Showing posts with label MANGSA KEMALANGAN PEMANDU MABUK. Show all posts
Showing posts with label MANGSA KEMALANGAN PEMANDU MABUK. Show all posts

Saturday, June 6, 2020

6010) PEMANDU MABUK: KELUARGA MANGSA TERIMA WAKALAH PERKESO - ISMAWEB - 05/06/2020


KUALA LUMPUR, 13 Syawal 1441H, Jumaat – “Alhamdulillah syukur, banyak pihak datang membantu saya dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan,” kata Zahlawati Zahlan, 47.

Dia adalah balu kepada Mohamed Zaili Mohamed yang maut dirempuh pemandu mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, Isnin lepas.

Zahlawati dan keluarga menerima sumbangan wakalah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Skim Pekerjaan Sendiri, Datuk Nadzim Johan di kediamannya di Bukit Antarabangsa hari ini.

Hasil semakan Skuad Prihatin Perkeso, arwah yang bekerja sebagai penghantar makanan tidak mendaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau skim Perkeso yang lain, namun atas belas ihsan Perkeso turut memberikan sumbangan wakalah daripada anggota Perkeso.

“Arwah tidak mencarum (Perkeso). Alhamdulillah sumbangan ini simpanan untuk anak-anak dan saya akan membantu keluarga arwah. Dengan modal ini, boleh sara anak-anak, jaminan untuk mereka.

“Kami tidak mempunyai pendapatan tetap selain meniaga sendiri dan arwah dulu pun menjadi penghantar makanan untuk makanan yang saya jual sendiri. Alhamdulillah, ini dapat serba sedikit membantu untuk menyara anak yang masih kecil dan hendak bersekolah,” kata Zahlawati.

Sementara itu, Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Bahagian Sumber Manusia Mohd Razmi Khalid berkata selain membantu keluarga arwah, wakalah ini juga satu usaha memupuk kesedaran akan kepentingan mencarum Perkeso bagi individu yang bertugas dalam ekonomi gig seperti e-hailing.

“Pada masa ini, ramai yang bekerja sendiri dan difahamkan, ekonomi gig serta trend bekerja sendiri dijangka meningkat dan kita bimbang pekerja-pekerja tidak dilindungi,” katanya.

SKSPS adalah skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada Orang Berinsurans Bekerja Sendiri (OBBS) daripada bencana pekerjaan sendiri termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Mohamed Zaili meninggalkan seorang balu dan empat orang anak, Arif Iskandar, 22, Putri Balqis, 21, Aril Iskandar, 10, dan Aleesya Zailiza, 6 tahun.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi Isnin lepas, Mohamed Zaili, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala. – Bernama


Artikel oleh: ISMAWEB

PEMANDU MABUK: KELUARGA MANGSA TERIMA WAKALAH PERKESO

https://ismaweb.net/2020/06/05/pemandu-mabuk-keluarga-mangsa-terima-wakalah-perkeso/

6009) 'SYUKUR, BANYAK PIHAK BANTU SAYA DAN ANAK-ANAK' - SINAR HARIAN - 06/06/2020


Artikel oleh: Sinar Harian

'SYUKUR, BANYAK PIHAK BANTU SAYA DAN ANAK-ANAK'

Friday, June 5, 2020

6001) ZIARAH JARIAH SUMBANGAN WAKALAH PPIM BERSAMA PERKESO BUAT KELUARGA MANGSA MAUT KEMALANGAN MELIBATKAN PEMANDU MABUK, ALLAHYARHAM MOHAMED ZAILI MOHAMED - PPIM - 05/06/2020

PPIM bersama PERKESO dan Persatuan Ehailing FM memberi bantuan buat keluarga mangsa yang maut akibat dirempuh pemandu mabuk di lebuhraya pada 1 Jun yang lepas.

PPIM melalui Tabung Perjuangan PPIM menghulurkan sumbangan sebanyak RM5000 bagi mengurangkan beban keluarga mangsa.

Jika akan ingin menyokong & berjuangan bersama PPIM, saluran sumbangan kewangan boleh dibuat melalui https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM atau menyumbang terus ke akaun PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (Bank Islam: 14210010019938).

Laman Web: https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM
.
Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my
Hotline:013-2262 444
.
"Perjuangan Bersama Demi Pengguna”


This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp%2BImage%2B2020-06-05%2Bat%2B10.40.39%2B%25281%2529.jpeg

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL