Showing posts with label E-HAILING. Show all posts
Showing posts with label E-HAILING. Show all posts

Wednesday, March 25, 2026

PPIM BIMBANG KELOMPONGAN DALAM EKOSITEM E-HAILING, P-HAILING JADI ANCAMAN KESELAMATAN - HARIAN METRO - 19/03/2026

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap kelompongan kritikal dalam ekosistem e-hailing dan p-hailing negara yang dilihat seolah-olah menjadi ancaman kepada keselamatan rakyat.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri melihat hak pengguna diinjak-injak oleh sistem yang tidak lengkap serta penguatkuasaan yang lemah.

Jelasnya, PPIM berdiri teguh menyokong desakan Persatuan Kebajikan Pekerja E-Hailing Malaysia (PKEH).

"Isu keselamatan penumpang adalah maruah dan nyawa, bukannya perkara yang boleh dirunding di atas meja birokrasi yang berbelit.

"Sangat mendukacitakan apabila ketiadaan pangkalan data berpusat telah mewujudkan 'sistem pintu belakang'," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nadzim turut mempersoalkan bagaimana seorang pemandu yang telah dibuang kerja atau digantung kerana gangguan seksual di satu platform masih bebas mencari mangsa baharu di aplikasi pesaing lain pada hari sama.

"Ini bukan sekadar kelemahan teknikal, ini adalah kecuaian sistemik. Kita seolah-olah membiarkan pemangsa terus berkeliaran di jalan raya menggunakan lesen e-hailing," katanya.

Pada masa sama, PPIM menyelar cadangan prosedur di bawah Akta Pekerja Gig 2025 yang mahu memberikan tempoh rayuan sehingga 14 hari bagi kes jenayah.

"Logik apa yang diguna pakai oleh kementerian? Adakah kita mahu menunggu 14 hari lagi untuk melihat anak, isteri atau ibu bapa kita menjadi mangsa seterusnya sebelum tindakan diambil?

"Tempoh 14 hari ini adalah satu penghinaan kepada mangsa jenayah dan keselamatan pengguna awam. Nyawa tidak boleh menunggu siasatan birokrasi," katanya.

Demi melindungi nyawa dan keselamatan pengguna Islam serta seluruh rakyat Malaysia, PPIM menuntut tiga perkara dilaksanakan tanpa sebarang alasan.

Nadzim berkata, pertama, sekatan automatik secara masa nyata melalui pangkalan data senarai hitam berpusat supaya pemandu yang melakukan kesalahan serius disekat serta-merta di semua platform.

"Kedua, pengiktirafan terhadap tindakan tegas platform tanpa menjadikan birokrasi kerajaan sebagai penghalang.

"Ketiga, penghapusan tempoh rayuan 14 hari bagi kes jenayah berat, gangguan seksual dan pemanduan berbahaya dengan sekatan mandatori dilaksanakan serta-merta," katanya.

Katanya, PPIM turut bertegas supaya kerajaan tidak hanya bertindak secara reaktif selepas sesuatu isu tular atau arahan ad-hoc dikeluarkan.

"Rakyat mahukan sistem yang kalis pencerobohan penjenayah. Jangan sampai pengguna hilang kepercayaan kepada industri e-hailing negara gara-gara kelemahan undang-undang yang longgar," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

PPIM BIMBANG KELOMPONGAN DALAM EKOSITEM E-HAILING, P-HAILING JADI ANCAMAN KESELAMATAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/03/1335880/ppim-bimbang-kelompongan-dalam-ekosistem-e-hailing-p-hailing-jadi-ancaman

Tuesday, March 24, 2026

PPIM DESAK KERAJAAN TUTUP KELOMPONGAN INDUSTRI E-HAILING - SINAR HARIAN - 19/03/2026


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap kelompongan kritikal dalam ekosistem e-hailing dan p-hailing negara yang disifatkan boleh mengundang ancaman keselamatan kepada pengguna.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri melihat kelemahan sistem dan penguatkuasaan yang didakwa menjejaskan hak serta keselamatan rakyat.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap desakan Persatuan Kebajikan Pekerja E-Hailing Malaysia (PKEH) berhubung isu keselamatan dalam industri berkenaan.

“Isu keselamatan penumpang melibatkan maruah dan nyawa, bukan perkara yang boleh dirunding dalam proses birokrasi yang berpanjangan.

“Ketiadaan pangkalan data berpusat telah mewujudkan ruang yang membolehkan individu bermasalah terus beroperasi di platform lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, situasi itu menimbulkan persoalan apabila pemandu yang digantung atau dibuang kerana kesalahan serius seperti gangguan seksual masih boleh berdaftar dengan platform lain.

Katanya, keadaan itu bukan sekadar kelemahan teknikal, sebaliknya menunjukkan kegagalan sistem yang memerlukan tindakan segera.

Dalam pada itu, PPIM turut mengkritik cadangan prosedur di bawah Akta Pekerja Gig 2025 yang memberikan tempoh rayuan sehingga 14 hari bagi kes jenayah.

“Tempoh tersebut tidak wajar bagi kes melibatkan keselamatan kerana ia boleh mendedahkan pengguna kepada risiko berulang,” katanya.

Sehubungan itu, PPIM mengemukakan tiga tuntutan utama kepada kerajaan bagi memperkukuh keselamatan industri berkenaan, termasuk mewujudkan pangkalan data senarai hitam berpusat yang berfungsi secara masa nyata bagi menyekat pemandu bermasalah daripada beroperasi di semua platform.

Selain itu, PPIM mencadangkan agar tindakan yang telah diambil oleh platform terhadap pemandu yang terbukti melakukan kesalahan serius diiktiraf dan disusuli tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Persatuan itu juga menuntut supaya tempoh rayuan selama 14 hari dimansuhkan bagi kes jenayah berat, termasuk gangguan seksual dan pemanduan berbahaya.

PPIM turut menggesa kerajaan agar mengambil pendekatan proaktif dalam menangani isu berkenaan dan tidak hanya bertindak selepas sesuatu kes menjadi tular.

“Rakyat memerlukan sistem yang benar-benar menjamin keselamatan dan tidak memberi ruang kepada penjenayah untuk terus beroperasi dalam industri e-hailing,” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM DESAK KERAJAAN TUTUP KELOMPONGAN INDUSTRI E-HAILING

https://www.sinarharian.com.my/article/772432/berita/nasional/ppim-desak-kerajaan-tutup-kelompongan-industri-e-hailing

EKOSISTEM E-HAILING, P-HAILING 'KRITIKAL', ANCAM KESELAMATAN PENGGUNA - PPIM - KOSMO - 19/03/2026

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap kelompongan kritikal dalam ekosistem e-hailing dan p-hailing negara, sekali gus ‘lubuk’ ancaman kepada keselamatan rakyat.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri melihat hak pengguna diinjak-injak oleh sistem tidak lengkap dan penguatkuasaan lemah.

Menurutnya, PPIM berdiri teguh menyokong desakan Persatuan Kebajikan Pekerja E-Hailing Malaysia (PKEH).

“Isu keselamatan penumpang adalah maruah dan nyawa, bukannya perkara yang boleh dirunding di atas meja birokrasi yang berbelit.

“Sangat mendukacitakan apabila ketiadaan pangkalan data berpusat (centralised database) telah mewujudkan ‘sistem pintu belakang’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nadzim mempersoalkan bagaimana mungkin seorang pemandu dibuang kerja atau digantung kerana gangguan seksual di satu platform, masih bebas mencari mangsa baharu di aplikasi pesaing lain pada hari yang sama.

“Ini bukan sekadar kelemahan teknikal, ini adalah kecuaian sistemik. Kita seolah-olah membiarkan pemangsa (predator) terus berkeliaran di jalan raya menggunakan lesen e-hailing,” katanya.

Beliau berkata, PPIM menyelar sekeras-kerasnya cadangan prosedur di bawah Akta Pekerja Gig 2025 yang mahu memberikan ruang bernafas atau tempoh rayuan sehingga 14 hari bagi kes-kes jenayah.

“Logik apa diguna pakai oleh kementerian? Adakah kita mahu menunggu 14 hari lagi untuk melihat anak, isteri atau ibu bapa kita menjadi mangsa seterusnya sebelum tindakan diambil?

“Tempoh 14 hari ini adalah satu penghinaan kepada mangsa jenayah dan keselamatan pengguna awam. Nyawa tidak boleh menunggu siasatan birokrasi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PPIM menutut tiga perkara dilaksanakan tanpa sebarang alasan demi melindungi hak pengguna Islam dan seluruh rakyat Malaysia.

“Pertama, sekatan automatik (real-time blanket ban) iaitu mewujudkan Pangkalan Data Senarai Hitam Berpusat dengan serta-merta. Sekali buat silap besar di aplikasi A, sistem mesti automatik ‘padamkan’ akses di aplikasi B, C, dan D secara ‘real-time’.

“Kedua, iktiraf tindakan tegas platform. Jangan jadikan birokrasi kerajaan sebagai penghalang, jika platform sudah sahkan ada gangguan seksual atau jenayah, pihak berkuasa mesti terus ambil tindakan hitam putih dan jangan beri muka kepada penjenayah.

“Ketiga, hapus tempoh 14 hari untuk kes jenayah. Kami tuntut pengecualian total terhadap tempoh rayuan bagi kes jenayah berat, gangguan seksual dan pemanduan berbahaya. Sekatan mesti mandatori dan serta-merta,” katanya.

PPIM bertegas supaya kerajaan tidak hanya pandai bertindak secara reaktif selepas sesuatu isu itu tular atau selepas menteri mengeluarkan arahan ad-hoc.

“Rakyat mahukan sistem yang kalis pencerobohan penjenayah. Jangan sampai pengguna hilang kepercayaan kepada industri e-hailing negara gara-gara
kelemahan undang-undang yang longgar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Artikel oleh: Kosmo

EKOSISTEM E-HAILING, P-HAILING 'KRITIKAL', ANCAM KESELAMATAN PENGGUNA

https://www.kosmo.com.my/2026/03/19/ekosistem-e-hailing-p-hailing-kritikal-ancam-keselamatan-pengguna-ppim/ 

E-HAILING: PPIM TUNTUT WUJUD PANGKALAN DATA SENARAI HITAM BERPUSAT - UTUSAN MALAYSIA - 19/03/2026

 

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan mewujudkan pangkalan data senarai hitam berpusat dengan serta-merta dalam isu keselamatan penumpang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, beliau mempersoalkan bagaimana seorang pemandu yang telah dibuang kerja atau digantung kerana gangguan seksual di satu platform masih bebas mencari ‘mangsa baharu’ di aplikasi pesaing lain pada hari yang sama.

“Ini bukan sekadar kelemahan teknikal, ini adalah kecuaian sistem, jita seolah-olah membiarkan pemangsa terus berkeliaran di jalan raya menggunakan lesen e-hailing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, PPIM turut menyelar cadangan prosedur di bawah Akta Pekerja Gig 2025 yang mahu memberikan ruang bernafas atau tempoh rayuan sehingga 14 hari bagi kes-kes jenayah.

“Tempoh 14 hari ini adalah satu penghinaan kepada mangsa jenayah dan keselamatan pengguna awam. Nyawa tidak boleh menunggu siasatan birokrasi,” katanya.

Sehubungan itu, PPIM turut menuntut pengecualian total terhadap tempoh rayuan bagi kes jenayah berat, gangguan seksual, dan pemanduan berbahaya dengan sekatan mesti mandatori dan serta-merta. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

E-HAILING: PPIM TUNTUT WUJUD PANGKALAN DATA SENARAI HITAM BERPUSAT

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/03/e-hailing-ppim-tuntut-wujud-pangkalan-data-senarai-hitam-berpusat/

Monday, January 26, 2026

PEMANDU E-HAILING TERKESAN KENAIKAN PREMIUM INSURANS - PPIM - HARIAN METRO - 23/01/2026

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan kebimbangan terhadap cabaran yang dihadapi pemandu e-hailing susulan beberapa isu operasi yang dilihat memberi tekanan berterusan kepada golongan berkenaan.

PPIM dalam satu kenyataan berkata, pemandu e-hailing kini berdepan peningkatan kos dan keperluan operasi yang semakin mencabar dalam usaha meneruskan kelangsungan pendapatan harian.

Jelas kenyataan itu, antara isu yang sering dibangkitkan ialah kenaikan premium insurans e-hailing yang memberi kesan langsung kepada kos operasi pemandu.

"PPIM menerima beberapa aduan daripada pemandu e-hailing berkaitan peningkatan premium insurans yang difahamkan memberi kesan kepada pendapatan mereka.

"Sehubungan itu, PPIM berharap pihak berkaitan dapat meneliti perkara ini termasuk penyediaan data yang diaudit secara bebas bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan premium dibuat secara telus dan berasaskan fakta," katanya.

Selain itu, katanya, PPIM turut menyentuh mengenai struktur tambang perkhidmatan e-hailing yang mempengaruhi kestabilan pendapatan pemandu.

"Sistem tambang secara tawar-menawar perlu dihapuskan kerana mencetuskan perang harga termasuk merosakkan kestabilan ekosistem e-hailing," katanya.

Dalam pada itu, PPIM turut membangkitkan isu berkaitan keselamatan termasuk cadangan pelaksanaan pengesahan identiti pengguna e-hailing.

Katanya, cadangan itu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan perlindungan kepada pemandu ketika menjalankan tugasan harian.

"Bantuan segera dan perlindungan sewajarnya kepada pemandu sekiranya berlaku sebarang kes jenayah atau salah laku oleh pengguna.

"PPIM menegaskan bahawa tanpa mekanisme pengesahan identiti pengguna yang kukuh dan sistem perlindungan menyeluruh termasuk pemandu e-hailing akan terus terdedah kepada risiko keselamatan," katanya.

PPIM juga berharap, segala isu yang dibangkitkan dapat diteliti secara menyeluruh melalui kerjasama semua pihak demi kesejahteraan industri e-hailing negara.

Artikel oleh: Harian Metro

PEMANDU E-HAILING TERKESAN KENAIKAN PREMIUM INSURANS - PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1314482/pemandu-e-hailing-terkesan-kenaikan-premium-insurans-ppim

KERAJAAN DIGESA TANGANI SEGERA ISU PEMANDU E-HAILING - SINAR HARIAN - 23/01/2026

 

SHAH ALAM - Kerajaan digesa segera mengemukakan penyelesaian konkrit terhadap isu kritikal melibatkan pemandu e-hailing, khususnya kenaikan premium insurans, sistem tambang tidak adil serta aspek keselamatan dan perlindungan undang-undang pemandu.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, sehingga kini tiada keputusan jelas diumumkan meskipun pemandu e-hailing sering digambarkan sebagai tulang belakang industri pengangkutan awam negara.

Antara tuntutan paling mendesak adalah kenaikan mendadak premium insurans e-hailing yang didakwa mencecah 150 peratus, sekali gus meningkatkan kos operasi dan menjejaskan kelangsungan pendapatan pemandu.

"Pemandu terpaksa mengeluarkan premium insurans berganda iaitu insurans kenderaan serta insurans e-hailing yang boleh mencecah lebih RM2,000.

"Oleh itu Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) digesa mendedahkan data dan statistik tuntutan yang telah diaudit secara bebas bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan dibuat secara telus, adil dan berasaskan fakta sahih," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu PPIM turut menuntut penjelasan mengenai penghapusan sistem tambang secara bidding serta penetapan tambang lantai perkhidmatan e-hailing yang didakwa mencetuskan perang harga dan menekan pendapatan pemandu.

Sebelum ini menurutnya, Menteri Pengangkutan pada 11 Mei 2024 telah menegaskan tiada kebenaran pelaksanaan sistem tambang berkenaan, namun sehingga kini masih beroperasi.

"Timbul persoalan serius mengenai keberkesanan penguatkuasaan, kejelasan dasar serta kebertanggungjawaban agensi pelaksana terhadap arahan kementerian.

"Kegagalan menyelaraskan dasar dan pelaksanaan ini telah menjadikan pemandu e-hailing mangsa kepada sistem yang tidak adil, tidak terkawal dan berat sebelah," menurutntya.

Selain itu PPIM turut menuntut pelaksanaan wajib sistem pengesahan identiti digital (e-KYC) kepada pengguna e-hailing bagi menjamin keselamatan, kebajikan dan perlindungan undang-undang pemandu.

PPIM menegaskan, sistem berkenaan penting bagi mengurangkan risiko jenayah, penipuan, ugutan serta gangguan terhadap pemandu selain memastikan identiti pengguna dapat dikenal pasti dengan jelas.

Artikel oleh: Sinar Harian

KERAJAAN DIGESA TANGANI SEGERA ISU PEMANDU E-HAILING

https://www.sinarharian.com.my/article/765212/berita/semasa/kerajaan-digesa-tangani-segera-isu-pemandu-e-hailing

Saturday, January 24, 2026

PEMANDU E-HAILING DIHIMPIT KOS OPERASI, INSURANS NAIK 150 PERATUS - UTUSAN MALAYSIA - 23/01/2026

 

PETALING JAYA: Pemandu e-hailing terus berdepan tekanan akibat peningkatan kos operasi, dasar yang tidak konsisten, sistem yang menekan serta kegagalan tadbir urus yang berpanjangan meskipun mereka sering diangkat sebagai tulang belakang industri pengangkutan awam negara.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, antara isu paling mendesak ialah kenaikan mendadak Premium Insurans E-Hailing yang didakwa mencecah sehingga 150 peratus, sekali gus menjejaskan pendapatan dan kelangsungan hidup ribuan pemandu di seluruh negara.

“Pemandu e-hailing juga terpaksa menanggung premium insurans berganda iaitu insurans kenderaan dan insurans e-hailing yang boleh mencecah lebih RM2,000 bagi sebuah kenderaan, sekali gus menjejaskan kelangsungan pendapatan mereka.

“Kita mempersoalkan percanggahan tadbir urus antara agensi kerajaan apabila sistem tambang bidding masih beroperasi walaupun Kementerian Pengangkutan sebelum ini menegaskan bahawa kementerian itu tidak pernah membenarkan pelaksanaannya.

“Sehingga ke hari ini, sistem tambang bidding masih terus beroperasi, sekali gus menimbulkan persoalan serius mengenai keberkesanan penguatkuasaan, kejelasan dasar serta kebertanggungjawaban agensi pelaksana terhadap arahan kementerian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam isu keselamatan pula, PPIM menggesa kerajaan mewajibkan pelaksanaan e-KYC kepada pengguna e-hailing bagi memastikan identiti pengguna dapat dikenal pasti dengan jelas, sekali gus mengurangkan risiko jenayah, penipuan dan ancaman keselamatan terhadap pemandu.

PPIM menegaskan pemandu e-hailing tidak wajar terus menjadi mangsa kegagalan dasar dan penguatkuasaan, sedangkan mereka bukan pembuat dasar tetapi menanggung kesan paling besar.

“PPIM mempersoalkan apakah keputusan sebenar hasil daripada sesi libat urus yang telah diadakan sebelum ini. Adakah ia sekadar retorik tanpa tindakan susulan yang nyata, atau kerajaan terpaksa tunduk kepada kehendak pemain industri insurans sehingga mengetepikan kepentingan pemandu e-hailing?.

“Adakah libat urus tersebut sekadar retorik, wayang, atau hanya perbincangan tanpa sebarang tindakan susulan yang nyata?

“Sikap berdiam diri kerajaan tidak boleh diterima. Keputusan dasar yang jelas, garis masa pelaksanaan serta penguatkuasaan tegas mesti dilaksanakan segera tanpa sebarang kelewatan,” katanya. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PEMANDU E-HAILING DIHIMPIT KOS OPERASI, INSURANS NAIK 150 PERATUS

https://www.utusan.com.my/terkini/2026/01/pemandu-e-hailing-dihimpit-kos-operasi-insurans-naik-150-peratus/

Tuesday, August 8, 2023

PPIM GESA KERAJAAN BANTU INDUSTRI E-HAILING NEGARA - BERITA 757 - 06/08/2023

BERITA 757 | Kerajaan perlu bantu industri e-hailing - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

KOMUNITI Pemandu e-Hailing Kajang menyuarakan 9 tuntutan terhadap isu dialami mereka antaranya kawalan permit EVP, pengurangan masa menunggu dan cara pengiraan tambang yang telus.

#Berita757

#RakyatKeutamaanKami

#PPIM  

#ehailing

Sumber: Berita 757

PPIM GESA KERAJAAN BANTU INDUSTRI E-HAILING NEGARA

https://www.facebook.com/berita757/videos/244996391759136/

Thursday, June 2, 2022

JANGAN DESAK KERAJAAN - BERITA HARIAN - 25/05/2022

 

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan mengawal selia perkhidmatan e-hailling, jika pengendali terus mendesak dengan memohon pelbagai kelonggaran.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata desakan itu termasuk meminta pemansuhan keperluan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) bagi pemandu e-hailling.

Beliau berkata, syarikat e-hailling mendakwa kementeriannya tidak membantu operator.

"Apa yang mereka minta ialah keistimewaan yang tidak pernah kita diberikan.

"Mereka katanya PSV tidak perlu. Ini bawa penumpang, bawa orang awam. Mengapa kita kenakan syarat PSV kepada pemandu teksi.

"Pada mereka yang mahu berkecimpung menjadi pemandu e-hailling, mereka perlu mendapatkan PSV," katanya di sini, hari ini.

Ka Siong berkata, pengendali perkhidmatan e-hailling juga tidak boleh menyalahkan Kementerian Pengangkutan jika mereka gagal mencari pemandu kerana kementerian itu sudah memberi kelonggaran untuk kursus PSV dikendalikan di syarikat masing-masing.

Mengulas kenyataan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mendakwa Kementerian Pengangkutan memihak kepada operator e-hailling susulan kenyataan kementerian semalam, Ka Siong berkata, selepas mendengar alasan pengendali kepada media, beliau sudah meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memulakan siasatan berhubung dakwaan tambang mahal yang dikenakan.

Beliau berkata, pihaknya tidak memihak kepada pengendali dan merasakan alasan tambang meningkat berikutan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 sebagai tidak masuk akal.

Katanya, jika didapati pengendali mengambil kesempatan, tindakan boleh diambil terhadap operator perkhidmatan itu.

"Bila sampai satu tahap tiada pilihan lain jangan paksa saya buat sesuatu.

"Siasatan sedang berjalan dan kami mahukan siasatan mendalam," katanya.

Ka Siong berkata, antara tindakan yang boleh diambil termasuk menggantung lesen atau menarik balik lesen.

Beliau berkata, pengguna perlu tampil membuat aduan rasmi bersama bukti untuk tindakan diambil.

Sementara ituu, Ka Siong jua menasihatkan pengguna untuk membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing, apabila mengunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Beliau berkata, ketika ini ada 28 syarikat e-hailling yang beroperasi di Lembah Klang termasuk yang berkapasiti kecil, selain perkhidmatan teksi.

Katanya, pengguna boleh membuat pilihan menggunakan perkhidmatan yang lebih murah, jika perkhidmatan yang ditawarkan tidak menepati bajet.


Artikel oleh: Berita Harian

JANGAN DESAK KERAJAAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/959299/jangan-desak-kerajaan

TARIK, GANTUNG LESEN OPERASI E-HAILING JIKA LANGGAR PERATURAN - HARIAN METRO - 25/05/2022

 

Putrajaya: Lesen operasi syarikat pengendali e-hailing (EHO) boleh ditarik balik atau digantung jika mereka melanggar surcaj melebihi 200 peratus daripada tambang asas iaitu antara 70 hingga 90 sen satu kilometer, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah diarahkan menyiasat perkara itu kerana surcaj tersebut telah diputuskan pada 2019 yang menjadi undang-undang yang telah dipersetujui.

"Dari segi tambang asas untuk EHO mengenakan 70 sen hingga 90 sen satu kilometer. Mereka juga diberi kelonggaran mengenakan surcaj yang ada peraturan, melihat kepada permintaan dan penentuan harga dinamik," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan penambahbaikan oleh Prasarana Malaysia Bhd untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan, di sini hari ini.

Wee juga mengingatkan supaya EHO tidak terus mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan dan alasan atau Kementerian Pengangkutan (MOT) terpaksa mengambil tindakan mengawal selia industri itu.

"Jangan paksa saya, satu hari nanti saya terpaksa mengawal selia (industri e-hailing). Saya tidak mahu sehingga kami terpaksa ganggu ekonomi gig, sebab itu saya kata kita kena buat secara harmoni," katanya.

Mengenai alasan tambang mahal kerana permintaan mendadak susulan pengeluaran RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tidak cukup pemandu, Wee berkata alasan itu tidak masuk akal.

Selain itu, beliau menyifatkan dakwaan EHO bahawa MOT tidak membantu industri e-hailing sebagai amat mengecewakan kerana kerajaan telah memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari pekerja.

Namun, katanya, mereka meminta keistimewaan supaya Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) untuk pemandu e-hailling dimansuhkan.

"Kepada mereka yang mahu berkecimpung menjadi pemandu e-hailling mereka perlu mendapatkan PSV...ia adalah dasar yang jelas," katanya.

Wee juga berkata EHO tidak boleh menyalahkan MOT sekiranya mereka tidak boleh mencari pemandu kerana mereka telah diberi kelonggaran untuk kursus PSV yang dikendalikan di syarikat masing-masing.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mengalami tambang e-hailing empat kali ganda tinggi supaya tampil membuat laporan rasmi dan MOT tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika laporan itu didapati betul.

Beliau berkata ketika ini sebanyak 28 syarikat e-hailling yang beroperasi di Lembah Klang termasuk yang berkapasiti kecil selain perkhidmatan teksi.

Katanya ini membolehkan pengguna membuat pilihan menggunakan perkhidmatan yang lebih murah sekiranya tambang yang ditawarkan tidak munasabah.

Selain itu Wee turut menegaskan bahawa MOT tidak memihak kepada EHO, ketika diminta mengulas kenyataan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai perkara itu.


Artikel oleh: Harian Metro

TARIK, GANTUNG LESEN OPERASI E-HAILING JIKA LANGGAR PERATURAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/845664/tarik-gantung-lesen-operasi-e-hailing-jika-langgar-peraturan

TAMBANG MAHAL E-HAILING: TINDAKAN DIAMBIL JIKA LANGGAR PERATURAN - BERNAMA - 25/05/2022

 

PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) — Lesen operasi syarikat pengendali e-hailing (EHO) boleh ditarik balik atau digantung jika mereka melanggar surcaj melebihi 200 peratus daripada tambang asas iaitu antara 70 hingga 90 sen satu kilometer, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah diarahkan menyiasat perkara itu kerana surcaj tersebut telah diputuskan pada 2019 yang menjadi undang-undang yang telah dipersetujui.

"Dari segi tambang asas untuk EHO mengenakan 70 sen hingga 90 sen satu kilometer. Mereka juga diberi kelonggaran mengenakan surcaj yang ada peraturan, melihat kepada permintaan dan penentuan harga dinamik,» katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan penambahbaikan oleh Prasarana Malaysia Bhd untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan, di sini hari ini.

Wee juga mengingatkan supaya EHO tidak terus mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan dan alasan atau Kementerian Pengangkutan (MOT) terpaksa mengambil tindakan mengawal selia industri itu.

'Jangan paksa saya, satu hari nanti saya terpaksa mengawal selia (industri e-hailing). Saya tidak mahu sehingga kami terpaksa ganggu ekonomi gig, sebab itu saya kata kita kena buat secara harmoni," katanya.

Mengenai alasan tambang mahal kerana permintaan mendadak susulan pengeluaran RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tidak cukup pemandu, Wee berkata alasan itu tidak masuk akal.

Selain itu, beliau menyifatkan dakwaan EHO bahawa MOT tidak membantu industri e-hailing sebagai amat mengecewakan kerana kerajaan telah memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari pekerja.

Namun, katanya, mereka meminta keistimewaan supaya Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) untuk pemandu e-hailling dimansuhkan.

'Kepada mereka yang mahu berkecimpung menjadi pemandu e-hailling mereka perlu mendapatkan PSV...ia adalah dasar yang jelas: katanya.

Wee juga berkata EHO tidak boleh menyalahkan MOT sekiranya mereka tidak boleh mencari pemandu kerana mereka telah diberi kelonggaran untuk kursus PSV yang dikendalikan di syarikat masing-masing.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mengalami tambang e-hailing empat kali ganda tinggi supaya tampil membuat laporan rasmi dan MOT tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika laporan itu didapati betul.

Beliau berkata ketika ini sebanyak 28 syarikat e-hailling yang beroperasi di Lembah Klang termasuk yang berkapasiti kecil selain perkhidmatan teksi.

Katanya ini membolehkan pengguna membuat pilihan menggunakan perkhidmatan yang lebih murah sekiranya tambang yang ditawarkan tidak munasabah.

Selain itu Wee turut menegaskan bahawa MOT tidak memihak kepada EHO, ketika diminta mengulas kenyataan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai perkara itu.


Article by: Bernama

TAMBANG MAHAL E-HAILING: TINDAKAN DIAMBIL JIKA LANGGAR PERATURAN

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2084729

MOT CAN SUSPEND, REVOKE LICENSES OF E-HAILING OPERATORS FOR OVERCHARGING PASSENGERS - BERNAMA - 25/05/2022

 

PUTRAJAYA, May 25 (Bernama) — The licenses of e-hailing operators can be revoked or suspended if they violate the allowed surcharge amount which is set at 200 per cent of the base fare, said Transport Minister Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

He said the Land Public Transport Agency (APAD) has been ordered to investigate the matter as the surcharge rate had been agreed on in 2019.

"Regarding the base fare, the e-hailing operators are charging between 70 sen and 90 sen per kilometre. They are also given the flexibility to impose surcharges according to the rule, based on demands and dynamic pricing," he said, adding that however, the fare should not be more than 200 per cent of the base fare.

He told this to reporters after announcing the improvements to be carried out by Prasarana Malaysia Bhd to enhance their service performance here today.

Wee also said the e-hailing companies should not continue pressing the government with various demands and requests or the Ministry of Transport (MOT) would be forced to take action by regulating the e-hailing industry.

"Don't force me, one day I might have to regulate (the e-hailing industry). I don't want to go to the extent of disturbing the gig economy, that is why we need to do this harmoniously: he said.

Wee criticised the e-hailing operators who claimed that the recent spike in e-hailing fares was due to the RM10,000 special withdrawal scheme of the Employees Provident Fund (EPF) and lack of drivers, saying that the excuses given did not make sense.

Besides that, he said the e-hailing operators' allegations that the ministry did not help the e-hailing industry were very disappointing as the government has made it easier for them to recruit employees, however, the operators wanted the government to abolish the passenger service vehicle (PSV) licencing for e-hailing drivers.

"Those wanting to work as an e-hailing driver are required to get the PSV...it is a clear policy; he said, adding that e-hailing operators should not blame the ministry if they could not find drivers to work for them as it had allowed them to conduct the PSV training at their respective companies.

He also urged the public who were charged four times higher than the normal fare to lodge an official report as the ministry would not hesitate to take action if the reports were proved to be true.

He said to date, a total of 28 e-hailing companies are operating in the Kiang Valley, which would allow passengers to choose.

Wee also stressed that the Transport Ministry was not taking the e-hailing operators' side in this matter as alleged by the Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) and the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM).


Article by: Bernama

MOT CAN SUSPEND, REVOKE LICENSES OF E-HAILING OPERATORS FOR OVERCHARGING PASSENGERS

https://bernama.com/en/general/news.php?id=2084750

BETTER NOT TO HAVE GOVT, ACTIVIST SLAMS PUTRAJAYA'S REFUSAL TO REGULATE E-HAILING FARES - THE VIBES - 24/05/2022

 

KUALA LUMPUR – Malaysia is better off without a government if those in power are unable to protect the interests of the rakyat, said a consumer rights activist, as public backlash continues to mount against e-hailing service Grab over its soaring fares.

Malaysian Muslim Consumers’ Association chief activist Datuk Nadzim Johan said that while he agrees with the general concept of a free market, this would be rendered pointless if the prices of goods and services continued to surge.

He said it is during times like this that government intervention is extremely needed, particularly as inflation continues to take its toll on the public amid the country’s transition into endemicity.

“A free market is supposed to ensure prices remain competitive among all players. But this is not happening. Grab fares are soaring,” he told The Vibes today.

“When the situation is out of control like it is today, then it is only right for the government to act. The whole point of having a minister and a government is to intervene when necessary. Otherwise, it is better not to have one.

“If they keep on harping on the free market, then what’s the point of a government? This is why I am baffled. It seems they are taking the easy way out. If this is the case, we don’t need a minister.”

Nadzim was commenting on a statement from Transport Minister Datuk Seri Wee Ka Siong this morning that said e-hailing fares will remain unregulated, despite overwhelming public dissatisfaction over the issue of late.

Wee said operators are permitted to set their own fare structures and terms of services with their consumers in a free market.

He also attributed the fare surge to a supply-and-demand imbalance and high traffic volume, as well as a decline in registered drivers compared to the pre-pandemic period.

In recent weeks, there have been numerous complaints from the public claiming that Grab fares have almost doubled even during regular hours, with checks conducted by The Vibes also showing that charges were significantly higher even compared to other less popular options like MyCar and AirAsia ride.

An industry insider had suggested that the newer services could be subsidising the fares to drive up their number of users, hence the lower fares.

Federation of Malaysian Consumers Associations deputy president Mohd Yusof Abdul Rahman said that the approach taken by the government (not to regulate fares) is the right one, as this would encourage competition and ultimately ensure better prices for the public.

Asked why fares charged by Grab are then much higher than its competitors, Yusof said this could be due to its current dominance of the market.

“Regardless, I believe an open market will lead to healthy competition. Although Grab is perceived to be monopolising the industry, more players can enter and compete on the fares,” he said.

He also suggested users try out alternative services if they felt Grab prices are unreasonable, noting the abundance of options available in the market today.

According to Wee, there are presently 21 licensed e-hailing services operating nationwide.

“The consumers have a choice. If you feel taxi fares are cheaper, then go for it. There are also so many different e-hailing services. So make your own comparison,” he said. – The Vibes, May 24, 2022


Article by: The Vibes

BETTER NOT TO HAVE GOVT, ACTIVIST SLAMS PUTRAJAYA'S REFUSAL TO REGULATE E-HAILING FARES

https://www.thevibes.com/articles/news/61539/better-not-to-have-govt-activist-slams-putrajayas-refusal-to-regulate-e-hailing-fares

Monday, September 27, 2021

5964) CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR MASIH RENDAH - WACANA - 26/09/2021

 

JOHOR BAHRU, 26 Sept -– Kurang daripada 50 peratus individu yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini yang mencarum dalam skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pengarah PERKESO Johor, Tong Sing Chuang berkata, daripada lebih 5,000 orang yang terlibat dalam perkhidmatan itu, hanya seramai 2,374 yang telah mencarum.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut hanya seramai 504 orang adalah pemandu teksi.

“Kita telah memperkenalkan caruman buat mereka yang melakukan pekerjaan ini, namun setakat ini jumlah yang telah mencarum di Johor masih rendah.

“Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik COVID-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan caruman PERKESO,” katanya selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama PERKESO di Menara PERKESO Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Sumber Manusia PERKESO, Mohd. Razmi Khalid; Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ghazali Abd. Rahman dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.

Sing Chuang berkata, sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada Mac tahun lalu, pihaknya telah menerima lebih 1,000 permohonan dalam pelbagai kategori daripada pencarum bagi mendapatkan pampasan akibat wabak berkenaan.

“Daripada jumlah tersebut, lebih 20 kes tuntutan adalah melibatkan kematian pencarum akibat dijangkiti COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Razmi memaklumkan, pihaknya akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan pemandu untuk membuat caruman dalam skim yang dilaksanakan PERKESO.

“Keutamaan mereka ketika ini adalah untuk menyediakan keperluan asas buat keluarga, seperti makanan harian dan keperluan persekolahan anak-anak,” katanya.

Mengenai program tersebut, PERKESO dengan kerjasama lima agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyediakan 100 kotak makanan untuk diagih-agihkan kepada pemandu teksi yang terjejas di daerah ini.


Artikel oleh: Wacana

CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR MASIH RENDAH

https://wacana.my/caruman-perkeso-pemandu-teksi-e-hailing-johor-masih-rendah/

5963) KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING DI JOHOR CARUM PERKESO - SINAR HARIAN - 26/09/2021

 

JOHOR BAHRU – Tidak sampai 50 peratus individu yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini yang telah mencarum dengan skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata, daripada lebih 5,000 orang yang terlibat dalam perkhidmatan itu, hanya seramai 2,374 yang telah mencarum dan daripada jumlah tersebut hanya seramai 504 orang melibatkan pemandu teksi.

“Kita telah memperkenalkan caruman buat mereka yang melakukan pekerjaan ini, namun setakat ini jumlah yang telah mencarum di Johor masih rendah.

“Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan caruman Perkeso,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama Perkeso di Menara Perkeso Johor, di sini hari ini.


Artikel oleh: Kosmo

CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR MASIH RENDAH

https://www.kosmo.com.my/2021/09/26/caruman-perkeso-pemandu-teksi-e-hailing-johor-masih-rendah/

5962) KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING DI JOHOR CARUM PERKESO - SINAR HARIAN - 26/09/2021

 

JOHOR BAHRU - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Johor mendedahkan hanya 2,374 daripada 5,000 orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini melakukan caruman.

Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata, jumlah tersebut tidak sampai 50 peratus walaupun pihaknya sudah memperkenalkan caruman kepada mereka.

"Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan caruman Perkeso," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama Perkeso di Menara Perkeso Johor di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Sumber Manusia Perkeso, Mohd Razmi Khalid, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ghazali Abd Rahman dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.

Dalam perkembangan lain, Chuang berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac tahun lalu, pihaknya menerima lebih 1,000 permohonan dalam pelbagai kategori daripada pencarum bagi mendapatkan pampasan akibat wabak berkenaan.

"Daripada jumlah tersebut, lebih 20 kes tuntutan adalah melibatkan kematian pencarum akibat dijangkiti Covid-19," ujarnya.

Sementara itu, Mohd Razmi berkata, pihaknya akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya pemandu untuk melakukan caruman bersama Perkeso.


Artikel oleh: Sinar Harian

KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING DI JOHOR CARUM PERKESO

https://www.sinarharian.com.my/article/163538/EDISI/Kurang-50-peratus-pemandu-teksi-e-hailing-di-Johor-carum-Perkeso

5961) KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING CARUM PERKESO - UTUSAN MALAYSIA - 26/09/2021

 


JOHOR BAHRU: Tidak sampai 50 peratus individu yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini yang telah mencarum dalam skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

 

Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuang berkata, daripada lebih 5,000 orang yang terlibat dalam perkhidmatan itu, hanya seramai 2,374 yang telah mencarum.

 

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut pula, hanya seramai 504 orang adalah pemandu teksi.

 

“Kita telah memperkenalkan caruman buat mereka yang melakukan pekerjaan ini, namun setakat ini jumlah yang telah mencarum di Johor masih rendah.

 

“Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan caruman Perkeso,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama Perkeso di Menara Perkeso Johor, di sini hari ini.

 

Turut hadir, Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Sumber Manusia Perkeso, Mohd. Razmi Khalid; Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ghazali Abd. Rahman dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.

 

Sing Chuang memberitahu, sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac tahun lalu, pihaknya telah menerima lebih 1,000 permohonan dalam pelbagai kategori daripada pencarum bagi mendapatkan pampasan akibat wabak berkenaan.

 

“Daripada jumlah tersebut, lebih 20 kes tuntutan adalah melibatkan kematian pencarum akibat dijangkiti Covid-19,” ujarnya.

 

Sementara itu, Mohd. Razmi memaklumkan, pihaknya akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan pemandu perkhidmatan awam untuk melakukan caruman bersama Perkeso.

 

“Keutamaan mereka ketika ini adalah untuk menyediakan keperluan asas buat keluarga, seperti makanan harian dan juga keperluan bagi persekolahan anak-anak mereka,” katanya.

 

Berhubung program tersebut, Perkeso dengan kerjasama lima agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyediakan 100 kotak makanan untuk diagihkan kepada pemandu teksi yang terjejas di daerah ini.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING CARUM PERKESO

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/kurang-50-peratus-pemandu-teksi-e-hailing-carum-perkeso/

Wednesday, June 17, 2020

6034) KACA TV / BERITA, BANTUAN RAMADHAN AHLI PERSATUAN E-HAILING MALAYSIA - KACA TV - 15/06/2020


#KACATV Sukacitanya menjayakan bantuan sumbangan ramadhan kepada ahli persatuan e-hailing Malaysia, di rastoran Ali Cafe, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. #BERITA 14 May 2020 (Khamis), Industri E-Hailing merupakan satu industri sokongan yang sangat penting dalam membantu melancarkan proses transaksi dan logistik dokumen, barangan, keperluan dan kecemasan kita seharian sama ada jauh atau dekat, sama ada berat atau ringan, sama ada hujan atau panas, sama ada siang atau malam. Namun dengan cabaran Covid-19 arahan PKP dan PKPB yang berlaku diseluruh negara telah banyak memberi kesan terhadap sumber pendapatan penggerak perkhidmatan industri ini.
Persatuan Kebajikan Pekerja Industri E-Hailing Malaysia (Persatuan E-Hailing Malaysia) yang diwujudkan dengan inisiatif PPIM adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli di dalam industri ini, disamping sebagai satu tempat mendegar dan memberi khidmat bantuan untuk peningkatan perkhidmatan dan kemajuan semua ahli yang berdaftar.
Bukan itu saja, pihak persatuan dengan aktifnya telah memilih dan melantik Malakat Mall, Cyberjaya dan Restoran Ali Cafe, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur sebagai pusat perhentian untuk para ahli berehat, solat, makan, merancang jadual dan sebagainya. Program Bantuan Ramadhan ini di mana pek makanan ringan dan dah mudah yang ditaja oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (GBKL) sebagai sumbangan kepada ahli di bulan Ramadhan menunjukkan keperihatinan semua pihak bagi menyokong industri ini untuk terus cemerlang dan mapan.


Artikel oleh: Kaca TV

KACA TV / BERITA, BANTUAN RAMADHAN AHLI PERSATUAN E-HAILING MALAYSIA 


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL