Showing posts with label PEMANDU MABUK. Show all posts
Showing posts with label PEMANDU MABUK. Show all posts

Friday, July 17, 2020

6134) PENJARA 20 TAHUN, DENDA RM150,000? TAK CUKUP HUKUM PEMANDU MABUK 'MEMBUNUH' - ISMAWEB - 15/07/2020


BANGI, 23 Zulkaedah 1441H, Rabu – Tidak memadai, demikian respon Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berhubung cadangan hukuman terhadap pemandu mabuk, seperti yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini.
Ka Siong berkata, kerajaan memutuskan untuk meningkatkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 kepada pemandu mabuk.
Katanya, perkara berkenaan akan dimuktamadkan sekiranya Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Mengulas cadangan itu, Datuk Nadzim berkata, pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan orang lain adalah berbeza dengan mereka yang mengakibatkan kemalangan.
“Tidak menjadi masalah kalau setakat memandu dalam keadaan mabuk dan tidak melakukan apa-apa. Ini bermakna dia hanya mabuk, jadi kita bolehlah buat macam itu (hukuman).
“Ini berbeza jika dia langgar dan bunuh orang lain. Dia menyebabkan kematian tanpa sengaja, Kalau tidak, hukuman itu macam tidak berat.
“Kalau setakat denda, mungkin orang boleh bayar. Macam mana dengan mangsanya pula. Keluarganya dapat apa?,” soalnya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.
Ka Siong berkata, pihaknya mencadangkan kadar penjara maksimum dengan pindaan 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun bagi kesalahan berikutnya.
“Kadar denda dicadangkan dinaikkan maksimum RM20,000 sekarang kepada RM100,000 untuk kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua boleh dikenakan denda RM150,000.
“Tempoh penggantungan lesen juga dicadang dinaikkan dari 10 tahun kepada 20 tahun,” katanya
Mengulas perkara sama, Datuk Nadzim berkata, kerajaan bukan sahaja perlu meminda undang-undang yang lebih tegas, malah pelaksanaannya juga perlu jelas dan menyeluruh.
Tambahan pula, usaha membanteras bilangan pemandu mabuk memerlukan pembabitan seluruh rakyat Malaysia dan setiap kementerian.
“Kita tak mahu hanya satu undang-undang yang dibuat oleh sesuatu kementerian, tetapi kementerian lain tidak ada apa (tidak campur tangan).
“Perkara ini serius dari segi aspek keseluruhan dan ia terlepas pandang dalam tempoh begitu lama. Jadi, kita juga mahu undang-undang dilaksanakan bersesuaian dengan masalah yang timbul,” katanya.
Mengikut undang-undang sedia ada, inidividu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Manakala bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum 10 tahun
Artikel oleh: Ismaweb
PENJARA 20 TAHUN, DENDA RM150,000? TAK CUKUP HUKUM PEMANDU MABUK 'MEMBUNUH'

Saturday, June 6, 2020

6010) PEMANDU MABUK: KELUARGA MANGSA TERIMA WAKALAH PERKESO - ISMAWEB - 05/06/2020


KUALA LUMPUR, 13 Syawal 1441H, Jumaat – “Alhamdulillah syukur, banyak pihak datang membantu saya dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan,” kata Zahlawati Zahlan, 47.

Dia adalah balu kepada Mohamed Zaili Mohamed yang maut dirempuh pemandu mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, Isnin lepas.

Zahlawati dan keluarga menerima sumbangan wakalah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Skim Pekerjaan Sendiri, Datuk Nadzim Johan di kediamannya di Bukit Antarabangsa hari ini.

Hasil semakan Skuad Prihatin Perkeso, arwah yang bekerja sebagai penghantar makanan tidak mendaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau skim Perkeso yang lain, namun atas belas ihsan Perkeso turut memberikan sumbangan wakalah daripada anggota Perkeso.

“Arwah tidak mencarum (Perkeso). Alhamdulillah sumbangan ini simpanan untuk anak-anak dan saya akan membantu keluarga arwah. Dengan modal ini, boleh sara anak-anak, jaminan untuk mereka.

“Kami tidak mempunyai pendapatan tetap selain meniaga sendiri dan arwah dulu pun menjadi penghantar makanan untuk makanan yang saya jual sendiri. Alhamdulillah, ini dapat serba sedikit membantu untuk menyara anak yang masih kecil dan hendak bersekolah,” kata Zahlawati.

Sementara itu, Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Bahagian Sumber Manusia Mohd Razmi Khalid berkata selain membantu keluarga arwah, wakalah ini juga satu usaha memupuk kesedaran akan kepentingan mencarum Perkeso bagi individu yang bertugas dalam ekonomi gig seperti e-hailing.

“Pada masa ini, ramai yang bekerja sendiri dan difahamkan, ekonomi gig serta trend bekerja sendiri dijangka meningkat dan kita bimbang pekerja-pekerja tidak dilindungi,” katanya.

SKSPS adalah skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada Orang Berinsurans Bekerja Sendiri (OBBS) daripada bencana pekerjaan sendiri termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Mohamed Zaili meninggalkan seorang balu dan empat orang anak, Arif Iskandar, 22, Putri Balqis, 21, Aril Iskandar, 10, dan Aleesya Zailiza, 6 tahun.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi Isnin lepas, Mohamed Zaili, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala. – Bernama


Artikel oleh: ISMAWEB

PEMANDU MABUK: KELUARGA MANGSA TERIMA WAKALAH PERKESO

https://ismaweb.net/2020/06/05/pemandu-mabuk-keluarga-mangsa-terima-wakalah-perkeso/

6009) 'SYUKUR, BANYAK PIHAK BANTU SAYA DAN ANAK-ANAK' - SINAR HARIAN - 06/06/2020


Artikel oleh: Sinar Harian

'SYUKUR, BANYAK PIHAK BANTU SAYA DAN ANAK-ANAK'

Friday, June 5, 2020

6006) SUMBANGAN RM5,000 MELALUI KUTIPAN TABUNG PERJUANGAN PPIM KEPADA KELUARGA MANGSA MAUT REMPUHAN PEMANDU MABUK - PPIM - 05/06/2020

“Terima Kasih atas sumbangan ini, hanya Allah sahaja mampu membalasnya,”
Zahlawati Zahlan, 47, isteri kepada mangsa Mohamed Zaili Mohamed, 44 yang maut selepas dirempuh pemandu mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara itu, menzahirkan ucapan terima kasih dan sebesar-besar penghargaan buat PPIM ke atas sumbangan RM5,000 yang telah diberikan.
“Saya masih perlu teruskan hidup walaupun sukar demi anak-anak, namun sumbangan dari PPIM banyak membantu saya dan keluarga.”
Ketua aktivis Pengguna Islam Malaysia, Toqqi berkata sumbangan orang ramai untuk Tabung PPIM banyak membantu kes-kes sebegini, walaupun sumbangan sebanyak RM20 atau RM30 dilihat sikit dimata penderma namun nilainya besar pada mata yang menerima.
Jika akan ingin menyokong & berjuangan bersama PPIM, saluran sumbangan kewangan boleh dibuat melalui https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM atau menyumbang terus ke akaun PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (Bank Islam: 14210010019938).
.
.
Hotline:013-2262 444
.
"Perjuangan Bersama Demi Pengguna”


6005) KELUARGA MANGSA REMPUHAN PEMANDU MABUK TERIMA WAKALAH PERKESO - BERNAMA - 05/06/2020


KUALA LUMPUR, 5 Jun  -- "Alhamdulillah syukur, banyak pihak datang membantu saya dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan,” kata Zahlawati Zahlan, 47.

Dia adalah balu kepada Mohamed Zaili Mohamed yang maut dirempuh pemandu mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, Isnin lepas.

Zahlawati dan keluarga menerima sumbangan wakalah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Skim Pekerjaan Sendiri, Datuk Nadzim Johan di kediamannya di Bukit Antarabangsa hari ini.

Hasil semakan Skuad Prihatin Perkeso, arwah yang bekerja sebagai penghantar makanan tidak mendaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau skim Perkeso yang lain, namun atas belas ihsan Perkeso turut memberikan sumbangan wakalah daripada anggota Perkeso.

"Arwah tidak mencarum (Perkeso). Alhamdulillah sumbangan ini simpanan untuk anak-anak dan saya akan membantu keluarga arwah. Dengan modal ini, boleh sara anak-anak, jaminan untuk mereka.

"Kami tidak mempunyai pendapatan tetap selain meniaga sendiri dan arwah dulu pun menjadi penghantar makanan untuk makanan yang saya jual sendiri.  Alhamdulillah, ini dapat serba sedikit membantu untuk menyara anak yang masih kecil dan hendak bersekolah,” kata Zahlawati.

Sementara itu, Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Bahagian Sumber Manusia Mohd Razmi Khalid berkata selain membantu keluarga arwah, wakalah ini juga satu usaha memupuk kesedaran akan kepentingan mencarum Perkeso bagi individu yang bertugas dalam ekonomi gig seperti e-hailing.

"Pada masa ini, ramai yang bekerja sendiri dan difahamkan, ekonomi gig serta trend bekerja sendiri dijangka meningkat dan kita bimbang pekerja-pekerja tidak dilindungi," katanya.

SKSPS adalah skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada Orang Berinsurans Bekerja Sendiri (OBBS) daripada bencana pekerjaan sendiri termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Mohamed Zaili meninggalkan seorang balu dan empat orang anak, Arif Iskandar, 22, Putri Balqis, 21, Aril Iskandar, 10, dan Aleesya Zailiza, 6 tahun.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi Isnin lepas, Mohamed Zaili, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.


Artikel oleh: Bernama 

KELUARGA MANGSA REMPUHAN PEMANDU MABUK TERIMA WAKALAH PERKESO

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=1848277

6004) BEKERJA SENDIRI PERLU BUAT CARUMAN - HARIAN METRO - 05/06/2020


Kesedaran melakukan caruman bagi keselamatan terhadap individu bekerja sendiri termasuk dalam sektor e-hailing dilihat masih rendah meskipun trend pekerjaan berkenaan semakin meningkat. Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Bahagian Sumber Manusia Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Mohd Razmi Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan seramai 14 individu yang bekerja dalam sektor e-hailing meninggal dunia ketika bekerja direkodkan pada Januari hingga Mei lalu. Katanya, Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai individu yang hilang pekerjaan memilih untuk bekerja sendiri bagi mendapatkan pendapatan. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/20... ------------------------------------- #HMETRO #METROTV


Artikel oleh: Harian Metro

BEKERJA SENDIRI PERLU BUAT CARUMAN


6003) KESEDARAN MENCARUM INDIVIDU BEKERJA SENDIRI MASIH RENDAH [METROTV] - HARIAN METRO - 05/06/2020


KESEDARAN melakukan caruman bagi keselamatan terhadap individu bekerja sendiri termasuk dalam sektor e-hailing dilihat masih rendah meskipun trend pekerjaan berkenaan semakin meningkat.
Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Bahagian Sumber Manusia Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Mohd Razmi Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan seramai 14 individu yang bekerja dalam sektor e-hailing meninggal dunia ketika bekerja direkodkan pada Januari hingga Mei lalu.
"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai individu yang hilang pekerjaan memilih untuk bekerja sendiri bagi mendapatkan pendapatan.
"Namun, ramai antara mereka belum menyedari kepentingan melakukan caruman keselamatan yang memberikan jaminan masa depan terutama kepada waris sekiranya berlaku insiden tidak diingini terhadap mereka.
"Justeru, kami menyeru individu bekerja sendiri atau pihak majikan terbabit dalam sektor berkenaan seperti e-hailing supaya tampil membuat caruman bagi menjamin keselamatan pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumah Zahlawati Dahlan, 47, balu kepada penghantar makanan, Mohamed Zaili Mohamed, 44, yang meninggal dunia selepas motosikal dinaikinya dilanggar pemandu mabuk di Bukit Antarabangsa, di sini, hari ini.
Razmi bersama Ahli Lembaga Skim Pekerjaan Sendiri, Datuk Nadzim Johan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Zahlawati dan empat anaknya ketika menziarah mereka sekeluarga, hari ini.
Razmi berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan menghubungi waris Mohamer Zaili untuk mendapatkan maklumatnya.
MOHD Razmi (kanan) menyampaikan sumbangan Wakalah anggota PERKESO kepada Balu Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed, Zahlawatti Dahlan, 47 di kediaman beliau di Bukit Antarabangsa. FOTO Asyraf Hamzah

"Bagaimanapun, semakan mendapati arwah tidak mendaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau mana-mana skim Perkeso lain.
"Melihat keadaan itu, kami mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan wang tunai RM500 kepada balu arwah, RM100 kepada setiap anak arwah, duit raya serta hamper kepada mereka menerusi sumbangan wakalah anggota Perkeso," katanya.
Sementara itu, Nadzim berkata, selain individu yang berkerja sendiri, pemain industri terbabit dalam sektor berkenaan perlu mengambil langkah melakukan caruman keselamatan kepada mereka.
"Ramai pemain industri yang terbabit dalam sektor pekerjaan sendiri termasuk e-hailing seperti platform jualan dalam talian sepatutnya mengambil langkah awal dengan mencarum untuk individu yang bekerja untuk mereka seperti penghantar makanan.
"Ini kerana individu terbabit bekerja untuk mereka dan tanpa mereka tidak berlaku penghantaran kepada pelanggan. Namun, golongan ini tidak mendapat jaminan keselamatan daripada syarikat terbabit ketika bekerja," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro 

KESEDARAN MENCARUM INDIVIDU BEKERJA SENDIRI MASIH RENDAH [METROTV]

6001) ZIARAH JARIAH SUMBANGAN WAKALAH PPIM BERSAMA PERKESO BUAT KELUARGA MANGSA MAUT KEMALANGAN MELIBATKAN PEMANDU MABUK, ALLAHYARHAM MOHAMED ZAILI MOHAMED - PPIM - 05/06/2020

PPIM bersama PERKESO dan Persatuan Ehailing FM memberi bantuan buat keluarga mangsa yang maut akibat dirempuh pemandu mabuk di lebuhraya pada 1 Jun yang lepas.

PPIM melalui Tabung Perjuangan PPIM menghulurkan sumbangan sebanyak RM5000 bagi mengurangkan beban keluarga mangsa.

Jika akan ingin menyokong & berjuangan bersama PPIM, saluran sumbangan kewangan boleh dibuat melalui https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM atau menyumbang terus ke akaun PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (Bank Islam: 14210010019938).

Laman Web: https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM
.
Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my
Hotline:013-2262 444
.
"Perjuangan Bersama Demi Pengguna”


This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp%2BImage%2B2020-06-05%2Bat%2B10.40.39%2B%25281%2529.jpeg

Wednesday, June 3, 2020

5998) SYOR SEKATAN JUALAN ARAK - BERITA ALHIJRAH - 02/06/2020


5995) SEKAT PENJUALAN ARAK DI PUB, KELAB MALAM DAN KEDAI SERBANEKA - MALAKAT TRIBUNE - 02/06/2020


CYBERJAYA - Premis perniagaan seperti pub, kelab malam termasuk kedai serbaneka wajar diharamkan beroperasi sekiranya penguatkuasaan undang-undang ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pengguna jalan raya lain tidak menunjukkan keberkesanan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, seperti semua pihak sedia maklum, di premis-premis tersebut minuman keras dijual secara terbuka tanpa sekatan.

Beliau berkata, pemberian lesen untuk menjual minuman keras kepada premis-premis itu juga sangat mudah menyebabkan minuman terbabit begitu senang didapati dan boleh dibeli di mana-mana sahaja.

“Perkara ini harus dibetulkan supaya ia tidak terus menjadi bencana kepada orang lain.

“Kerajaan perlu ambil tindakan serius dengan lebih berhati-hati dalam pemberian lesen menjual minuman keras serta perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih berat ke atas pemilik premis serta peminum arak.

“Jika di Korea Selatan, hukuman dikenakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan ini sangat ‘gila’ (berat) dan di United Kingdom (UK) pula mereka tak boleh minum sesuka hati kerana terdapat syarat yang dikenakan. Tapi di Malaysia, penguatkuasaan terhadap perkara itu tiada,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. 

Tegasnya, penguatkuasaan undang-undang terhadap peminum-peminum arak perlu jelas, sebagai contoh mereka hanya dibenarkan mengambil minuman keras di rumah dan tidak boleh keluar serta memandu.

Nadzim berkata lagi, beliau juga melihat keperluan untuk pemilik lesen, premis atau industri arak di negara ini untuk menyediakan insurans berkelompok atau ganti rugi yang dibayar kepada mangsa atau keluarga yang terkesan sama ada mati atau cedera.

“Bukan setakat hukuman kepada pemabuk yang melanggar tetapi dengan ada insurans atau ganti rugi ini, sekurang-kurangnya nasib mangsa atau keluarga mangsa yang terkesan terbela,” katanya.


Tambahnya, jika semua itu masih belum mampu menyelesaikan segala masalah ditimbulkan pemandu mabuk ini, langkah akhir adalah dengan menutup atau mengharamkan terus pub, kelab malam atau kedai serbaneka yang menyediakan sumber minuman keras itu daripada terus beroperasi.


Artikel oleh: Malakat Tribune

SEKAT PENJUALAN ARAK DI PUB, KELAB MALAM DAN KEDAI SERBANEKA

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/15167/

5994) WUJUD TABUNG KHAS BANTU MANGSA PEMANDU MABUK - SINAR HARIAN - 03/06/2020


SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersedia untuk mewujudkan satu tabung khas bagi mengumpul dana untuk membantu keluarga kepada mangsa yang maut akibat kecuaian pemandu mabuk.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Ma'amor Osman berkata, bagaimanapun perbincangan mengenai hal itu perlu dilakukan terlebih dahulu menerusi mesyuarat PPIM sebelum ia boleh dilaksanakan.

"Saya lihat kes berkaitan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi dan memang ada keperluan untuk kita beri bantuan segera kepada mangsa termasuk keluarga yang terjejas.

"Oleh itu, saya akan bawa perkara ini ke dalam mesyuarat PPIM dalam masa terdekat untuk dibincangkan secara terperinci bagaimana untuk kami sebagai NGO (pertubuhan bukan kerajaan) boleh membantu termasuk untuk mewujudkan tabung khas bagi mengumpul dana tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ma'amor berkata, selain itu PPIM juga mempunyai dana sendiri yang dikumpulkan melalui dana infaq serta program Zero Hunger untuk membantu golongan memerlukan termasuk untuk kes-kes kecemasan.

"Dalam kes pemandu mabuk ini yang boleh dianggap sebgai 'urgent case', kita boleh gunakan dana ini untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat," katanya.

Selain itu, Ma'amor berkata, beliau percaya banyak NGO lain di luar sana yang turut sama prihatin dengan nasib menimpa mangsa atau keluarga mangsa yang maut akibat kecuaian pemandu mabuk ini.

"Saya percaya sudah ada yang tampil menghulurkan bantuan atau sumbangan secara senyap-senyap dan tidak mahu ia dihebahkan," katanya.

Semalam, seorang penghantar makanan maut selepas dilanggar seorang pekerja kedai aksesori kereta yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Tun Razak di ibu negara.

Pekerja kedai aksesori kereta itu, Khor Yong Zhang, 21, juga didakwa di mahkamah semalam, namun mengaku tidak bersalah melanggar mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Sebelum itu, seorang kakitangan Alam Flora, Irwan Herman Kamarudin, 42, turut meninggal dunia selepas kereta dipandunya dilanggar oleh seorang pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Petronas Bukit Rangin pada malam 25 Mei lalu.


Artikel oleh: Sinar Harian

WUJUD TABUNG KHAS BANTU MANGSA PEMANDU MABUK

https://www.sinarharian.com.my/article/86049/BERITA/Nasional/Wujud-tabung-khas-bantu-mangsa-pemandu-mabuk

5993) PPIM SEDIA WUJUDKAN TABUNG KHAS KUMPUL DANA BANTU MANGSA - SINAR HARIAN - 03/06/2020


5992) SEKATAN PENJUALAN ARAK - SINAR HARIAN - 02/06/2020


Tuesday, June 2, 2020

5991) SEKATAN PENJUALAN ARAK: PPIM - SINAR HARIAN - 02/06/2020


PREMIS perniagaan seperti pub, kelab malam termasuk kedai serbaneka wajar diharamkan beroperasi sekiranya penguatkuasaan undang-undang ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pengguna jalan raya lain tidak menunjukkan keberkesanan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, seperti semua pihak sedia maklum, di premis-premis tersebut minuman keras dijual secara terbuka tanpa sekatan.
Beliau berkata, pemberian lesen untuk menjual minuman keras kepada premis-premis itu juga sangat mudah menyebabkan minuman terbabit begitu senang didapati dan boleh dibeli di mana-mana sahaja.
“Perkara ini harus dibetulkan supaya ia tidak terus menjadi bencana kepada orang lain.
“Kerajaan perlu ambil tindakan serius dengan lebih berhati-hati dalam pemberian lesen menjual minuman keras serta perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih berat ke atas pemilik premis serta peminum arak.

This image has an empty alt attribute; its file name is 725632.jpg
Tegasnya, penguatkuasaan undang-undang terhadap peminum-peminum arak perlu jelas, sebagai contoh mereka hanya dibenarkan mengambil minuman keras di rumah dan tidak boleh keluar serta memandu.

Nadzim berkata lagi, beliau juga melihat keperluan untuk pemilik lesen, premis atau industri arak di negara ini untuk menyediakan insurans berkelompok atau ganti rugi yang dibayar kepada mangsa atau keluarga yang terkesan sama ada mati atau cedera.

“Bukan setakat hukuman kepada pemabuk yang melanggar tetapi dengan ada insurans atau ganti rugi ini, sekurang-kurangnya nasib mangsa atau keluarga mangsa yang terkesan terbela,” katanya.
Tambahnya, jika semua itu masih belum mampu menyelesaikan segala masalah ditimbulkan pemandu mabuk ini, langkah akhir adalah dengan menutup atau mengharamkan terus pub, kelab malam atau kedai serbaneka yang menyediakan sumber minuman keras itu daripada terus beroperasi.


Artikel oleh: Sinar Harian

SEKATAN PENJUALAN ARAK: PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/85894/BERITA/Nasional/Sekatan-penjualan-arak-PPIM

Wednesday, March 4, 2020

5775) PEMANDU MABUK: WUJUDKAN UNDANG-UNDANG DAPAT 'GERUNKAN' PENGGUNA JALAN RAYA - ISMAWEB - 22/02/2020


BANGI, 28 Jamadilakhir 1441H, Sabtu – Kerajaan disarankan membuat undang-undang ‘menggerunkan’ pemandu mabuk supaya mereka tidak lagi cuai sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian di jalan raya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzmi Johan berkata, kerajaan perlu melihat isu ini secara bersungguh-sungguh berikutan ramai yang cedera dan mati akibat sikap tidak bertanggungjawab individu mabuk.
Bahkan, beliau berpandangan, kena ada undang-undang yang lebih tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan berkenaan kerana undang-undang sedia ada mungkin tidak cukup kuat untuk menakutkan pesalah.
“Selain itu, penjualan alkohol perlu dilihat kembali dari segi kaedah penjualan yang terbuka serta tanpa kawalan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.
Kes pemandu mabuk saban hari berlaku dan yang terbaharu dua hari lalu apabila pemilik kilang besi yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk merempuh pintu kaca mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank di Kampung Baru, Bukit Mertajam.
Sementara dua hari sebelum kejadian itu, empat beranak cedera termasuk bayi perempuan bersama ibunya parah, apabila mereka dirempuh sebuah kereta kejadian berlaku jam 11.30 malam selepas sebuah kereta jenis BMW terbabas melanggar bahagian belakang sebuah van persiaran.
Minggu lalu, dua sahabat maut selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar kereta dipandu wanita disyaki dalam keadaan mabuk di KM13, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Sungai Dua, Butterworth.
Sebelum itu, seorang penunggang motosikal maut, manakala rakannya cedera juga disebabkan pemandu disyaki mabuk dalam kejadian di Batu 10, Jalan Apas, Tawau.
Sementera Jun tahun lalu, Roslinda Mohamad Isa, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kepala Batas selepas gerai nasi lemak dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.
Sebulan kemudian, satu lagi kes sama membabitkan seorang pekerja kontrak yang maut dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika sedang melakukan kerja kawalan lalu lintas di Persiaran Perdana, Sri Damansara.
Kejadian sama turut meragut nyawa Mohaidin Gani Mohamad, 58, apabila motosikalnya dirempuh oleh kereta seorang wanita warga China berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato Keramat, di ibu negara.
Dalam pada itu, Nadzmi berkata, tidak ada salahnya sekiranya kerajaan mempertimbangkan hukuman mati kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.
“… mereka ini jenis tidak sedar diri. Maknanya kita kena buat undang-undang yang menakutkan orang kerana apabila mereka takut, mereka akan mengambil tindakan yang tidak cuai,” kata beliau.
Artikel oleh: ISMAWEB
PEMANDU MABUK: WUJUDKAN UNDANG-UNDANG DAPAT 'GERUNKAN' PENGGUNA JALAN RAYA 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL