dalam talian.

“Hari ini, penjenayah scam tidak lagi memilih mangsa. Mereka bijak memanfaatkan kemajuan teknologi dan memanipulasi emosi serta psikologi rakyat untuk mencuri wang simpanan yang dikumpul bertahun-tahun.

“Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh terperangkap sekiranya tidak mempunyai pengetahuan asas dan sifat waspada yang tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, usaha melindungi diri daripada penipuan perlu bermula sebelum seseorang mengalami kerugian, bukannya hanya mengambil tindakan selepas wang dipindahkan kepada pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita tidak boleh lagi mengamalkan sikap ‘sudah hantuk baru ngadah’. Jangan tunggu wang simpanan lesap dalam sekelip mata baru kita mahu belajar mempertahankan diri.

“Prinsip kita cukup mudah iaitu sedar, semak dan bertindak sebelum kena,” katanya.

Bagi mempertingkatkan kesedaran itu, PPIM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menganjurkan Bengkel AntiScam Internet Selamat (BASIS) Siri 1.

Nadzim berkata, program berkenaan menyediakan pendedahan secara praktikal kepada peserta untuk mengenali taktik penipuan terkini, termasuk kaedah manipulasi psikologi yang digunakan penjenayah bagi mendapatkan kepercayaan mangsa.

Selain itu, peserta turut diperkenalkan kepada platform dan aplikasi semakan antiscam untuk menyemak nombor telefon serta akaun bank sebelum meneruskan sebarang transaksi kewangan.

Menurutnya, bengkel itu juga menekankan tindakan segera yang perlu dilakukan sekiranya seseorang menyedari dirinya menjadi mangsa, termasuk mendapatkan bantuan melalui saluran yang betul.

Beliau berkata, pengetahuan mengenai keselamatan digital bukan sahaja penting untuk melindungi kewangan dan diri sendiri, malah dapat membantu mengurangkan risiko ahli keluarga, rakan sekerja serta masyarakat sekeliling menjadi mangsa penipuan.

Sehubungan itu, PPIM menggalakkan orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai program berkenaan bagi meningkatkan keupayaan mengenal pasti ancaman dan melindungi keselamatan kewangan masing-masing.

Artikel oleh: Malaysia Tribune

PPIM GESA MASYARAKAT TINGKAT KEWASPADAAN, ELAK TERJERAT SCAM

https://malaysiatribune.news/ppim-gesa-masyarakat-tingkat-kewaspadaan-elak-terjerat-scam/#google_vignette

Friday, October 16, 2026

SCAM DIGITAL SEMAKIN LICIK, JANGAN TUNGGU DUIT LESAP BARU BERTINDAK - MALAYSIA GAZETTE - 13/10/2026

 

KUALA LUMPUR – Penjenayah penipuan dalam talian (scam) semakin licik apabila menggunakan taktik manipulasi emosi dan psikologi untuk memperdaya mangsa, sekali gus menjadikan sesiapa sahaja berisiko kehilangan wang simpanan tanpa mengira usia, pekerjaan atau tahap pendidikan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, masyarakat tidak boleh lagi mengambil sikap sambil lewa terhadap ancaman jenayah digital yang semakin kompleks.

Beliau berkata, pengetahuan asas mengenai keselamatan digital dan sikap berwaspada amat penting bagi mengelakkan orang ramai terjerat dengan pelbagai helah penjenayah.

“Hari ini, penjenayah scam tidak lagi memilih mangsa. Mereka bijak memanfaatkan kemajuan teknologi dan memanipulasi emosi serta psikologi rakyat untuk mencuri wang simpanan yang dikumpul bertahun-tahun.

“Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh terperangkap sekiranya tidak mempunyai pengetahuan asas dan sifat waspada yang tinggi,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Nadzim, masyarakat perlu mengubah sikap dengan mengambil langkah pencegahan lebih awal, bukannya hanya mencari jalan penyelesaian selepas mengalami kerugian.

“Kita tidak boleh lagi mengamalkan sikap ‘sudah hantuk baru ngadah’. Jangan tunggu wang simpanan lesap dalam sekelip mata baru kita mahu belajar mempertahankan diri.

“Prinsip kita cukup mudah iaitu sedar, semak dan bertindak sebelum kena,” katanya.

Sehubungan itu, PPIM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menganjurkan Bengkel AntiScam Internet Selamat (BASIS) Siri 1 bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran masyarakat dalam menghadapi ancaman berkenaan.

“Bengkel itu dirangka untuk memberikan pendedahan praktikal kepada orang ramai, khususnya dalam mengenal pasti modus operandi terkini penipuan dalam talian serta helah psikologi yang digunakan untuk memperdaya mangsa.

“Peserta turut didedahkan kepada penggunaan platform dan aplikasi semakan antiscam bagi memeriksa nombor telefon atau akaun bank sebelum melakukan sebarang transaksi,” katanya.

“Bengkel ini memberi penekanan terhadap langkah pencegahan dan tindakan segera yang perlu diambil, termasuk saluran betul untuk mendapatkan bantuan sekiranya seseorang terperangkap atau menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Katanya lagi, ilmu pertahanan diri digital bukan sekadar untuk melindungi wang dan keselamatan diri, malah penting bagi mengelakkan ahli keluarga, rakan sekerja serta komuniti sekeliling daripada menjadi mangsa seterusnya.

“Justeru, PPIM menyeru masyarakat daripada semua lapisan untuk mengambil peluang menyertai program berkenaan dan melengkapkan diri dengan pengetahuan bagi melindungi kewangan serta keselamatan digital masing-masing,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

SCAM DIGITAL SEMAKIN LICIK, JANGAN TUNGGU DUIT LESAP BARU BERTINDAK

https://malaysiagazette.com/2026/10/13/scam-digital-semakin-licik-jangan-tunggu-duit-lesap-baru-bertindak/#google_vignette

Thursday, October 15, 2026

MANGSA PENIPUAN MENDERITA FIZIKAL DAN MENTAL, PPIM GESA TINGKATKAN PENGUATKUASAAN DAN HUKUM PENJENAYAH DENGAN BERAT - SIN CHEW - 13/10/2026

 

(吉隆坡13日讯)为应对层出不穷的诈骗案,马来西亚伊斯兰消费者协会主席拿督纳晋佐汉促请政府检讨现有法律,加重诈骗罪行的刑罚,包括探讨充公罪犯财产及施以鞭笞等措施,以加强阻吓作用。

他今日出席“安全互联网反诈骗工作坊”时指出,诈骗罪犯所面对的刑罚往往相对较轻,即使涉数百万元令吉诈骗案也只被判罚远低于诈骗所得的罚金。

他指出,诈骗犯罪成本低获利高,手法层出不穷导致骗案持续发生,甚至连中泰越柬等多地的老千都跨境犯罪,情况严重。

“我非常认同全国总警长丹斯里莫哈末卡力提出鞭罚诈骗分子的建议,政府有必要采取更严厉的惩处措施,让诈骗付出更高代价,才能更强阻吓,避免更多民众受骗。”

他强调,打击诈骗不能单靠警方或政府的力量,必须结合各执法机构、民间组织及社区的力量,多管齐下应对。

受邀主持开幕礼的雪州再也谷州议员赛阿末指出,据他向警方了解,诈骗案件有持续攀升之势,手法也日新月异,令人担忧。

“诈骗并非只针对长者或退休人士,年轻人及在职人士同样可能成为受害者,因此防诈教育必须持续推进;民众也应时刻向家人和亲友灌输防诈意识,提高警惕免落入陷阱。”

他呼吁民众一旦受骗,切勿因羞愧而独自承受压力,应尽快向警方及相关机构求助。

另一方面,马来西亚社区犯罪关怀组织副主席拿督纳兹里依布拉欣则认为,当局须确保每一宗投报都获得妥善跟进,并在证据充分的情况下将案件提控上庭,避免受害者报案后仍求助无门,投诉石沉大海

Bengkel Keselamatan Internet dan Anti-Penipuan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. (Foto oleh Lim Yi Zheng)

Artikel oleh: Sin Chew

MANGSA PENIPUAN MENDERITA FIZIKAL DAN MENTAL, PPIM GESA TINGKATKAN PENGUATKUASAAN DAN HUKUM PENJENAYAH DENGAN BERAT

https://www.sinchew.com.my/?p=7946587

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL