Showing posts with label PEMANDU TEKSI. Show all posts
Showing posts with label PEMANDU TEKSI. Show all posts

Monday, September 27, 2021

5964) CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR MASIH RENDAH - WACANA - 26/09/2021

 

JOHOR BAHRU, 26 Sept -– Kurang daripada 50 peratus individu yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini yang mencarum dalam skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pengarah PERKESO Johor, Tong Sing Chuang berkata, daripada lebih 5,000 orang yang terlibat dalam perkhidmatan itu, hanya seramai 2,374 yang telah mencarum.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut hanya seramai 504 orang adalah pemandu teksi.

“Kita telah memperkenalkan caruman buat mereka yang melakukan pekerjaan ini, namun setakat ini jumlah yang telah mencarum di Johor masih rendah.

“Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik COVID-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan caruman PERKESO,” katanya selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama PERKESO di Menara PERKESO Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Sumber Manusia PERKESO, Mohd. Razmi Khalid; Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ghazali Abd. Rahman dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.

Sing Chuang berkata, sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada Mac tahun lalu, pihaknya telah menerima lebih 1,000 permohonan dalam pelbagai kategori daripada pencarum bagi mendapatkan pampasan akibat wabak berkenaan.

“Daripada jumlah tersebut, lebih 20 kes tuntutan adalah melibatkan kematian pencarum akibat dijangkiti COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Razmi memaklumkan, pihaknya akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan pemandu untuk membuat caruman dalam skim yang dilaksanakan PERKESO.

“Keutamaan mereka ketika ini adalah untuk menyediakan keperluan asas buat keluarga, seperti makanan harian dan keperluan persekolahan anak-anak,” katanya.

Mengenai program tersebut, PERKESO dengan kerjasama lima agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyediakan 100 kotak makanan untuk diagih-agihkan kepada pemandu teksi yang terjejas di daerah ini.


Artikel oleh: Wacana

CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR MASIH RENDAH

https://wacana.my/caruman-perkeso-pemandu-teksi-e-hailing-johor-masih-rendah/

5963) KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING DI JOHOR CARUM PERKESO - SINAR HARIAN - 26/09/2021

 

JOHOR BAHRU – Tidak sampai 50 peratus individu yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini yang telah mencarum dengan skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata, daripada lebih 5,000 orang yang terlibat dalam perkhidmatan itu, hanya seramai 2,374 yang telah mencarum dan daripada jumlah tersebut hanya seramai 504 orang melibatkan pemandu teksi.

“Kita telah memperkenalkan caruman buat mereka yang melakukan pekerjaan ini, namun setakat ini jumlah yang telah mencarum di Johor masih rendah.

“Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan caruman Perkeso,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama Perkeso di Menara Perkeso Johor, di sini hari ini.


Artikel oleh: Kosmo

CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR MASIH RENDAH

https://www.kosmo.com.my/2021/09/26/caruman-perkeso-pemandu-teksi-e-hailing-johor-masih-rendah/

5962) KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING DI JOHOR CARUM PERKESO - SINAR HARIAN - 26/09/2021

 

JOHOR BAHRU - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Johor mendedahkan hanya 2,374 daripada 5,000 orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini melakukan caruman.

Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata, jumlah tersebut tidak sampai 50 peratus walaupun pihaknya sudah memperkenalkan caruman kepada mereka.

"Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan caruman Perkeso," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama Perkeso di Menara Perkeso Johor di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Sumber Manusia Perkeso, Mohd Razmi Khalid, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ghazali Abd Rahman dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.

Dalam perkembangan lain, Chuang berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac tahun lalu, pihaknya menerima lebih 1,000 permohonan dalam pelbagai kategori daripada pencarum bagi mendapatkan pampasan akibat wabak berkenaan.

"Daripada jumlah tersebut, lebih 20 kes tuntutan adalah melibatkan kematian pencarum akibat dijangkiti Covid-19," ujarnya.

Sementara itu, Mohd Razmi berkata, pihaknya akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya pemandu untuk melakukan caruman bersama Perkeso.


Artikel oleh: Sinar Harian

KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING DI JOHOR CARUM PERKESO

https://www.sinarharian.com.my/article/163538/EDISI/Kurang-50-peratus-pemandu-teksi-e-hailing-di-Johor-carum-Perkeso

5961) KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING CARUM PERKESO - UTUSAN MALAYSIA - 26/09/2021

 


JOHOR BAHRU: Tidak sampai 50 peratus individu yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini yang telah mencarum dalam skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

 

Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuang berkata, daripada lebih 5,000 orang yang terlibat dalam perkhidmatan itu, hanya seramai 2,374 yang telah mencarum.

 

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut pula, hanya seramai 504 orang adalah pemandu teksi.

 

“Kita telah memperkenalkan caruman buat mereka yang melakukan pekerjaan ini, namun setakat ini jumlah yang telah mencarum di Johor masih rendah.

 

“Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan caruman Perkeso,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama Perkeso di Menara Perkeso Johor, di sini hari ini.

 

Turut hadir, Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Sumber Manusia Perkeso, Mohd. Razmi Khalid; Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ghazali Abd. Rahman dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.

 

Sing Chuang memberitahu, sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac tahun lalu, pihaknya telah menerima lebih 1,000 permohonan dalam pelbagai kategori daripada pencarum bagi mendapatkan pampasan akibat wabak berkenaan.

 

“Daripada jumlah tersebut, lebih 20 kes tuntutan adalah melibatkan kematian pencarum akibat dijangkiti Covid-19,” ujarnya.

 

Sementara itu, Mohd. Razmi memaklumkan, pihaknya akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan pemandu perkhidmatan awam untuk melakukan caruman bersama Perkeso.

 

“Keutamaan mereka ketika ini adalah untuk menyediakan keperluan asas buat keluarga, seperti makanan harian dan juga keperluan bagi persekolahan anak-anak mereka,” katanya.

 

Berhubung program tersebut, Perkeso dengan kerjasama lima agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyediakan 100 kotak makanan untuk diagihkan kepada pemandu teksi yang terjejas di daerah ini.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING CARUM PERKESO

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/kurang-50-peratus-pemandu-teksi-e-hailing-carum-perkeso/

Saturday, September 25, 2021

5957) PPIM, PERKESO SANTUNI PENGAYUH BECA DI MELAKA - HARIAN METRO - 24/09/2021

 

Seramai 200 pengayuh beca dan pemandu teksi di Melaka yang terjejas sumber pendapatan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerima kit makanan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). PPIM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) menerusi Program Infaq Rezeki. Sumbangan kit makanan bernilai RM100 setiap satu itu disampaikan secara pandu lalu diketuai Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz bersama Ketua Cawangan Sumber Manusia PERKESO, Mohd Razmi Khalid serta Ketua Operasi, Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Barseri. Program Senergi CSR Infaq Rezeki itu dijayakan bersama kerajaan negeri Melaka, PERKESO, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pergerakan Komuniti Nasional serta Kelab Motor Kingz MG Malaysia. Mohd Razmi berkata, pihaknya terpanggil untuk menyalurkan bantuan kit makanan berkenaan selepas melihat ramai dalam kalangan pengayuh beca serta pemandu teksi di Melaka terjejas akibat penularan Covid-19.


Artikel oleh: Harian Metro

INFAQ REZEKI | KIT MAKANAN DIAGIH KEPADA PENGAYUH BECA

https://www.youtube.com/watch?v=72qfNw-rSCc

5956) PPIM, PERKESO SANTUNI PENGAYUH BECA DI MELAKA [METRO TV] - HARIAN METRO - 24/09/2021

 

Melaka: Seramai 200 pengayuh beca dan pemandu teksi di Melaka yang terjejas sumber pendapatan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerima kit makanan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

PPIM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) menerusi Program Infaq Rezeki.

Sumbangan kit makanan bernilai RM100 setiap satu itu disampaikan secara pandu lalu diketuai Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz bersama Ketua Cawangan Sumber Manusia PERKESO, Mohd Razmi Khalid serta Ketua Operasi, Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Barseri.

Program Senergi CSR Infaq Rezeki itu dijayakan bersama kerajaan negeri Melaka, PERKESO, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pergerakan Komuniti Nasional serta Kelab Motor Kingz MG Malaysia.

PENGAYUH Beca Melaka datang secara berkumpulan semasa Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Prihatin Selatan 2021. FOTO Syafeeq Ahmad
PENGAYUH Beca Melaka datang secara berkumpulan semasa Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Prihatin Selatan 2021. FOTO Syafeeq Ahmad

Mohd Razmi berkata, pihaknya terpanggil untuk menyalurkan bantuan kit makanan berkenaan selepas melihat ramai dalam kalangan pengayuh beca serta pemandu teksi di Melaka terjejas akibat penularan Covid-19.

"Kita rasa terpanggil untuk membantu penarik beca di Melaka yang dilihat benar-benar terkesan dengan pandemik ini.

"Penarik beca negeri ini adalah pencarum PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan sudah pasti golongan ini menjadi keutamaan kita untuk dibantu," katanya.

Sementara itu, Siti Khadijah berkata, Kempen Infaq Rezeki itu sudah dilaksanakan sejak Mac tahun lalu dengan tujuan untuk membantu golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, sejak dilaksanakan, sebanyak 100,000 kit makanan sudah diagihkan kepada pihak memerlukan di seluruh negara.

"Alhamdulillah, dengan izin Allah untuk kempen ini kita sudah mengagihkan sekitar 100,000 kotak seluruh negara dengan nilai perbelanjaan kira-kira RM8 juta, menerusi kerjasama beberapa rakan kongsi kami seperti PERKESO, APM dan Kelab Motor Kingz MG Malaysia.

"Sehubungan itu, PPIM mempelawa orang ramai yang berhasrat menyumbang bagi pelaksanaan program ini, boleh menghubungi kami menerusi laman web https://www.ppim.org.my," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

PPIM, PERKESO SANTUNI PENGAYUH BECA DI MELAKA [METRO TV]

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/758842/ppim-perkeso-santuni-pengayuh-beca-di-melaka-metrotv

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL