Thursday, April 30, 2020

5912) MALAKAT MALL DIBUKA DENGAN DOA - MALAKAT TRIBUNE - 30/04/2020


Moderator: Dr. Taha Omar

Panel: Pengasas Malakat Mall, Coach Mohd. Fadzil Hashim dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau Toqqi.


DR. TAHA: Pasca Covid-19, akan tiga perkara besar akan berlaku. Pertama, kadar pengangguran. Pengangguran sekarang ialah 3.2 peratus. Tetapi selepas Covid-19 akan naik kepada 10 hingga 15 peratus. Kedua, KDNK juga akan turun sehingga 40 peratus. Ketiga, ialah food security. Siapa pembekal, siapa pengedarnya? Siapa pula penjualnya. Food security is king! Boleh Coach ulas?

COACH FADZIL: Kita sedia maklum bahawa Malaysia mengimport makanan. Kita merekodkan import bahan makanan lebih 50 bilion setahun. Kalau kita import barangan yang tiada di Malaysia, itu memang tiada masalah. Tetapi, 50 peratus daripada bahan yang kita import itu sebenarnya boleh dihasilkan dalam negara kita.

Ketika membentangkan pelan kami kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kita mencadangkan pendekatan agar barangan yang kita ada, tidak perlu diimport. Sebaliknya kita wujudkan peluang untuk usahawan baharu.

Strategi Mengekang Pengangguran

Kalau kita tidak buat apa-apa yang strategik, melainkan menerima sahaja skim bantuan kerajaan, moratarium enam bulan, dapat pinjaman dengan kadar faedah 0 peratus sekadar untuk hidup, pengangguran akan meningkat.

Tetapi sekiranya kita ambil tindakan untuk mewujud peluang-peluang baharu, maka sebenarnya bukan kita boleh kurangkan impak, malah menjadi lebih hebat. Jadi kalau pengangguran sekarang 3.2 peratus dan diunjurkan pertambahan 10 hingga 15 peratus, mereka yang diberhentikan ini harus diserap ke dalam peluang pekerjaan yang baharu.

Ini yang kita bentangkan ke pihak kementerian. Pihak kementerian sudah terima cadangan kita. Cuma dengan sokongan kerajaan, ia akan menjadi kebih cepat.

Dalam rancangan kita untuk mengatasi masalah food security, kita telah membina satu pelan 222 ladang komuniti. Kita akan buat pembentangan untuk umumkan rancangan mewujudkan satu sistem ekonomi Islam yang baharu yang kita panggil Raudhah Economy.

Cuma dalam food security itu, kita sedang perincikan perancangannya. Kita sudah buat projek pilot projek ladang ayam organik. Bukan untuk menjadi pesaing kepada peladang sekarang. Kita akan utamakan peladang yang sedia ada terlebih dahulu.

Bagaimana pun mereka terlalu kecil berbanding dengan kehendak pasaran. Macam mana kalau kita tak ada pasar? Kita kena ambil ibrah Nabi Muhammad SAW. Bila baginda berhijrah, baginda tak berniaga di pasar Yahudi. Tetapi di pasar Islam yang dibina. 


Malakat Mall Dibuka Dengan Doa

Kita dapat buka Malakat Mall, bukan kerana kita hebat, tetapi Allah yang izinkan berkat doa manusia. Ramai yang berdoa seperti doa Ustaz Mazridzi dan kumpulannya dari sekolah-sekolah tahfiz. Apabila Allah gerakkan manusia, Malakat Mall jadi lambang kebangkitan.

Bila orang datang mereka berasa teruja. Cuma kita yang berasa serba tak lengkap. Dalam keadaan kekurangan itupun, orang lain melihat ia hebat. Bayangkan betapa KSU Kementerian Usahawan terlafaz nama Malakat Mall dalam mesyuarat. Ia sesuatu yang bukan senang terjadi.

Beliau panggil semua ketua-ketua agensi di bawah kementerian untuk mendengar pembentangan kami. Dia beri tempoh seminggu untuk kita duduk bersama pihak kementerian di war room mereka. Apabila kami bentangkan pihak kementerian setuju dengan inti pembentangan dan terus ingin sama-sama melaksanakannya.

Semua Kerana Bantuan Allah

Kita melihat bahawa Allah dah tunjukkan bahawa kita telah banyak kali menang. Allah bagi Malakat Mall, ahli KoPPIM (Koperasi Pembangunan Islam Malaysia) yang pada mulanya 30 orang sudah menjadi berbelas ribu walaupun belum aktif sepenuhnya.

Suruhanjaya Pembangunan Koperasi sendiri melihat KoPPIM sebagai sebuah koperasi yang mampu menyelamatkan umat Islam khususnya di negara kita untuk keluar dari sistem riba. Inilah yang kita ingin bina, sistem ekonomi tunai.

Kalau seseorang itu berhutang pun dia tak akan berhutang dengan cara riba. Kalau kita beri pinjaman pun ia tidak langsung menggunakan asas riba. SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) sendiri amat yakin dengan pelan yang kita ada. Jadi, dari segi food security ini peluang sebenarnya. Kita tak perlu tunggu nak siap ladang baharu, baru hendak mulakan.

Syarikat Berpengalaman Datang Membantu

Untuk fasa pertama, kita luaskan RGX (Raudhah Grocer Express). Kita boleh buka satu dalam seminggu. Kita sedang cari gudang, perisian rantaian bekalan dan pengurusan ladang. Tiba-tiba Allah hantar FGV Transport yang boleh buat semua. 

Mereka adalah bekas syarikat Unilever yang cukup berpengalaman dalam mengurus fast moving consumer goods (FMCG). Mereka sedang buat untuk Felda. Mereka ada gudang yang bolegh terus diaktifkan. Kita sedang menyelaras bentuk kerjasama dengan mereka.

Ini bantuan-bantuan Allah untuk mempermudahkan. Kita hanya perlu pengusaha-pengusaha umat Islam. Sesiapa yang ingin, boleh datang sekarang ke Raudhah Distribution Centre untuk kita ambil barangan.

Kita sedang bina model pembelian secara tunai. Ini belum pernah berlaku. Dalam sebulan dua ini kita akan wujudkan sistem yang mana kita boleh bayar tunai kepada pembekal yang terpilih. Kita bertanggungjawab untuk mengedarnya ke cawangan-cawangan Raudhah Grocer di seluruh negara.


DR TAHA: Apakah rumusan dan harapan Toqqi berhubung dengan Covid-19 ini? 

TOQQI: Di zaman guru hara ini, kita akan berdepan dengan norma baharu. Kita perlu kembali pada kita sendiri dan ambil ini sebagai cabaran untuk kita berubah. Toqqi biasa ditanya oleh kawan-kawan Cina sewaktu sekolah. Mereka bertanya kenapalah orang Melayu teruk. 

Orang Lain Sentiasa Persoal Kita

Sewaktu di sekolah, saya selalu ditanya oleh kawan-kawan Cina persoalan-persoalan mengenai keistimewaan bangsa Melayu sejak di sekolah rendah. Kerana itu kita kena perkasakan diri kita. Orang kita pun tak faham mengenai agamanya. Bila orang tanya, kita tak pandai menjawab.

Kalau yang ada ilmu tak pandai menjawab, inikan pula kita yang tiada ilmu. Jadi kita kena perkasakan diri kita untuk berbuat sesuatu sekarang. Kalau kita tidak ubah, tiada sesiapa pun yang boleh ubah mengubah kita.

Kerana itu, kita kena lancarkan BB atau Budaya Baharu. Budaya Baharu adalah sesuatu yang mengubah sistem kita. Sudah 62 tahun kita berpegang kepada budaya dan akhlak yang buruk. Kita perlu berubah dengan kesedaran yang luar biasa.

Kita Gagal Kerana Orang Kita Tak Jaga

Saya nak kongsi sesuatu. Tak lama dahulu ada sebuah syarikat yang membekal pekerja keselamatan kepada sebuah syaikat yang besar. Caj bulanannya hampir RM200,000. Pada mulanya bayarannya baik. Tetapi lama kelamaan bayarannya semakin lambat. 

Pembekal ini terpaksa meminjam dari bank. Bila meminjam dari bank, kita dah mula berperang dengan Allah dan Rasul. Pegawai di pihak syarikat besar itu pula menginginkan habuan buat dirinya sebelum membuat pembayaran.

Dalam pada itu, pinjaman bank pula bermasalah kerana dia belum menerima bayaran. Akhirnya dia meminjam dari ah long! Hal ini tak susah sebenarnya. Sekiranya syarikat besar itu membayar, syarikat pembekal tidak akan mempunyai masalah seberat itu.

Bisnes Jalan, Duit Tak Dibayar

Pembayaran lambat adalah di antara penyakit paling dahsyat dalam masyarakat kita. Syarikat boleh bankrap berjuta kerana tiada bayaran. Mengapa kita bankrapkan syarikat Melayu? Inilah yang patut berubah.

Satu lagi sikap ialah mengambil kesempatan. Baru-baru ini ada seorang usahawan yang mendapat geran berjumlah RM3 juta untuk kontrak pembersihan sungai. Kebanyakan pihak berkuasa pula tidak mahukan khidmat itu. Bayangkan... Operasi orang kita kadang-kadang lebih teruk daripada orang bukan Islam.

Produktiviti kita juga perlu diperbaiki. Bila kita tidak cukup masa bekerja, bagaimana kita hendak bawa rezeki itu kepada keluarga? Jadi kita kena jadi seseorang yang punyai jati diri dengan tidak meminta-minta.

Sekolah Tahfiz Yang Tak Bersih

Baru-baru ini ada seseorang yang mengambil sub-kontrak untuk sebuah bangunan yang hendak siap. Pekerjanya ada 1,000 orang. Tetapi dia tidak menerima bayaran sejumlah RM1 juta. Itulah kezeliman. Tetapi hal ini boleh selesai dengan satu panggilan telefon. Tetapi ini tidak dapat dilakukan.

Satu lagi contoh, kawan saya membersih lebih daripada 200 tahfiz. Menurutnya, hanya 6 atau 7 tahfiz sahaja yang bersih. Yang lain semuanya kotor. Di manakah nilai Islam kita?


DR. TAHA:  Apakah pandangan dan nasihat daripada seorang usahawan dan pejuang ekonomi kepada penonton?

COACH FADZIL: Saya ingin ingatkan kepada sahabat-sahabat perjuangan, bahawa syer yang hendak kita ambil alih ialah dari syarikat asing, bukannya dari syarikat tempatan. Ada yang berkata ini terlalu optimis dan tak mampu. Terdapat juga yang memberi reaksi negatif seperti kail yang panjang sejengkal, dan macam-macam.

Orang Kita Menyokong KoPPIM

Rasulullah SAW membawa agama ketika umatnya sangat lemah. Dalam konteks kita pula keadaan kita makin baik. Tapi, ada juga yang berpandangan, kita tidak boleh buat, tetapi orang lain boleh buat. Kalau bangsa lain nak buat, ia diyakini. Kalau kita nak buat ada yang menjangkakan kita akan gagal. 

Kalau orang lain buat nama syarikat ABC pun orang boleh terima. Tetapi kalau kita yang buat, maka banyaklah komen diberi. Teman-teman yang melihat di media sosial perlu diyakinkan. Kalau difikirkan, kita tak mampu hendak membuka mall kerana kerana koperasi belum ada duit.

Tetapi kita buka dahulu dan bertawakal kepada Allah. Bila siap ia menjadi lambang kepada kebangkitan. Ramai orang tua yang datang termasuk dengan kerusi roda. Mereka datang dari sejauh Johor dan Kelantan, membawa wang RM5,000 untuk dilaburkan ke dalam KoPPIM.

Mereka memahami bahawa hidup ini adalah perjuangan. Kita kena faham 'setiap perbuatan itu bermula dengan niat'. Niat kita ialah mendapat rahmat Allah untuk masuk ke syurga. Bukannya hendak kaya raya di dunia hingga menjadi Qarun dan mati masuk neraka.

Kita hendak kaya dan jadi seperti Abdul Rahman bin Auf atau Uthman bin Affan. Islam bangkit ketika umatnya lemah. Pada hari ini kita lemah. Lemah kerana perangai sendiri. Sebab itu, ini adalah gerakan masa rakyat untuk mempertingkat ekonomi.

Pengguna Jangan Dipergunakan

Sebagai pengguna, kita kena pastikan kita menjadi pengguna yang tidak dipergunakan. Kita kena jadi pengguna yang memiliki sebahagian daripada ekonomi. Kita kena yakin dengan janji Allah dan melihat Covid-19 ini sebagai kad kuning.

Contohnya mengenai riba, apakah kita ada niat hendak keluar daripada sistem itu? Inilah waktu kita kembali kepada sistem Islam di mana kita benar-benar bersaudara. Selama ini kita hanya menyebut tanpa tindakan.

Bangsa Lain Hantar Bunga, Bangsa Kita Hantar Santau!

Bangsa lain buka kedai, orang lain hantar bunga besar-besar, kita pula hantar santau. Saudara apa yang hantar santau! Kita kena hentikan budaya ini. Kita dilantik oleh Allah SWT ke dunia dengan dua peranan iaitu peranan sebagai hamba dan peranan sebagai khalifah. Perangai kenalah macam khalifah. Tapi kita tak boleh sorang-sorang. Kita kena duduk dalam jemaah iaitu KoPPIM.

Kita akan wujudkan Raudhah City di seluruh negara supaya kekuatan kebersamaan itu akan mempercepatkan kejayaan. Itu yang dilakukan Rasulullah SAW. Mereka bersolat bersama, hari-hari bertemu. Sebab itu mereka boleh buat pasar sendiri di madinah.

Mereka boleh tinggalkan kekayaan di Mekah. Rasulullah yang tidak boleh membaca dan menulis, berhijrah dan kemudian membina tamadun yang menjadi asas ilmu di seluruh dunia. Islam mengeluarkan manusia dari kegelapan 'dark age'.

Yakinlah dengan janji Allah, yakinlah Allah akan beri yang terbaik untuk kita bina sistem ekonomi Islam. Ayuh bersama menjadi saudara pengguna, menjadi saudara pekerja, menjadi saudara usahawan, menjadi saudara pelabur melalui KoPPIM. 

Semoga Allah memberi kita kekuatan hati. Jadilah ahli KoPPIM. Yang telah mendaftar, ambillah peluang membuka perniagaan Virus Buster ini atau peluang perniagaan yang lain. Terus sokong dengan berbelanja di tempat-tempat yang strategik terutamanya Raudhah Grocer dan Malakat Mall.

Semoga Allah memberi kita kekuatan bertindak.


Artikel oleh: Malakat Tribune

MALAKAT MALL DIBUKA DENGAN DOA

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/12077/

5911) ZERO HUNGER BANTU 8,000 KELUARGA TERJEJAS PKP SEJAK 18 MAC - MALAKAT TRIBUNE - 29/04/2020


CYBERJAYA - Lebih 8,000 keluarga telah menerima barangan keperluan asas yang disumbangkan penderma menerusi Projek Zero Hunger sejak ia dilancarkan 18 Mac lalu. 

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, sejak platform SadaqahMarket dibuka bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, pihaknya menerima sejumlah 100,000 permohonan orang ramai untuk mendapatkan bantuan. 

"Tempoh PKP amat sukar khususnya bagi keluarga yang terputus bekalan terutama kepada mereka yang bergaji harian.

"Walaupun mungkin menerima bantuan kewangan daripada kerajaan tetapi apabila terlalu lama PKP, mereka memang perlukan peranan kita sebagai anggota masyarakat dan menjadi tanggungjawab kita supaya tidak ada saudara kita berada dalam kelaparan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan berjumlah RM280,000 daripada Tabung Perjuangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang disampaikan oleh Presidennya, Datuk Nadzim Johan.

Mohd. Fadzil turut mengajak masyarakat untuk terus bersedekah dalam mengambil berkat bulan Ramadan.

"Teruskan menyumbang dan sebarkan usaha ini dengan mengambil berkat bulan Ramadan. Selain amalan berpuasa, mengaji, solat sunat tarawih dan sebagainya.

"Amalan bersedekah juga amat dituntut untuk mendapat ganjaran berganda, dan pada masa sama kita jalankan tanggungjawab," katanya.

Menurutnya, setiap individu perlu memainkan tanggungjawab dalam kalangan komuniti masing-masing.

Dalam pada itu, pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung turut sama menyaksikan agihan sumbangan itu. 

Program Zero Hunger menerusi platform SadaqahMarket.com merupakan usaha dilakukan Malakat Mall dengan kerjasama Yayasan Brainy Bunch.

Sumbangan daripada orang ramai diagihkan Brainy Ranger Emergency Response Team (BERT), sebagai pasukan pelaksana.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Fadzil berkata, Team BERT hari ini meneruskan misi bantuan kepada golongan B40 di Pantai Timur yang akan diagihkan kepada 700 keluarga.

Orang ramai yang mahu menyumbang bagi membantu keluarga terjejas boleh berbuat demikian dengan menghulurkan sumbangan menerusi platform www.sadaqahmarket.com. - MBNews


Artikel oleh: Malakat Tribune

ZERO HUNGER BANTU 8,000 KELUARGA TERJEJAS PKP SEJAK 18 MAC - MALAKAT TRIBUNE - 29/04/2020

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/12042/

5910) SERAHAN BANTUAN KEPADA IBU TUNGGAL MUALAF - PPIM - 30/04/2020

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISB) dan Dr Neurolife, Dr. Zarina menyampaikan bantuan hasil sumbangan orang ramai kepada seorang ibu tunggal mualaf, Pn Noraini Wong Abdullah di Kg Laksamana, Batu Caves. 


5909) TOQQI DAN CG IZHAM NAYAN PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA INDUSTRI E-HAILING - IZHAM NAYAN - 29/04/2020


BORANG AHLI. PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA INDUSTRI E-HAILING. "Kalau Kita Kuat. Baru Orang Hormat." - toqqi PPIM. BORANG. https://forms.gle/N7FSTVbLJqwUNnAS7 BERITA. Bantu pemandu e-hailing tingkat perkhidmatan PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan E Hailing (PKEH) menyediakan dua pusat sehenti kepada pemandu aplikasi itu merujuk apa jua urusan berkaitan kerja mereka. Ia juga bagi membolehkan mereka berehat bagi melepaskan penat selepas penat bekerja selain dapat berbincang sesama sendiri bagaimana untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai. Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, dua lokasi itu ialah Restoran Ali Cafe di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur dan Malakat Mall Cyberjaya yang akan mula beroperasi dalam masa terdekat. Katanya, ia sebagai bentuk kemudahan kepada pemandu e-hailing yang selama ini berdepan pelbagai masalah di dalam melaksanakan tugas mereka. "Kita akan naik taraf perkhidmatan e-hailing ini. Sudah sampai masanya mereka ini juga diberi perhatian. "Kita juga sediakan pinjaman sebanyak RM2,000 tanpa cagaran dan yuran untuk tempoh dua tahun. "Dengan adanya bantuan ini, mereka mungkin dapat membeli motosikal baru, membaiki atau menggunakan wang itu untuk tujuan kerja," katanya dalam Facebook PPIM, hari ini. Turut serta jurucakap PKEH Dr Izham Nayan. Nadzim berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai nasib pemandu e-hailing tidak kira sama ada kereta atau motosikal yang tidak ada tempat mengadu. "Ini termasuk soal penipuan ketika penghantaran, keselamatan dan hak mereka ketika bekerja. Jadi kerjasama ini akan melihat kepada semua perkara ini," katanya. Sementara itu, Dr Izham berkata, PKEH akan mewakili semua jenis perniagaan menggunakan aplikasi e-hailing dan pihaknya akan menyediakan platform pendaftaran yang akan diumumkan nanti. Katanya, ia diharapkan akan menjadi tempat rujukan pemadu e-hailing untuk berkongsi masalah mengenai pekerjaan mereka. "Kita yakin ia akan memberi manfaat kepada semua dan kita berusaha untuk meletakkan pekerjaan ini setanding dengan karier yang lain," katanya..


Artikel oleh: Izham Nayan

PERSATUAN KEBAJIKAN E-HAILING BERSAMA TOQQI


5908) JOM CANTIKKAN PERIBADI - HARIAN METRO - 30/04/2020


PEPATAH Melayu ada menyebutkan berat mata memandang, berat lagi bahu memikul yang memberikan pengertian kepada kita sekiranya ada orang melihat orang yang susah, kita akan berasa kasihan kepadanya namun orang yang ditimpa kesusahan itu lebih-lebih lagi merasakan kesusahannya.
Sekarang kebanyakan manusia seluruh dunia sedang menghadapi wabak penyakit Covid-19 termasuk  kita sehingga perlu duduk di rumah untuk memutuskan rantaian penularan virus terbabit.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah,  ayat 216 bermaksud: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu."
Walaupun ayat ini mengenai peperangan, tetapi kita boleh mengambil pengajaran daripada ayat ini yang mengajak supaya hamba Allah akur dengan ketentuan Ilahi seperti kita yang dalam kesulitan di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 
Dalam situasi hari ini umat Islam di Malaysia yang berpuasa dalam suasana PKP berasa sedih kerana kita tidak dapat berpuasa dalam keadaan sempurna. 
Umat Islam di Malaysia hendaklah menggabungkan hati (perasaan), akal (fikiran) dan anggota badan (amal ibadah) untuk menjadikan Ramadan tahun ini luar biasa walaupun kita berada di dalam PKP.
Hati umat Islam di Malaysia perlulah tetap berasa seronok dan gembira dengan kedatangan Ramadhan setiap tahun walau apa keadaan sekalipun.
  Rasulullah SAW pernah berkhutbah di akhir Syaaban sebagaimana disebutkan di dalam sahih Ibnu Khuzaimah:  "Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang agung lagi diberkati, di dalamnya terdapat satu malam yang kelebihan beribadahnya lebih baik daripada seribu bulan, siangnya difardukan kamu berpuasa dan malamnya disunatkan kamu menghidupkan solat Tarawih...(sehingga akhir hadis)."
Melalui hadis ini bolehlah kita lihat bagaimana Islam menyuruh umatnya berasa gembira dan seronok dengan kedatangannya.
Begitu juga Rasulullah SAW menyuruh kita mengagungkan ibadah di dalamnya dan berasa ceria serta bersemangat ketika melakukannya.
Rasulullah juga ada mengaitkan ibadah puasa ini dengan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya adalah syurga.
Sekiranya kita hari ini berada dalam kesusahan dan kesusahan itu menuntut kesabaran, maka kita perlukan kesabaran yang tinggi.
Puasa memerlukan kesabaran dan kesusahan juga memerlukan kesabaran maka dengan yakin kita sebagai hamba Allah tidak akan mensia-siakan kesabaran kita malah dengan kesabaran yang tinggi ganjarannya juga pasti lebih hebat lagi.
Akal pula berperanan di bulan Ramadan ini bagi umat Islam yang berada dalam musim PKP ini perlu bijak mengawal emosi dengan fikiran yang sejahtera seperti kata pepatah Arab yang masyhur 'hati yang baik akan melahirkan pemikiran yang sihat.'
Maka setelah hati kita baik akal kita juga akan mengeluarkan aura pemikiran yang selamat bahkan kita lebih bijak menggunakannya sebab itu Baginda pernah bersabda, "fikirkanlah ciptaan Allah dan jangan memikirkan Zat Allah."
Justeru kita sebagai umat Nabi hendaklah memikirkan bagaimana hendak melahirkan suasana ceria, bahagia di dalam rumah dengan pasangan dan anak seperti melakukan kerja rumah bersama.
Contohnya ayah membantu ibu memasak, ibu bapa membantu anak-anak mengulang kaji pelajaran, bergurau senda bersama keluarga sambil bertukar-tukar fikiran sesama ahli keluarga serta menghidupkan suasana ibadah bersama dan sebagainya.
Selalunya apabila kita sebut ibadah puasa kita banyak menyentuh melakukan amal ibadah yang banyak dengan membaca al-Quran, solat sunat, bersedekah, tetapi kita kurang memerhatikan bahagian yang boleh membatalkan pahala puasa seperti mengumpat, hasad dengki, menipu, melaga-lagakan umat Islam dan lain-lain lagi.
Justeru itu, wahai umat Islam, kita bukanlah berpuasa sebab kita ingin berhari raya dan itu bukanlah matlamat yang sebenarnya.
Matlamat kita sebenar ialah supaya kita menjadi orang yang bertakwa di samping kita mencantikkan peribadi Muslim yang ada pada diri kita.
Oleh itu sebenarnya, umat Islam di Malaysia hendaklah melihat pada sudut positif, kitalah umat yang disayangi oleh Allah kerana Allah memilih kita supaya dapat melaksanakan ibadah Ramadan tahun ini yang luar biasa daripada sebelumnya.
Penulis adalah Pengerusi Persatuan Kebajikan An Nur Malaysia dan Penasihat Lajnah Dakwah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Artikel oleh: Harian Metro
JOM CANTIKKAN PERIBADI

5907) BOLEH KELUAR BERDUA SATU KENDERAAN - BERITA HARIAN - 30/04/2020


Artikel oleh: Berita Harian

BOLEH KELUAR BERDUA SATU KENDERAAN

5906) HARGAI KELONGGARAN, TINGKATKAN WASPADA DIRI SENDIRI - BERITA HARIAN - 29/04/2020


KUALA LUMPUR: Kebenaran membawa seorang lagi ahli keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 untuk membeli barangan keperluan tidak seharusnya diambil mudah semua pihak.


Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata walaupun dianggap satu berita baik oleh ramai orang, namun apabila membabitkan bahaya penularan COVID-19, semua pihak sewajarnya tidak boleh berkompromi aspek keselamatan diri.
Katanya, kebiasaan baharu yang disarankan dalam kehidupan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perlu diutamakan dalam setiap tindakan kita kerana bimbang akan wujud implikasi baharu yang lain pula.
"Kita hormati apa yang dilakukan oleh kerajaan kerana yakin mereka mempunyai asas dalam membenarkan sesuatu perkara itu, bahkan mereka juga pasti mempunyai kajian yang masyarakat tidak tahu.
"Walaupun agak kurang setuju, namun saya percaya keputusan yang dilakukan oleh kerajaan adalah terbaik untuk semua orang," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Menerusi warta pelaksanaan PKP Fasa 4, kerajaan memberi kelonggaran dengan dua individu daripada sebuah keluarga boleh keluar bersama ketika membeli keperluan sepanjang PKP Fasa 4 yang bermula hari ini sehingga 12 Mei depan.
Nadzim berkata, budaya kebersihan perlu menjadi keutamaan selepas ini dengan mengamalkan mencuci tangan dan jangan terlalu bercampur bebas supaya kita lebih berhati-hati.
"Kita tidak mampu untuk melalui perkara ini sekali lagi dan dengan keistimewaan diberikan kerajaan ini, diharap masyarakat jangan mengabaikan kebersihan," katanya.

Artikel oleh: Berita Harian
HARGAI KELONGGARAN, TINGKATKAN WASPADA DIRI SENDIRI

Wednesday, April 29, 2020

5905) PENIPUAN PINJAMAN TINGGI KETIKA PKP - HARIAN METRO - 29/04/2020


LEBIH 25 peratus daripada 500 aduan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepanjang bulan ini membabitkan penipuan pinjaman.
Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor berkata, penipuan itu adalah kategori aduan tertinggi direkodkan setakat kelmarin yang bukan saja menyebabkan mangsa tidak memperoleh walau satu sen wang pinjaman malah kehilangan ribuan ringgit.
Menyasar individu yang disenarai hitam oleh bank atau tiada pengalaman melakukan pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan, jelas beliau, dua modus operandi yang popular dikesan digunakan penipu atau "scammer".
"Data kita tidak spesifik kepada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi angka ini asasnya memang direkodkan sepanjang April di mana PKP sedang berjalan.
"Majoriti scammer akan menawarkan pinjaman dalam jumlah tertentu namun meminta mangsa membuat pembayaran terlebih dulu kononnya sebagai caj perjanjian, pengurusan, cukai dan sebagainya sebelum wang pinjaman diperoleh.
"Ada juga scammer yang meminta dokumen peribadi dan kemudiannya mengugut untuk menyebarkan maklumat terbabit serta memalukan mangsa. Scammer menggunakan pelbagai nama termasuk koperasi dan syarikat untuk memastikan mereka kelihatan meyakinkan dan dapat memperdaya ramai mangsa," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Zharif menjelaskan, ada mangsa kerugian sehingga RM5,000 selepas melakukan pembayaran secara berasingan kepada scammer.
"Ia disebabkan manipulasi diatur scammer dengan mengatakan kononnya mangsa layak mendapat jumlah pinjaman lebih tinggi berdasarkan dokumen diserahkan.
"Misalnya, mangsa hanya ingin pinjam RM10,000 namun selepas dokumen diserahkan mangsa kononnya diteliti, scammer dakwa mangsa layak terima pinjaman sehingga RM50,000 namun mereka kenakan pelbagai caj.
"Apabila mangsa ingin batalkan pinjaman itu, dia diugut akan diambil tindakan undang-undang menyebabkan mereka terpaksa akur untuk teruskan (pinjaman)," katanya.
Mengulas lanjut, Zharif berkata, berdasarkan pemerhatian pihaknya, segelintir scammer pinjaman mempunyai kaitan dengan along.
Ini kerana katanya, terdapat akaun bank digunakan scammer untuk tujuan pembayaran dikesan milik along.
Zharif berkata, ketika ini, pihaknya banyak memfokuskan memberi kesedaran kepada pengguna supaya tidak terjebak sama ada dengan penipuan pinjaman mahupun along.
Jelasnya, jumlah aduan membabitkan along kebiasaannya tinggi selepas musim perayaan atau ketika permulaan sesi persekolahan.
"Ini trend biasa. Disebabkan itu, kita laksanakan pelbagai program advokasi dan pendidikan bagi mengelak pengguna terus bergantung kepada golongan along.
"Hanya pengguna mampu hentikan kegiatan penipuan sebegini. Apabila tiada lagi permintaan, insya-Allah penawaran (pinjaman along) akan terkubur," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro
PENIPUAN PINJAMAN TINGGI KETIKA PKP

5904) BANTU PEMANDU E-HAILING TINGKAT PERKHIDMATAN - HARIAN METRO - 29/04/2020


PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan E Hailing (PKEH) menyediakan dua pusat sehenti kepada pemandu aplikasi itu merujuk apa jua urusan berkaitan kerja mereka.
Ia juga bagi membolehkan mereka berehat bagi melepaskan penat selepas penat bekerja selain dapat berbincang sesama sendiri bagaimana untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, dua lokasi itu ialah Restoran Ali Cafe di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur dan Malakat Mall Cyberjaya yang akan mula beroperasi dalam masa terdekat.
Katanya, ia sebagai bentuk kemudahan kepada pemandu e-hailing yang selama ini berdepan pelbagai masalah di dalam melaksanakan tugas mereka.
"Kita akan naik taraf perkhidmatan e-hailing ini. Sudah sampai masanya mereka ini juga diberi perhatian.
"Kita juga sediakan pinjaman sebanyak RM2,000 tanpa cagaran dan yuran untuk tempoh dua tahun.
"Dengan adanya bantuan ini, mereka mungkin dapat membeli motosikal baru, membaiki atau menggunakan wang itu untuk tujuan kerja," katanya dalam Facebook PPIM, hari ini.
Turut serta jurucakap PKEH Dr Izham Nayan.
Nadzim berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai nasib pemandu e-hailing tidak kira sama ada kereta atau motosikal yang tidak ada tempat mengadu.
"Ini termasuk soal penipuan ketika penghantaran, keselamatan dan hak mereka ketika bekerja. Jadi kerjasama ini akan melihat kepada semua perkara ini," katanya.
Sementara itu, Dr Izham berkata, PKEH akan mewakili semua jenis perniagaan menggunakan aplikasi e-hailing dan pihaknya akan menyediakan platform pendaftaran yang akan diumumkan nanti.
Katanya, ia diharapkan akan menjadi tempat rujukan pemadu e-hailing untuk berkongsi masalah mengenai pekerjaan mereka.
"Kita yakin ia akan memberi manfaat kepada semua dan kita berusaha untuk meletakkan pekerjaan ini setanding dengan karier yang lain," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

BANTU PEMANDU E-HAILING TINGKAT PERKHIDMATAN

5903) PPIM SUMBANG RM150,000 (FASA 2) BAGI PROJEK ZERO HUNGER DARI KUTIPAN TABUNG PERJUANGAN PPIM

Terima kasih kepada anda semua!

Alhamdullilah, dari bantuan sumbangan pengguna yang prihatin melalui Tabung Perjuangan PPIM telah berjaya menyerahkan bantuan sebanyak RM150,000 (Fasa 2) dari jumlah terkumpul sebanyak RM280,000 kepada program Zero Hunger anjuran Yayasan Brainy Bunch.

Setakat hari ini kami menerima lebih 100 ribu permohonan untuk mendapat bantuan makanan asas dari seluruh negara. RM6 juta diperlukan dengan kos RM60 bagi sebuah keluarga.

Sumbangan kewangan boleh dibuat melalui https://sumbangan.ppim.org.my/zero-hunger atau menyumbang ke akaun PPIM Keahlian (CIMB: 8600204006). Rujukan Zero Hunger
.
Laman Web:https://sumbangan.ppim.org.my/zero-hunger
Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my
.
Hotline:013-2262 444
.
"Perjuangan Bersama Demi Pengguna”


5902) AKTIVITI | SESI TEMUBUAL TOQQI BERSAMA TV3 - PPIM -28/04/2020

Sesi temubual Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama TV3 yang membincangkan isu penipuan pesanan E-Bazar Ramadhan.



5901) BUKAN TELUR PLASTIK - HARIAN METRO - 28/04/2020


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada telur plastik seperti yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, siasatan mendapati telur berkenaan adalah telur ayam yang biasa dan tidak mengandungi plastik seperti didakwa pihak tertentu.
Menurutnya, sepasukan pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Seberang Perai, Pulau Pinang sudah menjalankan siasatan ke atas premis yang dikaitkan dengan video berkenaan yang didakwa menjual telur mengandungi plastik.
Katanya, pemeriksaan mendapati tempat yang didakwa itu adalah ibu pejabat syarikat yang digunakan untuk membungkus dan menyimpan telur sebelum diedarkan sekitar Pulau Pinang.
"Syarikat ini mempunyai ladang di Taiping Perak. Telur yang dihasilkan di Taiping akan diproses dan dibawa ke sini untuk diedarkan.
"Kita dimaklumkan pemilik syarikat bahawa beliau mengetahui tentang video yang ditularkan dan memaklumkan telur keluaran syarikatnya tidak mengandungi plastik seperti yang didakwa dan laporan polis sudah dibuat mengenainya.
"Saya tegaskan bahawa tidak ada telur plastik yang dijual di pasaran. Kemungkinan apa yang berlaku ialah disebabkan perkara lain, bukannya telur plastik," katanya.
Beliau berkata, Jabatan Veterinar juga sudah menjalankan siasatan kes berkenaan dan beberapa sampel juga sudah diambil.
"Kita minta orang awam tunggu hasil ujian daripada jabatan berkenaan sebelum sebarang tindakan diambil. Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada kementerian melalui Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) di 0388826088 atau 0388826245 atau emel ke e-aduan@ kpdnhep.gov.my," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM ) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya turut menerima aduan mengenai isu berkenaan.
Katanya, ia menimbulkan kebimbangan masyarakat terutama ketika umat Islam menjalani ibadah puasa.
"Jadi kita minta ia disiasat sebaik mungkin kerana tidak mahu ada yang menjadi mangsa. Ia perlu dipastikan telur betul yang tidak dicampur dengan bahan lain yang boleh mengundang isu halal," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

BUKAN TELUR PLASTIK


Tuesday, April 28, 2020

5900) KEMPEN KEBERSIHAN DAN BEBAS KUMAN


5899) PPIM - 25.04.2020 - SABTU, 4.30PETANG, PPR DESA REJANG, SETAPAK, KL - SENUAN HARIRI - 27/04/2020

5898) 'JANGAN DIHINA, KITA KENA BANGKIT' - MALAKAT TRIBUNE - 28/04/2020


Siaran langsung Facebook
Moderator: Dr. Taha Omar
Panel: Pengasas Malakat Mall, Coach Mohd. Fadzil Hashim dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (Toqqi).

DR. TAHA: Dalam pelbagai temubual samada di RTM, majalah Maskulin dan TV Hijrah, Coach berkata, kita tak akan menghadapi kemelesetan jika kita kenalpasti peluang perniagaan yang berdaya maju pasca Covid-19. Di antaranya ialah bisnes Virus Buster. Boleh terangkan lebih jelas mengenai perniagaan ini?

COACH FADZIL: Hari ini kita nak tawarkan kepada kawan-kawan untuk bersatu di bawah platform untuk ambil satu perniagaan yang sangat mudah. Kebetulannya, kami biasa membuat sanitasi di kampus-kampus kami secara berkala ataupun apabila terjadinya penyakit berjangkit seperti chicken pox. Kita lihat banyak sanitasi awam digerakkan oleh pihak kerajaan.

Mencari bisnes kos rendah

Kita lihat sangat mudah untuk wujudkan satu pelan perniagaan yang mana kos permulaannya sangat rendah, tetapi mempunyai potensi yang sangat tinggi terutamanya selepas tempoh PKP.

Sebagai seorang coach bisnes, saya membantu seramai mungkin pengguna Islam agar mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Saya bukan sekadar coach yang bagi pandangan dalam perniagaan, tetapi boleh bagi terus idea dan juga peluang bisnes.

Ada banyak program yang saya buat sejak membuka tadika di Brainy Bunch di Kajang. Setelah tujuh tahun kita dapat bina sebuah sekolah antarabangsa di Cyberjaya yang merupakan pemangkin Raudhah City.

Vendor besar tak mahu buka bisnes di Malakat Mall

Di Malakat Mall pula kita bina jenama-jenama lain. Cabaran awal kami ialah menghidupkan sebuah mall yang dah empat tahun mati. Ada yang pertikaikan apakah ada orang hendak ke mall itu bila ia dibuka kelak.

Pada peringkat awal, tiada vendor-vendor besar yang hendak sertai. Yang ada hanya yang kecil-kecil. Jadi kami terpaksa wujudkan jenama-jenama sendiri untuk menghidupkan suasana mall itu.

Misi dan visi pada kebanyakkan perniagaan yang kami bina tak lari jauh daripada hendak mencapai kebebasan kewangan. Bila terjadinya Covid-19 kita nampak ramai yang terperangkap dan tak tahu hendak buat apa walaupun ada modal.


Lihat sisi positif ruang dan peluang

Pada hari ini kita tumpukan pada bisnes yang mudah dilakukan. Bagi pada mereka yang tidak biasa melakukan bisnes ini, mereka boleh saja mengambil pekerja. Bagi apa yang berlaku, jika kita lihat dari sisi yang positif, kita akan nampak peluang dan ruang. 

Kita yakin semua manusia mampu dan berhak mencapai taraf bebas kewangan sekiranya bersedia untuk dilatih, dibimbing dan bertindak. Ramai yang boleh dilatih, tetapi berapa ramai yang boleh bertindak. Ini yang penting.

Bimbingan juga penting. Perniagaan yang bersendirian itu membosankan. Daripada lemah akan terus lemau. Sebab itulah saya sarankan kita bergerak secara berjemaah. Program yang kita buat ini ialah dengan membangkitkan sebuah jenama.

Ia bukannya francais yang memerlukan pelbagai fi. Bagaimanapun konsepnya ialah untuk menjana pendapatan sampingan di pelbagai peringkat masyarakat. Pendekatannya seperti sebuah francais, tetapi tiada bayaran untuk francais.

Golongan B40 pun boleh buka bisnes

Keluarga dari B40 pun boleh menyertainya. Kita sedang berbincang dengan TEKUN Nasional untuk membantu dari segi pembiayaan sekiranya ada mereka yang tidak mempunyai modal permulaan sekitar RM5,000.

Sekiranya terdapat mereka dari M40 yang ingin mempelbagaikan bisnes, mereka boleh tambah satu lagi perniagaan. Selepas Covid-19 ini akan ada banyak fasa pemulihan yang harus dilalui. Bila PKP ditamatkan, perkhidmatan sanitasi akan meletup.

Bisnes Virus Buster

Perniagaan Virus Buster ini hanya memerlukan modal permulaan dan risiko yang rendah. Cara menjalankannya pun mudah dengan masa yang fleksibel di luar waktu kerja dan akan diberi coaching tanpa had secara percuma. Kelasnya akan dibuat secara online.

Kita akan beri latihan teknikal yang sebenarnya mudah menurut SOP yang telah kita bangunkan. Kita jalankan khidmat sanitasi dan nyahkuman pejabat, kedai, rumah dan kilang. Kita akan juga sediakan peralatan lengkap.

Bisnes mendapat khidmat sokongan

Bimbingan yang kita beri melibatkan copywriting dan marketing. Mereka yang terpilih tidak perlu buat banyak. Hanya perlu copy, paste dan share menurut acuan operasi yang telah kita buatkan. Selain itu, peserta akan diberi pengetahuan mengenai sistem pemasaran, peralatan pemasaran online, dan pemasaran berpusat.

Di antara saluran pendapatan yang akan diperoleh ialah projek Virus Buster itu sendiri. Kemudian boleh menjadi referral untuk peralatan Virus Buster. Segmen-segmen pasaran juga amat luas. Bagi setiap premis yang telah disanitasi, sebuah pelekat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Ini akan memberi kelegaan kepada pelanggan.

Kos dan caj perkhidmatan

Caj untuk perkhidmatan ini juga amat berpatutan melalui pakej A atau B yang mana caj untuk pakej A untuk kawasan kurang dari 2,000 kaki persegi ialah RM250 dan yang luasnya melebihi 4,000 kaki persegi, cajnya ialah RM500.

Secara simulasinya, jika sanitasi dapat dibuat untuk satu unit dalam satu hari dan dapat membuat sanitasi untuk 20 buah rumah, pendapatannya ialah RM250 X 20 = RM5,000. Maknanya dalam sebulan sahaja seseorang itu akan dapat return of investment.

Seandainya sanitasi dilakukan untuk tiga unit sehari, dalam sebulan sejumlah 60 unit dapat dilakukan. Jumlahnya ialah 60 x RM250 = RM15,000.

Bagi pakej usahawan yang hanya RM5,000 dia akan memperoleh, 2 set mesin sanitasi, 5 set pakaian PPE, 500 tablet nyahkuman, program pemasaran dalam Instagram dan Facebook. Sesiapa yang berminat boleh terus mendaftar di https://bit.ly/BisnesVirusBuster.

Tempatnya amat terhad. Jika tiada modal, kita boleh bantu untuk mendapat pembiayaan dari TEKUN.


DR. TAHA: Boleh Toqqi berikan sedikit maklumat mengenai perkembangan KoPPIM dari segi jumlah dana, ahli, projek dan seumpamanya.

TOQQI: Kita ada Virus Buster untuk kereta. Ia bertujuan untuk menyaring virus yang tidak semestinya virus Covid-19 sahaja malah lain-lain virus. Dengan adanya model perniagaan seperti yang dicadangkan oleh Coach Fadzil, ia membantu orang kita mendapat bimbingan. 

Dengan cara ini, ia mengelak kesilapan yang dilakukan jika tiada bimbingan. Ada juga ketika bila tiada bimbingan, kesilapan yang dilakukannya tidak mahu diceritakan kepada orang. Ini akan memberi kesan kepada bisnes itu sendiri.

Pentingnya bisnes secara berjemaah

Kita adalah satu kumpulan pengguna Islam yang perlu memainkan peranan. Contohnya untuk bisnes ini, dengan perancangan dan keikhlasan, banyak lagi uang kita boleh lakukan. Dahulu, kita buat banyak tetapi kita dapat sedikit. Kali ini walaupun kita buat sedikit, kita mungkin dapat berganda-ganda.

Dengan pertolongan Allah, walaupun dua tiga orang mungkin boleh menewaskan ratusan ribu. Kalau orang kita mencari orang kita sendiri untuk mendapatkan khidmat, maka kita akan berjaya. Tetapi kalau kita tidak ubah sikap, dengan mengambil dari pihak lain, apakah kita boleh berjaya dalam melaksanakan agenda kita?

ABC: Asnaf Business Centre

Saya telah berbincang dengan Coach untuk kita wujudkan ABC atau Asnaf Business Centre di Malakat Mall. Ini yang tidak pernah ada lagi. Ia menghimpun perniagaan asnaf-asnaf di seluruh Malaysia yang selama ini tidak dapat masuk ke supermarket.

Tetapi Coach ada team yang boleh buat reka bentuk dan promosi. Kita harap dengan cara ini kita dapat mempercepatkan perniagaan yang mungkin dahulu mengambil masa berpuluh tahun untuk maju.

Contohnya PPIM mengambil masa 23 tahun. Tetapi bila ada organisasi lain bersama kita, kita tidak perlukan masa 20 tahun, malah 10 tahun pun. Model ini ada dengan Brainy Bunch dan Malakat Mall. Dengan cara ini kita akhirnya dapat jadi pemilik bersama.

Kita kena cari kaedah untuk kita satukan. Hanya denga kesatuan kita akan jadi luar biasa. Kerja membawa kesedaran ini ke dalam hati kita supaya mempunyai keikhlasan. Dengan kesungguhan, Allah akan membantu.

Sokongan padu ahli KoPPIM

Kita perlu berdoa agar apa yang kita buat ini menurut perancangan. Setakat beberapa bulan ini, Toqqi lihat banyak kemajuan. Sebelum kita melancarkan pun kita ada 15,000 ahli. Itupun sebelum kita mulakan apa-apa kerana kita belum adakan mesyuarat agung tahunan (EGM).

Dalam masa yang singkat pun kita boleh mendapat ahli. Insya-Allah apa yang kita buat, dengan barakah, ini tidak akan menjadi masalah. Apa yang perlu kita lakukan ialah dengan beristiqamah, bekerjasama untuk membela hak dan maruah kita.

Kita nampak betapa lemahnya kita sebelum ini. Nampak gayanya apa yang kita buat ini memberi impak yang membawa lembaran baharu kepada masyarakat kita. Inilah harapan baharu untuk kita mempunyai peluang terbaik mengembalikan hak dan maruah kita.

Allah telah beri Coach sebuah amanah yang berat. Toqqi amat senang hati kebelakangan ini. Apa yang Toqqi ada Toqqi akan beri kepada dia sebab menjadi tanggungjawabnya. Bagaimana pun kita hendak mereka di luar sana menjana ekonomi.

Jangan dihina. Kita kena bangkit

Kita hendak masyarakat kita menjadi produktif.
Jika seorang dapat kutip RM5,000 atau RM10,000 hasil perkhidmatan pencucian, kita akan ada sumber kewangan. Bagi penonton di luar sana, kita perlukan sumber kewangan. Dengan adanya wang, maka baharulah kita boleh bersedekah.

Kita perlu lihat kembali peranan setiap individu kita. Apa yang kita buat untuk menampakkan perubahan yang ketara dan sesegera mungkin. Cukup-cukuplah kita berada dalam keadaan yang hina. Pilihan di tangan kita.


Artikel oleh: Malakat Tribune

'JANGAN DIHINA, KITA KENA BANGKIT'

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/11829

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...