PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak mempunyai sebarang hubungan atau kaitan dengan Gabungan Ehailing Malaysia (GEM).
Menurut PPIM, GEM bukan gabungan di bawah naungannya dan tidak pernah mewakili pertubuhan itu dalam mana-mana urusan atau aktiviti.
“Kami menasihatkan mana-mana pihak agar tidak terperdaya dengan sebarang dakwaan yang mengatakan GEM berada di bawah naungan atau payung PPIM.
“Penjelasan ini penting bagi memastikan ketelusan identiti setiap organisasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PPIM berkata, semakan terkini mendapati status pendaftaran GEM masih kekal seperti tahun lalu, iaitu sebagai sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar.
Menurutnya, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, adalah menjadi satu kesalahan untuk menjalankan aktiviti sebagai pertubuhan tanpa pendaftaran yang sah.
“PPIM sentiasa menghormati usaha mana-mana pihak dalam memperjuangkan nasib komuniti.
“Namun penjelasan ini perlu dibuat demi menjaga kepentingan dan kejelasan peranan masing-masing agar tidak timbul implikasi pada masa hadapan.
“Diharapkan penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan bagi semua pihak yang terlibat,” katanya.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
PPIM TEGASKAN TIADA HUBUNGAN DENGAN GEM
https://www.utusan.com.my/nasional/2026/02/ppim-tegaskan-tiada-hubungan-dengan-gem/

No comments:
Post a Comment