Showing posts with label PENJUALAN ARAK. Show all posts
Showing posts with label PENJUALAN ARAK. Show all posts

Wednesday, June 3, 2020

5998) SYOR SEKATAN JUALAN ARAK - BERITA ALHIJRAH - 02/06/2020


5995) SEKAT PENJUALAN ARAK DI PUB, KELAB MALAM DAN KEDAI SERBANEKA - MALAKAT TRIBUNE - 02/06/2020


CYBERJAYA - Premis perniagaan seperti pub, kelab malam termasuk kedai serbaneka wajar diharamkan beroperasi sekiranya penguatkuasaan undang-undang ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pengguna jalan raya lain tidak menunjukkan keberkesanan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, seperti semua pihak sedia maklum, di premis-premis tersebut minuman keras dijual secara terbuka tanpa sekatan.

Beliau berkata, pemberian lesen untuk menjual minuman keras kepada premis-premis itu juga sangat mudah menyebabkan minuman terbabit begitu senang didapati dan boleh dibeli di mana-mana sahaja.

“Perkara ini harus dibetulkan supaya ia tidak terus menjadi bencana kepada orang lain.

“Kerajaan perlu ambil tindakan serius dengan lebih berhati-hati dalam pemberian lesen menjual minuman keras serta perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih berat ke atas pemilik premis serta peminum arak.

“Jika di Korea Selatan, hukuman dikenakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan ini sangat ‘gila’ (berat) dan di United Kingdom (UK) pula mereka tak boleh minum sesuka hati kerana terdapat syarat yang dikenakan. Tapi di Malaysia, penguatkuasaan terhadap perkara itu tiada,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. 

Tegasnya, penguatkuasaan undang-undang terhadap peminum-peminum arak perlu jelas, sebagai contoh mereka hanya dibenarkan mengambil minuman keras di rumah dan tidak boleh keluar serta memandu.

Nadzim berkata lagi, beliau juga melihat keperluan untuk pemilik lesen, premis atau industri arak di negara ini untuk menyediakan insurans berkelompok atau ganti rugi yang dibayar kepada mangsa atau keluarga yang terkesan sama ada mati atau cedera.

“Bukan setakat hukuman kepada pemabuk yang melanggar tetapi dengan ada insurans atau ganti rugi ini, sekurang-kurangnya nasib mangsa atau keluarga mangsa yang terkesan terbela,” katanya.


Tambahnya, jika semua itu masih belum mampu menyelesaikan segala masalah ditimbulkan pemandu mabuk ini, langkah akhir adalah dengan menutup atau mengharamkan terus pub, kelab malam atau kedai serbaneka yang menyediakan sumber minuman keras itu daripada terus beroperasi.


Artikel oleh: Malakat Tribune

SEKAT PENJUALAN ARAK DI PUB, KELAB MALAM DAN KEDAI SERBANEKA

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/15167/

5994) WUJUD TABUNG KHAS BANTU MANGSA PEMANDU MABUK - SINAR HARIAN - 03/06/2020


SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersedia untuk mewujudkan satu tabung khas bagi mengumpul dana untuk membantu keluarga kepada mangsa yang maut akibat kecuaian pemandu mabuk.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Ma'amor Osman berkata, bagaimanapun perbincangan mengenai hal itu perlu dilakukan terlebih dahulu menerusi mesyuarat PPIM sebelum ia boleh dilaksanakan.

"Saya lihat kes berkaitan pemandu mabuk semakin menjadi-jadi dan memang ada keperluan untuk kita beri bantuan segera kepada mangsa termasuk keluarga yang terjejas.

"Oleh itu, saya akan bawa perkara ini ke dalam mesyuarat PPIM dalam masa terdekat untuk dibincangkan secara terperinci bagaimana untuk kami sebagai NGO (pertubuhan bukan kerajaan) boleh membantu termasuk untuk mewujudkan tabung khas bagi mengumpul dana tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Ma'amor berkata, selain itu PPIM juga mempunyai dana sendiri yang dikumpulkan melalui dana infaq serta program Zero Hunger untuk membantu golongan memerlukan termasuk untuk kes-kes kecemasan.

"Dalam kes pemandu mabuk ini yang boleh dianggap sebgai 'urgent case', kita boleh gunakan dana ini untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat," katanya.

Selain itu, Ma'amor berkata, beliau percaya banyak NGO lain di luar sana yang turut sama prihatin dengan nasib menimpa mangsa atau keluarga mangsa yang maut akibat kecuaian pemandu mabuk ini.

"Saya percaya sudah ada yang tampil menghulurkan bantuan atau sumbangan secara senyap-senyap dan tidak mahu ia dihebahkan," katanya.

Semalam, seorang penghantar makanan maut selepas dilanggar seorang pekerja kedai aksesori kereta yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Tun Razak di ibu negara.

Pekerja kedai aksesori kereta itu, Khor Yong Zhang, 21, juga didakwa di mahkamah semalam, namun mengaku tidak bersalah melanggar mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Sebelum itu, seorang kakitangan Alam Flora, Irwan Herman Kamarudin, 42, turut meninggal dunia selepas kereta dipandunya dilanggar oleh seorang pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Petronas Bukit Rangin pada malam 25 Mei lalu.


Artikel oleh: Sinar Harian

WUJUD TABUNG KHAS BANTU MANGSA PEMANDU MABUK

https://www.sinarharian.com.my/article/86049/BERITA/Nasional/Wujud-tabung-khas-bantu-mangsa-pemandu-mabuk

5993) PPIM SEDIA WUJUDKAN TABUNG KHAS KUMPUL DANA BANTU MANGSA - SINAR HARIAN - 03/06/2020


5992) SEKATAN PENJUALAN ARAK - SINAR HARIAN - 02/06/2020


Tuesday, June 2, 2020

5991) SEKATAN PENJUALAN ARAK: PPIM - SINAR HARIAN - 02/06/2020


PREMIS perniagaan seperti pub, kelab malam termasuk kedai serbaneka wajar diharamkan beroperasi sekiranya penguatkuasaan undang-undang ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pengguna jalan raya lain tidak menunjukkan keberkesanan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, seperti semua pihak sedia maklum, di premis-premis tersebut minuman keras dijual secara terbuka tanpa sekatan.
Beliau berkata, pemberian lesen untuk menjual minuman keras kepada premis-premis itu juga sangat mudah menyebabkan minuman terbabit begitu senang didapati dan boleh dibeli di mana-mana sahaja.
“Perkara ini harus dibetulkan supaya ia tidak terus menjadi bencana kepada orang lain.
“Kerajaan perlu ambil tindakan serius dengan lebih berhati-hati dalam pemberian lesen menjual minuman keras serta perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih berat ke atas pemilik premis serta peminum arak.

This image has an empty alt attribute; its file name is 725632.jpg
Tegasnya, penguatkuasaan undang-undang terhadap peminum-peminum arak perlu jelas, sebagai contoh mereka hanya dibenarkan mengambil minuman keras di rumah dan tidak boleh keluar serta memandu.

Nadzim berkata lagi, beliau juga melihat keperluan untuk pemilik lesen, premis atau industri arak di negara ini untuk menyediakan insurans berkelompok atau ganti rugi yang dibayar kepada mangsa atau keluarga yang terkesan sama ada mati atau cedera.

“Bukan setakat hukuman kepada pemabuk yang melanggar tetapi dengan ada insurans atau ganti rugi ini, sekurang-kurangnya nasib mangsa atau keluarga mangsa yang terkesan terbela,” katanya.
Tambahnya, jika semua itu masih belum mampu menyelesaikan segala masalah ditimbulkan pemandu mabuk ini, langkah akhir adalah dengan menutup atau mengharamkan terus pub, kelab malam atau kedai serbaneka yang menyediakan sumber minuman keras itu daripada terus beroperasi.


Artikel oleh: Sinar Harian

SEKATAN PENJUALAN ARAK: PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/85894/BERITA/Nasional/Sekatan-penjualan-arak-PPIM

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL