Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak aduan dan rungutan daripada masyarakat berhubung himpunan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang baru-baru ini diadakan di Kompleks SOGO Kuala Lumpur sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka.
Perkara ini menimbulkan persoalan serta kebimbangan serius dalam kalangan masyarakat kerana ia dilihat berpotensi mencabar sensitiviti agama, nilai moral masyarakat serta pematuhan terhadap undang-undang negara, walaupun perhimpunan tersebut diiringi pihak polis.
Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan oleh PPIM bagi membincangkan isu tersebut serta menyuarakan kebimbangan masyarakat.
PPIM bersama gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa pihak berkuasa supaya mengambil langkah tegas dan proaktif terhadap penganjur bagi memastikan ketenteraman awam, keharmonian masyarakat serta nilai agama dan budaya di Malaysia terus dipelihara. Laporan polis juga akan dibuat dalam masa terdekat berhubung perkara ini.




.jpeg)



No comments:
Post a Comment